- 670Share sekarang!
- Email12
- Facebook658
- Share
Korang pernah dengar satu teori yang mendakwa manusia asalnya datang dari monyet? Nama teori ni adalah Teori Evolusi Darwin. Eh, kalau kita semua dari monyet, mana pergi ekor kita? Mesti bestkan kalau kita ada ekor, macam orang Saiyan dalam cerita Dragon Ball. Kalau bulan penuh, kita boleh jadi monyet gergasi, pergh power betul. Siapa lahir zaman 1990-an ke bawah tapi tak kenal Dragon Ball kami syak korang tinggal dalam gua.
Kalau kami tanya korang, mesti kebanyakan korang tak setuju kita ni asalnya daripada monyet. Tapi berapa ramai daripada korang yang tahu apa sebab uncle Darwin kata macam tu. Sebelum korang tolak sesuatu, sekurang-kurangnya korang kena tahulah sebab korang tolak. Jangan main ikut je. Macam kalau korang reject seseorang yang luahkan cinta, mesti ada sebabkan? Mostly sebab dia tak kaya atau tak ada rupa. Jangan marah ahh…nanti kena jual.
Hari ini kami akan kongsikan tentang Darwin’s Theory Of Evolution ni. Jadi lepas ni tak adalah korang asyik-asyik kena buli oleh member yang belajar sains. Tak pun, tak adalah korang asyik-asyik petik nama nabi Adam untuk lawan hujah manusia dari monyet.
Bapak Darwin nak dia jadi paderi, tapi dia tak minat
Nama sebenarnya uncle Darwin ni adalah Charles Robert Darwin. Dia ni bukan calang-calang orang, mahir dalam bidang biologi, geologi, dan ekologi. Ayah uncle Charles Darwin adalah seorang doktor perubatan yang kaya. Ibunya meninggal masa dia baru berumur lapan tahun. Masa sekolah dia tak minat belajar, mentang-mentang dah kayakan? Oleh sebab dia kaya, walaupun tak pandai mana, dia dihantar ke University of Edinburgh untuk belajar bidang perubatan.
Uncle Charles Darwin memang tak minat nak bedah-bedah orang ni. Dia lebih minat lepak tepi pantai atau kumpul binatang. Akhirnya dia dihantar ke Cambridge untuk menjadi seorang paderi. Dia pun bacalah kitab-kitab tapi masih dengan perangai sama masa belajar perubatan dulu. Kali ni, dia lebih berminat naik kuda. Dia terjumpa dengan satu mamat yang buat dia suka biologi, nama mamat tu John Stevens Henslow.
Uncle Darwin ambil masa 5 tahun untuk kelilingi dunia
Pada tahun 1831, Darwin diajak untuk berlayar untuk keliling dunia. Nama kapal yang dia naik – HMS Beagle, dia habiskan masa 5 tahun kelilingi dunia. Dia banyak habiskan masa untuk perhatikan binatang dan tumbuhan. Melalui perjalanan ni Darwin dapat kembangkan teori-teori dia, bak kata orang Melayu; jauh perjalanan luas permandangan gitu. Sekarang tak payah jalan jauh-jauh, beli data internet je.
Sambil-sambil dia keliling dunia, dia ada menulis buku yang bertajuk Voyage of the Beagle. Buku ni buatkan Darwin jadi famous. Selain daripada tulis buku, dia juga hasilkan banyak nota daripada pemerhatian sepanjang berlayar. Melalui nota-nota inilah dia menulis teori evolusinya yang terkenal. Kalau korang teringin nak tengok catatan-catatan tu, korang boleh tengok dekat sini. Nanti bolehlah korang buat teori sendiri!
Kalau ikut teori Darwin, T-Rex pun boleh jadi ayam
Cuba korang tarik nafas panjang-panjang dulu, kami nak terang bab sains ni. Okay, teori evolusi Darwin ni ada dua bahagian penting. Bahagian pertama adalah tentang evolusi. Kalau korang nak tahu, evolusi ni bermaksud satu-satu spesis tu boleh berubah-ubah. Perubahan tu akan ambil masa yang panjang, kadang-kadang sampai berjuta tahun.
Maksudnya binatang dan tumbuhan yang ada sekarang ni adalah hasil evolusi daripada hidupan terdahulu. Korangkan selalu tanya; ayam dulu atau telur dulu? Lepas korang baca artikel ni, korang kena tukar teka-teki tu, telur atau T-Rex? Sebab ada orang kata ayam ni asalnya dari T-Rex. Macam tulah contoh evolusi, spesis bertukar-tukar ikut zaman.
Itu bahagian pertama, kami harap korang tak pening lagi. Sebab bahagian kedua teori ni sentuh bab Natural Selection. Apa benda Natural Selection ni? Korang tenang, kami akan terangkan dengan ringkas.
Natural Selection ni maksudnya dalam satu-satu masa, haiwan yang ada ciri-ciri tertentu akan ada peluang untuk hidup yang lebih tinggi dan hasilkan banyak anak. Logiknya macam ni, kalau haiwan tu ada ciri-ciri yang membolehkan dia survive, dah tentu-tentu dia akan mengawan dan hasilkan anak. Bagi yang tak ada ciri-ciri yang membantu survival, kesian, sebab akan mati dan berkurang.
Kalau dalam Islam korang nak kahwin kena penuhi 5 rukun, untuk natural selection berlaku, ada 4 syarat wajib dipenuhi. Untuk mudahkan korang faham, kita ambil contoh Zirafah.
- Walaupun spesis sama, tapi ada bahagian tertentu yang berbeza. Contohnya, walaupun Zirafah ni satu spesis, ada Zirafah yang leher pendek dan panjang.
- Perbezaan ni akan diwariskan kepada anak-anak mereka. Kalau mak bapak Zirafah tu leher panjang, tinggi keberangkalian untuk anak dia leher panjang.
- Kumpulan yang ada tahap survival yang lebih tinggi daripada kumpulan yang lain akan jadi dominan. Dalam kes kita ni yang mana satu? Tettt. Jawapan itu bergantung pada sumber makanan, kalau punca makanan tu tinggi-tinggi, leher panjanglah. Kalau pokok-pokok tu “ketot”, leher pendeklah.
- Maksudnya, kalau pokok tinggi-tinggi, yang survive zirafah leher tinggi, kalau pokok rendah, yang survive leher leher pendek.
- Kumpulan yang ada ciri-ciri membantu survival diorang akan menjadi kumpulan yang survive. Dalam kes kita, kebanyakan pokok tinggi-tinggi, jadi zirafah yang ada leher panjanglah akan berjaya.
Faham tak murid-murid?
Ada satu fosil yang bernama Lucy sebijik dengan manusia
(Untuk bahagian ini, kami merujuk video Human evolution overview yang disediakan oleh Khan Academy)
Sekarang korang kena tarik nafas panjang-panjang, sebab bahagian ni perlukan korang gunakan otak sikit. Kami akan terangkan tentang teori evolusi secara ringkas, senanglah sikit korang faham nanti.
65-70 juta tahun dahulu
Zaman ni KFC tak ada lagi, kalau korang hidup zaman ni korang akan jumpa nenek moyang ayam. Macam-macam dinosaur ada zaman ni, bolehlah korang main kejar-kejar dengan diorang. Malangnya, lebih kurang 65 juta tahun dahulu ada letupan meteor besar yang menyebabkan banyak spesies pupus, termasuklah dinosaur.
Selepas letupan meteor, ada haiwan yang selamat
Meteor yang langgar bumi tu sebesar 10 kilometer, korang bayang je lah ada batu sebesar 10 kilometer dan laju gila jatuh kat tempat korang. Impak meteor ni buat banyak spesis pupus, tapi masih ada yang berjaya selamat. Geng-geng haiwan yang lepak dekat bawah tanah atau tak terdedah dengan impak tu, berjaya selamat.
Geng-geng ni digelar Primitive Primates. Kalau korang ingat teori uncle Darwin, konsep pertama adalah haiwan dan tumbuhan berevolusi. Daripada geng-geng ni lah haiwan berevolusi. Bila diorang dah bosan duduk dalam tanah dan rasa keadaan dah selamat, diorang pun keluarlah. Dari sanalah muncul haiwan yang boleh memanjat, berenang dan terbang (melalui natural selection).
Tadaaa…Monyet pun muncul!
Selepas berevolusi, ada daripada geng-geng Primitive Primates ni jadi monyet primitif. Daripada monyet primitif ni, mereka berevolusi jadi kera dan chimpanzee. Pergh, korang bayanglah daripada haiwan kecil dan hodoh macam haiwan Primitive Primates, akhirnya jadi handsome macam kera. Kera handsome kot, sado.
Ada satu fosil yang bernama Lucy, pengkaji percaya fosil ni berusia 3.2 juta tahun. Menariknya Lucy ni diorang percaya berjalan guna dua kaki, sama dengan macam mana kita berjalan hari ni.
Mulalah muncul geng-geng Homo
Kami bukan nak sentuh pasal homoseksual, tapi Homo sapiens. Korang tahukan nama saintifik manusia adalah homo sapiens? Lebih kurang 2.3 – 1.4 juta tahun dahulu, muncul Homo habilis. Bukan ikan bilis, geng ni merupakan kumpulan homo pertama yang muncul. Lepas tu, lebih kurang 1.8-1.3 juta tahun yang dulu, Homo eructus muncul. Kalau korang nak tahu, homo-homo ni semakin berevolusi menjadi manusia.
Sebelum Homo sapiens, ada Homo neanderthalensis. Diorang muncul lebih kurang 600-300 ribu tahun dulu. Setelah geng-geng homo ni berevolusi, muncul lah kita! Homo sapiens. Kami harap korang yang tengah baca ni, Homo sapienslah kan. Macam tulah sebenarnya kenapa kita dikatakan muncul dari monyet, korang percaya tak?
Teori Darwin lemah sebab takde bukti fosil purba
Masa awal-awal uncle Darwin perkenalkan teori evolusi dia, ramai je yang tolak. Kebanyakan kumpulan yang tolak adalah kumpulan-kumpulan agama masa tu. Kebanyakan kumpulan agama sentiasa percaya yang haiwan dan tumbuhan ni diciptakan oleh tuhan. Takkanlah manusia dari monyet kot. Orang dulu-dulu siap lukis muka Darwin dengan badan monyet sebab nak kutuk teori evolusi dia.
Bukan setakat agamawan je yang kritik Darwin, saintis pun ada. Kalau korang tertanya-tanya bila sebenarnya haiwan primitif tadi mula jadi pelbagai binatang, ia berlaku masa Cambrian Explosion. Kritikan utama terhadap teori Darwin ni sebab takde fosil haiwan sebelum Cambrian Explosion ditemui. Lepas tu ada je yang siap senaraikan 10 persoalan penting yang pengikut teori Darwin susah nak jawab.
Ada seorang pakar saraf dari Turki siap kata teori evolusi ni mustahil sebab untuk hasilkan satu-satu protein kita perlukan protein yang lain. Takkanlah protein ni tiba-tiba muncul pulak kan?
“Protein tidak mungkin wujud secara kebetulan kerana ia memerlukan protein lain untuk dihasilkan. Tentu perkara ini sahaja menepis sama sekali teori evolusi sejak dari awal lagi. Selain itu, ada lebih 500 juta spesimen fosil jelas membuktikan tiada proses evolusi pernah berlaku.” – Dr. Oktar Babuna, dipetik dari Berita Harian
Ada ilmuan Islam kata teori Darwin ni selari dengan Al-Quran
Salah satu pandangan yang terkenal dikeluarkan oleh Dr. Yasir Qadhi yang percaya teori evolusi tak bercanggah dengan Islam. Tapi dia percaya ada beberapa perkara yang kena dibaiki dalam teori ni. Dia siap kata homo-homo sebelum manusia tu boleh jadi hidupan sebelum Adam dan Hawa seperti yang ada dalam Quran. Kalau korang nak tahu, disebabkan pandangan yang macam ni, dia siap terima ancaman bunuh.
Seorang ilmuan Dr. Denis Alexander siap kata teori evolusi ni dah lama disebut oleh ilmuan Islam sebelum Darwin. Dia merujuk buku Al Muqadimmah karangan Ibnu Khaldun.
“Dunia haiwan kemudiannya meluas, spesies menjadi banyak, dan dalam proses secara penciptaan beransur-ansur, ia akhirnya membawa kepada manusia, yang mampu untuk berfikir dan merenung”. – Al Muqadimmah karang Ibnu Khaldun, dipetik dari Majalah Sains
Tapi ada je pendakwah Islam yang tolak teori Darwin, kami rasa mesti korang semua dah kenal Dr. Zakir Naik. Korang boleh tengok pandangan dia kat sini. Ini antara pandangan Dr. Zakir Naik;
“Semua buku mengatakan ‘Teori Evolusi’ – tidak ada buku yang saya jumpai dengan mengatakan fakta evolusi. Jika anda membaca buku oleh Charles Darwin ‘The Origin of Species”. Darwin ada mengatakan dia tidak mempercayai ‘Natural Selection’. Dia tidak percaya pada ‘Teori Evolusi’ kerana tidak mendapat sebarang bukti.” – Dr. Zakir Naik, dipetik dari Zakirnaikqa
Jangan jadi pengikut yang menkhinzir buta…
Kami dah beritahu korang tentang asas-asas teori uncle Darwin, dan pelbagai pandangan tentang teori tu. Kalau korang nak tolak teori ni, pastikan korang faham apa yang korang tolak. Bagi geng-geng yang terima, pastikan korang baca jugak pendapat-pendapat lain, tak adalah korang akan syok sendiri nanti. Kami dah macam berceramahlah pulak kan?
Kalau korang nak tahu lebih banyak tentang teori uncle Darwin atau poin-poin untuk tolak teori ni, korang mestilah rajin membaca. Korang google je buku-buku yang berkaitan teori Darwin ni, belambak. Kalau korang nak dapat ijazah sarjana muda goreng (kepujian), korang kenalah banyak membaca.
Korang tak bolehlah berguru dengan seorang guru je, sebab ilmu pengetahuan ni luas. Kan orang dulu-dulu kata; kalau berguru dengan buku je, macam korang berguru dengan syaitan. Ada yang siap kata tahu banyak benda lagi bagus daripada pakar satu ilmu je.
- 670Share sekarang!
- Email12
- Facebook658
- Share