Kerajaan keluarkan video JENAYAH SEKS kanak-kanak, ini reaksi budak bila tengok

(This article is translation. For original, visit our sister site, CILISOS)

Apa yang korang buat kalau tiba-tiba ada orang yang tak dikenali pegang korang?

Sebelum ni, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) ada lancarkan beberapa siri video mengenai pendidikan seks untuk kanak-kanak, terutamanya menekankan aspek mengenai sentuhan selamat dan tak selamat. Dan sekarang ni video tu semua dah ada kat YouTube. Nanti kalau free korang boleh lah tengok, tunjuk kat adik-adik, anak buah, anak-anak dengan jiran-jiran sekali ye.

Semuanya ada 5 siri video yang mana setiap video bagi pengajaran kat budak-budak apa yang diaorang kena buat bila …

  1. Ada orang sentuh dengan cara yang tak elok (untuk perempuan). 
  2. Tunjuk gambar yang tak elok. 
  3. Ambik gambar yang tak sesuai dan tak elok pada budak-budak.
  4. Ada orang sentuh dengan cara yang tak elok secara ‘melawak’. 
  5. Ada orang sentuh dengan cara yang tak sesuai (untuk lelaki). 

“Ini adalah pendekatan yang kreatif untuk pastikan mesej kami sampai kepada sasaran dan semua segmen masyarakat. Jenis maklumat yang kami ingin sebarkan melalui video-video tersebut adalah pengetahuan asas.

Ia mesti diketahui oleh kanak-kanak untuk mengelakkan diri mereka daripada jadi mangsa dan dimanipulasi.” – Dr Wan Azizah, Menteri KPMKW, sumber dari The Star. 

Tapi video ni sebenarnya taklah menyeramkan macam video pendidikan seks dari NagaDDB yang ditayangkan beberapa tahun lepas.

Kitaorang tunjukkan video tu kat budak umur 6-12 tahun, dan tengok reaksi diaorang…

Sebenarnya, kitaorang ingat video-video tu agak sesuai dan tak terlalu menganggu fikiran budak-budak dan sesuai untuk ditayangkan. Tapi, macam yang korang tengok, macam-macam reaksi yang budak tu tunjukkan bila tengok video tu. Ada yang tiba-tiba tanya, “Eee, apa ni?” dan ada jugak yang betul-betul risau dan takut nak bermain kat luar rumah diaorang.

“Saya tak nak main kat luar lagi sebab nanti ada orang culik saya dan bukak baju saya.” – Harraz, 7 tahun.

Walaupun reaksi diaorang macam tu, diaorang semua tahu apa yang diaorang kena buat kalau diaorang berdepan dengan situasi yang digambarkan dalam video tu. 

“(Saya) rasa ia bagus untuk mendidik kanak-kanak. Anak (saya) yang sulung bagitahu yang dia dah tahu dah pasal benda-benda tu… tapi video tu kelihatan ‘comel’. Saya rasa ia adalah pendekatan yang bagus untuk beri pengenalan terhadap topik yang dibincangkan di kalangan kanak-kanak.” – Joanna, ketika dihubungi CILISOS.

Sebenarnya, kebanyakan ibu bapa yang kitaorang jumpa bagitahu yang video-video tu sebenarnya sesuai dan bagus sebab budak-budak dapat memahami video tu dengan mudah. Sesetengah ibu bapa macam Hezlina Yusof dengan Azmin Bidin, yang merupakan ibu bapa kepada Harraz, bagitahu yang video tu jugak boleh membantu budak-budak untuk menyedari tentang bahaya yang terdedah kat diaorang. 

Haa adik jangan jalan sorang-sorang. GIF dari Giphy

Diaorang nampak macam menyokong inisiatif kerajaan dan menteri menerusi video tersebut. Tapi sebenarnya, pihak kementerian bukanlah pihak utama yang menyumbang kepada idea penghasilan video tu. Jadi, kalau bukan diaorang … habis tu siapaaa???

Dalang di sebalik video ni adalah NGO … yang menentang pornografi!

Pihak kementerian dilaporkan telah bekerjasama dengan Malaysians Against Pornography (sebelum ni dikenali sebagai Mothers Against Pornography, MAP) dalam menghasilkan video-video tersebut serta penyunting grafik dan produksi video yang bergerak secara bebas. Dan Oblind Studio merupakan pihak yang menghasilkan video-video tersebut.

Inilah NGO tu. Imej dari MAP

MAP telah ditubuhkan oleh sekumpulan doktor perubatan pada tahun 2013 untuk memerangi pornografi dalam kalangan budak-budak sekolah. Selain itu, pertubuhan tu jugak bertujuan untuk membendung salah laku seksual dalam kalangan budak-budak, remaja dan orang dewasa kat Malaysia ni.

