Kita selalu nampak SOCSO/PERKESO dalam slip gaji. Apa dia tu?

(This article is translated from CILISOS.)

Masa majlis Hari Pekerja tahun ni, kerajaan mengumumkan yang diorang akan memperuntukkan RM70 juta untuk SOSCO atau PERKESO untuk tahun 2018, yang pada mulanya cumalah RM52 juta pada awal tahun ni. Apa benda yang PERKESO buat dengan duit kita? Apa benda PERKESO ni sendiri sebenarnya?

PM Najib berucap masa Majlis Hari Pekerja 2017. Imej dari Astro Awani

SOCSO adalah SOCial Security Organisation, atau dalam Bahasa Melayunya, PERKESO (Pertubuhan Keselamatan Sosial). Ia ditubuhkan pada tahun 1971 di bawah Kementerian Sumber Manusia.

Ia lebih kurang macam sebuah organisasi insurans untuk semua pekerja di Malaysia (pekerja bermaksud majikan, pekerja tetap/sepenuh masa, dan juga pekerja sementara/sambilan). Tujuannya adalah untuk menyediakan pembayaran tunai dan faedah kepada semua pekerja berdaftar dalam kes kecemasan, kecederaan, atau kematian.

Semua majikan juga sepatutnya mendaftarkan para pekerja dan syarikat mereka di bawah PERKESO. Pekerja berdaftar perlu membuat bayaran kecil untuk PERKESO apabila mereka mendapat gaji, iaitu di sebanyak 1-3%. Ia bergantung kepada berapa banyak gaji masing-masing, dan juga skim apa yang diorang daftarkan. Korang boleh check SOCSO masing-masing kat slip gaji.

Pekerja yang berumur 60 tahun kebawah biasanya perlu menyumbang untuk kedua-dua Skim Bencana Pekerjaan dan Skim Keilatan. Manakala pekerja yang berumur lebih 60 tahun pulak kena menyumbang untuk Skim Ilat je. Apa benda skim-skim ni semua?

  • Skim Bencana Pekerjaan adalah perlindungan insurans disebabkan kemalangan atau suatu penyakit yang terhad masa seseorang perkerja tu menjalankan pekerjaan mereka.
  • Skim Keilatan pula ialah bila seseorang pekerja tu mengalami sejenis keuzuran yang berkekalan. Samada diorang ni tak boleh atau tak mungkin diubati, dan juga kalau dorang tak berupaya untuk mencari nafkah dengan kerja yang berpadanan dengan kekuatan dan tenaga mereka.

Kalau majikan tak daftar PERKESO untuk syarikat atau tak buat sumbangan untuk pekerja, diorang boleh dikenakan denda, dan boleh dipenjarakan!

Kalau tak carumkan untuk pekerja, pergi penjara!

Mungkin sebenarnya ramai je antara korang yang tahu pasal PERKESO ni, cuma tak secara lebih mendalam pasal faedah atau manfaat yang korang boleh dapat. Jadi, ini antara LIMA faedah yang korang BERHAK dapatkan!

1. Korang layak dapat bantuan kewangan kalau jadi penganggur sementara

Nak cari kerja kat Malaysia ni bukan senang. Selalunya bila kita apply kat mana-mana syarikat, dorang tak reply pun balik samada permohonan kita ditolak lebih-lebih lagi kalau kita apply secara online.

Sesetengah orang tu ambik masa dalam beberapa bulan dan kadang-kadang bertahun untuk dapatkan kerja. Bila jadi penganggur pulak, takde pendapatan tetap untuk sara diri dan orang lain. Lebih-lebih lagi kalau korang ada sara dan jaga orang lain macam mak ayah, anak-anak, atau pasangan.

Salah satu faedah yang disebutkan masa Majlis Hari Pekerja ialah kalau korang kehilangan kerja, PERKESO akan bagi sokongan dari segi kewangan untuk masa yang tertentu sementara korang jadi penganggur dan tengah cari kerja. 

Manfaat ni dikenali sebagai Sistem Insurans Pekerjaan (SIP), yang masih lagi digubal oleh PERKESO. Walaupun belum dilaksanakan lagi, nampaknya ia satu idea yang bagus sebab bukan korang je yang akan dibantu, tapi sesiapa yang korang sara pun akan ditanggung sama.

PERKESO juga akan menyediakan perkhidmatan pekerjaan lain contohnya tolong korang cari kerja, bagi bimbingan kerjaya dan kaunseling, dan juga menyediakan latihan yang korang perlukan untuk kerja korang yang seterusnya.

