Ada yang mati sebab braces palsu, tapi ada jugak yang masih sokong benda ni?

UPDATE: Walaupun dah banyak kes penangkapan doktor gigi palsu sejak beberapa tahun lepas, nampaknya masih ramai lagi yang tak belajar daripada kesilapan orang lain.

Baru- baru ni, seorang wanita yang baru je berumur 20 tahun ditangkap sebab buat braces palsu dekat klien dia di Melaka. Tak tahannya, siap tumbuk dinding lepas Mahkamah Sesyen  Ayer Keroh menjatuhkan hukuman denda RM70,000, atas tuduhan menjalankan perusahaan pergigian tanpa lesen.

Tapi yang jadi isu lebih besar sekarang ni pula, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dikatakan berjaya kutip derma untuk doktor gigi palsu yang didenda ni, dengan alasan wanita berkenaan teraniaya. Perkara ni kemudiannya menimbulkan kemarahan netizen, dan kenyataan tidak setuju secara tegas daripada Public Health Malaysia dan Medical Mythbusters Malaysia. Namun dakwaan ini telah dinafikan oleh PPIM.

____________________________________________________________________________

Kalau dulu, siapa yang pakai braces ni memang nerd habis, nak lagi kalau siap bercermin mata besar. Kiranya dia paling nerd antara yang nerd. Orang yang pakai braces juga jarang nak bercakap sebab malu nak buka mulut, takut orang nampak gigi besi diorang.

Braces atau pendakap gigi ni dipakai sebab nak betulkan gigi yang tak teratur. Lain orang lain susunan gigi, jadi setiap orang ambik masa yang berlainan untuk dapatkan rawatan gigi yang sempurna dan biasanya paling sekejap pun 12 hingga 24 bulan.

Baru-baru ni kitorang ada terbaca satu post dekat Medical Mythbusters Malaysia, iaitu sebuah Facebook page oleh sekumpulan profesional perubatan di Malaysia yang menangkis mitos-mitos perubatan. Diorang ada keluarkan satu isu pasal seorang kanak-kanak 10 tahun yang pakai bracesTapi apa pula masalahnya?

Gigi susu belum habis tak patut dipakaikan pendakap gigi!

Dulu kalau imej macam ni lambang nerd, sekarang ni la trend semasa. Imej dari mundo24.net

Mernurut post tersebut, braces tu telah dipasang oleh pengamal perubatan gigi tak bertauliah (doktor gigi palsu). Tapi apa yang membuatkan orang lagilah marah adalah kerana ia dipasangkan kat kat kanak-kanak yang belum habis tanggal gigi susu.

“Bagi mendapatkan rawatan ni (pemasangan braces), kanak-kanak berusia melebihi 12 tahun dilihat sesuai memandangkan gigi susu telah tanggal dan telah berada dalam gigi kekal.” – Pakar Perunding Ortodontik, Prof Madya Dr Rohaya Megat Abdul Wahab. Dipetik dari Sinar Harian.

Dah lah pasang kat budak yang masih mempunyai gigi susu, cara pemasangannya jugak salah dimana dawai hanya dilekatkan kat gigi geraham yang kecik je, tak sampai pun kat gigi geraham yang besar. Malah molar band pun takde.

Budak 10 tahun yang dipakaikan braces. Imej dari FB Medical Mythbusters Malaysia

Oleh kerana cara pemasangan yang salah tu lah, ia telah menimbulkan keraguan dekat jururawat pergigian dan secara automatiknya diorang tahu tu ialah FAKE BRACESTapi apa yang buat kitaorang tertanya-tanya, mana dorang dapat fake brace ni dan doktor mana yang buat kerja-kerja ni?

Kami tanya terus seorang ‘doktor’ yang pasang braces palsu ni!

Ini salah satu contoh iklan fake braces yang kami jumpa.

Kitorang pun cuba cari kat instagram mengenai fake braces. Apa yang buatkan kitorang terkejut ialah… harganya sangat murah iaitu serendah RM35 je! Tapi yang ni jenis DIY punya, korang bawak balik pasang sendiri kat rumah, macam Gundam jugak lah. Kalau servis pasang braces sebab nak betulkan gigi tu, mahal sikitlah sampai beratus sebab kena caj ‘consultation’ dan ‘yuran pemasangan’ daripada doktor gigi yang tak bertauliah tu.

Kalau korang pergi dekat doktor yang betul, harganya boleh mencecah ribuan ringgit. Kat klinik kerajaan pun sama, dah lah kena tunggu masa yang lama sebelum boleh buat braces ni.

Oleh kerana ramai yang boleh dapatkan fake braces ni dengan harga yang murah, dorang decide nak pakai braces atas dua sebab: 1) Untuk nak nampak cantik dan nerdy; 2) Sebab betul-betul nak pakai dan betulkan gigi yang kurang teratur. Jadi disebabkan rawatan ortodontik (rawatan gigi) mahal, diorang cari yang murah punya.

Mana nak cari? Senang je, dah bersepah-sepah kat media sosial yang menyediakan perkhidmatan ni. Korang type je ‘fake braces’ maka keluarlah semuanya.

