Ayat Quran dan alunan muzik untuk lemahkan saka dalam badan? Lihat kajian ini…

[AMARAN: Penulisan ni tak sesuai dibaca waktu malam. Kami takkan bertanggungjawab atas apa yang bakal berlaku.]

Selama berabad lamanya manusia hidup di dunia ni, antara masalah terbesar bagi umat manusia ni adalah apabila ada jin jahat yang merasuk, dan memberikan pelbagai masalah kepada manusia. Ada yang dikatakan boleh buat kita sakit kepala tanpa sebab. Kadang-kadang, boleh buat orang rasa marah tak tentu pasal dan tak tenang.

Sedih jin, semua salah dia. Imej dari baismi

Benda-benda ni agak susah nak diterangkan kepada sesiapa pun. Kalau korang salah seorang yang percaya yang kadang-kala benda ni datangnya daripada jin, kitorang ada berita gembira untuk korang! Sebab sekarang ni, ada satu kumpulan yang terdiri daripada 7 pengkaji daripada Universiti Malaysia Kelantan (UMK) tengah cuba untuk selesaikan masalah korang dengan cara saintifik!

Caranya dengan pasang muzik tradisional dan ambik gambar

Sepanjang dua tahun yang lepas, kumpulan yang diketuai oleh Prof Madya Yohan Kurniawan, dah cuba untuk mengesan keberadaan jin dalam badan manusia dengan menggunakan kamera aura yang disambungkan ke plat bio-feedback, kemudiannya ke komputer. Kejap. Kitorang faham yang korang keliru sikit.

Apa benda pulak kamera aura ni? Jadi, ada sesetengah orang percaya yang kita semua ada aura, atau daya tersendiri di seluruh badan mereka. Takde bentuk tetap, ia dipercayai macam kabus, dan hanya sesetengah orang yang bertuah je mampu tengok, dan kabus tu boleh berubah warna macam warna cincin ethereal.

Mood berubah-ubah? Itulah perempuan! Imej dari archive-ph.com

Jadi, disebabkan kita nak kurangkan tenaga kerja dan menggantikannya dengan robot, jadi seorang usahawan membina sebuah mesin kamera yang boleh ‘melihat’ dan mengambil gambar aura orang. Tapi, subjek kena duduk depan mesin dan letakkan tangan mereka di atas plat logam. Berinovasi sungguh! Tapi menurut berita baru-baru ni, ciptaan memakan belanja yang besar sebab para penyelidik UMK beli dengan harga RM15,000. Tapi yang untungnya, penyelidikan mereka dibiayai Skim Geran Penyelidikan Fundamental Kementerian Pendidikan.

“Alat ini adalah satu kaedah secara saintifik bagi membuktikan kewujudan jin dalam badan manusia melalui perubahan elektrik memandangkan makhluk itu dicipta daripada api berdasarkan al-Quran.

Badan manusia mempunyai tujuh aura bermula daripada kepala hingga kaki. Setiap aura itu mempunyai tenaga elektrik berbeza yang dikesan melalui peralatan terbabit.” – Prof Madya Dr Yohan Kurniawan, dipetik dari Berita Harian.

Kitorang dah try call Dr Yohan sendiri, tapi takde orang angkat walaupun dah beberapa kali. Tapi berdasarkan berita terbaru, eksperimen tu yang melibatkann sepuluh responden yang diketahui mempunyai ‘saka’ dalam tubuh mereka. Jadi, bacaan ayat-ayat Al-Quran dan muzik tradisional dialunkan untuk melemahkannya.

Tapi kadang-kadang, jin tu lawan balik sebab nak lemahkan semangat kita. Gif dari annacathrina

Mereka kemudiannya mengambil gambar subjek menggunakan kamera aura, dan mendapati ada jin yang marah dan gelisah muncul dalam gambar, iaitu dengan bayang-bayang merah dalam gambar tu, biasanya di chakra kepala, kerongkong dan juga dada.

” Jika satu daripada tiga aura ini mejadi merah berdasarkan perisian yang disambungkan daripada peralatan elektronik kepada komputer, kemungkinan wujudnya jin ini,” – Prof Madya Dr Yohan Kurniawan, dipetik dari Berita Harian.

Hmm.. bunyinya macam… meyakinkan, dan tak, bukan? Semuanya bergantung kepada macam mana korang tengok perkara ni. Tapi korang mesti terfikir, kenapa jin?

