Najib Razak menentang undang-undang baru di mana… kerajaan boleh saman rakyat?

(This article is a translation. For the original, visit our sister site, CILISOS)

Di Malaysia, untuk saman seseorang sebab fitnah (atau kita panggil saman malu) adalah sesuatu yang agak biasa. Selebriti kena, ahli politik kena, malah pengetua sekolah pun kena. Kalau seseorang tu agak popular dan ada reputasi untuk dilindungi, dia boleh saman seseorang yang cuba fitnah dia. Jadi… boleh ke kerajaan saman sesiapa yang cakap buruk pasal pentadbiran mereka?

Imej dari trendhunter

Benda ni sendiri agak kontroversi untuk dilakukan, di mana ramai orang yang tak setuju apabila Mahkamah Persekutuan di Putrajaya memutuskan yang kerajaan kini boleh memfailkan saman terhadap sesiapa yang bercakap buruk pasal mereka. Sekarang ni, korang mesti terfikir… wah, kerajaan dah boleh buat macam tu ke? Sebenarnya boleh (nanti kita cerita panjang), dan mereka dah cuba sebelum ni tapi ni mungkin kali pertama mereka berjaya. 

Prinsip Derbyshire digunakan untuk menghalang pemerintah daripada saman fitnah

Chong (ketiga dari kiri) di Mahkamah Persekutuan selepas keputusan itu. Img dari The Star.

Berbalik kepada tahun 2012, Chong Chien Jen, yang pada masa tu merupakan ADUN Kota Sentosa telah menerbitkan satu kenyataan akhbar yang mendakwa bahawa RM11 bilion wang rakyat di Sarawak telah hilang ke dalam ‘lubang hitam’. Kenyataan media ni diterbitkan oleh beberapa laman berita, termasuk Sin Chew Daily dan Malaysiakini. Tapi nampaknya kitorang tak berjaya cari artikel tu balik. Kerajaan Sarawak dan Pihak Berkuasa Kewangan Negeri tak boleh terima pertuduhan tu. Jadi pada April 2013, mereka memfailkan saman malu terhadap Chong.

Walau bagaimanapun, Mahkamah Tinggi Kuching memutuskan yang kerajaan dan pihak berkuasa kewangan tak boleh dakwa Chong disebabkan fitnah, disebabkan sesuatu yang dipanggil Prinsip Derbyshire. Kalau kita tengok balik, Chong bukanlah orang pertama yang didakwa kerajaan disebabkan kenyataannya tu. Ada kes-kes lain beberapa tahun lepas, dan  antara kes terpenting adalah pada tahun 1993 antara daerah Derbyshire (sebuah tempat di London) dan sebuah syarikat akhbar yang dipanggil Times Ltd.

Pendakwaan pada masa dulu. Imej dari macgasm

Dalam kes tu, Times Ltd disaman oleh Majlis Daerah Derbyshire kerana menerbitkan artikel yang mempersoalkan dana majlis daerah yang melibatkan dana pencen. Tapi hakim-hakim yang terlibat dalam kes tu mendapati ia bukanlah perkara yang baik untuk kerajaan apabila mereka saman orang mengkritik mereka sebab kalau mereka teruskan saman, ia bermakna mereka menghalang rakyat daripada bercakap, atau lebih tepat, menghalang ucapan bebas.

Di samping tu, kerajaan sebagai badan politik dan pentadbiran, harus terbuka untuk menerima kritikan rakyat yang membayar mereka. Jadi itulah yang menyebabkan mereka putuskan yang kerajaan tak boleh saman fitnah terhadap rakyat mereka. Walau bagaimanapun, pekerja (macam syarikat di bawahnya dan orang yang bekerja untuk kerajaan) boleh berbuat demikian.

Keputusan ni kemudiannya diguna pakai sebagai undang-undang umum di Malaysia, dan dikenali sebagai prinsip Derbyshire. Ia mula digunakan ketika Adnan Yaakob (bekas MB Pahang) cuba menyaman Utusan Malaysia pada tahun 2014 kerana mencemarkan reputasinya dalam satu artikel yang diterbitkan. Walau bagaimanapun, Utusan merayu bahawa kritikan tu diarahkan kepada Adnan kerana dia adalah ketua kerajaan tempatan, menjadikan prinsip Derbyshire berpihak kepada Utusan. Mahkamah melepaskan saman Adnan, dan dia dan Utusan menyelesaikan perkara tu diluar mahkamah. 

