10 ibu bapa kongsi cara-cara aneh untuk letihkan kanak-kanak diorang

Kalau korang dah penat ziarah-menziarahi rumah sedara-mara dan kawan-kawan sepanjang musim Raya ni, mesti korang pun dah biasa nampak… KANAK-KANAK MERATA-RATA!!!

Biasa la. Sebagai pak cik dan mak cik dengan anak-anak buah sendiri, kitorang pun tau perasaan terpaksa layan budak kecil. Jadi, baru-baru ni kitorang pun berpakat dengan kawan-kawan kitorang dekat SuperPark Malaysia, suatu taman aktiviti di Avenue K @ KLCC, untuk cuba tanya ibu-ibu dan bapa-bapa Malaysia… apa taktik-taktik yang diorang guna untuk letihkan anak-anak diorang?!

Ni tips-tips yang dikongsi oleh mereka, bermula dengan…

1. Merangsang kreativiti diorang dengan memain peranan watak

Selain obsesinya dengan Lego, kami biasa menemani anak buah kami main peranan sebagai watak Spider-Man sehinggakan dia pengsan sebelum waktu tidur.” – Adhi JulaJuli

Kredit: FB Adhi JulaJuli

Kitorang pun tertanya sejauh mana Adhi main lakonan watak-watak Spider-Man dengan anak buahnya. Adakah diorang main sampai bertumbuk-tumbuk (tengok la tangan penumbuk gergasi dia tu)? Adakah diorang memanjat dinding dan melompat dari bangunan tinggi tanpa apa-apa peralatan keselamatan? Kitorang hanya boleh bayangkan apa jadi kat rumah Adhi dan anak buahnya, tapi untuk peserta yang seterusnya, taktik dia bosan sikit kerana melibatkan…

2. Gunakan kerja rumah sebagai alasan untuk tidur

Senang je. Keluarkan buku-buku karangan dengan buku semakan matematik, senaraikan semua muka surat yang awak nak anak awak siapkan, pastu tanya diorang – malam ni, awak nak tidur awal ke masih larat nak buat kerja rumah? Mesti lampu bilik tu akan tutup laju-laju! ???” – Lim Sooi Ping

Kredit: FB Lim Sooi Ping

Yang ni kitorang rasa gila takleh bela sebab licik betul taktik dia tu. Agaknya lepas ni dah tak payah asyik kena beli pil-pil tidur – boleh je beli satu buku latihan dan gunakan balik secara ulang-ulangan setiap kali anak-anak tak nak tidur.

Tapi kesian pulak kan kat anak korang asyik terperap sebab nak menghadap kerja sekolah. Jadi, apa kata korang ambil satu hari anjurkan parti permainan untuk anak korang kat SuperPark. Bagi diorang seronok-seronok sampai penat dan tak payah paksa tidur dah

Bagi diorang cuba main skateboard. Mana tau ada bakat

Diorang boleh main lompat-lompat atas trampoline dan korang kumpul anak-anak korang bentuk satu pasukan untuk buat aktiviti berkumpulan macam SuperBall (dodgeball), Bola Keranjang Jalanan dan Climbing Wall. Ada lebih 20 aktiviti kat sini.

3. Paksa diorang baca sampai tak larat buka mata

Saya ada dua anak lelaki nakal dan aktif yang boleh naikkan saya gila kadang-kadang ?. Saya selalu cari cara-cara untuk diorang lepaskan tenaga seperti… MEMBACA. Lagi banyak buku ? diorang baca, lagi cepat diorang jadi letih dan tidur ?.” – Melody Chen

Gambar anak-anak lelaki Melody. Kredit: FB Melody Chen

Eh, kitorang tak sangka la pulak membaca pun boleh letih badan. Agaknya kena tengok buku jugak lah – kalau buku teks sains tingkatan 2, memang kitorang pun tak boleh nak bukak mata.

