Wang & Kareer

Macam mana nak kira harga minyak? Kami kira ikut formula tengok betul ke tidak

Tepat jam 12 tengah malam pada 1 Februari 2017, sekali lagi kita dapat berita minyak naik. Tiap kali harga minyak naik, tiap kali tu jugaklah orang ramai akan bersesak kat petrol station, dan tiap kali jugaklah orang ramai lepas geram kat Najib.

Muka dua posen.

Apa sebenarnya yang menentukan harga minyak kat Malaysia ni sebenarnya? Main tekan je ke dalam kalkulator? Time harga minyak mentah dunia naik, harga minyak Malaysia naik sekali. Tapi time harga minyak mentah dunia turun, harga minyak Malaysia tak pulak turun.

Benda ni la yang kami cuba nak kira dalam artikel ni, tapi nak start pun punyalah susah sebabnya…

Tiap kali minyak naik, penerangan kerajaan berbeza-beza

Dalam bulan lepas je, ada DUA penerangan oleh gomen yang buat kitorang konfius, dan apa yang kitorang faham daripada setiap penerangan adalah:

a) Harga minyak naik ikut harga minyak mentah dunia 

Klik untuk artikel di Utusan.

Bila harga petrol dan diesel naik hujung tahun lepas, Pengarah Komunikasi Stra­tegik Kementerian Kewangan kata ianya adalah disebabkan kenaikan harga minyak mentah dunia.

“Apabila harga pasaran minyak mentah dunia meningkat pada bulan ini, maka penetapan harga runcit bagi bahan api tersebut di pasaran Malaysia juga dijangka meningkat,” – Pengarah Komunikasi Stra­tegik Kementerian Kewangan, Datuk Lokman Noor Adam, dipetik daripada Utusan.

So kalau harga minyak mentah turun, petrol kita boleh turun jugak ke? Tak jugak, sebab…

b) Harga minyak naik bukannya ikut harga minyak mentah dunia

Dapatkan artikel SOSCILI terus kat email!

Bila harga petrol naik lagi awal bulan ni, Pasukan Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) kata “petrol yang digunakan untuk kenderaan bukanlah minyak mentah, sebaliknya telah diproses terlebih dahulu.”

Ketua Setiausaha Perbendaharaan Negara ulang kenyataan ni dengan mengatakan harga petrol kat Malaysia ni sebenarnya ikut harga minyak yang diproses (ditapis).

“Harga produk petroleum di peringkat runcit tidak berkait secara langsung dengan harga minyak mentah. Ini kerana harga runcit berkait rapat dengan harga produk yang telah ditapis, dan harga produk yang ditapis ini berbeza bagi produk-produk yang berlainan.” – Tan Sri Dr. Mohd. Irwan Serigar Abdullah, Ketua Setiausaha Perbendaharaan. Dipetik dari New Straits Times.

Waaaa…confuse…Imej dari Giphy.

Arghhhh pening! Konfius! Siapa yang betul ni? Macam mana nak kira? Kira pakai sempoa ke? Untuk mendapatkan kepastian, kitorang tengok beberapa sumber-sumber lain dan ini yang kitorang dapat…

Harga minyak kat pam masih berkait dengan minyak mentah, walau bukan secara langsung

Imej asal daripada Berita Harian.

Daripada Harakah Daily:

Harga minyak mentah semasa dunia sememangnya berkait secara langsung dengan harga petrol semasa iaitu harga bahan petroleum yang telah diproses seperti gasolin (petrol), kerosin dan diesel akan bergerak seiring dengan pergerakan harga minyak mentah.

Daripada Business Circle:

Harga minnyak mentah dunia berlegar sekitar $50/setong, separuh daripada tahun lepas. Kat Malaysia, ini telah membawa kepada kos yang lebih murah di pam minyak.

Malah daripada sebuah badan kerajaan sendiri iaitu PEMANDU (Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan):

“Malah, harga di pam bukanlah semata-mata bergantung kepada harga minyak mentah…”

“Bukan semata-mata” tu maknanya… bergantung jugaklah sikit, kan? Walaweh pecah kepala… Oleh kerana benda ni sebenarnya agak kompleks, jom kita cuba tengok satu-persatu tentang macam mana harga minyak kat Malaysia dikira.

Perkara pertama yang kita kena tau adalah, Malaysia menguruskan perubahan harga minyak menggunakan ‘sistem apungan’…

Menatang jadah apakah ‘sistem apungan’ ni?

“Takde”, kata auntie tersebut tanpa ragu-ragu. Gambar dari fjjournal.blogspot.my

‘Sistem apungan terkawal’ atau managed float (dalam kes harga minyak kita) cumalah satu prinsip ekonomi di mana kerajaan cuba kawal harga dalam negara supaya rakyat tak terkesan sangat dengan harga dunia yang sentiasa berubah-berubah.

Menurut Business Circle, sebenarnya kita dah lama guna managed float ni, tapi at least dulu gomen bagi subsidi untuk menyerap lagi kos minyakTapi pada Disember 2014, subsidi ni telah ditarik balik. Jadi time tu la kita start dengar pasal istilah pelik-pelik termasuklah managed float.

“Secara teknikal, sistem “managed float” sudah wujud sejak – malah lebih awal dari – awal 90-an sebelum krisis ekonomi Asia; namun rakyat tidak terdedah kepadanya kerana kerajaan telah menambah subsidi dan menyerap perbezaan antara kos sebenar dan harga yang dibayar pada pam, supaya harga petrol sama di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.” – dipetik daripada Business Circle.

Di bawah managed float, cara pengiraan yang kita pakai adalah Automatic Pricing Mechanism (APM) yang dah digunakan sejak tahun 1983 lagi. Menurut Harakah Daily, APM sepatutnya digunakan supaya untuk menjaga rakyat Malaysia, tapi kini motif tersebut makin dilupakan:

“Ia (APM) diguna pakai oleh pihak pemerintah pada asalnya untuk memastikan bahan api yang dijual kepada rakyat Malaysia umumnya adalah bersesuaian dengan kos sara hidup dan ekonomi semasa.

Namun begitu, apabila Perdana Menteri silih berganti maka tujuan asal sistem APM ini dilaksanakan mula dilupakan demi mencapai imej populis dalam kalangan rakyat demi menunjukkan bahawa kerajaan benar-benar mengambil tahu tentang masalah rakyat.”

Ok… perkara seterusnya yang kita nak tau adalah… macam nak kira harga minyak guna menatang jadah APM ni?

Jom kita kira harga minyak guna formula APM!

Jom kita mengira! Imej dari Giphy.

Sembang banyak tak guna, jom kita kira. Mengikut YB Khairy Jamaludin, ini cara pengiraan yang menggunakan formula APM:

Harga MOPS semasa + kos operasi + margin syarikat minyak + margin dealer stesen minyak + alpha = HARGA MINYAK

Ok ini makna-makna komponen dalam formula ni, nak skip pun takpe sebab takkan masuk exam:

  • MOPS: Harga dari Mean of Platts Singapore (MOPS). Ini kerana Singapura adalah pembekal terbesar produk petroleum yang dah diproses kat Asia Pasifik dan ketiga terbesar kat dunia. Selain tu, harga minyak MOPS ni jugak dah termasuk sekali dengan kos penapisan (proses).
  • Kos operasi: Kos operasi termasuk kos pengangkutan yang dah ditetapkan oleh kerajaan sebanyak 9.54 sen seliter.
  • Margin keuntungan syarikat minyak: Kerajaan tetapkan 5 sen seliter untuk petrol.
  • Margin Keuntungan pengusaha stesen minyak : Kerajaan tetapkan 12.19 sen seliter.
  • Alpha: Perbezaan antara harga MOPS dan harga sebenar yang dibeli syarikat minyak. Telah ditetapkan 5 sen seliter.