In case kalau korang lupa macam mana rupa bekas MB Pahang. Imej dari Coverage

Prinsip Derbyshire sekali lagi digunakan dalam saman Lim Guan Eng terhadap Perkasa, New Straits Times dan Utusan Melayu pada 2016, yang mengatakan Lim tak boleh menyaman media untuk fitnah sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang. Tapi…

Baru-baru ni, Mahkamah Persekutuan menganggap yang undang-undang ni tak terpakai kepada Malaysia

Berbalik kepada kes Chong Chien Jen. Selepas ia diputuskan yang kerajaan Sarawak tak boleh mendakwa Chong kerana fitnah, kerajaan kemudiannya merayu terhadapnya. Selepas beberapa pertimbangan, pada tahun 2016 Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa Prinsip Derbyshire tak terpakai kepada Malaysia, kerana Perlembagaan Persekutuan telah mengenakan sekatan ke atas kebebasan bersuara.

Tapi perlulah berpada-pada. Imej dari ahlussiyasah

Malahan, kita sendiri dah ada Akta Prosiding Kerajaan 1956 (Akta 359), yang mana Seksyen 3 menyatakan bahawa kerajaan berhak untuk mendakwa apa-apa. Dalam bahasa mudahnya, kalau rakyat biasa boleh guna saman malu, jadi kerajaan pun boleh buat perkara yang sama juga.

Ketua Hakim dalam kes tu, Hakim Datuk Abdul Rahman Sebli telah menyatakan yang keputusan tu tak menunjukkan yang pemerintah bebas dari dikritik, tapi kita sebagai rakyat juga tak boleh sesuka hati memfitnah pemerintah.

“…apa-apa yang menyebut tentang kerajaan, yang mempunyai kecenderungan untuk menjatuhkan reputasi, dan mempengaruhi orang ramai, atau pendedahan berbentuk kebencian, penghinaan atau cemuhan, akan menimbulkan sebab tindakan dalam fitnah,” – Hakim Datuk Abdul Rahman Sebli, seperti yang dilaporkan oleh New Straits Times.

Chong telah membuat rayuan menentang rayuan kerajaan Sarawak terhadap rayuannya terdahulu, tetapi nampaknya rayuannya ditolak pada bulan lepas. Keputusan ni mungkin akan menetapkan pendahuluan untuk kes-kes lain pada masa akan datang. Jadi tak semestinya kerajaan kini boleh saman sesiapa yang mengkritik mereka dengan melabelnya sebagai fitnah.

Imej dari imgflip

Langkah ni tak dipersetujui oleh ramai pengamal undang-undang

Sejak keputusan tu diluluskan, dah ada beberapa orang yang bersuara terhadap kes ni, termasuklah bekas Perdana Menteri Najib Razak. Dalam satu post Facebooknya, Najib mempersoalkan kenapa takde aktivis atau ahli politik PH yang membangkitkan isu tu, dengan mengatakan yang kalau undang-undang ni wujud pada zaman dia, confirm kena kutuk.

Najib juga buat beberapa point lain iaitu rakyat akan berada dalam keadaan kurang baik kalau kerajaan saman mereka, kerana kerajaan mempunyai lebih banyak dana untuk pertempuran perundangan. Malah, mereka hanya boleh merayu kalau kalah, sampailah pihak lain kehabisan wang.

Kenapa, tak percaya? Imej dari imgflip

Hanipa Maidin, seorang Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, telah meminta Akta Prosiding Kerajaan untuk dikaji semula, kerana ia mencerminkan sifat undang-undang yang sebenar berkaitan fitnah.

“Tiada kerajaan patut diberikan hak untuk menyaman fitnah seseorang. Keputusan mahkamah Inggeris dalam kes Derbyshire adalah sangat kukuh dan patut disanjung tinggi. Ia mencerminkan sifat undang-undang yang sebenar berkaitan fitnah, di samping hak rakyat untuk mengatakan sesuatu yang mungkin dilihat memfitnah kerajaan.

Kerajaan tidak patut diberikan hak untuk menyaman fitnah,” –  Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Hanipa Maidin dipetik dari MalaysiaKini

NGO LFL, berjuang untuk kebebasan

Beberapa pihak lain juga memanggil keputusan tu sebagai tak berperlembagaan, termasuklah kumpulan hak asasi Lawyers for Liberty (LFL). Penasihatnya, N. Surendran, terkejut dengan keputusan tu kerana ia telah dilakukan oleh Akta Prosiding Kerajaan. Ia adalah akta sebelum merdeka dan bertentangan dengan Perkara 5 dan 8 Perlembagaan Persekutuan yang mengatakan orang ramai berhak mengkritik kerajaan.

