- 1.5KShare sekarang!
- Email14
- Facebook1.4K
- Share
Kalau nak diceritakan tentang ajaran yang telah diisytiharkan sesat dekat Malaysia ini boleh tahan banyak jugaklah. Dari Ayah Pin, Al-Arqam, Ajaran Hassan Anak Rimau dan banyak lagi sebenarnya kalau nak disenaraikan. Ajaran sesat ini pula bukan berlaku kat Malaysia je tapi satu dunia pun ada, dan yang bahayanya ada ajaran sesat yang sanggup suruh pengikut dorang bunuh diri lagi.
Hari ini SOSCILI nak cerita dekat korang tentang tragedi menyayat hati dalam kisah ajaran sesat yang paling famous dalam sejarah dunia moden iaitu Jonestown. Sebenarnya kisah ini ada kami masukkan dalam satu artikel lain mengenai psychopath, cuma kali ini SOSCILI akan cerita dengan lebih detail lagi.
Kisah ini bermula di sebuah perkampungan kecil
Kisah ini bermula pada tahun 1955 di sebuah tempat terpencil di Guyana, Amerika Selatan. Seorang paderi yang bernama Pastor Jim Jones telah mencipta satu mazhab baru yang dikenali sebagai Gereja Rakyat.
Kalau korang nak tahu, Jones memang seorang yang pandai cari publisiti. Bagi meningkatkan pengaruh dan namanya, Jones selalu mengenengahkan sifatnya yang anti perkauman dan menyokong hak-hak gay dan masyarakat yang tertindas.
Dia lakukan hal ini sebenarnya untuk menarik perhatian para masyarakat, aktivis dan ahli politik agar dorang bersimpati dengan pergerakan Jones.
Tak hairanlah kalau pengikut setia Jones kebanyakannya terdiri daripada orang kulit hitam Amerika. Malah, untuk menunjukan lagi sifat toleransinya, Jim Jones dan isterinya Madeleine telah mengambil enam orang anak angkat dari pelbagai kaum.
Disebabkan pada masa tersebut Amerika dan Soviet Union dalam kancah perang dingin, Kemungkinan untuk perang nuklear memang kuat pada, Jones telah mengambil kesempatan ini untuk mengajak para pengikutnya berpindah dari California ke Amerika Selatan.
Kat sinilah terciptanya Jonestown, sebuah ladang seluas 140 hektar yang dijadikan kawasan penempatan baru, bertujuan untuk melindungi dorang dari ancaman perang nuklear.
Dekat Jonestown ni jugak dorang telah bina satu penempatan yang lengkap, daripada bercucuk tanam, pendidikan, menternak sampaikan dorang tak perlu pun apa-apa barangan dari luar untuk meneruskan kehidupan.
Pengikutnya diseksa dan dijadikan hamba di Jonestown
Jonestown pada masa tu boleh dianggap sebagai satu tempat yang sangat ideal bagi orang yang ada sebang kemahiran, kerana dorang dapat bebas daripada cengkaman kapitalis, ketidaksamaan ekonomi dan penindasan kaum.
Tetapi benda itu semua hanya gimik Jones untuk menarik pengikut supaya datang ke dunia dia. Lama kelamaan suasana penempatan ini berubah dan membawa kepada penderaan dan penganiayaan para pengikut.
Kehidupan dorang kat sana sebenarya hanya indah khabar dari rupa. Rupa-rupanya para pengikut yang tinggal kat sana telah dijadikan hamba abdi kepada Jones. Dorang telah dikerah untuk bekerja dari tujuh pagi sehingga enam petang setiap hari.
Yang sedihnya, kanak-kanak pun telah dipaksa untuk bekerja sampaikan ada antara dorang yang jatuh sakit dan meninggal dunia.
Bukan takat kena kerja sepanjang hari, makanan dorang pulak telah dicatu apabila hanya diberi nasi dan kacang sahaja untuk menu tiap-tiap hari, manakala makanan yang best semua ahli keluarga Jones dan orang atasan je yang sebat.
Bukan tak ada yang melawan atau try larikan diri, tetapi kawasan itu telah pun dipagar dan dikawal dengan askar-askar Jones yang bersenjata. Bagi sesiapa yang melanggar perintah atau tidak berdisiplin, dorang akan dikunci di dalam kotak kayu kecil, dipukul sehingga mati dan dicampak di dalam lubang yang dalam.
Sampaikan satu tahap, Jones akan mengikat pengikut yang degil dalam keadaan telanjang bulat sebelum mereka direnjat dengan arus eletrik ataupun ditembak mati.
Kematian ahli kongres dan tercetusnya revolusi dengan membunuh bunuh diri
Keadaan pada masa tersebut agak kecoh sehinggakan pada tahun 1978, salah seorang ahli kongres Amerika Syarikat, Leo Ryan dan rombongan wartawan serta saudara-mara pengikut telah datang ke Jonestown untuk mencari jalan penyelesaian.
Pada asalnya, Jones dan orang-orang kanannya menyambut baik kedatangan rombongan ini, tetapi semuanya berubah apabila Ryan mengajak sesiapa sahaja yang mahu meninggalkan Jonestown untuk mengikut dia balik.
Akibat bengang dengan campur tangan Ryan, Jones dan para pengikutnya mengambil keputusan untuk membunuh ahli kongres, tiga wartawan dan mencederakan sembilan orang peserta rombongan.
Apabila perkara ini disedari oleh kerajaan Amerika, CIA dan FBI telah ditugaskan untuk menamatkan konflik dengan menangkap Jones untuk dibawa ke muka pengadilan. Tetapi dorang tak tahu rancangan Jones yang sebenarnya. Selepas peristiwa pembunuhan ahli kongres tadi, Jones telah bersiap sedia dengan beberapa rancangan.
Menurut laporan yang dikeluarkan FBI, Jones telah membuat beberapa backup plan, antaranya melarikan diri ke Kesatuan Soviet, melakukan revolusi dengan membunuh bunuh diri, melawan penceroboh dan mempertahankan Jonestown atau melarikan diri ke dalam hutan.
Bayi dan kanak-kanak dipaksa meminum racun
Untuk pengetahuan korang, Jones telah memilih cara membunuh diri sebagai penyelesaian dan dorang sebenarnya dah siap practice lagi dari awal melalui upacara agama Jones yang dipanggil “The White Night”.
Upacara yang dilakukan setiap dua minggu ini telah memasukkan simulasi bunuh diri secara besar-besaran termasuk pengambilan ramuan racun palsu. Sesetengah pengikut Jones sebenarnya tak nak buat pun benda macam itu, tetapi dorang telah dipaksa dan diugut akan ditembak kalau degil.
Macam itu jugaklah yang terjadi pada hari kejadian apabila Jones telah menipu para pengikutnya. Dorang pada awalnya telah diberikan jus anggur untuk diminum dan tanpa sedar sebenarnya Jones telah memasukan racun jenis cyanide ke dalam jus tersebut.
Kalau korang nak tahu, racun jenis cyanide ini memang sangat bahaya kepada manusia kerana ianya akan menghalang sel-sel dalam badan daripada menggunakan oksigen dan akhirnya menghentikan fungsi jantung, sistem pernafasan dan sistem saraf pusat.
Kiranya mangsa-mangsa tersebut akan mengalami kesakitan yang teramat sangat sebelum dorang mati kesan daripada racun tersebut.
Mungkin sebab Jones dah tahu yang racun tu menyebabkan kesakitan yang teramat sangat, dia telah mengambil keputusan untuk menembak mati dirinya sendiri menggunakan senapang patah dengan tujuan mempercepatkan kematiannya.
Pihak berkuasa pun lambat sampai ditempat kejadian dan bila dorang sampai je penghuni Jonestown telah lenyap. Dorang tambah terkejut apabila melihat 918 mayat yang bergelimpangan dimana 276 daripada mereka adalah kanak-kanak.
Hanya segelintir orang yang terselamat daripada peristiwa hitam tersebut kerana dorang sempat melarikan diri ke dalam hutan, bersembunyi di dalam kem dan berpura-pura meminum racun tersebut.
Walaupun kisah ini sudah lama berlalu, ianya masih lagi dikenang sebagai kisah sebuah ajaran sesat yang membawa 918 orang pengikutnya mati bersama-sama ketua dorang. Lepas ni korang kenalah berhati-hati agar tak terjebak dengan benda-benda sebegini dan kepada yang dah terlanjur tu kembalilah ke pangkal jalan.
- 1.5KShare sekarang!
- Email14
- Facebook1.4K
- Share