Kisah tragik wanita Australia di Malaya, dicampak dari bangunan kerana dianggap spy

(This article is a translation. For the original, visit our sister site, CILISOS)

(Sebelum tu, untuk korang yang minat cerita sejarah, subscribe la group Facebook kitorang, SALAM SEJARAH-TERA.)

Pada tahun 1940-an, Asia Tenggara bukanlah sebuah tempat yang aman macam sekarang ni. Korang semua pun confirm la pernah dengar pasal kekejaman tentera Jepun di Tanah Melayu pada Perang Dunia Kedua, kan? Malah, pelbagai penderitaan dilalui oleh orang-orang Melayu pada masa tu di bawah pemerintahan Kempeitai.

Tapi, ada cerita yang lebih tragis daripada yang korang mungkin pernah dengar, dan ni adalah kisah seorang wanita yang terseksa di bawah pendudukan Jepun di dua negara.

Doris van der Stratten pertama kali terserempak dengan Jepun yang memasuki Thailand

Kebanyakan daripada bahagian cerita ni kitorang ambil dari buku-buku Andrew Barber, iaitu Kuala Lumpur at War 1939 – 1945. Ada sebuah lagi buku lain mengenainya. Imej dari Star2.

Doris berasal dari Adelaide, dan dibesarkan dalam keluarga yang berpecah belah dan keadaan yang kacau-bilau. Perkahwinan pertamanya berakhir dengan perceraian, yang akhirnya mengakibatkannya terputus hubungan dengan kedua anak perempuannya.

Walau bagaimanapun pada pertengahan tahun 1930-an, dia berkahwin dengan lelaki lain, Phillip van der Stratten, seorang lelaki Malayan Eurasian yang juga seorang jurutera perlombongan. Dan apabila dia dilantik bekerja di sebuah syarikat perlombongan di Thailand, Doris mengambil peluang untuk mengikuti Philip ke lombong timah Pinyok yang terletak di bahagian selatan negara tu.

Walau bagaimanapun, semuanya berubah pada bulan Disember 1941, ketika Jepun mula menduduki Tanah Melayu, menyerang Burma dan sudah tentulah… Thailand. Di Pinyok, kesemua orang putih (Inggeris, Eropah dan Eurasia) di lombong bijih timah telah dikepung oleh tentera Jepun dan dibawa ke sebuah banglo kayu berdekatan dengan tapak perlombongan yang dipanggil Kampung Toh.

Rumah kampung lebih kurang macam ni la. Imej dari Flickr

Mereka berjalan di dalam hutan dan sampai ke Perak tanpa kasut

Selepas pembunuhan beramai-ramai Kampung Toh, Doris dan Edward berjalan beratus-ratus batu melalui hutan tanpa kasut sehinggalah mereka sampai ke Tanah Melayu. Di sana, mereka mendapat perlindungan masyarakat kecil Cina yang juga bersembunyi dari Jepun di  dalam hutan Perak. Tapi nampaknya, tentera Jepun dah menawarkan ganjaran kepada pemberi maklumat. Dan malang buat mereka semua, keadaan menjadi lebih teruk dan mereka mengalami penyakit seperti beriberi, disentri dan demam.