Dunia pernah digegarkan dengan wabak penyakit menari hingga maut

Dunia sekarang mengalami wabak penyakit pandemik iaitu COVID-19 yang tersebar melalui sentuhan dan transmisi udara. Oleh itu, KKM mensarankan kita untuk sentiasa memakai pelitup muka, menjaga penjarakan sosial di tempat yang sesak dan sentiasa mencuci tangan untuk memutuskan rantaian COVID-19. Sebenarnya, penyakit pandemik ini telah menggadaikan ramai masyarakat dunia dan menyebabkan ramai orang hilang kerja serta sumber pendapatan.

Walau bagaimanapun, sebenarnya pada abad ke-16 pernah berlaku satu wabak penyakit tetapi epidemik di Perancis yang pernah menyebabkan kematian yang ramai di sebuah bandar di Perancis. Korang akan berasa pelik kerana penyakit ini terjadi disebabkan menari. Jadi mari kami bongkarkan penyakit epidemik yang pernah melanda di Strasbourg, Perancis.

Frau Troffea yang disumpah menari tidak berhenti sehingga mati

Kalau korang nak tahu, inilah dia lakaran Frau Troffea yang membawa penyakit menari itu. Imej dari Live Eat Play.

Kalau korang nak tahu, terdapat satu bandar di Perancis iaitu Strasbourg yang pernah mengalami satu penyakit epidemik iaitu penyakit Tarian Saint Vitus. Ia bermula dari seorang wanita yang bernama Frau Troffea yang menari pada 17 Julai 1518 di lorong luar rumahnya dan tidak berhenti menari dari pagi hingga malam. Suaminya telah menyuruh dia untuk berhenti tetapi dia tetap menari sehingga pengsan kerana sangat penat.

Keesokan paginya, Frau telah bangun daripada pengsan dan masih teruskan menari dengan kaki yang bengkak dan apabila orang melihat dia menari, mereka juga akan turut serta. Dalam masa seminggu, bilangan orang yang berjangkit dengan penyakit menari ini semakin meningkat kepada lebih dari 30 orang. Penyakit ini menjadi lebih kritikal apabila bilangan mangsanya meningkat kepada 400 orang dalam masa sebulan.

Ramai orang yang terkena penyakit menari ini akan menari dari pagi hingga ke malam tanpa berhenti dan apa lagi yang teruk, mereka sendiri tidak boleh mengawal badan mereka untuk berhenti. Ia telah menyebabkan ramai orang mati kerana terlampau penat, sakit jantung dan angin ahmar.

Lukisan ini menunjukkan bagaimana berlakunya penyakit tarian itu. Imej dari Today in History.

Penyakit tarian Saint Vitus ini telah memberikan kebimbangan kepada pihak berkuasa bandar kerana bilangan mangsa semakin hari semakin meningkat. Pada ketika itu, mereka mengeluarkan teori yang pelik iaitu mereka akan berhenti menari apabila mereka menari dengan lebih lama.

Jadi, mereka telah mengupah tukang kayu untuk membina pentas menari, memanggil ahli muzik dan penari profesional untuk membantu mereka supaya berhenti menari. Namun, ia menjadi lebih teruk kerana jumlah mangsa meningkat secara mendadak.

Sebenarnya, penyakit ini pernah dicatat dalam manuskrip puisi yang ditulis oleh Johann Schilter, seorang hakim makhamah. Dalam puisi tersebut tertulis:

“Beratus-ratus di Strassburg bermula
Untuk menari dan melompat, wanita dan lelaki,
Di pasar awam, di lorong dan jalan,
Pagi dan malam; dan banyak dari mereka tidak makan apa-apa
Sehingga akhirnya penyakit itu meninggalkan mereka.
Penderitaan ini disebut tarian St Vitus.”- Sebuah rangkap puisi dari Johann Schilter, dipetik dari Public Domain Review.

Penyakit yang berpunca dari sumpahan Orang Suci Katolik

Sebuah arca Saint Kristian Vitus di Gereja St. Vitus. Imej dari St. Vitus Church.

Sebenarnya dalam sejarah wabak penyakit Tarian Saint Vitus ini, ramai yang memberikan pendapat mereka mengenai wabak tersebut. Ada pendapat yang boleh masuk akal dan ada juga pendapat yang tidak boleh masuk akal.

Legenda menceritakan bahawa wabak penyakit tarian Saint Vitus terjadi disebabkan sumpahan dari seorang Saint Katolik (Orang Suci) iaitu Saint Vitus. Para Paderi percaya bahawa sumpahan ini merupakan sumpahan Saint Vitus yang pendendam.

Pengkaji pada abad ke-20 menyatakan bahawa penyakit Tarian Saint Vitus ini terjadi disebabkan penduduk Strasbourg telah memakan roti dari tepung yang mempunyai kulat Ergot. Ia merupakan satu kulat bewarna hitam yang akan tumbuh di pokok bijirin dan boleh menyebabkan penyakit jantung, halusinasi, serta penyakit buah pinggang. Jadi, mereka mengalami halusinasi yang menyebabkan mereka menari tanpa berhenti.