Selain tu, Melody juga biasa membawa anak-anaknya berjalan dan berlari ?‍♂️, terutamanya di taman-taman permainan, manakala anak sulungnya kerap berlari maraton 5KM dengannya. Ni lebih kurang macam entri seterusnya yang…

4. Sertakan diorang dalam perlumbaan Ironman

Saya akan bawa diorang ke kolam renang untuk berenang selama 30 min hingga sejam. Kalau lebih dari tu, diorang boleh demam pulak, jadi saya akan bawa diorang keluar pastu elok-elok selitkan lari pecutan, contohnya dengan mencabar diorang berlumba ke pintu rumah atau ke taman permainan. Habis-habis, saya akan mandikan diorang dan kasi diorang minum susu sebelum tidur… terus KO!” – Daniel Lok

Ni kitorang dah tak tau masih kira main-main lagi ke tak. Kredit: Cari-Homestay dan Compete Magazine

Selain tu, Daniel biasa bergusti dengan anaknya/berbaring atas anaknya kat atas katil sampai anaknya takda tenaga tinggal. Baru masa tu lah ibu akan selamatkan si anaknya yang keletihan tu dan anak tu dah bersedia untuk tidur.

Tapi, kalau nak bagi juga diorang cuba benda mencabar ala-ala main gym, jangan risau. Sebab kat SuperPark ada macam-macam aktiviti indoor untuk cabar anak-anak korang punya kecergasan dan kepantasan. Ini termasuklah laluan berhalangan mini untuk anak korang yang cuba-cuba nak jadi Ninja atau Bruce Lee. Apa yang menarik, tak payah susahkan anak-anak nak pakai pemberat kaki ke apa. Main je di kawasan gym SuperPark yang ada laluan trek udara, kawan taman bunga (parterre) dan blok-blok lembut:

Melentik-lentik badan anak korang…

5. Pakaikan alat pemberat kaki dekat anak korang

Tak tau nak kecian budak dalam gambar ni ke tak. Kredit: FB Mohamad Afix

Satu entri daripada pembaca kami, Mohamad Afix, telah mencadang bahawa kitorang guna alat pemberat kaki di atas untuk letihkan anak-anak kita. Kitorang cuba cari kalau produk ni betul-betul wujud, tapi nampaknya ia hanya barang prank yang boleh dibeli dari internet. Sebenarnya, elok lah ia tak wujud kerana ada beberapa kajian yang menunjuk bahawa kanak-kanak belum baligh tidak digalakkan angkat berat kerana ia mampu merosakkan pertumbuhannya dan meningkatkan risiko diorang cedera.

6. Main la baling-baling bola sampai anak korang pengsan

Baling-baling bola. Nanti budak kecik tu kejar bola, bagi kita balik nak baling lagi.” – Nur Amalina Azman

Agaknya ulang-alik macam ni je lah ye? GIF dari Tenor.

Menurut Amalina, dia akan main baling-baling bola getah RM2 dengan anak lelakinya berumur dua tahun. Biasanya, selepas 10 minit bermain, anak kecilnya tu akan mintak susu dan baring kata penat. Tapi kitorang pulak tertanya – ramai semacam ibu bapa yang guna susu sebagai taktik untuk dapatkan anak diorang tidur. Susu ni memang pil tidur semulajadi ke apa?

Katakanlah, korang dan anak-anak korang dah malas nak main baling bola sebab lepas tu nak kutip bola lepas baling. Korang jangan risau sebab kat SuperPark anak korang boleh main pukul-pukul bola dalam sangkarnya (batting cage) yang tersendiri. Kerja baling dan kutip bola dah tak payah fikir, hanya perlu pukul bola je sampai pengsan.

Pukul sampai lebam…

7. Mandikan dengan air panas pastu kasi minum susu. Serius

Kalau tiga anak laki saya dah bernakal sepanjang hari, saya perasan diorang akan mula tenang lepas saya dah kasi diorang makan malam, pastu mandikan diorang dengan air panas, sebelum memberi diorang susu sebelum tidur.” – Syazwani Baumgartner

Kasi minum je sikit, terus KO. Imej dari YouTube nobimala4ever rasya.

Tapi… betul ke susu boleh buatkan kanak-kanak kecil mengantuk? Menurut kajian-kajian yang kitorang jumpa, benda ni sebenarnya… hanya wujud secara psikologi. Namun, ada la sikit sains disebaliknya. Dengan haba daripada susu suam dan tekanan darah yang semakin menurun pada waktu malam, anak-anak korang akan semakin selesa sehingga tak sedar bila tertidur. Hehhehheh. Jadi boleh lah ibu bapa sambung tengok TV terus lepas tu ?

