Kenapa askar British ni menyamar jadi orang Melayu masa Perang Dunia Kedua?

(This article is a translation. For the original, visit our sister site, CILISOS)

(Sebelum tu, untuk korang yang minat cerita sejarah, subscribe la group Facebook kitorang, SALAM SEJARAH-TERA.)

Masa tentera Jepun menyerang berbasikal ke Malaya pada tahun 1941, British tak lama lepas tu terus menyerahkan Malaya tanpa perang besar. Kejatuhan Singapura juga adalah penyerahan terbesar pasukan pimpinan British yang pernah direkodkan dalam sejarah, dan sebab tu la ia kekal sebagai salah satu episod paling memalukan bagi tentera British.

Lt. Gen. Arthur Percival (duduk di antara pegawai) menyerahkan diri tanpa syarat kepada Lt. Gen Yamashita pada tahun 1942. Gambar dari Wikipedia

Walau bagaimanapun, bukan semua kisah perang British di Malaya ni adalah sedih dan sadis: sebenarnya ada kisah lain yang jarang diberitahu tentang sekumpulan orang berani yang membuatkan pihak Jepun bengang teruk, sampaikan Kempeitai memulakan pembunuhan beramai-ramai untuk memancing mereka.

Jadi siapa mereka ni dan macam mana mereka berjaya membuatkan Jepun berang?

Semuanya bermula pada 1943, dengan pelan rahsia British untuk menenggelamkan kapal Jepun di Pelabuhan Singapura…

Sebuah kapal perang Singapura berlabuh di Singapura bernama TAKAU. Imej dari gabunganfleet.com

Berikutan kekalahan mereka di Singapura, dengan kemenangan pihak bersekutu dalam Pertempuran Midway menjadikan mereka beralih haluan. Jepun mula menunjukkan kuasanya dan pihak Bersekutu berusaha untuk menekankan kelebihan mereka di Pasifik.