- 261Share sekarang!
- Email22
- Facebook239
- Share
(This article is a translation. For the original, visit our sister site, CILISOS)
Korang ingat lagi muka bawah ni?
Mestilah ingatkan sebab kebanyakan kita kena bersengkang mata sampai 2:30 pagi untuk tunggu keputusan PRU-14 yang sepatutnya diumumkan pada jam 9 malam. Esoknya, banyaklah memes pasal dia keluar. Contoh macam kat bawah ni.
Walau bagaimanapun, keputusan PRU14 yang diumum lambat tu hanyalah sekecil-kecil masalah berbanding masalah yang lagi besar, dengan dakwaan mengenai gerry mandering, penipuan pengundian, keadaan mengundi yang tak ideal, pembatalan calon yang tidak adil dan banyak lagi perkara. Sebenarnya BERSIH ada hantar senarai tu kepada kerajaan, dengan harapan bahawa Majlis SPR akan membawanya ke muka pengadilan.
Minggu berikutnya, korang mesti ada terbaca pasal kerajaan baru menamakan beberapa individu dan agensi termasuk Tan Sri Hashim dan SPR untuk disiasat kerana rasuah. Ini menyebabkan Tan Sri Hashim meletakkan jawatannya pada 1 Julai 2018.
Sekarang, dah ada satu tribunal dilakukan beberapa minggu lalu untuk 6 lagi ahli SPRM – Othman Mahmood, Mohd Yusop Mansor, Abdul Aziz Khalidin, Sulaiman Narawi, K Bala Singam dan Leo Chong Cheong. Terdapat 5 hakim yang bersara dalam tribunal tu, dan keputusan akhir akan diumumkan pada hari Jumaat yang mana kami dari SOSCILI sendiri sertai.
Tapi, mereka yang didakwa bersalah ni macam tak kena apa-apa pun
Ini sebenarnya apa yang jadi…
- 14 Ogos 2018 – BERSIH nak sediakan satu tribunal untuk menyiasat 6 ahli SPR
- 17 Okt – Kerajaan umumkan kesungguhan untuk menyediakan tribunal bagi menyiasat 6 ahli SPR
- 18 Okt – Sehari kemudian, 5 daripada mereka meletakkan jawatan
- 23 Okt – Menteri Undang-undang, Liew Vui Keong menyatakan bahawa tribunal tak diperlukan sebab mereka semua dah letak jawatan
- 27 Nov – Ahli penasihat SPR keenam, Bala Singam turut meletakkan jawatan
- 1 Jan 2019 – Keenam-enam mereka secara rasminya bukan lagi ahli SPR
- 28 Jan – Peguam bagi ahli SPR menyatakan mahu menyaman BERSIH. Salah seorang hakim dalam Tribunal, Shim Lip Kiong mengatakan “tribunal adalah akademik”.
“Apa yang digugurkan sejak mereka (enam ahli SPR) telah meletakkan jawatan? Prosiding hari ini adalah suatu perkara yang memalukan buat Jabatan Peguam Negara. Ia adalah hari gelap (Black Monday) buat kedaulatan undang-undang. Berapa banyak peruntukan yang habis untuk sediakan tribunal ini? Sia-sia sahaja,” Khairul Azam, peguam kepada bekas pegawai SPR
- 30 Jan – Peguam Negara Tommy Thomas bersalah sebab mengatakan ia tidak
- 1 Feb – BERSIH 2.0 menekankan supaya tiada pencen buat 6 ahli SPR tu
- 25 Mac – Tribunal diteruskan dan undian 3-2 yang membawa kepada untuk tidak meneruskan tindakan ke atas 6 ahli SPR
Jadi, perkara ni jadi makin berbelit-belit. Tribunal tu dibentuk berdasarkan Artikel 114 Perlembagaan Persekutuan.
Secara mudahnya, ayat tu menerangkan bahawa mereka yang merupakan penasihat SPR akan digugurkan, mereka digugurkan dengan cara yang sama hakim digugurkan dari Mahkamah Persekutuan – yang mana ia nampak serius (biasanya dalam kes ketidakadilan atau konflik kepentingan). Tribunal dibentuk untuk menentukan kalau mereka patut digugurkan dengan cara ini, tapi disebabkan mereka meletakkan jawatan, jadi tiada pengguguran, dan tiada kes. Para peguam berhujah bahawa manfaat pencen yang mereka terima adalah “satu bentuk amalan yang sia-sia“.
“Dalam analisis akhir, soalan asas adalah begini: ia dalam kepentingan umum dan negara untuk memperuntukkan banyak masa, tenaga dan perbelanjaan semata-mata untuk mencari jalan menggugurkan enam pegawai apabila mereka sendiri menggugurkan diri mereka sendiri, sama ada secara sukarela atau pun sebaliknya dari SPR?
Jawapan dalam pandangan saya adalah jelas… ia adalah suatu amalan yang sia-sia,” – Hakim Mahkamah Persekutuan, Steve Shim Lip Kiong
Di sisi lain, Peguam Negara hampir tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya atas keputusan itu, mendakwa bahawa orang ramai akan memerlukan lebih banyak penyiasatan terhadap peristiwa-peristiwa menjelang dan pada malam 9 Mei 2018.
“Kita akan mengkaji cadangan yang dibuat oleh panel apabila mereka menghatar laporan kepada Yang Di-Pertuan Agong dan saya akan menasihatkan kerajaan untuk mendedahkannya dan semua orang boleh baca sendiri” – Tommy Thomas selepas Tribunal
Jadi, sekarang mereka tak kerja lagi kat SPR, penting ke nak tau?
“Dengan membubarkan tribunal, ia menghantar mesej bahawa ia menjadi okay untuk mencabuli undang-undang pilihan raya dan perlembagaan selagi anda boleh bersara atau meletakkan jawatan sebelum dibawa ke perbicaraan. Ini bermaksud staf SPR boleh menikmati imuniti bagi kesalahan yang dilakukan oleh mereka”- Maria Chin
Dakwaan ke atas 6 ahli SPR adalah serius – jika benar, didakwa memanipulasi pilihan raya untuk mengubah keputusan demokrasi. Apabila keputusan tribunal keluar, kebanyakan komen di MalaysiaKini adalah negatif.
“Negara hampir huru-hara oleh kerana bekas Pegawai SPR ni, dan sekarang, tiga orang ahli panel kata ianya akademik? Najib juga sudah berhenti sebagai PM, jadi dengan logik yang sama, apakah kesemua pendakwaan ke atasnya adalah akademik? Ia tak masuk akal…”- Fairmind, satu daripada banyak komen negatif mengenai tribunal itu
Apa yang peliknya, pada awalnya kerajaan mendakwa untuk menyiasat SPR atas sebab rasuah tidak pernah berhasil. Kami cuba cari walaupun satu kes SPRM menyiasat SPR dan tak jumpa apa-apa.
Salah seorang peguam yang kami hubungi dan mahu identitinya dirahsiakan dah berhujah bahawa ahli majlis boleh didakwa dibawah Seksyen 124 Kanun Keseksaan yang menyebut mengenai tindakan merosakkan demokrasi berparlimen.
Tapi ada sebahagian peguam memberitahu kami, ia biasanya digunakan untuk perkara berkaitan keganasan, atau sebagai mana yang kami buat carian, untuk mendakwa pelajar yang memprotes di luar Bangunan Parlimen. Jadi, kita boleh faham kenapa Maria Chin sangat terganggu pasal benda ni kerena dia sendiri didakwa di bawah Seksyen 124C kerana mendapatkan dana untuk BERSIH.
“Sejujurnya, saya fikir ramai yang kecewa juga, memikirkan bahawa dakwaan jenayah patut diberi kepada mereka-mereka ini. Tapi untuk melakukan dakwaan jenayah memerlukan beban bukti yang berat, jadi mungkin dengan banyak benda yang terjadi kepada kerajaan, ia menjadi salah satu perkara yang terlepas pandang?” – Kawan peguam kami yang mahu dirahsiakan
“Nampaknya ada suatu rasa di antara kita dan orang awam bahawa keadilan tidak berlaku hari ini dan kita akan terus mencari kebenaran dengan cara yang lain,” – Thomas Fann, BERSIH
Buat masa sekarang, nampak macam kes ni dah selesai. Apa yang pelik, kes ni juga telah dilupakan oleh sebahagian besar orang awam berdasarkan komen-komen dalam kes tribunal ni.
Atau mungkin kerana orang awam tak rasa adanya penipuan dalam mana-aman piihan raya yang pernah berlangsung? Tapi gambar bawah ni untuk apa dulu?
- 261Share sekarang!
- Email22
- Facebook239
- Share