Dalam banyak-banyak nombor kat atas, cuma harga MOPS yang berubah-ubah, harga lain semuanya dah ditetapkan (kadar terkini kitorang dapat kat PEMANDU):

Jadi kalau ikut formula APM tadi:

Harga MOPS semasa + 9.54 sen + 5 sen + 12.19 sen + 5 sen = HARGA MINYAK

Jadi macam mana pulak nak dapatkan harga MOPS tu? Harga MOPS ni boleh kita dapat kat web Australian Institute of Petroleum cuma harganya ikut Dolar Australia. Pertama sekali kita kena tengok harga purata MOPS95 PETROL dalam tempoh 4 minggu lepas.

Ambik harga purata 4 minggu. Imej dari Australian Institute of Petroleum.

Ingat, 58.8 sen tu dalam duit Australia so kita kena tukar kepada RM mengikut purata bulan sebelumnya (Januari). Secara anggarannya, purata RM ke AUD bagi Januari adalah 3.35.

(58.8 sen x 3.35) + 9.54 sen + 5 sen + 12.19 sen + 5 sen = HARGA MINYAK

Dan kita akan dapat..

196.98 sen + 9.54 sen + 5 sen + 12.19 sen + 5 sen = 228.71 sen / RM 2.29 sen!

So harga yang kitorang dapat untuk minyak RON95, bila dibundarkan adalah RM2.29 sen seliter. Nak bandingkan dengan harga yang gomen umumkan iaitu RM2.30, ia sepatutnya murah 1 sen je la, huhu…

Masalahnya…. kiralah sampai muntah sekalipun, harga ni mungkin tak tepat sebab menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) ada keluarkan kenyataan yang kerajaan tak akan dedahkan cara pengiraan sebenar!

Adoi sakit hati mak~~~

Patut ke subsidi minyak dikembalikan?

Baru-baru ni Pemuda PAS ada mendesak kerajaan supaya kembalikan semula subsidi minyak. PAS Sarawak pulak kata kerajaan sepatutnya bagi subsidi minyak kat golongan berpendapatan rendah dan sederhana, kalau harga runcitnya terus naik setiap bulan.

Pakcik ni dah 42 tahun minum minyak. Tak kisah pun dia dengan subsidi. Imej dari China Daily.

Bagaimanapun menurut Pensyarah Jabatan Ekonomi Universiti Malaya, Prof Madya Fatimah Kari, kalau subsidi minyak dikembalikan, ia mesti disusun semula. Kerajaan jugak tak boleh kekalkan cara subsidi yang ada sebelum ini.

“Subsidi yang sebelumnya banyak ketirisan. Pada masa kini, masih ada komponen subsidi tapi tidak sebesar dulu. Cuma, segala kos subsidi yang ditarik disalurkan menyedia pengangkutan awam (MRT) di bandar-bandar utama, jadi kesan ‘offset’ nya hanya untuk orang bandar.” – Prof Madya Dr Fatimah Kari, Jabatan Ekonomi Universiti Malaya, jawapannya kepada SOSCILI.

Oleh tu, kerajaan patut membangunkan banyak program yang di luar bandar dengan lebih agresif lagi untuk mengimbangi pembangunan di bandar.

Rakyat Malaysia perlukan ketelusan!

Jangan kita jadi macam ni sudah…Imej asal dari Evening Standard.

Menurut Prof Madya Dr Fatimah Kari lagi, kenaikan harga minyak di Malaysia sepatutnya tak berlaku:

Trend harga minyak dunia stabil dan tidak ada trend yang dianggap meningkat dalam jangka masa 6 bulan yang lepas. Ini agak menghairankan dan harga minyak domestik tidak sepatutnya meningkat.” – Prof Madya Dr Fatimah Kari, Jabatan Ekonomi Universiti Malaya, jawapannya kepada SOSCILI.

Namun semua benda ni akan kekal sebagai spekulasi selagi kerajaan tak dedahkan cara kira harga minyak yang sebenar, walaupun setelah didesak oleh pakar ekonomi.

Jadi buat masa sekarang ni, kita cuma boleh tunggu je lah tiap-tiap bulan, bukan untuk masuk duit gaji, tapi untuk tau samada harga minyak naik ke turun :(

To Top
Dapatkan artikel SOSCILI terus kat email!

Send this to a friend