Jin adalah sebahagian dalam kepercayaan Islam (dan perubatan)

Jin, adalah salah satu perkara ghaib yang ada dalam Al-Quran. Imej dari wikipedia

Bagi umat Islam, jin adalah satu perkara yang serius. Mempercayai kewujudannya adalah sesuatu yang boleh dikatakan wajib, sebab jin ni jatuh kepada perkara-perkara ghaib, iaitu perkara yang tak boleh dibuktikan dengan deria manusia. Malah kitab Al-Quran juga ada menyatakan tentang Tuhan, para malaikat, kehidupan selepas mati, dan beberapa perkara makhluk halus, temasuklah jin. Al-Quran juga ada menyatakan yang jin berasal dari api yang tak berasap, dan diciptakan sebelum manusia lagi. Malah ada satu bab yang menceritakan khusus pasal mereka. Malah Nabi Muhammad sendiri menggambarkan tiga jenis jin:

Rasulullah bersabda: ‘Jin ada tiga jenis: mereka yang mempunyai sayap yang terbang melalui udara; jenis yang kelihatan seperti ular dan anjing; dan jenis yang berhenti untuk rehat kemudiannya melanjutkan perjalanannya. “- hadith dari Abu Tha’labah al-Kushani, diambil dari sebuah buku oleh Adam Asar.

[Sebelum kita cerita lebih lagi pasal jin, ini adalah disclaimer: Penerangan kitorang tentang jin adalah berdasarkan sumber-sumber Islam dan kepercayaan rakyat, yang kadang-kadang memang mengelirukan, walaupun untuk perawatan Islam. Jadi… jangan report kitorang eh?]

Imej dari imgflip

Jin ni ada banyak kuasa ghaib, dan ada yang percaya jin ni wujud sebanyak mana manusia wujud. Mereka tinggal di mana-mana je, daripada padang pasir terpencil ke tempat pembuangan sampah, kerana nampaknya mereka makan sisa makanan. Mereka mempunyai kerajaan, negara, kaum dan agama masing-masing, dengan beberapa di antaranya juga Komunis menurut laman web rawatan Islam ni.

Bagi orang Islam, perkara ni adalah satu perkara yang menakutkan sebab boleh menyebabkan penyakit, di mana ada yang menggunakan jin melalui pawang atau bomoh, dengan menghantar santau atau sihir (ilmu hitam). Malah, ada juga yang tinggal di dalam badan manusia bagi tujuan menyakitkan seseorang tu.

Pada tahun 2014, Universiti Kebangsaan Malaysia dikatakan telah merancang sebuah forum mengenai jin dan sihir dalam bidang perubatan moden, walaupun UKM kemudiannya menafikan penglibatan mereka dalam forum itu. Pada 2017, Institut Perubatan dan Pergigian Lanjutan Universiti Sains Malaysia merancang seminar untuk menjelaskan aspek sains santau, tetapi kemudiannya dibatalkan. Terdapat usaha saintifik yang serius untuk menangani ancaman jin, tetapi …

Secara saintifik, bukan mudah untuk membuktikan kewujudan ilmu hitam

Dr Yohan dan mesin auranya. Yang benda biru tu feedback panel. Imej dari berita harian.

Untuk merawat penyakit yang dikatakan melibatkan jin, kebanyakan pengamal perubatan Islam beralih kepada sesuatu yang dipanggil terapi ruqyah, yang melibatkan bacaan ayat-ayat al-Quran kepada orang yang dirasuk jin. Sejak kebelakangan ini, beberapa ahli psikiatri dan pakar agama telah melobi untuk kemasukannya bersama ubat-ubatan moden (penjenamaan semula sebagai “terapi psychospiritual Islam“), tapi, susah untuk buktikannya secara saintifik.

“Sebagai terapi yang mesti dilihat secara saintifik, perlu ada lebih banyak penyelidikan saintifik yang menjadi asas dalam dasar dan amalan psikospiritis Islam. Apa yang lebih penting adalah untuk menghasilkan definisi prosedur operasi standard mengikut lensa dan budaya tempatan, “- Prof Datuk Dr Azizan Baruddin, ketua pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), dipetik dari Malay Mail.

Percubaan kajian Prof Madya Dr Yohan untuk mengesan jin secara saintifiknya dalam tubuh manusia dan juga sebab disebaliknya adalah untuk mengelakkan penyakit berbahaya tak disalahertikan dengan penyakit disebabkan jin. 

Imej dari independent

“Kajian ini diharap menjadi penyumbang kepada perubatan alternatif terhadap pesakit yang mempunyai gangguan serta penyakit misteri. Ini kerana, ada orang dakwa sakit itu daripada jin, tapi sebenarnya tidak, malah ada juga sakit yang menyebabkan pelakuan pelik tiada kaitan dengan jin.

Justeru, kita mahu membantu dari segi ketepatan maklumat sebelum rawatan dijalankan bagi menghidari kes kekhilafan dalam merawat.” – Prof Madya Dr Yohan Kur Niawan, dipetik dari Berita Harian.

Kalaulah ada yang dapat MC atas alasan ‘disampuk jin’. Imej dari thought.co

Pada tahun 2010, sebuah kajian di Belanda mendapati yang pesakit berlatar belakangkan Islam sering menyifatkan masalah mental mereka dengan jin, dan ini sering merumitkan rawatan mereka kerana mereka meragui yang rawatan sains akan membantu masalah rohani mereka. Jika berjaya, penyelidikan Dr Yohan dapat membantu pesakit Islam untuk menerima ubat konvensional dan bukannya dengan mengambil rawatan tak sah secara saintifik.