Kitaorang jugak dapat tahu yang MAP dah banyak buat video yang macam tu dan korang boleh tengok video-video tu kat Facebook diaorang. Dan, ia jugak menyediakan kursus dalam talian secara percuma mengenai sentuhan yang selamat dan tak selamat kat website dia. Tapi kali ni, menurut salah seorang pengarahnya, Abid Zain, MAP bekerjasama dengan pihak kementerian dalam melaksanakan projek ni sebagai penyedia kandungan (content provider).

MAP jugak pergi ke sekolah-sekolah untuk buat ceramah. Imej dari Facebook MAP

Dan, video ni sebenarnya bukanlah hanya video YouTube biasa yang selalu korang tengok tu. Tapi video tu sebenarnya dalam bentuk iklan yang pihak kementerian dah bekerjasama dengan Google dalam menyiarkan video tu. Ia sebelum budak-budak dapat tengok video kegemaran diaorang seperti Didi & Friends ataupun Baby Shark doo doo!

Kitaorang sebenarnya jadi budak-budak kejap dalam nak tahu situasi ni dengan menyelidik bahagian kanak-kanak kat YouTube untuk melihat sama ada kitaorang perasan ke tak iklan-iklan tersebut ditayangkan. Tapi, takde sebarang iklan pun yang muncul dalam video yang kitaorang tengok tu.

Dan sekarang ni, video tu dah ada kira-kira 200,000 tontonan secara keseluruhannya lepas ia dimuat naik beberapa minggu yang lepas. Kementerian ada melaporkan yang diaorang menetapkan sasaran penonton yang akan tengok video tersebut adalah lebih kurang 150,000 penonton terdiri daripada budak-budak dari umur dua tahun. Tapi sampai sekarang takde lagi berita yang melaporkan sasaran tersebut dah berjaya dicapai ataupun tak. Dan, kitaorang pun masih tunggu respon dan jawapan daripada pihak kementerian mengenai perkara ni.

Tapi mungkin korang tertanya-tanya kenapa ada hanya lima video mengenai pendidikan seks tu, dan sebabnya adalah …

“Projek ni disasarkan kepada kanak-kanak prasekolah, dan ia merupakan projek rintis.” – Abid, ketika dihubungi CILISOS.

Dan, maksudnya lebih banyak video yang akan keluar jugak nanti???

Timbalan Menteri KPMKW, YB Hannah Yeoh ada bagitahu yang pihak kementerian dah ada rancangan untuk buat lebih banyak video yang macam tu untuk semua peringkat umur. Dan hal tersebut mungkin salah satu langkah yang baik sebabnya sekarang ni jenayah seksual semakin serius kat dalam kalangan kanak-kanak.

Menurut kajian, sekurang-kurangnya satu daripada 10 kanak-kanak kat Malaysia telah ataupun selalu jadi mangsa keganasan seksual. Dan, sebenarnya banyak jugak kes-kes yang macam ni tak dilaporkan, dan statistik tu mungkin akan jadi bertambah banyak kalau betul-betul dibuat pemerhatian rapi. 

Jadi, kitaorang berharap pihak kementerian akan jadi lebih komited dalam menghasilkan video yang macam tu untuk bagi pendedahan dan mendidik kanak-kanak dalam jenayah seksual ni. Di samping tu, ia pun dapat mewujudkan kesedaran kat orang dewasa mengenai jenayah seksual dalam kalangan kanak-kanak.

Rakyat Malaysia boleh sama-sama bantu dengan…

Baru-baru ni timbul isu di parlimen mengenai persoalan kes kehilangan kanak-kanak kat Malaysia yang dah dibentangkan kat Dewan Rakyat. Secara keseluruhannya dari tahun 2011 hingga tahun 2019, sebanyak 15,042 kes. Hal ini sedikit sebanyak berkait rapat dengan gangguan seksual yang dihadapi kanak-kanak. Sebabnya, 26 kes yang ditemui meninggal dunia dan 363 kes yang ditemui dalam keadaan budak tu dah meninggal.

Jadinya, pihak kerajaan dan kementerian dah siap sedia buat satu pendekatan untuk semua orang dalam tangani kes ni, dan sebagai salah satu cara yang boleh dibuat sebelum serahkan pada pihak berkuasa.

Imej dari FMT

Contohnya, inisiatif kerajaan dalam menangani masalah-masalah macam tu dengan menengahkan talian Nur Alert dalam menyebarkan maklumat secepat mungkin untuk membantu mengesan kes-kes macam ni daripada berlaku.

 

About Nadiya Othman 84 Articles
Hai! Saya suka baca buku tapi saya lagi suka kalau awak baca artikel ni sampai habis :)