8. Kasi diorang lakukan tugas-tugas dewasa

Sekali tu, saya terpaksa pandu balik rumah waktu trafik teruk. Anak-anak saya pulak ugut nak bawak kereta saya kalau saya tak bawak kereta diorang. Jadi saya letak kereta-kereta diorang dalam kereta saya, pastu biar diorang pandu sampai letih. Sampai rumah, terus KO.” – Mikkail Johari

Jadi boleh la main fon sambil anak-anak korang tu yang bawakkan kereta. Kredit: FB Mikkail Johari

Nampaknya kalau taktik ni jadi, boleh slow-slow tambah tugas untuk diorang buat. Hari ni sendukkan nasi… esok cucikan barang dapur… minggu depan mop dan vacuum seluruh lantai rumah. Baru la 2-in-1 macam tu!

9. Pakat dengan ibu bapa lain bila korang perlu masa untuk rehat

Pakat dengan ibu bapa lain… setiap hujung minggu, kumpulkan semua anak-anak korang kat satu rumah seorang ibu bapa untuk main puas-puas sambil ibu bapa lain rehat. Bila ibu bapa tu kutip anak diorang lepas habis main, anak-anak diorang pun akan mesti letih.

Pada minggu seterusnya, giliran ibu bapa lain la pulak. Win-win untuk semua.” – Khern

Time kutip anak je, mesti diorang dah letih sampai nak pengsan. Imej dari SirapLimau.

Bila budak-budak bermain bersama-sama, mesti tenaga diorang akan sampai tahap lebih-lebihan. Jadi, apa salahnya kalau dapatkan diorang semua lepaskan semua tenaga tu pada MASA YANG SAMA? Khern juga berkata bahawa ini boleh menjadi peluang untuk budak-budak ni berseronok bersama kawan-kawan diorang sambil membina hubungan dan memori indah.

…ataupun korang boleh je hantar diorang pi tempat main untuk berjam-jam

Bawa anak-anak saya ke taman permainan dalaman di mana saya boleh rehat minum kopi dan main FB sambil anak saya bermain-main.” – Grace Liew

Kalau korang macam Grace, korang mungkin nak cari tempat baru untuk anak-anak korang lepaskan tenaga sambil berseronok sempena cuti sekolah ni… jadi korang mungkin patut melawat SuperPark Malaysia dekat Avenue K, KLCC. Sebenarnya tempat ini baru sahaja dibuka pada Disember lepas dan aktiviti-aktiviti yang ada sangat sesuai untuk korang habiskan masa cuti sekolah anak korang disini.

Kitorang kat SOSCILI pun baru je pergi situ dan kitorang boleh jamin yang ia seronok untuk kanak-kanak DAN dewasa, dengan pelbagai jenis aktiviti di seluruh tempat yang sebesar DUA TINGKAT. Lagi-lagi kalau anak korang kecik-kecik lagi, ada ruang khas yang disediakan untuk mereka berseronok juga.

Sementara tu, kanak-kanak yang dah besar sikit serta dewasa akan dapat main macam-macam yang seronok lagi seperti panjat dinding virtual, trampolin, flying fox, gelongsor tube, obstacle course ninja… dan MACAM-MACAM LAGI! Cuba korang tengok kitorang main kat sini:

Tekan gambar ni untuk tengok kitorang main dekat SuperPark!

Tapi kalau korang nak tau lagi, dari sekarang hingga 23 Jun 2019, korang boleh dapat diskaun sebanyak 20% untuk tiket SuperPark! Korang hanya perlu beli tiket melalui laman web rasmi dan gunakan kod promo SH20%JUNE19 masa korang nak bayar untuk tiket tu (Diskaun ni sah untuk kategori tiket ‘Super Day: Morning Mayhem & After 6PM’ dan ‘Regular Day: 1-Day Ticket & After 6PM’). Untuk maklumat lanjut, korang boleh tekan sini.

Dan kalau korang tak guna kod promo tu, ni harga biasa diorang. Boleh je pergi jugak lepas promo ni habis bulan ni! 

Tiket bernilai antara RM30-RM70., bergantung kepada masa dan hari yang korang pergi. Tekan gambar ni kalau korang nak tengok kalendar harga tiket!

Di samping itu, korang juga akan memerlukan stokin SuperPark bernilai RM5, tapi bila korang dah beli tu, korang boleh main macam-macam dan boleh je guna stoking tu lagi bila korang pergi SuperPark lagi! ?

Untuk dapatkan tiket, hanya perlu ke laman web SuperPark dan tempah tiket serta boleh terus masuk. Jangan lupa bagi diorang minum minuman bertenaga dulu. Nanti baru padu!