Kitorang ada hubungi PERKESO untuk tanya kalau manfaat ni hanya untuk pekerja yang dipecat atau untuk pekerja-pekerja yang secara sukarela meletak jawatan daripada pekerjaan diorang:

“SIP ni masih dalam proses penggubalan dan dijangka akan dibentangkan di Parlimen awal tahun depan. PERKESO akan mengumumkan melalui media massa mengenai kriteria dan kelayakan di bawah skim ini sebaik sahaja ia dilaksanakan. ” – PERKESO semasa dihubungi melalui e-mel

Jadi nampaknya kita kena tunggu tahun depan barulah kita boleh tahu lebih lanjut pasal SIP ni. Ok la tu daripada takde kan?

2. Dapatkan rawatan perubatan percuma kalau ada kemalangan waktu kerja

Contohnya kalau korang tengah jalan pergi mamak untuk lunch, tiba-tiba kena langgar kereta dan korang dapat concussion (gegaran otak, lebih kurang). PERKESO akan bagi rawatan perubatan PERCUMA di mana-mana klinik panel berdaftar. Ini senarai penuh klinik PERKESO disusun mengikut negeri, korang boleh tengok KAT SINI!

Korang tak boleh claim kalau korang buat macam ni ok?

Dikenali sebagai Skim Bencana Pekerjaan, ia melayakkan korang buat tuntutan untuk pembayaran dan rawatan perubatan percuma. Korang juga boleh buat tuntutan kalau korang tercedera dalam apa-apa jenis kemalangan, sama ada di tempat kerja sendiri atau di mana-mana perjalanan melibatkan kerja yang berkaitan, seperti:

  • antara rumah ke tempat kerja
  • mana-mana perjalanan yang korang buat untuk kerja (jumpa klien, buat penghantaran, dll)
  • antara tempat kerja korang, ke tempat korang nak pergi makan masa lunch break

Kalau ada mana-mana kemalangan macam ni berlaku, korang dan majikan korang sendiri kena isi beberapa borang, buat salinan IC dan kehadiran kerja korang, sediakan butir-butir kemalangan dan hantar terus kat PERKESO. Bila PERKESO periksa detail kes korang, barulah diorang akan bagi pampasan yang sepatutnya, berdasarkan kecederaan yang korang alami.

Ini apa yang PERKESO bagitau pasal tuntutan…

“… pekerja layak untuk mendapatkan rawatan secara percuma di panel PERKESO tetapi majikan/pekerja diminta untuk membuat pembayaran dulu, dan menerima balik bayaran daripada PERKESO menggunakan borang BGB (Bayaran Ganti Belanja) .” – PERKESO masa dihubungi melalui e-mel.

Maksudnya, korang kena guna duit sendiri dulu baru boleh claim dengan PERKESO.

Selain tu, kalau korang menghidap apa-apa penyakit disebabkan pekerjaan korang, skim ni ada sediakan Faedah Hilang Upaya bergantung kepada berapa teruknya keadaan korang. Sebagai contoh, kalau pelombong mengalami kerosakan paru-paru kekal akibat arang batu dan debu, PERKESO akan bayar diorang dengan kadar sehingga 90% daripada pendapatan harian!

Manfaat Keupayaan ni meliputi pelbagai jenis penyakit macam kehilangan pendengaran, strok haba, atau kanser, sekiranya ia disebabkan oleh persekitaran kerja.

3. Keluarga akan dapat duit kalau korang meninggal dunia

Malang memang tak berbau. Kalau korang meninggal dunia awal, samada sebab kecederaan berkaitan dengan kerja atau tidak, keluarga korang akan dibayar sebanyak RM1,500 maksimum. Ianya dikenali sebagai Manfaat Pengkebumian dan Pencen Penakat (Survivors’ Pension), yang kedua-duanya dibawah Skim Ilat.

Kawan kitorang pernah tulis pasal berapa kos pengkebumian di Malaysia

Nak bagi duit kat orang, bukan boleh bagi macam tu je, dah tentu la ada beberapa terma dan syarat. Sebagai contoh, jika si mati meninggalkan suami atau isteri, pasangan dorang akan menerima 60% daripada pendapatan harian si mati sepanjang hayat dia.

Sebaliknya, kalau si mati takde pasangan atau anak-anak, adik-beradik diorang yang akan terima sebanyak 30% daripada pendapatan setiap hari diorang, sampailah diorang berumur 21 tahun atau sampai diorang berkahwin, tengok la mana dulu.

Dalam berita baru-baru ini, seorang janda, Lam Kun Tai telah diberikan pencen penakat walaupun perkahwinan dia dulu tak didaftarkan di bawah undang-undang sivil. Sebenarnya, dorang berkahwin melalui perkahwinan adat Cina pada tahun 1991, jadi sebab tu la perkahwinan dorang tu tak didaftarkan secara sah.

Masa dia mula-mula buat tuntutan, pencen suami dia hanya diberikan kepada anak-anak diorang. Tapi lepas kes tu dibawa ke Mahkamah Tinggi, hakim memutuskan yang Lam Kun Tai berhak dapat Pencen Penakat tu (SOCSO’s Survivors’ Pension.)

