42,000 hektar kawasan hutan Indonesia terbakar, tapi kenapa masih nak salahkan Malaysia?

Memandangkan jerebu teruk yang melanda negara kita baru-baru ni yang disebabkan pembakaran hutan kat Indonesia dah menyebabkan Malaysia kena tempiasnya. Indeks Pencemaran Udara (IPU) menunjukkan bacaan yang tak sihat terutamanya bagi kawasan di sekitar Sabah dan Sarawak.

Disebabkan kebimbangan yang diakibatkan masalah jerebu ni, menteri kabinet Malaysia ada buat perbincangan untuk tangani masalah tersebut. Selain tu, Malaysia jugak sedia nak bantu negara jiran kita untuk cari alternatif selesaikan masalah tersebut. Tapi ada cerita tak sedap pulak yang jadi…

Asap jerebu yang merebak berpunca dari Malaysia sendiri?

Jerebu yang jadi kat negara kita sekarang ni. Imej dari AWANI

Jerebu yang melanda Malaysia baru-baru ni bermula awal bulan September hari tu. Tapi disebabkan keadaan jerebu yang semakin serius dan teruk, banyak sekolah kat sekitar Sarawak diarahkan tutup sebab ia menjejaskan kesihatan pelajar dan penduduk kat sana. Dan kita semua tahu dari mana puncanya datang, iaitu disebabkan pembakaran hutan di lima wilayah kat Indonesia. Ia melibatkan lebih kurang 42,000 hektar kawasan hutan dan ladang yang terbakar.

Pada dasarnya, menurut Jabatan Alam Sekitar (JAS) jerebu tersebut disebabkan asap yang merebak daripada kebakaran hutan kat Sumatera dan Kalimantan, Indonesia. Sekali gus menyebabkan pencemaran udara menerusi jerebu yang merebak kat sekitar Malaysia. Dan hal ni nampak makin serius sebab negara kita sedang mengalami Monsun Barat Daya iaitu musim kering dan tiupan angin dari Mei sampailah akhir September.

Disebabkan situasi yang begitu, asap jerebu dan aktiviti pembakaran jugak senang nak merebak. Dan situasi ni jugak menyebabkan taburan hujan yang sangat kurang berbanding hari-hari yang lain. Ia ekoran daripada keadaan atmosfera yang kering dengan kelembapan udara yang rendah.

Aliran angin Monsun Barat Daya. Imej dari MyNewsHub

Dan disebabkan situasi negara kita hadapi sekarang, jerebu tu makin berleluasa dan senang merebak sampai banyak aktiviti pembenihan awan dijalankan untuk mengurangkan kadar jerebu tu. Selain tu, JAS jugak keluarkan larangan pembakaran terbuka sehingga Monsun Barat Daya tu berakhir.

Namun, di sebalik situasi yang semakin teruk hari demi hari ni, Indonesia nafikan jerebu yang berlaku kat Malaysia dan Singapura berpunca daripada pembakaran hutan kat Indonesia. Ia berdasarkan laporan ASEAN Specialised Meteorological Centre (ASMC) yang dikeluarkan melalui imej satelit Pengurusan Atmosfera dan Laut Nasional (NOAA) yang menunjukkan titik panas yang berada di sekitar kawasan Indonesia dan Kalimantan.

Kalau ni, duit yang berjerebu. GIF dari Giphy

Terdapat 1,393 tompok panas berpunca dari Indonesia dan 1,087 daripadanya berpunca dari Kalimantan. Memandangkan Kalimantan terletak berhampiran Sarawak, jadi mungkin sebab tu diaorang cakap pencemaran tu berpunca dari Malaysia. Hmm ?

“…Sebetulnya asap yang masuk ke Malaysia, ke Kuala Lumpur itu dari Sarawak kemudian dari Semenanjung Malaya dan juga mungkin sebagian dari Kalimantan Barat. Seharusnya pemerintah Malaysia objektif menjelaskannya,” – Siti Nurbaya, Menteri Lingkungan Hidup dan Kehutanan Indonesia, sumber dari Astro AWANI.

Selain tu, pihak Indonesia jugak bagitahu yang kebanyakan kebakaran yang berlaku kat Indonesia adalah sebahagiannya berada kat wilayah Kalimantan Barat yang secara geografinya terletak kat sempadan Sarawak.

Dalam pada itu, diaorang jugak ada bagitahu yang kejadian jerebu ni bukan berpunca dari Indonesia je, ia jugak berikutan pembakaran terbuka yang kerap dilakukan. Jadi, bagi diaorang jangan pukul rata dan tuding jari kat Indonesia je tanpa mengkaji semua aspek.

Taburan titik panas. Imej dari Twitter @InfoHumasBMKG

“Puncak asap tertinggi terjadi pada 8 September pagi, tapi hanya terjadi satu jam kerana angin bergerak ke arah Barat Laut.

“Dari Kalimantan dan Sarawak, Kalimantan Barat, Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Jadi jangan bilang hanya dari Indonesia,” – Siti Nurbaya, Menteri Lingkungan Hidup dan Kehutanan Indonesia, sumber dari Astro AWANI. 

Tapi, mungkin apa yang menambahkan lagi pertikaian diaorang bila rupanya ada lebih kurang 115 hektar hutan dan belukar terbakar kat kawasan Sarawak. Dan kawasan hutan tersebut merupakan hutan tanah gambut dan terletak jauh dari jalan utama yang menyebabkan kebakaran tersebut susah nak dipadam. Tapi hal ni nampak tak diendahkan sebab jumlah kebakaran hutan tu mungkin tak banyak?

