- 60Share sekarang!
- Email3
- Facebook57
- Share
Kalau cakap pasal budaya Hippie, apa je yang korang tahu?
Mesti korang terbayang betapa chill dan laybacknya orang muda zaman 70-an. Dengan pakaian ala bohemian chic, mahupun warna-warna psychedelic yang selalu hitchhike, tak pun berkonvoi bersama dalam sebuah van atau bas, kan?
Tapi, macam mana kalau kitorang bagitau yang dalam imej cool kehidupan hippie ni, ada sisi buruk lain, iaitu ajaran sesat yang menjurus kepada kultus seks yang berkait rapat dengan golongan ‘hippie’ sekitar 70-an yang mana…
Asal kewujudan hippie yang mempromosikan cinta dan keamanan
Sekitar pertengahan hingga penghujung dekad 1960-an, ada banyak peningkatan jenayah yang berlaku di Amerika Syarikat. Antaranya adalah dadah, pembunuhan, peperangan, malah pemberontakan politik, sosial, dan spiritual yang melanda negara Uncle Sam tu. Disebabkan perkara tu, muncullah budaya Hippie yang kemudiannya tersebar ke negara-negara Barat yang lain.
Berkait rapat dengan gerakan anti-perang Amerika Syarikat, anak muda pada masa tu menentang keras kerajaan Amerika Syarikat atas sebab mereka menghantar para belia menjadi askar semasa Perang Vietnam. Jadi golongan Hippie ni jadi penentang radikal yang cuba menyampaikan mesej berkaitan ‘cinta dan keamanan’ kepada masyarakat pada masa tu dan berusaha menghentikan Perang Vietnam yang telah meragut banyak nyawa.
Mereka jugalah yang menganjurkan ‘hanya cinta dan tiada kekerasan’ dengan frasa popular, “Make love, not war,”.
Jadi bila wujudnya budaya Hippie yang terkenal dengan gerakan ‘free love movement‘ ni, seorang bekas paderi yang bernama David Berg mengambil kesempatan dengan membentuk sebuah kultus yang dinamakan ‘Teens for Christ‘ untuk menarik minat remaja untuk menjadi penyebar ajaran Kristian.
Kultus yang pada mulanya cuma target orang muda, tapi tak laku
Walaubagaimanapun, gerakan ‘Teens for Christ’ tak mendapat sambutan sebab target hanya kepada anak muda. Jadi David Berg kemudiannya terfikir untuk menukarkan nama gerakan tersebut supaya ‘target market’ dia lebih luas.
Jadi ‘Teens for Christ’ kemudiannya di rebrand sebagai ‘Children of God’ pada tahun 1968 di Huntington Beach, California di mana kultus ni membawa modus operandi yang sama, iaitu menyampaikan mesejnya sebagai satu revolusi rohani dan kebahagiaan. Malah, dia menawarkan remaja generasi tersebut sebuah tujuan hidup yang dekat dengan Tuhan tanpa menyertai gereja.
Bila dia rebrand je dengan nama baru ‘Children of God’ ni, gerakan ni mula berkembang di mana ahli asal yang hanya 50 orang, terus mencecah 200 orang hanya dalam tempoh 8 bulan. Ia kemudian meningkat saban hari.
Kemudian menjelang 1970-an, kultus ni semakin tersebar dan pernah mencapai seramai 15,000 ahli di seluruh dunia pada satu-satu masa.
Bila pengaruhnya semakin luas dan mula dikenali, David Berg kemudiannya makin naik minyak dan merasakan diri dia sebagai kiriman Tuhan. Dia menggelarkan dirinya dengan pelbagai nama, antaranya adalah King David, Mo, Moses David, Father David, Dad, atau Grandpa kepada para pengikutnya.
Berselindung di sebalik agama dan kerja-kerja dakwah, David Berg mula perlahan-lahan tunjuk belang apabila dia…
Mempromosikan seks dalam kultus agama Children of God
Pada dasarnya nampak macam sebuah kumpulan keagamaan yang mempromosikan keamanan, tapi siapa tahu niat asal David Berg hanyalah untuk kepentingan sendiri. Dalam kultus ni, David Berg menafsirkan semula agama Kristian dengan memberi amaran tentang kiamat yang semakin hampir, dengan undang-undang duniawi tak penting bagi mereka.
Dia turut mengeksploitasi gerakan ‘free love movement’ yang wujud seiring dengan zaman tu, dengan ‘brainwash’ mereka yang nak mendekatan diri dengan Tuhan ni dengan mencampur aduk amalan-amalan tak bermoral.
Salah satu perkara menjijikkan yang dia buat adalah dengan ‘menurunkan wahyu’ di mana mempromosikan hubungan seksual dalam kalangan kultus tu dalam salah satu ajarannya di mana “Tuhan adalah cinta, dan cinta adalah seks”.
