- 24Share sekarang!
- Email3
- Facebook21
- Share
Dikala satu dunia sekarang sedang berlumba-lumba untuk memodenkan negara masing, semua bagaikan terus ingin melenyapkan tradisi-tradisi lama yang dianggap sebagai kuno. Pemodenan pesat yang dilakukan seperti kenderaan, teknologi, dan macam-macam lagi, yang paling signifikan pula adalah pemodenan seni bina lebih-lebih lagi di Malaysia.
Daripada rumah kampung ke rumah batu, dari bangunan lama ke bangunan baru, semua berubah dengan drastik. Cuma walaupun negara kita sendiri join trend pemodenan ni, kita masih lagi mengekalkan seni bina dan reka bentuk yang boleh kita gelarnya sebagai style Malaysia. Oleh itu, ini antara seni bina ikonik di Malaysia yang memfokuskan “reka bentuk Malaysia” itu sendiri.
1. Menara Telekom Malaysia
Kita mulakan dulu dengan bangunan yang dikatakan mempunyai reka bentuk seperti Stark Tower dan juga Avengers HQ. Tapi bukan ye, ini merupakan Menara Telekom Malaysia (TM) dan ia dibina lebih awal daripada tarikh filem siri Marvel diterbitkan! Mungkin Marvel sendiri yang tiru reka bentuk Menara TM untuk dimasukkan ke dalam filem mereka.
Yang menariknya, even masa filem Avengers tengah popular pun, TM sendiri pernah melakukan penghormatan kepada filem itu dengan meletakkan logo Avengers di atas bangunan mereka. Tapi itu hanya fun facts lah, yang sebetulnya, Menara TM ini diinspirasi daripada rebung yang dibelah tengah. Tahu tak rebung tu apa? Yang pucuk buluh paling lembut tu lah.
Bangunan yang terletak di Bangsar ni siap dibina pada 2001 dan walaupun dengan umurnya yang sudah mencapai dua dekad, ia tetap boleh dikira sebagai salah satu seni bina paling unik di Malaysia ketika ini.
2. Menara Tabung Haji
Sebuah lagi menara yang sangat unik dalam negara kita adalah Menara Tabung Haji yang terletak di Jalan Tun Razak, setiap kali korang nak hadap jem dalam kereta masa lalu Jalan Tun Razak tu mesti korang tertengok bangunan ikonik ni kan. Ia sangat unik sehingga reka bentuknya itu membuatkan ia lebih menyerlah daripada bangunan-bangunan sebelahnya.
Dikatakan reka bentuk Menara Tabung Haji ini diilhamkan daripada gendang iaitu sebuah alat muzik tradisional Melayu yang mempunyai garisan lurus di tepi badannya dan mempunyai atap yang rata. Terdapat juga 5 tiang utama terletak di atas bangunan yang menjadi simbolik kepada 5 rukun Islam yang salah satunya adalah menunaikan haji. Sebab dah nama pun Menara Tabung Haji kan.
Yang lagi menariknya, bangunan ni siap pada tahun 1984 yang mana kebanyakan dari kita tak lahir pun lagi! Jadi dengan reka bentuknya yang boleh menyaingi tahap seni bina zaman moden adalah sangat menakjubkan, ibarat Proton Wira tapi masih boleh bersaing dengan BMW.
3. Istana Budaya
Kepada anak-anak muda yang baru kenali dunia, Istana Budaya ni bukanlah macam istana kerabat diraja tu ye. Ia digelar Istana Budaya sebab segala event-event kesenian dilakukan di situ, seperti teater, konsert, opera, musikal dan macam-macam lagi. Namun, disebalik kegunaannya itu, Istana Budaya itu sendiri mempunyai seni bina yang sangat unik.
Mana taknya, tengok lah bumbung bangunan dia tu, tak boleh nampak kat tempat lain tu. Dikatakan rekaannya itu diinspirasikan daripada sirih junjung yang digunakan sebagai alat istiadat Melayu dalam majlis perkahwinan. Ini disebabkan kalau ikut orang dulu-dulu, sirih junjung di digunakan oleh Raja-raja Melayu. Kira sekarang Raja Sehari pula lah yang guna.
Istana Budaya ni pula terdapat tiga bahagian utama iaitu serambi (lobi dan ruang legar), rumah ibu (auditorium) dan rumah dapur (pentas dan ruang raptai). Rekaan dalamannya pun sangatlah cantik guys, yang lebih memeranjatkan lagi adalah ia merupakan binaan yang siap dibina pada tahun 1995! Setuju tak kalau kitorang kata fikiran arkitek-artkitek lama ni semua bergeliga gila?!
4. Perpustakaan Negara
Yang terakhir adalah tempat student-student selalu lepak kalau nak cari reference, ia adalah Perpustakaan Negara. Siapa je tak pernah pergi perpustakaan negara ni kan, tempat di mana kita semua boleh datang untuk mencari pelbagai info tak kisah dari sejarah hingga lah ke kesenian. Namun, bukanlah kemampuan perpustakaan ini yang kita nak ceritakan.
Yang kita nak borak sekarang adalah reka bentuk Perpustakaan Negara yang sangat menarik ni. Dikatakan konsep reka bentuk perpustakaan ini adalah daripada tengkolok tradisional Melayu yang melambangkan budaya Melayu itu sendiri. Konsep itu juga telah melalui pelbagai sesi brainstorming oleh satu pasukan jururunding yang telah dilantik khas oleh kerajaan.
Kalau korang perasan, terdapat tiga bumbung yang berbentuk tengkolok bercantum dihadapan halaman ‘Taman Ilmu’ bagi melambangkan perpaduan masyarakat dan tiga matlamat utama Perpustakaan Negara iaitu visi, misi dan objektif mereka. Tidak lupa juga dengan jubin-jubin di bumbung itu sendiri yang bercorak songket, bukan setakat kain je boleh ada corang songket ye.
Sentiasa hargai seni bina tempatan, kita punya cantik apa
Kalau kita tengok orang tempatan kita kan, dorang ibarat mengagungkan orang luar negara punya kesenian. Sedangkan kita mempunyai seni kita tersendiri, cuma dipandang sebelah mata je lah. Tapi apabila kita semua berhenti sejenak dan cuba menghargai apa yang kita ada, pasti kita semua akan terharu dengan mesej yang nak disampaikan oleh arkitek-arkitek kita.
Kita kena mula ubah mentaliti kita, tak nak lah nanti jadi lagi di mana peninggalan sejarah dan seni bina orang British masih lagi kita jaga sebaik-baiknya tetapi lain pula cerita dengan kita punya sendiri. Sentiasa lah hargai segala kesenian yang melambangkan Malaysia lebih-lebih lagi seni bina yang wujud setelah sekian lama ini.
- 24Share sekarang!
- Email3
- Facebook21
- Share