Berikut adalah apa yang peguam Lam, iaitu G. Manimegalai kata pasal keputusan kes tu:

“Ini adalah perkara yang pertama seumpamanya dalam hal-hal yang berkaitan dengan tuntutan insurans Perkeso jika perkahwinan mengikut adat diiktiraf” – G. Manimegalai, peguam dari Pusat Bantuan Guaman Majlis Peguam, yang diambil dari The Star

Selain itu, Skim Ilat juga meliputi pekerja yang tak boleh bekerja dengan baik disebabkan penyakit yang tak berkaitan dengan kerja macam asma, penyakit mental, atau kegagalan buah pinggang yang membolehkan diorang menerima manfaat untuk rawatan diorang (Pencen Ilat).

Dalam beberapa kes berlainan, PERKESO juga menyediakan rawatan dialisis percuma di pusat-pusat dialisis PERKESO berdaftar (klik sini untuk semua pusat dialisis berdaftar oleh kerajaan).

Dorang juga ada menyediakan fisioterapi percuma dan pembedahan rekonstruktif, serta membekalkan prostetik, alat bantu berjalan, kerusi roda dan alat bantuan pendengaran dibawah perkhidmatan perubatan lain.

National Kidney Foundation di Malaysia. Imej dari Berjaya Group

Walau bagaimanapun, istilah Skim Ilat secara  keseluruhannya cuma boleh digunapakai untuk pekerja-pekerja di bawah umur 60 tahun. Maksudnya, Manfaat Pengebumian, Pencen Penakat dan Pencen Ilat semua khusus untuk orang di bawah 60 tahun je.

4. Pekerja yang bekerja sendiri macam pemandu Grab juga boleh dapatkan skim insurans

Imej dari NST

Ye betul! Kalau korang kerja sendiri macam pemandu Grab dan Uber, korang juga layak untuk dapatkan skim insuran ni. Skim baru ni akan bermula pada 1 Jun 2017, untuk membantu lebih 100,000 pemandu teksi serta orang-orang yang bekerja dalam perkhidmatan e-hailing. Sekarang ni fokus dia cuma untuk kumpulan pemandu dengan nama rancangan: Skim Keselamatan Sosial Bekerja Sendiri.

Kemalangan jalan raya ni memang selalu berlaku kat Malaysia. Malah masa tahun 2016 je, terdapat lebih 500,000 kemalangan jalan raya yang mengakibatkan lebih 7,000 kematian, yang merupakan statistik tertinggi di Malaysia. Sebab tu la PERKESO mengiktiraf risiko ni dan laksanakan skim untuk pemandu yang tak mempunyai pekerjaan di bawah mana-mana syarikat.

Jadi, kalau korang belum mendaftar lagi, jangan lupa untuk berdaftar dengan PERKESO supaya korang juga boleh dapat manfaat ni macam pekerja awam lain.

“Buat masa ni, cuma pemandu teksi, Uber dan Grabcar je yang dilindungi dibawah Skim Keselamatan Sosial Bekerja Sendiri.” – balas SOCSO melalui e-mel

Skim ni teksi, Grabcar dengan Uber semua setuju. Imej dari redwiretimes.com

PM Najib juga ada sebut yang kerajaan tengah mempertimbangkan untuk memperluaskan liputan ni kepada pekerja yang bekerja sendiri di bidang-bidang lain seperti pertanian, perikanan, gerai kopitiam  dan juga seni! Jadi, tunggu je la pengumuman diorang nanti.

5. Pelajar yang berdaftar dengan PERKESO juga layak untuk mendapatkan pinjaman pelajaran

Mesti ramai antara korang terkejut bila dapat tahu pasal ni kan? Mesti korang ingat PERKESO ni hanya untuk pekerja je. Sebenarnya, pelajar yang bekerja juga layak dapat pinjaman pelajaran kalau dah terima tawaran untuk Diploma atau untuk Ijazah pertama di universiti tempatan.

Korang boleh dapatkan bantuan untuk yuran, tapi untuk umur 21 tahun ke bawah je tau. Manfaat Pelajaran ni akan bantu korang sedikit sebanyak untuk bayar yuran kolej atau universiti.

Imej dari tuition.io

Biasanya, pelajar hanya boleh terima pinjaman kalau status kewangan keluarga tak cukup untuk bayar yuranKes sebegini termasuklah kalau ibu atau bapa pelajar tersebut yang masih hidup juga menerima Pencen Ilat, iaitu bila pasangan mereka meninggal dunia disebabkan kemalangan di tempat kerja.