Untuk menarik minat orang luar, ahli kultus perempuan juga direkrut untuk menggoda lelaki-lelaki di luar dengan menarik mereka menggunakan seks, dengan mempromosikan inisiatif yang dinamakan ‘flirty fishing’.
Tak cukup dengan tu, ajaran kultus David Berg juga menggalakkan orang dewasa untuk mengajar kanak-kanak melakukan seks dan menyukai perbuatan tu sebab menurut Berg, “seks adalah sihat dan baik”. Kanak-kanak yang terlibat ni bukan setakat yang hampir mencapai akil baligh. Malah, mangsa yang terlibat adalah seawal umur 2 hingga 3 tahun pun ada. Lebih jijik, hubungan seks dengan ahli keluarga mereka sendiri juga digalakkan.
“Saya menerima cinta-Mu, Tuhan, dengan tangan dan kaki terbuka” dan “banjiri saya dengan benih-benih-Mu”. – antara frasa yang perlu diucapkan semasa melakukan seks sesama mereka sambil membayangkan yang mereka melakukannya dengan Jesus.
Jadi mungkin sebab tu la pada mulanya kultus David Berg ni cuma target orang muda, sebab senang nak eksploitasi mereka yang mentah dan cuma setahun jagung. Tapi nampaknya bila dia berjaya brainwash orang dewasa yang ada anak kecil, dia pun tak lepaskan peluang untuk ambil kesempatan terhadap budak-budak yang lebih muda dari dia jangka dia boleh eksploit.
Penderaan kanak-kanak dari segi seksual, fizikal dan mental
Perkara ni berlangsung sejak sekian lama dan sebenarnya, sangat merisaukan. Bayangkan, pada satu-satu ketika, organisasi ni mempunyai keahlian global seramai 25,000 orang — dengan hampir 15,000 daripada mereka adalah kanak-kanak.
Bukan saja secara seksual, tapi kanak-kanak dalam kultus ni juga didera secara fizikal dan mental di mana mereka akan dipukul dan disebat berkali-kali hanya disebabkan kesalahan-kesalahan kecil.
Ramai kanak-kanak malang yang takde pilihan, di mana mereka lahir dalam kultus ni disebabkan ibu mereka yang masuk ke dalam kultus ni sebelum mereka dilahirkan lagi, dan antara mangsanya adalah seorang survivor, Christina Babin, yang bukan disayangi, tapi terpaksa melayan nafsu serakah ahli kultus yang juga sering dipukul atas kesalahan kecil.
“Tiada bedtime stories. Mereka lebih suka ceritakan kisah ngeri bagaimana dunia bakal berakhir dengan kiamat yang sangat menakutkan, dan para syahid pula akan dibakar atas pancang, atay ditembak mati. Kami tidur dalam ketakutan” – Christina Babin.
Korang mesti terfikir kan, kalau sedar benda tu salah, kenapa tak lari je? Sebabnya…
Tiada hubungan dengan dunia luar menyebabkan ahli pengikut lebih mudah dikawal
Bila seseorang tu dah jadi ahli Children of God, diorang kena serahkan kesemua barangan peribadi, harta dan wang ringgit diorang kepada leader kumpulan diorang, bergantung dengan koloni, atau tempat tinggal baru diorang.
Didakwa, terdapat sebanyak 130 komuniti Children of God diseluruh dunia sekitar tahun 1977 – hanya dalam tempoh 9 tahun kewujudan kultus ni yang setiap satunya dikawal oleh ketua bahagian tersebut.
Malah yang terbaru pada tahun 2006, didakwa terdapat lebih 1,400 koloni di lebih 100 negara yang wujud.
Kat sini la mereka sama ada akan buat kerja-kerja dakwah di dalam dan luar kawasan komuniti mereka, ataupun buat kerja-kerja dalam komuniti tu sendiri.
Bukan setakat kena serahkan barangan dan hanya fokus dalam kerja komuniti dan dakwah, diorang juga kena putuskan hubungan dengan dunia luar, termasuklah sanak saudara sendiri.
“Seperti kebanyakan kultus, anda akan dipisahkan daripada saudara-mara anda. Tiada akhbar, tiada televisyen. Tiada perhubungan dengan dunia luar, supaya anda hanya akan menurut perintah” – Rose McGowan
Kisah pelarian Children of God yang dilahirkan dalam kultus
Cakap pasal nak lari dari kultus ni, ia bukanlah semudah nak berhenti sekolah ataupun kolej. Dalam kes ni, antara yang berjaya keluar adalah ayah kepada pelakon siri Charmed, iaitu Rose McGowan dan adik-beradik dia sekali.
Bapa Rose ni iaitu Daniel McGowan masa dalam kultus ni merupakan pelukis, atau illustrator untuk risalah yang digunakan ahli kultus ni untuk menyebarkan maklumat. Dia ni memang hippie habis, dan join kultus Children of God dengan isteri dia pun sebab nak dekatkan diri dengan Tuhan.
