- 661Share sekarang!
- Email10
- Facebook651
- Share
(Untuk korang yang nak semak sesuatu berita atau kenyataan tu betul ke bohong, boleh lah join Group FB Berita Betul Ke Bohong Malaysia ni!)
(This article is a translation. For the original visit our sister site, CILISOS)
Jadi pada minggu lepas, salah seorang penulis kat Soscili ni hantar screenshot pasal sekumpulan orang Cina dress up dalam pakaian yang pelik, dikatakan akan membuat perarakan di Putrajaya untuk sambutan Merdeka yang lalu. Malah, dalam salah satu komen tu juga menunjukkan yang kerajaan PH cuba untuk bawa pengaruh China kat Malaysia ni.
Masa kitorang mula tengok gambar-gambar tu pun kitorang agak gambar-gambar tu palsu sebab kesemua orang Cina yang ada dalam gambar tu tak nampak macam orang Malaysia, malah pemakaian diorang pun tak macam mana-mana budaya tempatan kita.
Tapi kitorang tak sangka pulak benda yang kitorang rasa berita palsu ni nampaknya membawa kitorang ke…
Benda pertama kitorang buat ialah muat naik gambar ni ke Google Images
Kitorang tak jumpa gambar yang betul-betul sama, jadi kitorang pun Google, “Chinese parade blue”, dan ini membawa kitorang ke gambar sebuah perarakan orang China di Washington, USA…
Kitorang pun macam, “oh wow” ? . Gambar-gambar ni semua ada kat stock images macam dalam website Alamy dan Dreamstime.
Tapi, ada yang siap buat thread untuk huraikan sama ada imej-imej tu adalah betul atau bohong, sebabnya ada bendera Malaysia dan juga berlatar belakangkan Putrajaya…
Dan nampaknya, SAH, perarakan tu memang berlaku di Putrajaya!
Kitorang sebenarnya dah banyak kali tengok orang upload video ni, malah buat perbandingan gambar yang menunjukkan ia memang di Putrajaya.
Tapi dengan penemuan video tu, kitorang semak pula persekitaran yang ada dalam video, dengan berlatar belakangkan sebuah bangunan Suasana PJH – malah dengan beberapa bendera Malaysia.
Dan nampaknya, mereka yang berarak ni rupanya adalah sebuah organisasi yang dikenali sebagai Falun Dafa (juga dikenali sebagai Falun Gong), di mana menurut Wiki adalah “amalan kerohanian agama Cina yang menggabungkan meditasi dan latihan qigong dengan falsafah moral yang berpusat pada prinsip kebenaran, belas kasihan, dan kesabaran (Bahasa Cinanya:: 真、善、忍)”.
Dan nampaknya kebanyakan komen yang ada pun bercakap macam mana di bawah pemerintahan PH ni, pengaruh China di Malaysia nampaknya semakin berkembang.
Apa yang pelik, Falun Dafa/Falun Gong dilihat sebagai musuh kepada kerajaan China
Bagi korang yang tak tahu, Falun Dafa ni bukanlah sekadar komuniti kejiranan biasa-biasa. Pergerakan ini bermula di timur laut China pada tahun 1992 oleh Li Hongzhi, pada masa qigong (juga dikenali sebagai Tai Chi yang dilakukan oleh mak cik-mak cik Cina kat padang perumahan korang) semakin popular. Mereka sebenarnya dilihat agak positif di seluruh dunia kerana menyebarkan mesej kebaikan supaya menjadi orang yang baik melalui meditasi dan latihan. Mereka diterima positif di seluruh dunia kecuali… negara asalnya.
Kemuncaknya pada tahun 1990-an, di mana Falun Dafa ni berkembang, sampaikan berjumlah lebih daripada 70 juta ahli di negara asal mereka di China. Gerakan ni begitu besar sampaikan kerajaan China nampak mereka sebagai ancaman – yang mana kerajaan China kemudiannya didakwa menggunakan media yang dikendalikan kerajaan untuk memburuk-burukkan mereka. Satu lagi teori popular adalah Perdana Menteri China pada masa itu, Jiang Zemin, sedang mencari jalan dengan menakut-nakutkan orang bagi mengukuhkan kuasa politiknya.
Apa pun alasannya, Falun Dafa kemudiannya menganjurkan protes besar-besaran dengan 10,000 protes besar di Beijing, yang akhirnya membawa kepada kerajaan China mengisytiharkan Falun Dafa sebagai “organisasi sesat” yang mengancam kestabilan sosial, memenjarakan ribuan ahli mereka, dan hampir 2,000 daripada mereka dah diseksa sampai mati, malah ada juga dakwaan di mana mereka menjadi penderma organ tanpa kerelaan.
Pada hari ini, pengasas Falun Daf. Li Hongzhi berada di New York dan terus menyebarkan ajaran ini. Falun Dafa juga mempunyai cawangan di seluruh dunia.
Jadi ya, pemakaian yang ada dalam perarakan Putrajaya tu adalah pakaian serupa yang ada dalam perarakan Washington DC. Antaranya, mereka membantah penganiayaan terhadap komuniti itu di China, yang meletakkan Malaysia dalam kedudukan ‘ditelan mati emak, diluah mati bapa’ – sampaikan penjaja KL (yang berbangsa Cina juga) membantah kewujudan mereka di negara ni.
Dakwaan perarakan Falun Dafa untuk Merdeka bukan zaman PH je – banyak kali, sejak beberapa tahun yang lalu
Ni adalah mereka yang berarak di Royal Floria Putrajaya pada Mei 2016, ditaja oleh Perbadanan Putrajaya, dan ditugaskan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.
Mereka juga pernah mengadakan persembahan pada Hari Kebangsaan tahun 2012 di Shah Alam, dengan pakaian tradisional yang sama, selain daripada di Johor, Pulau Pinang, Sabah dan beberapa negeri lain di Malaysia.
Walaupun mereka menghadapi penganiayaan dimana dituduh sebagai komunis, malah papan iklan mereka dirosakkan, tapi berdasarkan gambar dan berita, sambutannya sangat aman.
Sejujurnya masa artikel ni mula ditulis, kitorang fikir gambar-gambar yang ada ni sama je macam yang ada dalam internet, dan ia adalah salah satu benda berita palsu biasa dengan tuduhan yang dilakukan oleh cybertroopers. Tapi bila kitorang kaji lagi dan tahu kebenarannya, nampaknya ia lebih mengejutkan. Orang-orang Cina pakai pakaian keagamaan pada Hari Merdeka dan berarak dengan aman?
Belum pernah jadi masalah lagi sebelum ni.
(Untuk korang yang nak semak sesuatu berita atau kenyataan tu betul ke bohong, boleh lah join Group FB Berita Betul Ke Bohong Malaysia ni!)
- 661Share sekarang!
- Email10
- Facebook651
- Share