Pinjaman pelajaran yang diberi tu meliputi yuran pendaftaran awal untuk semester pertama, yuran pengajian, yuran peperiksaan dan yuran makmal bagi setiap semester, dengan syarat yang jumlah kos pendidikan tak melebihi RM100,000. Dan PERKESO hanya akan luluskan pinjaman kalau agensi pendidikan lain dah tolak permohonan pinjaman pelajar tersebut.

Pelajar juga kena kekalkan prestasi akademik sepanjang kursus, sama la macam mana-mana biasiswa dan pinjaman lain. Kalau tak, pinjaman pendidikan dorang boleh digantung.

Lepas habis belajar, peminjam kena bayar balik pinjaman (termasuk kadar faedah sebanyak kira-kira 2%), sepanjang tempoh ansuran bergantung kepada berapa banyak yang dipinjam.

Bukan PERKESO je organisasi insurans yang memberikan wang pekerja jika mereka tercedera

Sesetangah pekerja mungkin kurang pasti pasal manfaat PERKESO ni masa diorang isi borang pendaftaran pekerja untuk pekerjaan baru. Harapnya, senarai ni dah jelaskan pasal manfaat yang pekerja Malaysia boleh terima bila berdaftar di bawah PERKESO.

Sebenarnya, bagus juga kerajaan wajibkan PERKESO untuk semua pekerja berdasarkan sumbangan atau manfaat yang kita dapat.

Disebabkan adanya PERKESO, ramai yang berjaya dibantu dengan jumlah sokongan kewangan yang diberikan kepada pekerja-pekerja pada 2016 mencecah RM2.9 bilion! Jadi, PERKESO tak hadkan sokongan kewangan untuk pekerja yang tercedera, sebaliknya memperluaskan lagi untuk pekerja yang bekerja sendiri, penganggur sementara waktu, dan juga pelajar.

Tapi rupa-rupanya, bukan semudah tu juga nak buat tuntutan ni

Kami ada terima beberapa pandangan pembaca yang berkongsi pengalaman diorang masa buat tuntutan dari PERKESO. Salah seorang daripada diorang dah berjaya dengan tuntutan diorang untuk dapatkan rawatan dialisis setiap bulan.

Malangnya, kebanyakan kes-kes lain yang lebih serius mendakwa,  PERKESO tak nak tampung kecederaan dan ketidakupayaan diorang.

Atas dasar ingin tahu, kami e-mel balik PERKESO untuk tanya permasalahan pengadu di page kami. Sejujurnya, ianya agak mengecewakan sebab potensi dan manfaat yang diorang kata ni tak sama macam apa yang semua orang harapkan.

Walaupun mungkin ada masalah untuk sistem baru ni, kitorang harap artikel ni dah terangkan hak yang korang ada dibawah caruman PERKESO. Kitorang juga berharap yang PERKESO boleh jawab persoalan dan permasalahan ni supaya orang lain pun tak kecewa bila diorang atau keluarga diorang nak buat tuntutan pada masa akan datang.

[UPDATE 24/5/2017]

PERKESO dah jawab e-mel kami dan terangkan kenapa sesetengah tuntutan telah ditolak. PERKESO bagitahu, orang yang diinsuranskan mesti memenuhi syarat-syarat kelayakan supaya layak untuk membuat tuntutan di bawah Skim Bencana Pekerjaan atau Skim Ilat.

Klik sini untuk tengok apa yang PERKESO balas.

Ini antara respon mereka:

Skim Kelayakan Bencana Pekerjaan 

  • Pekerja yang diinsuranskan mestilah membuat laporan polis mengenai kemalangan yang terlibat masa diorang masih menjadi seorang pekerja.
  • Jika kemalangan serius, faedah akan dibayar semasa cuti sakit yang disahkan oleh doktor selagi pekerja tidak dibayar oleh syarikat-syarikat mereka semasa cuti mereka.

Kelayakan Skim Ilat

  • Untuk melayakkan diri, pekerja yang kurang upaya mestilah berusia di bawah 60 tahun.
  • Kalau umur mereka melebihi 60 tahun masa bagi notis pada SOCSO, mereka perlu buktikan yang keuzuran mereka berlaku sebelum umur tersebut.
  • Pekerja mestilah memenuhi kuota sumbangan mereka. Jumlah sumbangan dalam PERKESO akan memberi kesan kepada jumlah yang dapat dituntut.

Secara AM

  • Tuntutan dihakimi oleh Lembaga Perubatan. Jika pekerja tidak berpuas hati dengan keputusan tuntutan mereka, mereka boleh membuat rayuan kepada Lembaga Doktor Rayuan.

“Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk dengan pejabat PERKESO yang terdekat.” – balas PERKESO

Ini adalah asas Terma & Syarat bagi Skim, tapi PERKESO akan menyediakan garis panduan yang lebih teknikal, dan mendalam bagi kes-kes yang berbeza apabila pekerja ingin membuat tuntutan.