Sebelum 13 Mei, Peristiwa Hartal terjadi dan ia dimasukkan ke dalam buku teks sejarah. Ini apa yang terjadi…

*Artikel ini pada asalnya disiarkan pada 12 Mei 2016


Semua orang kat Malaysia pernah dengar pasal peristiwa 13 Mei, 1969. Hari ini merupakan hari berdarah buat Malaysia, di mana ketegangan akibat sifat perkauman sedang memuncak. Hinggakan sampai hari ni ada ahli politik kita yang masih menyebut-nyebut akan peristiwa tersebut. Tapi artikel kali ni BUKANLAH pasal peristiwa 13 Mei.

Lebih kurang setahun sebelum 13 Mei, sebenarnya ada satu lagi rusuhan yang menggemparkan Malaysia iaitu Hartal Pulau Pinang 1967. Hari pertama je seramai lima orang dibunuh dan 92 cedera. Bila rusuhan ini tamat, seramai 29 terbunuh, 200 orang cedera dan 1300 orang ditahan. Rusuhan ni memenuhi dada akhbar di seluruh negara (termasuklah Singapura!).

hartal-penang-news-cutout
Muka depan Straits Echo, 25 November 1967.

Malah, Sejarah Mogok Hartal 1947 dimasukkan semula ke dalam silibus buku teks sejarah Tingkatan 4 pada tahun 2019. “Hartal” tu apa ke benda? Kejap lagi kita jawab soalan-soalan tu semua, tapi sekarang ni jom kita lihat apa keadaan Pulau Pinang zaman 60-an dulu.

Suasana di Pulau Pinang tahun 60-an tidaklah indah

Masa tu tak ada siapa pun pergi Pulau Pinang untuk bercuti. Malahan, negeri tersebut sedang melalui satu tempoh yang agak getir kerana:

 

Kalau Buzz dan Woody duduk Penang dulu-dulu.

Dan keadaan bertambah teruk bila rakyat hilang 15% duit mereka

Malaysia memperkenalkan matawang baru (mula-mula dipanggil sebagai M$ tapi kami rujuk sebagai Ringgit la ye) pada Jun 1967 yang mula berfungsi di samping matawang lama (Malaya & British Borneo Dollar).

Lepas tu pada November 1967, nilai British Pound turun, jadi matawang lama pun turun sekali. Tapi matawang Ringgit yang baru tak jatuh. Maknanya, 1 dolar matawang lama tukar jadi 0.85 je!

Akhbar Berita Harian pada 20 November 1967

Dah lah zaman 60-an dulu ramai warga miskin tak ada akaun bank pun. Jadi, katakanlah mereka rajin simpan duit bawah tilam, diibaratkan 15% daripada duit simpanan tu tiba-tiba hilang.

Mana tak hangin orang ramai (╯°□°)╯︵ ┻━┻

Sebenarnya sebelum ni kerajaan masa tu dah janji yang nilai matawang lama takkan berubah, tapi janji tinggal janji. Dan rakyat pulak yang kena tanggung akibatnya.

Kerajaan ada cuba terangkan kenapa mereka terpaksa turunkan nilai matawang, tapi orang ramai tetap juga marah. Dan sebahagian kecil pihak pembangkang masa tu pun ada yang gunakan isu ni untuk meraih sokongan.

Salah satunya adalah Parti Buruh Malaysia. Parti ni mula-mula kecik je dan kebanyakannya terdiri daripada kaum Cina. Mereka mula dapat sokongan kuat di Pulau Pinang, sampaikan kerajaan pun terpaksa dengar pendapat mereka untuk menjadikan syiling 5 sen dan 10 sen sama nilai antara matawang lama dan baru.

Akhbar Straits Times, 25 November.

Tapi mereka tak cukup dengan tu je. Bila kerajaan tak layan permintaan supaya diberi sikit masa sebelum merendahkan nilai matawang lama, ketua Parti Buruh Pulau Pinang, Lim Kean Siew menyeru untuk mengadakan hartal – sebuah bentuk protes di mana orang berhenti kerja dan tutup kedai – diadakan di Pulau Pinang pada 24 November 1967.

Kat Pulau Pinang memang ramai pengikut Parti Buruh, jadi takde masalah nak buat hartal ni. Cuma… ia taklah selancar yang disangkakan.

Keganasan mula berlaku…

5 kematian dilaporkan pada hari pertama Hartal dengan 92 cedera. Kerajaan terpaksa melaksanakan perintah berkurung 24 jam kat Pulau Pinang, sampaikan kena import polis dari KL dan jugak askar untuk menjaga keamanan.

Pada mulanya hartal ni berjaya kot, dah tu kenapa tiba-tiba ada masalah perkauman? Ini disebabkan oleh tiga perkara:

Apa salah bas.

1. Pisang goreng

Ada yang mendakwa bahawa keganasan bersifat perkauman bermula bila ahli Parti Buruh ronda-ronda Pulau Pinang untuk suruh tutup kedai memasuki kawasan perumahan Melayu. Seorang penjual pisang goreng ni tak nak tutup kedai, dan dia beserta beberapa kawan Melayu pergi halau ahli Parti Buruh ni.

Orang Melayu ni kemudiannya dijumpai mati di satu kawasan lain kat Pulau. Orang Melayu yang lain mula pergi ke bandar untuk membalas dendam, dan kebanyakan orang Cina yang tercedera atau terbunuh adalah orang Cina yang lalu kawasan Melayu.

2. Gangster kaum

Terdapat cerita lain tentang pergaduhan antara geng Cina dan Melayu. Geng Cina dikatakan menyekat Melayu di kawasan tertentu kat bandar setelah satu geng Melayu buat benda yang sama kat Cina. Geng-geng ni ambil kesempatan untuk buat kecoh satu Pulau Pinang.

3. Geng militan dan ekstremis

Ada jugak yang mendakwa ahli Parti Buruh telah membentuk serpihan kumpulan kecil yang bersifat militan dan cuba cari pasal waktu hartal berlaku. Beberapa persatuan rahsia pun tumpang sekaki, termasuklah Tentera Sabilullah iaitu sebuah kumpulan ekstremis haram yang tujuan utama mereka adalah untuk membunuh orang Cina.

Kawasan paling tekesan di Pulau Pinang adalah Lebuh Pantai, Jalan Chulia, dan Jalan Penang. Walau bagaimanapun, kekecohan ini merebak ke luar pulau termasuklah Kedah, Perak, Perlis dan Seberang Prai, walaupun setelah pulau sendiri beransur baik. Tentera Sabilullah telah disalahkan atas penyebaran keganasan ini ke Kedah dan Perak.

Kuala Lumpur juga diancam dengan hartal, tapi takde apa pun yang berlaku. Pekan-pekan di sekitar bandaraya sampai terkena perintah berkurung. PM Tunku Abdul Rahman dan timbalannya Tun Abdul Razak berhempas pulas untuk mengelakkan sebarang kekecohan kat ibu negara. Pengumuman dibuat untuk memohon orang ramai agar membantu dalam menjaga keamanan.

Mereka memang berjaga-jaga agar tak melabel insiden ini sebagai bersifat perkauman. Sebaliknya, komunis dipersalahkan (kena faham masa ni “ekstremis komunis” merupakan ancaman yang biasa kepada keselematan negara).

“Saya minta rakyat yang setia dan bertanggungjawab daripada semua kaum untuk tidak terpedaya dengan perangkap Komunis. Insiden yang berlaku bukanlah bersifat perkauman. Ia hanyalah tindakan samseng daripada Komunis dengan elemen-elemen subversif.

Mereka cuba menjadikannya satu peristiwa perkauman untuk menambahkan ketegangan antara pelbagai komuniti di negara ini dengan harapan keganasan akan merebak ke seluruh Malaysia.” – Tun Abdul Razak, 29 November 1967 (fail PDF)

Keseluruhannya, 29 terbunuh dan sekitar 200 cedera dalam rusuhan tersebut.

Jadi… siapa yang bertanggungjawab atas rusuhan Hartal?

Bila rusuhan ini reda, kerajaan mula menyerbu pejabat dan menahan orang. Jumlah yang ditahan selepas rusuhan tak dapat dipastikan, tapi sumber mengatakan ianya di antara 1,300 ke 1,600 orang.