Tapi dia mula sedar yang kultus ni jadi semakin pelik bila dia diminta untuk melukis kartun yang menyokong seks bersama kanak-kanak dan menggambarkan kanak-kanak sebagai makhluk yang sangat seksual.
Kat sini la Daniel, antara ramai-ramai hippie lain yang main ikut je cakap ketua diorang mula rasa yang perkara ni adalah salah dan tersesat. Dia tak sanggup anak-anak dia dicabul oleh ahli kultus tu yang tak cukup lagi dengan seks bebas sesama diorang.
Jadi dia kemudiannya buat rancangan untuk lari bersama anak dia Rose McGowan yang masa tu cuma berusia 9 tahun, bersama 2 orang anak dia yang lain dan juga isteri kedua dia (mak Rose, iaitu Terry masa tu masih lagi dalam kultus tu sebelum lari beberapa tahun lepas tu).
Salah sebuah keluarga yang lain adalah keluarga Bottom di Puerto Rico. Mereka pun sempat tersedar sebelum menyimpang lebih jauh, malah berjaya keluar dari kultus sesat tersebut walaupun masa tu dah dapat ‘pangkat tertinggi’ dalam kultus tersebut.
Keluarga Bottom ni berjaya meloloskan diri, dan disebabkan diorang tahu betapa seriusnya perbuatan tersebut dan macam mana ‘gila’nya penganut kultus tersebut, diorang terpaksa melarikan diri berkali-kali sebelum berpindah ke California sebelum menempa nama di Hollywood.
Kalau tak, mungkin kita takkan pernah kenal Joaquin Phoenix, yang sebenarnya dilahirkan sebagai Joaquin Rafael Bottom yang meninggalkan kultus tersebut semasa Joaquin berumur 3 tahun. Nama pun terpaksa ditukar iaitu dari Bottom kepada Phoenix yang melambangkan permulaan kehidupan baru mereka.
Dengan bakat yang ada, keluarga Phoenix belajar balik untuk hidup di luar kultus tanpa struktur atau panduan hidup di dunia luar dunia kultus. Mereka perlahan-lahan menempa nama di Hollywood untuk menjadi pelakon.
Tapi malang tak berbau, abangnya River yang masa tu semakin popular berdepan dengan masalah ketagihan dadah dan akhirnya meninggal disebabkan overdose. Salah satu sebab ketagihan tu adalah dia tak boleh lupakan masa dia dalam komuniti kultus tu yang mana dia pernah dicabul seawal umur 4 tahun.
Kematian River juga membuatkan Joaquin menarik diri dari tawaran berlakon selama beberapa tahun sebelum akhirnya muncul kembali dalam Gladiator dan beberapa filem lain sebelum jatuh semula disebabkan ketagihan alkohol untuk melupakan tragedi hitam keluarganya, dan kembali semula dalam filem Joker pada tahun 2019.
Setakat ni, kultus Children of God masih wujud, tapi dijenamakan semula sebagai The Family of Love sekitar tahun 1978–1981 selepas kes bunuh diri besar-besaran di Jonestown pada tahun 1978 yang membawa kepada pandangan negatif media terhadap mana-mana kultus agama Kristian. Kemudian pada 1982–2003, ia ditukar nama kepada The Family (1982–2003), dan kini dinamakan sebagai The Family International sejak 2004.
Kita mudah taksub dengan nama ‘agama’
Kalau cakap pasal ajaran sesat dalam Malaysia, dah banyak juga artikel yang kitorang ceritakan macam kisah Al-Arqam, Hizbut Tahrir, Ajaran Taslim, Baha’i, dan pelbagai lagi yang korang boleh baca kat sini. Kalau kat luar negara pulak kita pernah cerita pasal Jonestown, Sai Baba, dan macam-macam lagi.
Semuanya ada modus operandi yang lebih kurang sama, iaitu dieksploitasi atas nama agama dan bangsa, dan kadang sebab mudah taksub dengan apa-apa saja yang dijual dengan nama agama. Malah, sama ada tak berani atau terlalu ‘yes man’ bila nampak ketua buat salah dan mudah menjatuhkan hukuman pada orang lain demi ‘agama’, dan apabila dipersoal. Kadang benda benda ni tak payah tunggu kultus tersembunyi, siap ada yang terang-terangan depan mata dan tv.
Padahalnya penting untuk kita persoalkan pemimpin, terutamanya apabila nampak sesuatu yang salah dan bercanggah dan menyeleweng supaya agama tak diguna pakai sesuai dengan keperluan mereka. Lagipun, iblis sendiri dah berjanji untuk memesongkan manusia selagi boleh.
- 60Share sekarang!
- Email3
- Facebook57
- Share