Hang Tuah pernah tulis surat untuk Kerajaan Jepun? Ini buktinya

(This article is translation. For the original, visit our sister site, CILISOS)

Kita sering diuar-uarkan dengan kisah Hang Tuah berjumpa dengan Leonardo Da Vinci antara tahun 1503 hingga 1506. Ramai pengkaji membuktikan bahawa mereka pernah berjumpa dan ia pernah ditulis dalam Catatan Leonardo Da Vinci (Notes of Leonardo Da Vinci). Dalam catatan itu bertulis “saya melukis kenderaan selepas berjumpa dengan orang kaya Melaka“.

Kot2 siapa tak kenal Da Vinci, haa… ni la dia. Imej dari Nat Geo.

Akan tetapi, kali ni kami tak mahu ceritakan tentang bukti Hang Tuah menulis dan menghantar sendiri surat untuk Raja Jepun. Daripada sini juga, kita ingin mengkaji sama ada adakah Hang Tuah ini benar-benar wujud berdasarkan beberapa tempat yang dia pernah pergi.

Nak tahu kenapa? Sebab sampai sekarang ni masih ramai orang mempertikaikan kewujudan Hang Tuah.

1) Surat Hang Tuah kepada Kerajaan Ryukyu

Pada abad ke-15, Kesultanan Melaka berkembang sebagai hab perdagangan antarabangsa, jadi tidak hairanlah jangkauan mereka berkembang sejauh Kerajaan Ryukyu di Jepun.

Kisah utusan surat dari Hang Tuah kepada Kerajaan Ryukyu ni pernah ditulis dalam buku Hang Tuah: Catatan Okinawa oleh Dr. Hashim bin Musa dan Dr. Rohaidah Kamaruddin.

Dr. Hashim bin Musa dan Dr. Rohaidah Kamaruddin (yang mengarang bersama Catatan Okinawa bersama) mendakwa bahawa terdapat 3 surat yang ditulis dan dihantar sendiri oleh Hang Tuah sendiri kepada Kerajaan Ryukyu bagi pihak Sultan Melaka.

Surat-surat itu dipercayai ditulis dalam bahasa Melayu, sebelum diterjemahkan ke dalam Kanji oleh Ryukyu (walaupun, ia tidak akan begitu jauh untuk membayangkan Hang Tuah fasih dalam bahasa Cina / Jepun, kerana legenda mengatakan dia fasih dalam 12 bahasa).

Terjemahan surat dari Hang Tuah. Imej dari Historian Lodge.

Terdapat dalam Rekidai Hoan (kompilasi dokumen rasmi dari Kerajaan Ryukyu), surat-surat itu adalah dua daripada sebelas dihantar dari Melaka pada tahun 1480 dan 1481.

Ditulis dalam suara Sultan Alauddin Riayat Shah muda (1477-1488), surat-surat itu mendedahkan hasrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda untuk perdagangan dan kemakmuran yang berterusan antara kedua-dua kuasa, diberikan hadiah sebagai penghormatan, dan laporan pemergian utusan Ryukyu. Dan di bahagian bawah ini, ditandatangani Loh-hsi-ma-na (Laksamana).

Walaupun beliau tidak pernah disebut secara langsung dengan nama dalam surat-surat ini, Dr. Hashim menegaskan bahawa orang ini memang Hang Tuah, sepadan dengan penemuan ini dengan penerangan cerita rakyat.

Dr. Hasim (kiri) & Dr. Rohaidah (kanan). Imej dari Ashraf Muhamad.

Penemuan keris di Kuil Enkaku-ji, Okinawa pada tahun 2002, yang dikatakan sebagai penghormatan, telah menguatkan lagi teorinya; walaupun ahli-ahli sejarah tempatan lain menolaknya.

Daripada sini timbul persoalan kan, adakah Hang Tuah itu benar-benar wujud? Mari kita lihat bukti lain pula, kita ke negara…

2) Istanbul, Kerajaan Uthmaniyah (Turkey)

Dalam cerita Melayu klasik Hikayat Hang Tuah, dia pergi ke Kerajaan Uthmaniyyah untuk membeli satu set 800 meriam bagi pihak Sultan Melaka. Ia juga dikatakan bahawa dia membawa rahsia artileri (senjata ketenteraan) Uthmaniyyah kembali ke Melaka untuk dihasilkan di sana.