Orang yang ditahan sewaktu rusuhan Hartal.

Kerajaan fokus dalam menyerbu pejabat-pejabat Parti Buruh terutamanya sebab mereka yang mula menyeru akan Hartal ni. Lim Kean Siew dan beberapa pemimpin lain ditahan hampir serta-merta. Dakwaan yang Parti Buruh merancang untuk keganasan diperkuatkan bila buku Maoist dan sosialis serta bahan propaganda lain dijumpai di dalam pejabat mereka. Sepanduk yang meminta penggantungan Tunku turut dijumpai.

Tun Abdul Razak meneliti buku yang dirampas. Gambar daripada Berita Harian, 28 November 1967

Parti Buruh bukanlah satu-satunya yang perlu ditudingkan jari sebab Lim Kean Siew sebenarnya tak menyeru untuk rusuhan kaum. Malahan tiada sebarang pemimpin atau parti politik yang bertujuan atau menyangka keganasan akan berlaku sebab Hartal tersebut adalah respons terhadap nilai Dollar yang turun. Koay Su Lyn dari Institut Penang (biodata dalam PDF) kata kerajaan juga turut menyumbang dalam menjadi punca masalah ni bermula.

“Kerajaan perlu dipersalahkan sebab tidak memberi tempoh penangguhan bagi orang ramai untuk menukar matawang lama mereka… Keputusan untuk merendahkan nilai matawang lama adalah terlalu mendadak… Ini menyebabkan amarah dan daripada itulah, Hartal diadakan untuk membantah keputusan ini.” – Su Lyn melalui emel

Tapi kerajaan jugak berusaha sangat keras untuk memastikan keamanan. Kumpulan seperti Tentera Sabilullah telah ditahan bersama persatuan rahsia yang lain. Tapi kerajaan tak tubuhkan apa-apa suruhanjaya untuk menyiasat rusuhan ni walaupun setelah diminta berkali-kali.

Kenapa sebelum ni tak pernah dengar pun pasal Hartal?!

Sebabnya setahun berikutnya rusuhan 13 Mei pulak berlaku.

Rusuhan Hartal ni memang berita besar masa tu, akhbar utama Malaysia buat laporan untuk beberapa minggu. Ramai yang risau akan Hartal dan keganasan yang berlaku akan sampai ke Kuala Lumpur. Tapi sekarang ni, warga tua kat Pulau Pinang pun tak berapa ingat akan peristiwa ni. Menurut Su Lyn:

“Besarnya peristiwa 13 Mei telah mengaburi Hartal 1967 dan mungkin juga sebab Hartal tidaklah direkodkan sebaik peristiwa 13 Mei.” – Koay Su Lyn.

Kata Su Lyn lagi, sewaktu 13 Mei, keadaan di Pulau Pinang taklah seteruk negeri lain sebab mereka lebih bersedia untuk menangani rusuhan tersebut, termasuklah sekuriti yang telah dipertingkatkan oleh kerajaan negeri sejak peristiwa tahun 1967 tersebut.

Rusuhan lain yang berlaku pada dekad yang sama termasuklah Darurat Malaya yang menyebabkan orang Cina dikaitkan dengan ekstremis komunis, rusuhan kaum tahun 1964 di Singapura dan perselisihan Bukit Mertajam pada tahun yang sama.

“Malaysia terus mejadi negara yang dipisahkan mengikut perkauman pada tahun 60-an. Perbezaan kaum dan agama tetap sama.” – Helen Ang, dipetik daripada blognya.

Gambar dari The Star.

Syukurlah sejak awal 70-an, hubungan antara kaum di Malaysia telah bertambah baik. Walaupun ramai setuju yang masih banyak kita perlu lakukan untuk negara ini, kita juga perlu kenang betapa jauhnya kita telah menapak semenjak pergelutan kaum sewaktu awal penubuhan Malaysia.

Dan dengan itu, tanggungjawab adalah di atas bahu kita untuk meneruskan semangat muhibbah di Malaysia tanpa mengira kaum, agama, budaya mahupun politik.