“Ia menghairankan pada hari ini dan zaman ini, mahkamah boleh membuat keputusan yang bertentangan dengan prinsip yang beroperasi dalam demokrasi seperti kita. Kerajaan tidak berhak menyaman rakyat sendiri kerana apabila ia berbuat demikian, ia menggunakan wang pembayar cukai untuk menyaman pembayar cukai.” – N Surendran, LFL, dipetik dari MSN

Gopal Sri Ram. Imej dari daily express

Gopal Sri Ram, seorang hakim kanan yang bersara, juga mempunyai pendapat yang sama di mana dia menambah, untuk menyaman fitnah, kerajaan mesti terlebih dahulu mempunyai sebab tindakan (sebab yang sah), seperti melindungi reputasi tertuduh. Tapi di bawah undang-undang umum dari England (yang merupakan sebahagian daripada sistem undang-undang kita), kerajaan tak mempunyai reputasi untuk melindungi, sekurang-kurangnya secara sah.

Oleh itu, walaupun Akta Prosiding Kerajaan telah mengatakan yang kerajaan boleh mendakwa seperti orang biasa, kerajaan takde alasan yang kukuh untuk berbuat demikian, menjadikannya sebagai alasan yang tak berasas.

Walaupun ramai pihak tak bersetuju, tapi nampaknya keputusan ni dah pun diluluskan. Jadi…

Apa gunanya keputusan ni kepada kita, rakyat Malaysia?

Mungkin cara paling mudah untuk mengalihkan fitnah adalah dengan membuktikan apa yang korang katakan adalah benda kebenaran, tapi kadang-kadang ia boleh menjadi susah. Skandal kerajaan atau salah laku kadang-kadang boleh dijaga dengan ketat, dan tanpa prinsip Derbyshire, wartawan dengan mudah mampu didiamkan sebelum mereka dapat perhatian yang cukup untuk orang-orang supaya serius menyelidiki kes-kes tersebut. Dan bila media tak bersuara dalam hal ni, jadi orang ramai pun tak tahu.

“Kami membantu kerajaan untuk menyebarkan maklumat kepada orang awam dan saya fikir ahli politik tidak dibenarkan untuk menyaman media seperti yang mereka mahu kerana ia bukan sahaja akan merosakkan (imej organisasi) tetapi juga akan menimbulkan rasa takut kepada wartawan.

Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk mendedahkan kebaikan dan keburukan kerana kita [sic] keempat dalam perlembagaan, “- Chin Sung Chew, presiden Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia, seperti yang dilaporkan oleh Daily Express pada 2016.

Kita masih ada Akta Hasutan, in case korang lupa. Imej oleh Zunar, diambil dari Article19.org.

Walaupun keputusan sudah diluluskan, keadaan masih lagi boleh diselamatkan. Macam apa yang peguam veteran Datuk Jahaberdeen kata, kuasa untuk menyaman fitnah memberi kerajaan satu cara untuk melindungi imej ketelusan, akauntabiliti dan integriti dari laporan dan ucapan yang berniat jahat, selagi ia digunakan secara bertanggungjawab.

“Ini tentu saja harus dibezakan daripada kritikan yang diterima dari dasar kerajaan, yang merupakan sebahagian daripada demokrasi,” – Datuk Jahaberdeen Mohamed Yunoos, kepada New Straits Times.

Dan walaupun kehakiman sebelumnya dah menetapkan, kuasa untuk memutuskan masih berlaku dengan hakim-hakim dalam kes, jadi Lawyers for Liberty telah mencadangkan agar kerajaan tak menyaman rakyat yang mengkritik mereka, walaupun Mahkamah Persekutuan membenarkannya. Dengan kerajaan baru yang semakin berkuasa pada pertengahan tahun ni, Perdana Menteri dah berjanji untuk menjadikan akhbar sedikit lebih bebas, tapi masih dalam batas-batasnya.

“Dalam rejim sebelumnya, kami merasa terhad. Terdapat akhbar pro-ini atau pro-itu, tapi kami tidak akan menyekat laporan mereka selagi ia membawa maksud yang baik … Jika mereka (media) sengaja membuat laporan untuk menyebabkan kekacauan atau ketegangan, kami akan mengambil tindakan undang-undang tertentu , “- Dr Mahathir, seperti yang dilaporkan oleh Asian Correspondent.

Sama ada keputusan baru ni akan digunakan selaras dengan perkara tu atau sebaliknya, ia akan tetap dilihat. Jadi dengan kesemua benda yang dah dibincangkan, korang fikir patut tak sebenarnya kerajaan saman orang sebab bergosip pasal mereka?