Kenapa ada yang sampai beratur berjam-jam kat stesen bas dan LRT?

(Artikel ni diterjemah daripada Bahasa Inggeris di CILISOS.)

Kalau korang ada lalu stesen bas/LRT baru-baru ni, korang mungkin perasan ramai sungguh orang berkumpul. Bukan sebab ada jualan hebat Parkson ye, jadi apa sebabnya?

Prasarana (syarikat yang bertanggungjawab untuk pengangkutan awam) kini memerlukan SEMUA kad MyRapid untuk bertukar kepada kad MyRapid Touch N Go. Benda ni bermula pada 15 Jun lagi sebenarnya, dan hari terakhir adalah 15 Julai, maknanya lepas tu korang dah tak boleh guna dah kad MyRapid yang biasa tu.

Sebab tu la ada orang yang beratur sampai DUA JAM. Bila salah sorang member kami kat CILISOS pergi hari Sabtu lepas (8 Julai), dia ambil nombor pukul 10.44 pagi, tapi kena tunggu sampai 5.30 petang baru sampai giliran!!

What MyRapid Cards can be used for vs. what TnG cards can be used for. Screenshot from a YouTube video
Apa yang korang boleh guna dengan kad MyRapid vs. apa yang korang boleh guna dengan kad TnG. Screenshot daripada sebuah video di YouTube.

Bagi yang tak tahu, sebelum ni kad MyRapid hanya boleh digunakan untuk LRT dan bas Rapid je. Maknanya kalau korang turut naik KTM, korang mungkin bawak kedua-dua kad Touch N Go dan juga kad MyRapid. Bagi tebal sikit dompet tu, baru la nampak kaya.

Sebab tu lah dengan kad MyRapid TnG yang baru ni, korang boleh gabungkan kedua-duanya sekali, supaya korang perlu satu kad je untuk naik LRT, BRT, MRT, KTM, tak lupa juga bayar tol, parking dan apa benda je lah yang memerlukan kad TnG.

Unedited images from myrapidkl.com and pinterest.com
Gambar daripada from myrapid.com.my and pinterest.com

Dah tu, apa yang bising-bising pasal hal nak tukarkan kad ni semua? Jangan resah jangan gelisah, kami kat sini nak tolong anda merungkai segala persoalan di minda.

Tukar kad ni supaya korang korang boleh transfer baki dalam MyRapid kepada kat TnG yang baru

Nasib baiklah tak burn macam tu je balance dalam kad tu… kalau setakat ada RM5 pun, itu duit kot. Tambah seringgit dah boleh beli nasi kukus.

Korang takkan dicaj untuk memindahkan baki ni semua, tapi korang kena pastikan baki tu adalah dalam gandaan RM5 (member kami kena bayar RM1.30 sebab nak renew kad yang dah expired). Jadi katakanlah kad MyRapid korang ada RM16.20 – bila korang transfer kepada MyRapid TnG. korang kena tambah RM3.80 untuk cukupkan RM20. Senang kan, anak penakan korang pun boleh kira.

Kad MyRapid lama dengan kad MyRapid TnG baru yang berwarna-warni. Image from thestar.com.my

Korang cuma ada hingga 15 Julai je untuk transfer balance daripada kad MyRapid ke MyRapid TnG. Pergi je mana-mana kaunter khidmat pelanggan kat mana-mana stesen LRT, monorel, dan stesen BRT kecuali Abdullah Hukum, Subang Alam, Taipan, Taman Perindustrian Puchong, Cahaya, SS18, USJ21, Miharja, Jelatek and Damai.

Tapi nak ingatkan, korang tak boleh pindahkan baki dalam kad TnG biasa kepada kad MyRapid TnG. So kalau korang masih ada balance dalam kad TnG biasa, boleh habiskan yang tu dulu sebelum gunakan kad MyRapid TnG yang boleh digunakan di mana-mana termasuklah tol dan parking.

The MyRapid website has A LOT of information on this whole process. Screenshot from myrapid.com.my
Laman MyRapid ada banyak maklumat tentang proses ni semua.

Ada orang yang putus asa sebab tak larat nak beratur lama-lama. Dah tu sempat ke nak tukar balance sebelum 15 Julai?

Sebenarnya proses penukaran ni 5 minit dah boleh siap. Tapi apa yang tambah sesak sekarang ni adalah pertukaran kad konsesi, iaitu kad diskaun pelajar, OKU, dan warga emas disebabkan oleh dua perkara:

  1. Penukaran kad konsesi hanya boleh dibuat di 4 stesen (sehingga 4 Julai yang lalu) Pasar Seni, Subang Jaya, Awan Besar, dan Sri Rampai.
  2. Prosesnya memakan masa sikit sebab dorang kena isi borang dan kena ambil gambar.
A senior citizen successfully changed his card! :D Image from sinchew.com.my
Kad pakcik berkilauan! :D Imej dari sinchew.com.my

Waktu proses penukaran ni baru dilancarkan, satu-satunya tempat untuk mendapatkan kad konsesi ini adalah kat Pasar Seni, tapi ada laporan yang mengatakan bahawa pelajar kena tunggu sampai 2 jam, jadi Prasarana tambahkan 3 stesen yang boleh membantu. Nak tau kenapa kad konsesi ni penting sangat? Sebab korang boleh dapat 50% diskaun pada MyRapid!!

Menurut Mohd Akmal Rosli, 24 tahun, dalam temuramah dengan New Straits Times, dia punyalah tunggu sampai 2 jam untuk dapatkan kad konsesi baru kat Pasar Seni. Jadi dia pergi ke stesen Subang Jaya dan tunggu sampai stesen tu dibuka, dan siap dalam 10 minit je.

Concession card holders waiting to get the new MyRapid TnG card at Pasar Seni. Image from thesundaily.my
Meriahnya macam ada kenduri. Imej dari thesundaily.my

Seorang wakil daripada Prasarana memberitahu The Star tentang tenaga kerja yang mereka peruntukkan untuk penukaran kad konsesi ni.

“Kami ada 10 staf kat setiap lokasi untuk membantu proses penukaran.” – Lim Jin Aun, wakil Prasarana, dipetik oleh The Star

Dengan kaunter yang baru dibuka ni, harapnya sempat la semua pemegang kad konsesi dan pemegang kad MyRapid lain untuk mendapatkan kad baru sebelum 15 haribulan.

Dah tu jangan berlengah-lengah, pergi tukar kad korang sekarang!

Kami hubungi hotline khidmat pelanggan dan tanya sama ada kad MyRapid masih boleh ditukar kepada kad MyRapid TnG yang baru selepas 15 Julai, tapi dia kata dia pun tak pasti sebab dorang masih belum menerima sebarang maklumat baru (er…). Jadi kalau nak selamat, korang pergilah tukar kad korang sebelum 15 haribulan!

Unknown-1

Bagi pemegang kad MyRapid, kalau balance kad korang takdelah berapa banyak, cuba habiskan sebelum 15 haribulan, jadi takdelah rugi.

Walaupun langkah-langkah ni semua nampak agak menyusahkan, tapi keputusan untuk menyelaraskan kad ini semestinya akan membantu selepas semua proses dapat diselesaikan. Lepas ni korang cuma perlu simpan (dan topup) satu kad je, dan gunakan kad yang sama untuk bas, tren, tol dan parking.

Lagi satu, korang tau kan yang korang boleh gunakan Kad Pengenalan sebagai Touch N Go? Haa yang ni bolehlah digunakan time kecemasan. Selamat ber-Touch N Go!