Walaupun begitu, Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin ada mengatakan Malaysia sebenarnya jadi mangsa jerebu dari Indonesia berdasarkan data yang diperolehi daripada ASMC jugak. Dia bagitahu yang menerusi tangkapan imej satelit tu kat Malaysia cuma ada tujuh buah tompok panas je kalau nak dibandingkan dengan kawasan sekitar Indonesia terutamanya Kalimantan.

Tompok panas kat Malaysia. Imej dari My Adha

“Data terkini mengenai jumlah tompok panas oleh ASMC menunjukkan sebanyak 474 tompok panas di Kalimantan dan 387 di Sumatera berbanding hanya tujuh di Malaysia.

“Berhubung dakwaannya (Siti Nurbaya) kononnya jerebu datang dari Sarawak, lihat arah angin (dalam data ASMC). Bagaimana secara logiknya ia boleh berlaku,” – Yeo Bee Yin, sumber dari BH Online. 

Pokok kelapa sawit punca terbesar aktiviti pembakaran hutan kat Borneo?

Apa yang lebih mengelirukan ada yang kata ia berpunca daripada tujuan untuk penanaman ladang kelapa sawit kat Sarawak. Walaupun sebelum ni Eropah ada melarang penggunaan minyak sawit daripada Malaysia yang merupakan pengeluar komiditi kedua terbesar yang dikatakan jadi punca pada penebangan hutan. (Boleh klik sini untuk artikel pasal tu).

https://twitter.com/sunfloweraidil/status/1170894655954702336?s=20

Berdasarkan pencinta alam sekitar dan pekerja syarikat kelapa sawit kat Sarawak, sebenarnya ada individu yang tak bertanggungjawab yang bergerak secara aktif untuk bersihkan hutan secara keseluruhannya kat kepulauan Borneo sebab diaorang nak tanam kelapa sawit. Tapi … individu yang menyebabkan kebakaran hutan ni bukanlah daripada syarikat-syarikat besar, kebanyakannya adalah pekebun biasa sebab dengan cara tebas dan bakar merupakan cara paling mudah dan murah. 

“Sebenarnya, kebelakangan ini, malah dalam tempoh yang lama, tiada lagi pembersihan hutan untuk penanaman kelapa sawit oleh syarikat-syarikat perladangan yang menggunakan kaedah tebas dan bakar. Semua menggunakan jentera berat.

Kaedah tebas dan bakar kebanyakannya dilakukan oleh penduduk tempatan. Ia merupakan cara paling murah untuk penanaman semula dengan bermula melalui sebidang tanah kecil.” – Jurutera syarikat kelapa sawit Sarawak, sumber dari Twitter @bongkersz. 

Menara pemantauan kebakaran/api. Imej dari Twitter @bongkersz

Kitaorang dah ada terangkan kat atas tu yang kalau teknik tebas dan bakar ni digunakan, ia boleh membawa kepada kebakaran liar sekali gus menyebabkan kebakaran hutan berskala besar. Lagi-lagi kawasan hutan bertanah gambut ni cepat terbakar dan merebak pada musim panas dan kering. Jadi mungkin sebab tu lah hutan selalu terbakar kat kawasan tu.

Dan kebanyakan penduduk tempatan kat kawasan Borneo pun mengatakan hal yang sama. Syarikat-syarikat besar tak pernah pun menyebabkan kebakaran hutan ni, diaorang gunakan teknik mesra alam. Tapi yang selalu cetuskan fenomena kebakaran besar ni selalunya pekebun kecil. 

Namun begitu, pada tahun 2016 hari tu, bekas PM DS Najib dah jelaskan yang kat Malaysia memang tak buat kaedah tebas dan bakar untuk perladangan semula. Dan sekarang ni pun tindakan undang-undang yang ketat akan diambil kalau ada mana-mana syarikat yang buat kaedah tersebut untuk pastikan situasi jerebu ni dapat dikawal.

“Kami komited kepada pembangunan lestari dan tidak ada amalan ‘tebang dan bakar’,” – DS Najib, sumber dari FMT. 

Matlamat Pembangunan Lestari (Sustainable Development Goals) yang jadi garis panduan. Imej dari UKM.my

Minyak sawit dikaitkan dengan kemusnahan hutan? Tapi, ini kata Tun M…

Walaubagaimana pun, walaupun ramai dah tahu dengan penjelasan dan kaedah perladangan yang Malaysia buat, masih ada yang kritik dan kecam negara kita dengan mengaitkan minyak sawit adalah penyumbang pada kemusnahan hutan. 

Namun begitu, Tun M sendiri bagitahu industri kelapa sawit dan sektor perladangan kat Malaysia ni menggunakan teknik dan kaedah yang patuhi peraturan. Di samping menjadi sumber komiditi terbesar dunia jugak, aspek kelestarian alam sekitar jugak tak diabaikan.

“Tuduhan ini membawa impak negatif kepada Malaysia yang sangat bergantung kepada industri minyak sawit untuk meningkatkan kesejahteraan sosioekonomi rakyat kita bagi membantu kita mencapai Matlamat Pembangunan Lestari (SDG).

Langkah-langkah itu bagi memastikan industri ini (kelapa sawit) tidak menyebabkan kemusnahan alam sekitar serta mengelakkan amalan tidak lestari seperti pemusnahan hutan dan habitat hidupan liar.” – Tun Dr Mahathir, sumber dari FMT.

Mungkin guna idea ni boleh kurangkan jerebu? Imej dari Twitter @gemsthegems

 

About Nadiya Othman 84 Articles
Hai! Saya suka baca buku tapi saya lagi suka kalau awak baca artikel ni sampai habis :)