Walaupun niatnya tu betul, tapi…

Ada kemungkinan yang kajian boleh dilakukan dengan bantuan penggunaan mesin aura

Cara nak guna WinAura. Imej dari AuraPhoto.

Mengikut kertas simposium terdahulu di mana Dr Yohan merujuk kepada percubaannya sebagai kaedah SPIBAC (Fenomena Roh Berdasarkan Warna Aura), peralatan yang mereka gunakan adalah WinAura Pro, sebahagian daripada barisan produk yang direka untuk ‘menangkap’ aura orang dalam fotografi. Pencipta jenis fotografi aura ni (dan akibatnya, semua produk yang berkaitan dengannya) adalah seorang lelaki bernama Guy Coggins.

Bagaimanapun, mesin ni TAK BOLEH tangkap gambar aura manusia pun.

“Kamera ni menghasilkan penafsiran elektronik mengenai apa yang kami percaya Aura sebenar kelihatan. Tiada apa-apa pun di dunia yang boleh memangkap gambar Aura sebenar. Semua kamera pengimejan Aura di pasaran hari ini berfungsi pada prinsip biofeedback asas sama yang dikembangkan oleh Guy Coggins. Mereka semua memberikan tafsiran elektronik mengenai Aura.” – Aura Imaging‘s FAQ section.

Gif dari tenor

Jadi macam biasalah, kamera tu tangkap gambar, dan ada satu plat besi yang dipanggil ‘alat biofeedback’ yang mengukur potensi elektrik di sepanjang tapak tangan, kemudian menyebarkan warna yang dihasilkan pada gambar. Bahasa mudahnya, benda ni macam Snapchat filter tapi instead of nampak telinga anjing, korang cuma akan nampak warna je berdasarkan elektrik yang bergerak melintasi tapak tangan korang.

Pasal warna pula… Guy Coggins diinspirasikan dari kajian Dr Max Luscher tentang keperibadian warna mengikut personaliti, dan dengan menggabungkannya input beberapa ‘psikik’ dan sistem tafsiran untuk gambar. Sebagai contoh, bila Dr Yohan menyatakan ‘merah’ sebagai ‘jin’,  (berdasarkan laman web tu), sebenarnya ia juga boleh membawa 20 maksud perkara lain macam sukakan sukan, adventure, erotik, dan kekuatan. Dan bukannya jin.
Jadi, sama ada orang ni ada jin besar, atau dia memang aktif bersukan. Imej dari auraphoto.com

Bahagian FAQ juga menyatakan yang mesin tu tak boleh digunakan untuk mendiagnosis perubatan. Malah benda ni senang je boleh dapat kat eBay, dan berharga lebih kurang RM5,000 (USD1,250). Dr Yohan pun mengaku yang kertas simposium pada mesin aura tu tak boleh ambil gambar jin. Jadi, dia cadangkan pengkaji selepasnya untuk menggunakan mesin pengimejan haba.

Anyways, masa kecoh pasal kajian Dr Yohan ni dibuat, ada beberapa ahli akademik membongkarkan projek tu dan menyuruh Kementerian Pelajaran yang baru menyiasat, macam mana la penyelidikan tidak saintifik boleh dibiayai?

Sains moden dan perkara ghaib. Boleh ke kedua-duanya jalan seiringan?

Nampaknya, kes-kes ghaib ni memang dibincangkan dengan kemodenan sains. Ini contoh yang kitorang jumpa dari laman web rawatan Islam:

Biar betul? Imej discreenshot dari Rawatan Islam.

Kat atas ni, cerita pasal handphone seorang lelaki yang terkena sihir (siapa gelak dia dosa). Kisahnya, dia tak boleh hidupkan telefon dia, kalau tak mesti sakit kepala. Lepas tu dia tukar phone lagi, iaitu sebanyak 5 kali, tapi ilmu hitam tu masih ada dalam phone dia macam lelaki kuning Digi tu. Jadinya, ustaz tu pun cadangkan supaya lelaki tu download mp3 ruqyah dan pasangkannya melalui handphone tu. Nampaknyaaa… ia berjaya! Dia dah tak sakit kepala, cuma mungkin menyesal la kot 5 kali buang phone padahal pasang ruqyah je dah boleh pulihkan balik.

Atau korang mungkin boleh beli phone… Zakir Naik ni? Imej dari zakirnaikofficial

Malah pada tahun 2013 pun sekumpulan penyiasat paranormal Malaysia telah, dalam ciri-ciri berita 2013, didedahkan mereka menggunakan peralatan untuk mengesan entiti paranormal melalui turun naik suhu, bunyi di luar julat pendengaran manusia dan perubahan dalam medan elektromagnet. Bunyinya macam lebih saintifik daripada aura.

Jadi… sejauh mana kajian ni boleh pergi? Korang berani ke nak tengok jin?

[Artikel ini mungkin ditulis dengan bantuan jin juga]

“Aku difitnah lagi, dinnnn”