Hollywood nak buat cerita tentang Malaysia… cuba teka pasal siapa? (Bukan Najib ye)

(Click here to read this article in English.)

Korang mungkin pernah dengar cerita Hollywood yang buat penggambaran kat Malaysia contohnya Anna and the King dan yang latest, Blackhat lakonan Chris Hemmsworth. Tapi korang tau tak yang baru-baru ni Hollywood nak buat cerita pasal Malaysia?

Mesti benda pertama yang terlintas dalam kepala korang adalah…

 

1mdb poster
Lebih kurang macam ni, tapi banyak dipotong oleh FINAS. Gambar dari fontsinuse.com

Sayangnya ia bukanlah pasal 1MDB, tapi pasal seorang individu yang terkenal dalam buku teks Sejarah kita iaitu… James Brooke.

Dari apa yang telah dilaporkan, pembikin filem ni telah berbicang dengan pihak berkuasa Malaysia sejak 2013 lagi, dan mereka telah merancang untuk memulakan penggambaran ‘The White Rajah’ pada tahun 2017. Malah pada 9 September lepas, mereka telah menandatangani perjajian tersebut di Kuching.

Tapi… apa benda yang boleh diceritakan pasal James Brooke ni?

Macam mana James Brooke boleh jadi ‘raja’ Sarawak?

Potret Sir James Brooke oleh Sir Francis Grant. Imej dari historybuff.com

Meh sini kami ingatkan balik apa yang kita belajar dalam buku teks Sejarah. James Brooke dilahirkan di India pada tahun 1803 dan merupakan bekas askar Syarikat India-Timur British. Pada tahun 1833, James telah mewarisi harta ayahnya berjumlah £30,000, dimana beliau telah menggunakannya untuk membeli kapal 142 tan dan telah berlayar ke Borneo. Namun sebaik je tiba kat Kuching, beliau mendapati perkampungan kat situ menghadapi pemberontakan antara kaum Dayak dan Kesultanan Brunei. Lalu beliau pun telah menawarkan bantuan untuk menumpaskan pemberontakan Dayak.

Sebagai balasan dan tanda terima kasih, Sultan telah menawarkan James jawatan gabenor Sarawak dan daripada situlah beliau buat Sarawak macam kerajaan peribadi dia sendiri sejak 1841. Malah dia memang macam ‘raja’ pun sebab Sarawak memang diiktiraf sebagai kerajaan bebas di bawah perlindungan England, dan sistem monarki di sana disambung oleh waris lelaki, juga dipanggil sebagah White Rajah (“raja orang putih”).

James Brooke berunding dengan Sultan Brunei. Imej dari Wikipedia.

Selepas kematian James, anak sedara dia, Charles Brooke telah mengambil-alih Sarawak sebagai Rajah Putih kedua dan kemudiannya oleh Charles Vyner Brooke. Pemerintahan keluarga Brooke di Sarawak terbantut sewaktu pendudukan Jepun dan akhirnya pada tahun 1946 Charles Vyner telah menyerahkannya ke British.

James Brooke terkenal sebagai seorang yang memang suka dengan keindahan, budaya serta masyarakat di Sarawak. Tetapi apabila pulang ke England, beliau juga didakwa telah melakukan kekejaman terhadap orang asal. Dakwaan ini kemudiannya diggurkan.

 

Pada waktu tu, Parlimen British ada meluluskan Akta di mana sesiapa yang dapat mengusir, menangkap atau membunuh lanun, mereka akan diberikan ganjaran. James Brooke sendiri telah memperolehi ganjaran sebanyak  £30,000 dengan menangkap lanun (sedangkan pada waktu tu, pendapatan keseluruhan Sarawak hanya £3,000-4,000 je).

Gambaran perahu James Brooke diserang oleh lanun Illanun. Imej dari Wikipedia.

Sistem yang digunakan pun macam skim cepat kaya je, sebab orang tu sendiri boleh sesuka hati letak jumlah yang mereka telah bunuh dan lebih teruk, mereka boleh label sesiapa saje sebagai lanun. Mangsa-mangsa yang dikenali sebagai ‘lanun’ ni biasanya terdiri daripada musuh tempatan Rajah Putih sendiri dan ini mendorong  ahli-ahli politik di parlimen untuk mempersoalkan siapa ‘lanun’ tersebut.

Jangan salah paham, sebenarnya pada zaman tu memang terdapat banyak lanun di Malaysia ni. Contohnya macam Lanun Illanun yang mempunyai reputasi yang sangat menakutkan (silap-silap lagi menakutkan daripada lanun Somalia) malah nama James Brooke ni macam dah jadi sinonim dengan gelaran ‘lanun terminator’ sampaikan pada tahun 1863 ada seorang penulis telah menerbitkan sebuah buku yang bertajuk Sandokan di mana watak utamanya adalah seorang lanun dan musuh ketat dia tak lain tak bukan adalah… James Brooke!

Imej dari IMDB.

So macam mana agaknya Hollywood akan gambarkan James Brooke?

Adakah James Brooke akan digambarkan sebagai seorang pengembara yang berani atau raja yang zalim?

Rob Allyn, selaku penerbit filem telah membuat sidang akhbar baru-baru ini di Kuching. Imej dari newsarawaktribune.com

“…kami merancang menghasilkan sebuah filem pengembaraan yang sarat dengan adegan lasak, romantik dan ranggi mengikut tradisi filem epik seperti ‘Braveheart’, ‘Gladiator’, ‘The Man Who Would Be King’, ‘Lawrence of Arabia’ dan ‘The Last of the Mohicans’.”- Rob Allyn, penerbit filem. Dipetik dari Malaysianreview.

Pengambaran filem ini dilakukan di Sarawak dengan anggaran kos mencecah RM48 juta. Menurut penerbit filem Rob Allyn, ia adalah impian setiap pembikin filem untuk membuat filem di tempat sebenar ia terjadi.

Mereka juga nak bina replika kapal Royalist, kapal layar yang digunakan oleh James Brooke untuk berlayar ke negeri ini. Selepas menamatkan filem itu, kapal tersebut akan dikekalkan di Kuching sebagai tarikan warisan.

Model Royalist yang dicipta oleh Brooke Trust. Imej dari brooketrust.org

Sebenarnya filem ni dah dirancang sejak 80 tahun yang lalu

Skrip pertama ditulis pada tahun 1930 sewaktu dunia filem baru nak ada warna dan suara, dan ia dirancang untuk dijadikan filem Hollywood dengan bajet yang besar.

Warner Brothers membeli hak terhadap filem tersebut dan mereka dah nak start buat proses perfileman tapi disebabkan Lady Sylvia Brooke (bini Charles Vyner Brooke) asyik menyibuk, Warner Brothers terpaksa jadikan dia sebagai penasihat filem. Tapi kadang-kadang tu perbalahan antara Warner dan Sylvia terjadi sampaikan Sylvia ugut untuk menyaman Warner Brothers. Last sekali, Warner Brothers tunduk kepada tuntutan Sylvia dan cuba beli semua hak biografi ‘The White Rajah’ termasuk yang ditulis oleh Sylvia sendiri.

Lady Sylvia Brooke, isteri kepada Charles Vyner Brooke (yang menjadi Rajah Putih terakhir). Imej dari historybuff.com

Lepas settle kes tu, Sylvia buat hal lagi dengan membantah skrip Warner Brothers yang mengandungi kisah cinta James Brooke, sebab katanya James Brooke sebenarnya mandul. Satu sebab Sylvia bising adalah kerana dia tak suka Errol Flynn punya misai:

“Saya tengok Errol Flynn dalam cerita ‘Captain Blood’ dan saya tak suka cara senyuman dia, lagi-lagi misai dia, nampak macam tipu” – Charles Vyner Brooke, China Press 17 May 1937.

Errol Flynn dalam ‘Captain Blood’ (kanan), dan dengan misai khasnya (kiri). Imej dari doctormacro.com

Pada tahun 1941,Warner Brothers mula sedar bahawa penghasilan filem tersebut lebih banyak mendatangkan masalah, di mana mereka telah menghabiskan banyak masa (lebih 30 tahun) dan jugak mengeluarkan banyak wang untuk menjadikannya kenyataan. Pada tahun 1958, ada orang cuba nak hidupkan balik projek filem ni tapi macam biasalah, Sylvia ugut nak saman. Akhirnya pada tahun 1968 Warner Brothers menjual hak ke produksi Amerika Syarikat. Dan kini, kita cuba menyelesaikan penghasilan filem The White Rajah ni.

Buat masa sekarang, Rob Allyn masih belum putuskan siapa yang akan berlakon dalam filem ini nanti, tapi sekurang-kurangnya penasihat teknikal yang baru, Jason Brooke macam tak berkira sangat akan misai siapa-siapa, mungkin A. Galak pun layak.

About Irma Musliana 73 Articles
Saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan :)