- 1.0KShare sekarang!
- Email4
- Facebook1.0K
- Share
Kalau dibagi pilihan, korang nak ke jadikan hobi sebagai kerjaya? Asyik kene maki dengan bos je siapa tak tension kan. Mesti best kalau korang dapat buat benda yang korang minat dan benda tu pulak dapat bagi korang duit. Tapi pastikan hobi korang tu tak pelik macam mamat ni.
Korang sanggup ke mempunyai idea untuk buat duit dengan membunuh? Kami harap tidak!
Tapi kalau korang nak tahu, ia adalah motivasi utama untuk Herman Webster Mudgett atau lebih dikenali dengan nama HH Holmes, pembunuh bersiri yang pertama dalam sejarah Amerika Syarikat. Berikut adalah cerita beliau, yang boleh membuatkan badan korang beku hingga ke tulang sum-sum!
Terciptanya seorang psychopath sebab selalu dibuli
Herman Webster Mudgett dilahirkan pada 16 Mei 1861 di kota Gilmonton, New Hampshire, Amerika Syarikat. Zaman kanak-kanaknya telah dipenuhi dengan keganasan. Tabiat buruk bapanya yang kaki botol dan suka memukul telah membuatkan Holmes berada di dalam keadaan yang penuh dengan tekanan.
Walaupun selalu jadi mangsa dera ketika di rumah, dia ni sebenarnya seorang budak yang bijak kat sekolah. Namun begitu, yang sedihnya kecemerlangan Holmes kat sekolah telah menjadikanya mangsa buli oleh rakan-rakan sekelasnya yang cemburu.
Pernah satu hari, pembuli paksa dia pergii klinik sekolah untuk bermain dengan rangka manusia. Pada mulanya dia memang takutlah nak buat benda tu, tapi lama kelamaan dia mula obses dengan rangka manusia dan kematian.
Tanpa pembuli-pembuli ni sedar, dorang telah mencipta seorang psychopath yang menjadikan pembunuhan sebagai hobi dan punca pendapatanya.
Untuk pengetahuan korang, kehidupan jenayah Holmes bermula dengan pelbagai penipuan. Sebagai seorang pelajar perubatan di Universiti Michigan, dia dah curi mayat dari universiti tersebut untuk membuat tuntutan insurans palsu.
Bukan setakat tu je, dia juga mendapati seseorang boleh buat duit hanya dengan menjual organ manusia dan tulang-temulang untuk keperluan sekolah perubatan pada masa tersebut.
Sanggup bina sebuah hotel semata-mata nak membunuh
Pada tahun 1886, Holmes dah berpindah ke Chicago, Illinois dan dapat kerja kat sebuah farmasi. Lepas je tauke farmasi tu meninggal dunia, Holmes pun ambil alih perniagaan tersebut bila dia berjaya meyakinkan isteri tauke tu untuk menjual kedai kepadanya.
Tak pasti sama ada farmasi tersebut dijual secara paksa atau tidak, tapi tak lama lepas dia ambil alih perniagaan itu, isteri kepada tauke tersebut telah hilang secara misteri. Ada juga yang kata, Holmes dah bunuh dia dan menjadikanya sebagai mangsa yang pertama.
Cita-cita Holmes tidak terhenti setakat farmasi je, dia mula buat pelaburan hartanah dengan membeli banggunan bersebelahan farmasi dan kemudianya pada tahun 1893, dia ubah pulak bangunan tu menjadi sebuah hotel besar yang diberi nama “The Castle”. Tanpa ada yang sedar, rupa-rupanya dia dah bina sebuah hotel pembunuhan yang mengerikan.
Kalau korang nak tahu, hotel baru Holmes ni ada tiga tingkat. Kalau tingkat pertama dan kedua adalah normal, tingkat ketiga hotel tersebut tersangatlah misteri dan di sinilah dia melakukan hobi peliknya dengan menyeksa dan membunuh mangsa.
Trapdoors, bilik kalis bunyi dan kekejaman Holmes
Untuk pengetahuan korang, tiada siapa pun yang ada akses ke tingkat tiga hotel ni kecuali Holmes dan orang suruhanya pada masa itu, Benjamin Pitezel.
Hotel ini pun telah dibina dengan penuh misteri, Holmes selaku arkiteknya selalu tukar pekerja semasa proses pembinaan, sampaikan takde siapa pun yang tahu selok belok dalam hotel ni selain dirinya.
Lebih menggerunkan lagi, bilik-bilik hotel ini dah diletakkan saluran gas supaya Holmes dapat melemaskan para tetamu yang menginap di hotel terbabit. Tak cukup dengan itu, ada juga trapdoors dan gelongsor dalam hotel ini khusus untuk proses menyeksaan dan penghapusan mayat.
Kat sini kami nak cerita sikit tentang teknik pembunuhan yang digunakanya.
Sebagai contoh, Holmes akan mengunci mangsa dalam bilik kalis bunyi yang dah disambungkan dengan gas sehingga mangsa mati kerana sesak nafas.
Bukan setakat tu je, terdapat juga sebuah bilik rahsia yang hanya boleh dimasuki melalui bumbung. Dekat sini jugalah Holmes telah mengunci mangsa berhari-hari supaya dorang ni mati akibat kelaparan dan kehausan.
Dia juga dah mencipta satu sistem penggera unik dan dipasang di semua pintu bilik hotel untuk memantau setiap pergerakan pengungjung hotel.
Untuk pengetahuan korang, ada juga mangsa Holmes yang dibakar dalam tong besar dengan api atau dititiskan asid sehingga mati. Mayat-mayat ini kemudianya dibuang di tingkat bawah tanah menggunakan gelongsor sebelum dorang dipotong dengan teliti.
Holmes juga telah mengambil semua barang berharga milik mangsa dan mengasingkan organ bersama-sama tulang dorang untuk dijual kepada sekolah-sekolah perubatan.
Terus membunuh untuk dapatkan duit
Akibat krisis kewangan yang melanda Amerika pada tahun 1893, Holmes telah membuat keputusan untuk meninggalkan hotelnya di Chicago dan melantik seorang pengurus untuk menguruskan hotelnya.
Bagi mengelakkan rahsianya terbongkar, Holmes bagi amaran kepada pengurus baru untuk tidak sesekali pergi ke tingkat tiga hotel di mana terletaknya bilik penyeksaan.
Selain disebabkan tekanan kewangan di Chicago, tujuanya berpindah adalah untuk membuka cawangan hotel pembunuhannya yang kedua di Texas. Tapi nasib baik hasrat tersebut dibatalkan bila dia dapati suasana di sana tak sesuai dengan aktiviti pembunuhanya.
Tidak terhenti di situ, Holmes akhirnya memutuskan untuk pergi ke St. Louis bagi menjalankan satu lagi skim penipuan di sana. Ketika berada di sana, dia telah berpakat dan mendapatkan kepercayaan dari orang suruhanya, Benjamin Pitezel untuk memalsukan kematiannya sendiri bagi menuntut duit insurans.
Dalam tipu helah ni, kononya Benjamin diarahkan untuk menipu kematianya sendiri dan kemudianya dorang bersama akan melakukan tuntutan palsu untuk mendapatkan duit. Apa yang Benjamin ni tak tahu, sebenarya Holmes dah merancang dari awal lagi untuk membunuh sahabatnya itu dengan membolot kesemua duit insurans yang dorang dapat.
Mungkin sebab sudah ketagih membunuh atau dia memang gilakan duit. Holmes kemudianya menggunakan nama Benjamin untuk meyakinkan isteri dan anak-anaknya agar pergi bercuti bersamanya di Kanada.
Namun begitu, percutian yang diharapkan dorang ini telah membawa kepada kepada pembunuhan sadis apabila dua orang anak Benjamin, Alice dan Howard Pitetzel telah dibunuh dengan kejam oleh Holmes. Dorang telah dikerat dan dibakar sehinggakan hanya cebisan gigi dan tulang je yang tinggal.
Jenayah Holmes yang terbongkar
Macam orang melayu selalu cakap, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jugakan. Begitulah juga nasib yang menimpa Holmes apabila dirinya ditangkap pada 17 November 1894.
Pada mulanya Holmes ni ditangkap sebab kantoi kerana mencuri kuda di Texas. Tapi bila pihak polis melakukan siasatan dan menyelidik latar belakangnya, dorang telah menemui satu kejanggalan daripada pengurus hotel Holmes di Chicago, apabila dia memberitahu tidak dibenarkan pergi ke tingkat tiga hotel tersebut.
Bila polis dapat maklumat ni, dorang terus menyerbu hotel berkenaan dan akhirnya segala perlakuan keji Holmes terbongkar bila polis menemui mayat mangsa dalam keadaan yang mengerikan.
Masa disoal siasat, Holmes dah memberikan kenyataan yang mengelirukan dan sering bercanggah. Hal ini telah membuatkan pihak penyiasatan bingung tentang jumlah sebenar mangsanya.
Walaupun Holmes hanya mengaku membunuh 27 orang, tapi pihak polis telah menganggarkan jumlah sebenar mangsanya adalah sekitar 200 orang yang kebanyakkanya terdiri daripada wanita. Kesimpulan ini berdasarkan jumlah laporan orang yang hilang di sekitar kawasan tersebut ketika hotel ini beroperasi yang sehingga ke hari ini masih lagi tak dapat dikesan oleh pihak berkuasa.
Kalau korang nak tahu, ketika dia ditangkap dan dibicarakan, Holmes terus menunjukkan sikap tak bersalahnya mahupun penyesalan di atas segala perbuatan kejam yang telah dilakukan. Namun begitu, kisah kejam pembunuh bersiri ini telah pun berakhir pada 7 Mei 1896 bila dia digantung sampai mati di Penjara Moyamensing, Philadelphia, Amerika. Manakala, hotelnya dibakar oleh penduduk sekitar yang berang dengan kejadian tersebut.
Apa sebenarnya yang membezakan pembunuh dan pembunuh bersiri?
Sebenarya pembunuh bersiri jauh lagi bahaya dan menakutkan daripada pembunuhan biasa. Biasanya orang yang membunuh disebabkan dendam ataupun pertelingkahan yang berlaku. So, kita tahulah apa sebab dia membunuh dan siapa targetnya.
Tapi pembunuh bersiri pulak tak perlukan motif yang jelas untuk melakukan pembunuhan. Sesiapa saja boleh menjadi mangsa, kalau dorang memiliki peluang. Kebiasanya, perlakuan dorang ni akan berterusan sehingga melibatkan banyak mangsa seperti yang berlaku dalam kes H.H Holmes.
Kisah H.H Holmes telah menunjukkan kita bagaimana peristiwa zaman kanak-kanak seseorang boleh mempengaruhi perwatakan dewasa mereka di samping sejauh mana manusia boleh pergi untuk memenuhi keperluan kewangan dan nafsunya.
Artikel berkaitan:
- 5 penjenayah Malaysia yang lebih menakutkan daripada Suicide Squad
- 5 pembunuh bersiri paling psiko di dunia, ketar lutut kami baca
- 7 pembunuhan ngeri di Malaysia yang buat korang tak tidur malam
- 1.0KShare sekarang!
- Email4
- Facebook1.0K
- Share