Korang tahu tak, ada Facebook post viral mengenai surat 1454 yang didakwa dari Uthmaniyyah Sultan Mehmed II kepada Sultan Mansur Shah Melaka menjemput Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda ke Istanbul untuk meraikan kemenangan Uthmaniyyah ke atas Byzantines (tapi ni tak sure la sama ada legit atau tak).

Sultan Mehmed II bahkan terus meminta untuk bertemu Hang Tuah:

“Saya ingin bertemu dengannya dari mata ke mata, kerana saya memuja dan mengaguminya, dan oleh Allah, saya akan menjadi orang yang paling beruntung di dunia jika saya berpeluang bertemu Laksamana Hang Tuah Ibn Hang Mahmud dari Melaka.” – Sultan Mehmed II.

Kerajaan Uthmaniyyah ni digeruni dengan senjata ketenteraannya yang hebat. Imej dari COVE.

Sudah semestinya, ia akan menjadi perkara menarik kalau Sultan Mehmed II sendiri pernah jumpa Hang Tuah, kecuali kalau kita tidak dapat mencari apa-apa bukti surat ini sebenarnya wujud.

Ia juga tak menghalang orang lain daripada membuat teori, walaupun surat tu dikatakan sekarang ada di Istana Topkapi, Istanbul. Sementara itu, Dr. Rohaidah telah menyatakan hasratnya untuk pergi ke Istanbul untuk memeriksa secara peribadi ‘manuskrip berkaitan’ di lokasi.

Apa-apapun, jika surat ini terbukti wujud, kata Pengurus Besar Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM), Mohd Nasruddin Rahman, agak susah untuk disahkan kebenarannya, kerana tiada sumber lain yang boleh dipercayai untuk mengesahkan sama ada Hang Tuah benar-benar bertemu Mehmed II.  Namun, beliau mengatakan “bare jadi bohh” yang Hang Tuah ni pernah melawat Instanbul.

Dari Turkey, kita pergi ke negara jiran kita iaitu…

3) Temasik, Singapura

Haaa… kalau yang ni kita rujuk kepada penjajah Melaka pada 1511 — Afonso de Albuquerque. Dalam bukunya: Commentaries of the Great Afonso de Albuquerque, dia ada menulis seorang lelaki dipanggil ‘lassamane’, seorang yang…

“… berusia 80 tahun, seorang prajurit yang baik dan bereputasi baik dan pengetahuan yang luas. – dipetik dari Commentaries of the Great Afonso de Albuquerque.

Jadi, si Afonso berjumpa ‘Lassamane’ selepas berlabuh di Singapura, memberitahunya tentang kejatuhan Melaka. Setelah mendengar berita ini, Lassamane memilih untuk pergi ke Singapura, menasihati kapal-kapal dalam perjalanan ke Melaka untuk melakukan perkara yang sama. Dalam surat yang sama, beliau didakwa mahu kembali ke Melaka ‘untuk berkhidmat kepada Raja Portugal‘, tetapi “bare dok jadi”.

Perrghh! hebat. Imej dari Harian Metro.

Sekali lagi, sukar untuk dikatakan, kerana sekali lagi takde sebut nama Hang Tuah, walaupun sudah tentu cukup bagi sesetengah ahli sejarah untuk mendakwa bahawa orang ini memang Hang Tuah.

Daripada sini kita boleh simpulkan…

Adakah Hang Tuah tu wujud?

Sampai sekarang isu kewujudan Hang Tuah ni masih dibincangkan. Lepastu, ditambah pula dengan pelbagai tokok tambah dari sesetengah ahli sejarah. Tu belum lagi kami cerita ada satu kisah Hang Tuah, tapi agak bahaya la kalau nak ditulis.

Apa-apapun, harapnya generasi akan datang perlu mengetahui kisah Hang Tuah atau sejarah lain berdasarkan pembelajaran dari sekolah atau dari sumber yang betul. Risau gak kalau diorang tahu kat Facebook je, maklumlah unsur ketaksuban konpirasi meluas di media sosial, sampai takleh dibendung.

GIF dari Imgflip.

Bak kata seorang ahli sejarah, mendiang Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim:

“Kerana orang fikir ia tidak penting. Mereka menganggap sejarah hanyalah cerita. Mereka tidak menyedari bahawa kita mesti bergantung pada bukti empirikal.” – Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim.