fbpx
SOSCILI
  • Utama
  • Semasa
  • Hiburan
  • Sains
  • Sejarah
  • Budaya
  • Video
    • Biar Dia Masak
    • CiliCepat
    • CiliCiter
    • CiliKepoh
    • CiliTry
    • Dee Di Apa
    • MALU podcast
    • PedasGames
    • SOS
    • Sos Sembang
  • Hubungi Kami
June 7, 2025

[INFOGRAFIK] Panduan 5 minit: Lubang Benam

September 2, 2024 Badd Hakim Infografik, Sains
  • 0share
  • Facebook0
  • Twitter0
  • WhatsApp
  • LinkedIn0
  • Email0

Semua yang korang perlu tahu pasal kejadian lubang benam di Jalan Masjid India.

Panduan 5 minit: Lubang benam
Vijaya Lakhsmi, seorang pelancong dari India, jatuh ke dalam lubang benam di Jalan Masjid India dan masih belum ditemui. Usaha mencari dan menyelamat hanya menemukan sepasang selipar.
Lubang benam adalah lubang tanah yang terbentuk apabila air menghakis batuan permukaan. Batuan permukaan ni selalunya batu kapur, yang terlarut dengan pergerakan air. Apabila batu kapur terletak bawah permukaan tanah, air hujan akan bertakung di celah retakan batu tersebut. Retak ni akan melebar bila batu kapur terlarut dan dibawa pergi, menyebabkan tanah di atas jadi tak stabil dan runtuh.
Lubang benam boleh jadi sedalam 1-50 meter. Manusia boleh menyebabkan lubang benam dengan membina jalan dan lain-lain bangunan, sebab perubahan tanah ni melemahkan batuan di bawah. Dalam kes Malaysia, kawasan bandar macam KL dan Bandar Ampang paling mudah terkena disebabkan bebanan lebihan di permukaan tanah macam bangunan, trafik tinggi dan bekas kolam takungan lombong.
Peta risiko. Kajian kes oleh Universiti Teknologi MARA mendakwa kadar ketepatan peta risiko ni adalah 76%.
Pihak berkuasa telah dibantu oleh teknologi Radar Penembus Tanah (GPR) untuk mengesan pelancong yang hilang tersebut. GPR digunakan untuk memeta kadar kerosakan di bawah permukaan, mengenal pasti kemungkinan bahaya, membantu cari individu yang terperangkap, dan menaksir kesan penuh lubang benam tersebut. Usaha lain termasuk memanggil pasukan K9, penggunaan jet air bertekanan tinggi, dan telescopic camera.
Menariknya, Raja Bomoh pun muncul untuk membantu usaha pencarian mangsa di Jalan Masjid India. Dia dilihat merenjis air belaga yang dikatakan dibawa dari Beting Beras Basah di Perak.
Pihak berkuasa kini bercadang menjalankan audit integriti ke atas sistem kumbahan KL selepas lubang benam kedua muncul 5 hari selepas kejadian lubang pertama.
Pada 31 Ogos, usaha mencari dan menyelamat Vijaya dihentikan. Namun, usaha pencarian akan diteruskan oleh agensi-agensi lain. Kerja-kerja pemulihan dan pembinaan semula di Jalan Masjid India dijangka mengambil masa 3 hingga 6 bulan.
Korang rasa, apa yang patut pihak berkuasa buat untuk elakkan lebih banyak insiden macam ni di masa hadapan? Bagitau kat komen!
Prev
Next

  • 0share
  • Facebook0
  • Twitter0
  • WhatsApp
  • LinkedIn0
  • Email0
Sebelum

4 tokoh kemerdekaan wanita yang kita perlu ketahui

Seterusnya

[INFOGRAFIK] Pengenalan diri sebelum MyKad

Dapatkan artikel terus ke emel!

Follow Kami

  • TikTok
  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram
Cakap dengan kitorang!
Tengok pautan kitorang

Iklankan bisnes korang

Cadangkan atau tulis artikel

Kerja ngan kitorang

Hubungi kitorang
Follow kitorang kat medsos!
Facebook

Instagram

TikTok

Twitter (X)

YouTube
  • Hubungi Kami
  • Terma dan Syarat
  • Privasi Polisi

Cilisos Media Sdn. Bhd. [201401011719 (1087796-H)] Copyright © 2020. Hak Cipta Terpelihara

  • 0share
Send this to a friend