Ada juga yang menyatakan bahawa wabak penyakit Tarian Saint Vitus ialah satu perbuatan sesat pada abad ke-16. Menurut Robert Bartholomew,  ahli Sosiologi, wabak penyakit ini terjadi disebabkan para penari itu dari agama yang sesat akan menari tanpa berhenti untuk mendapatkan lebih banyak rezeki dari Tuhan.

Namun, terdapat satu teori yang boleh diterima oleh semua orang ialah teori dari seorang Sejarawan Perubatan iaitu John Waller. Beliau percaya bahawa wabak penyakit ini terjadi kerana gangguan Psikogenik, iaitu gangguan psikologi yang menimbulkan emosi tekanan kepada seseorang.

John Waller juga memberikan pendapat iaitu pada zaman itu penduduk Strasbourg mengalami gangguan Psikogenik kerana kes penyakit Cacar dan Sifilis yang tinggi dan mereka perlu mengikut segala arahan dari Saint Vitus. Jika ada dikalangan mereka yang melanggar arahan dari Saint Vitus, mereka akan terkena sumpahan menari tanpa berhenti.

Beliau juga menerangkan tentang wabak Penyakit Tarian Saint Vitus iaitu penduduk Strasbourg juga menghidapi tarian histeria sebegini disebabkan penderitaan melampau seperti hasil perladangan yang teruk, ketidakstabilan politik dan kes penyakit sifilis yang meningkat.

Bayangkan kalau macam ni sumpahan itu datang. Imej dari meme generator.

Menurut cerita dari seorang Ahli Fizik pada abad ke-16 iaitu Paracelsus, beliau menyatakan bahawa Fra Troffea menari tanpa berhenti kerana dia cuba untuk menjengkelkan suaminya iaitu Herr Trofea. Dalam buku Religious Dance oleh Eugène Louis Backman menjelaskan tentang hal itu:

“Untuk membuat penipuan yang sempurna, dan benar-benar memberikan kesan penyakit, dia melompat dan bernyanyi, yang semuanya sangat tidak menyenangkan bagi suaminya.”- Eugène Louis Backman, Penulis buku Religious Dance, dipetik dari Public Doman Review

Selepas ramai perempuan melihat cara Fra Troffea itu berkesan, ramai wanita lain cuba menari untuk menjengkelkan suaminya dengan pemikiran bebas dan tidak sopan. Fenomena dikalsifikasikan oleh Paracelsus sebagai Chorea lasciva (keinginan yang menggembirakan tanpa rasa takut dan hormat), Chorea imaginativa (imaginasi yang berpunca dari kemarahan dan sumpah) dan Chrorea naturalis (gangguan kembimbangan dan gelak tanpa bunyi).

Walau bagaimanapun, kenyataan yang diberikan oleh Paracelsus sebenarnya tidak dipersetujui oleh orang ramai kerana beliau merupakan seorang misogynist (pembenci perempuan).

Frau Troffea dibawa ke Saverne untuk meminta pengampunan dari Saint Vitus

Betapa susahnya orang lain cuba untuk berhentikan mereka dari menari tetapi gagal. Imej dari Rambling History.

Pada masa itu, Frau Troffea telah menjadi lebih kritikal jadi, pihak berkuasa bandar telah dia ke Saverne dengan menaiki gerabak untuk mendapatkan pengampunan dari Saint Vitus sendiri di Gereja Saint Vitus (the shrine of Saint Vitus) dan akhirnya penyakit itu berjaya disembuhkan.

Oleh itu, selepas mengetahui bahawa Frau Troffea dapat disembuhkan, pihak berkuasa bandar telah menghantar sekumpulan besar mangsa yang menghidap penyakit itu dengan menaiki tiga buah gerabak untuk dihantar ke Gereja Saint Vitus untuk disembuhkan.

Semasa di gereja, para paderi telah meletakkan mangsa-mangsa yang masih menari di lantai dan meletakkan ukiran kayu Vitus. Mereka juga telah meletakkan salib kecil di semua badan mangsa dan memakaikan kasut merah di semua kaki mangsa. Di tapak kaki dan bahagian atas kasut, mereka merenjiskan air suci (holy water) dan melukis salib dengan minyak yang dikuduskan serta membaca mantera Latin kepada semua mangsa.

Mungkin macam inilah mereka kalau tidak disembuhkan. Imej dari Giphy.

Ritual yang telah dilakukan oleh para paderi telah berjaya menyembuhkan semua mangsa dan pihak berkuasa bandar telah menghantar ramai lagi mangsa ke Gereja Saint Vitus untuk disembuhkan. Pada awal bulan September, wabak Penyakit Tarian Vitus berjaya dipulihkan dan tiada siapa lagi yang menghidap penyakit itu.

Menurut penerangan John Waller, wabak menari muncul dari pengetahuannya yang mendalam tentang persekitaran material, budaya, dan kerohanian di Strasbourg abad ke-16. Sebenarnya, tarian histeria sebegini berlaku dari 1374 hingga 1518 di sekitar Strasbourg dan pinggir barat Empayar Rom.

Wabak penyakit Tarian Saint Vitus dicatatkan sebagai wabak epidemik yang paling teruk di Eropah dan dunia dan juga menjadi salah satu wabak penyakit yang paling pelik dalam sejarah.