Umur baru 21 tahun, dah ‘berjaya’ jadi doktor gigi yang pasang braces dekat para pelanggan dia dan claim yang tak pernah ada masalah.

So kitaorang pun cuba lah contact doktor gigi youtube yang berusia 21 tahun ni dan bertanyakan mengenai proses dan prosedurnya…

Tak payah X-Ray pun dah boleh buat? Tapi boleh ke buat rawatan kat rumah? Tak bahaya ke? Macam-macam yang bermain dalam fikiran kitorang masa nak buat ‘appointment’ dengan ‘doktor gigi’ ni. Cara jawab pun acuh tak acuh je. (yelah, dia kan doktor, banyak patient. So layan kitaorang ni pun nak tak nak je lah)

Tapi kan, apa yang akan terjadi kalau terus buat pemasangan braces dalam mulut tanpa
X-Ray terlebih dahulu?

Fake braces ni boleh cacatkan bentuk tulang, gusi, gigi, dan sekaligus muka korang

Bukan senang nak pasang braces ni tau. Sesiapa yang pernah ambik rawatan ortodontik untuk pakai braces ni mesti tahu yang doktor gigi tadi kena ambil x-ray dulu untuk tengok gigi korang tu macam mana.

Kitorang ada tanya kawan dalam office ni macam mana dia pasang braces dulu, dan ni adalah jawapan dia:

“Masa nak buat braces tu, benda paling penting sekali ialah x-ray sebab lain orang, lain susunan gigi dia. Lepas tu, ada molding part, atau buat acuan mulut dan gigi kita untuk kenal pasti yang mana kena cabut, kalau ada gigi yang berlapis. Kiranya macam hardcopy mulut kita la. Kena tahu alignment gigi dulu macam mana.

Lepas dah kenalpasti tu baru la boleh buat treatment penuh macam pasang bands, brackets, dawai, getah dan spring yang sepatutnya mengikut gigi patient sendiri sebab keperluan prosedur bergantung pada jenis gigi masing-masing. Treatment selama dua setengah tahun juga mencecah sebanyak RM5k”- Cece, intern Cilisos.

Braces yourself people!

Contoh dia lebih kurang macam korang nak buat baju la, kena ukur di badan sendiri. Kalau ukur badan orang lain atau beli yang ready-made kat kedai mungkin ada part yang ketat atau gelebeh sana-sini. Jadi, pilihlah nak buat braces dengan bijak!

Jadi nampak tak diorang ni memang tak sah, dan main pasang je? Malah diorang pasang braces ni kat rumah je (homemade selalunya benda yang baik, tapi kalau melibatkan rawatan gigi tak, ok?) Selain tu juga, doktor gigi palsu ni juga takde scan x-ray dan molding pun, boleh terus pasang je (dan tak semua DIY tu bagus).

Selain tu juga, apa yang boleh jadi kalau tak ikut prosedur tu? Korang punya gigi boleh rosak sebab kalau main pasang je tanpa ikut SOP (standard operation procedure) yang ditetapkan, kebersihan dalam mulut tu mungkin diorang terlepas pandang.

Selain tu juga, gigi korang mungkin boleh rosak teruk sebab doktor gigi tu tak ambik kira aspek penting yang tertentu. Selain daripada kebersihan mulut dan alatan yang digunakan, barang-barang braces atau alatan yang digunakan tu mungkin tak capai piawaian yang sepatutnya. Ye la, peralatan yang digunakan untuk masuk dalam badan kita kena steril dulu tau!

Tolong doktor, besi terlekat dalam gigi!

Berdasarkan penerangan daripada seorang graduan pergigian dari Mesir juga, penggunaan fake braces juga boleh memberi gangguan kepada salur darah dan saraf gigi. Selain tu, ulser mulut, gusi berdarah, jangkitan kuman dan bakteria dalam mulut merupakan masalah dan kesan yang terpaksa dihadapi oleh pemakai fake braces.

Bahayanya braces palsu ni adalah bila besinya boleh berkarat, mencalarkan permukaan gigi, menghakis enamel gigi. Manakala, saduran besinya pulak boleh terhakis dan menjejaskan tubuh pengguna. Jadi gigi korang boleh mereput, gigi berkarat, gusi jadi longgar, dan tu tak masuk lagi dengan bau mulut disebabkan infection.

Menurut laporan yang kitorang jumpa kat kebanyakan laman web dan portal berita, ramai yang dapat infection daripada pemakaian braces yang tak diiktiraf ni. Imej tu teruk sangat sampai kitorang rasa takde selera nak makan. :(

Menawarkan perkhidmatan haram ni boleh didakwa sehingga RM40,000K

Belajar guna Youtube je. Imej dari imgrum.org

Setakat Mac tahun ni, sebanyak 46 aduan rawatan pergigian haram dah diterima Kementerian Kesihatan dimana seorang pekerja salun daripada Indonesia pernah ditangkap pada tahun lepas kerana menawarkan perkhidmatan fake braces.

Dalam kes kat Terengganu, seorang gadis yang berumur 21 tahun dah ditahan atas sebab yag sama. Malah kat Kuantan pula seorang lelaki telah dikenakan denda RM40,000 sebab bagi rawatan gigi secara tak sah.

Sebenarnya perkara ni banyak menimbulkan kemarahan kebanyakan doktor gigi dan doktor-doktor bertauliah yang lain. Salah seorang doktor gigi yang agak aktif di laman Twitternya adalah Dr. Ib Shah yang lantang dan anti betul dengan pelbagai doktor gigi palsu dalam media sosial, yang cuba untuk bagi rawatan dekat ‘klien’ diorang.

Popular dengan hashtag , dia mengutuk sekeras-kerasnya dengan orang yang jual dan buat servis fake braces yang bagi dia sangat pentingkan diri dan tak kisah dengan kesihatan dan kemudaratan kepada orang lain. Dr Ib Shah juga merupakan salah seorang orang kuat dalam  untuk jabatan pergigian.

Korang bayangkan, untuk dapatkan segulung ijazah kedoktoran ni punyalah lama masa yang diamik sehingga bertahun-tahun, tapi senang-senang je doktor yang tak bertauliah ni boleh muncul menawarkan servis pemasangan braces dengan belajar dari youtube je!

Imej dari studymalaysia.com

Selain tu juga, ada sebabnya kenapa  pihak berkuasa akan tahan orang yang pasang fake braces ni pada orang lain. Antaranya ialah…

Fake braces ni boleh membawa kematian

Kitorang tak main-main tau, ini seriousssss. Imej dari portal MYHealth

Korang juga kena faham kenapa kos nak dapatkan rawatan braces ni mahal sampai mencecah ribuan ringgit! Selain daripada rawatan professional doktor gigi, salah satu sebabnya ialah dawai archwire untuk pendakap gigi tu diperbuat daripada bahan antikarat. Jenis dawai tu lain sikit daripada dawai biasa, iaitu mestilah tak reaktif terhadap air liur, minuman dan makanan yang dimasukkan ke dalam mulut.

Berlainan pula dengan fake braces yang tak diketahui jenis dawai besi apa yang digunakan, bahan dawai tu sendiri pun dah bahaya dengan boleh menyebabkan karat sehingga mejejaskan kesihatan dalaman.

Setakat artikel kami ditulis ni, dah dua kematian direkodkan di Thailand sebab pemakaian fake braces ni. Ianya berpunca daripada mangsa yang tertelan serpihan fake braces yang tak kukuh dan juga kurang bersih.

Lembaga Perlindungan Pengguna Thai ada mengeluarkan kenyataan menyatakan yang wayar pendakap tu bahaya, boleh menyebabkan luka pada gusi dan dalam mulut. Selain tu juga, wayar yang digunakan tu ada plumbum, tak sesuai dan boleh merosakkan sistem dalam tubuh badan kita.

Keracunan plumbum boleh menyebabkan kerosakan sistem saraf dan otak, membantutkan pertumbuhan, masalah pembelajaran dan juga masalah dalam sistem pendengaran dan percakapan.

Keracunan plumbum boleh menyebabkan masalah lain dalam badan. Imej dari cdc.gov

“Sesetengah orang pasang braces sendiri. Ini sangat bahaya sebab braces tu boleh jadi longgar dan tertanggal, terus masuk dalam tekak” – Rasamee Vistaveth, Setiausaha Agung Lembaga Perlindungan Pengguna Thailand/Kementerian pengguna Thailand.

Walaupun takde kematian lagi yang direkodkan kat negara ni, tapi kita kena la ambik iktibar dari negara jiran. Takkan nak tunggu ada kematian atau kes gigi jadi teruk sangat baru nak sedar, kan?

Biar mahal, asal selamat!

Korang yang pakai fake braces tu, nak buat lagi ke tak?

Berdasarkan kajian yang dibuat, Kementerian Malaysia juga dah sahkan yang fake braces tu bahaya. Salah satunya disebabkan kesan gam yang dilekatkan dekat gigi dan besi braces tu yang boleh menyebabkan gigi terhakis yang boleh menyebabkan karies gigi dan gusi berdarah. Selain tu juga, banyak kes yang dilaporkan ada sebut pasal gigi goyang dan hampir tertanggal dari gusi disebabkan pergerakan gigi lepas pakai braces.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia jugak ada menasihatkan orang awam supaya tak terlibat dalam pemakaian atau pemasangan fake braces ni. Kalau korang ada info, terus laporkan pada pihak berkuasa dan boleh e-mel pada [email protected] atau terus telefon ke 03-88834215.

Gambar real dia ngeri sangat, jadi kita letak gif ni je, Dari giphy

P/S: Kitorang mengalami kemurungan masa buat artikel ni sebab banyak gambar-gambar yang mengerikan dan rasa macam tak boleh nak post. Kalau kitorang pun rasa macam ni, apatah lagi doktor gigi yang terpaksa betulkan gigi para pesakit yang rosak teruk lepas buat fake braces ni.

Jadi, sesiapa yang gigi elok tu tak payah la pakai fake braces semata-mata nak lawa sebab akibat dia tak lawa pun. Kalau betul-betul nak baiki gigi tu pergi la dekat doktor yang bertauliah. Biar mahal, asal selamat!