Drama-drama calon bertanding buat bila menjelangnya pilihan raya?

Menjelang pilihanraya, bermacam-macam pe’el orang yang kita boleh tengok. Ada yang semangat pacakkan bendera tepi jalan, ada yang buang bendera parti tepi jalan, dan ada juga kisah tiga perempuan yang ditahan sebab cabut bendera parti.

Untuk buat baju? Imej dari twitter

Tak kurang juga ahli politik yang pergi dari sebuah negeri ke negeri lain untuk memancing undi dan mempromosikan diri masing-masing.

Tapi sedang diorang ni sibuk memunculkan diri masing-masing, kita juga boleh nampak gelagat ahli politik yang ‘berjiwa rakyat dan sanggup turun padang ‘mencemar duli’ bersama masyarakat kampung. Contohnya macam…

1. ADUN Sukau di Kinabatangan bagi atap zink pada orang kampung di Sabah

Baru-baru ni, viral kejap di media-media sosial pasal bantuan zink oleh ADUN Sukau, Kinabatangan, Sabah. ADUN tersebut, Datuk Saddi Haji Abdul Rahman menyampaikan bantuan macam bagi hamper je, tapi tukar dengan zink rumah. Netizen pun apa lagi, diorang pun menyelar tindakan ‘bagi zink pun nak naik pentas’ tu.

Imej dari FB Anak Sungai Derhaka

Tapi, ni bukanlah kali pertama dia sampaikan sumbangan zink tu kepada orang kampung sebab masa pilihanraya yang lepas, iaitu pada 2013 pun dia pernah bagi, berdasarkan blog tulisannya sendiri.

Saddi Program Pesisir Pantai 3, menjelang PRU-13. Imej dari adun48sukau.blogspot

2. Azeez bertukang rumah orang kampung

Ahli Parlimen Baling, Azeez Rahim pula merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia sejak 2008, sampai sekarang. Malah, dia juga merupakan Pengerusi Tabung Haji.

Baru-baru ni, viral gambar dia di twitter, tengah gerudi pintu rumah orang.

Pandai betul dia beramah mesra dengan orang kampung, sampai orang kampung pun duk perati semacam je. Imej dari twitter

Tak pastilah kalau ni cuma salah satu dari drama politik, atau memang dia sebenarnya sebab kalau korang nak tahu, Azeez Putera ni adalah Presiden Kelab Putera 1 Malaysia, iaitu sebuah kelab yang selalu je buat aktiviti-aktiviti dalam kerja-kerja kebajikan dan sukarelawan. Diorang ni selalu juga la buat bantuan kemanusiaan di negara-negara yang ditimpa bencana alam.

Bukan Azeez je yang tunjuk bakat pandai bertukang. Dalam berita berasingan awal bulan ni, Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Liow Tiong Lai pun terlibat dalam program gotong royong membantu Orang Asli membaiki atap zink rumah kat Kampung Orang Asli Hulu Chemperoh, Janda Baik, Bentong, Pahang.

Ketuk baik baik ye Datuk. Imej dari Utusan Online

PM kita, Najib Razak pernah tolong turun padang dan bertukang juga.

Najib Razak yang merasmikan rumah orang kot! Imej dari cari.com

Malah, calon dari DAP, Dyana Sofya sendiri pernah bercangkul.

Tuai padi, antara masak~ Imej dari ggpht.com

3. Ahmad Maslan duduk berlunjur sebab dah takde kerusi yang dia menangi

Nama Ahmad Maslan bukanlah satu nama yang asing lagi dalam kalangan masyarakat Malaysia. Terutama sekali apabila dia jadi salah seorang menteri yang mempromosikan GST, dan mengatakan GST ni akan membuatkan rakyat untung, dan dalam masa yang sama meringankan beban rakyat. – kurang barang, ringanlah beban nak mengangkut raga shopping, ye tak?

Lepas ramai rakyat Malaysia komplen pasal harga barangan yang semakin meningkat, Ahli Parlimen Umno dari Bagan Serai nampaknya back up Ahmad Maslan dan mengeluarkan kenyataan yang menimbulkan kemarahan orang ramai,

“Kerajaan tak paksa siapa-siapa bayar GST. Tak nak bayar GST, beli barang tiada GST” – kata Dr Noor Azmi Ghazali, Ahli Parlimen Umno dari Bagan Serai pada 2015.

Nak justify yang bukan semua benda dicukaikan, Ahmad Maslan kemudiannya post gambar dia dalam Twitter dengan memperkenalkan, Nasi Goreng tanpa GST!

Nasi Goreng GST. Pssst! Dia ada juga masak durian goreng telur! Imej dari twitter Ahmad Maslan

Rakyat Malaysia pun apa lagi, hentam la menteri ni dari segala sudut, termasuklah kesalahan menghias timun dalam kuali yang tak masuk akal.

Lepas lama berdiam diri, Ahmad Maslan pada awal tahun ni sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila dia post gambar tengah duduk berlunjur di KLIA, dengan alasan kerusi menunggu penuh.

Nampaknya, rating Ahmad Maslan memang naik masa ni, dan dia sendiri terima banyak balasan tweet. Salah satu yang menarik perhatian kitorang adalah bila netizen balas

Komen yang kita ambik dari twitter Ahmad Maslan

Sama ada kerusi betul-betul penuh atau gimik, itu dia sendiri yang tahu.

Bertanding ke tak tahun ni? Imej dari tenor.com

4. Shahrizat suap kuih ke mulut pak cik kat kampung

Kasih sayang biasanya boleh ditunjukkan dengan cara suap-menyuap makanan. Shahrizat Abdul Jalil, bekas Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat tak ketinggalan beramah mesra dan bersuapan semasa melawat pesara polis di Taman Sekamat, Kampung Sungai Sekamat semasa berkempen bagi meraih sokongan pengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada Mac 2014.

Open your mouth! Here comes the train pak cik, choo choo! Imej dari mstar.

Yang ironinya, Shahrizat dalam masa yang sama juga mempertikaikan tindakan PKR yang dikatakan bermuka-muka untuk meraih sokongan pengundi di tempat yang sama.

5. KJ mengamuk, bengang ditanya pasal hospital terbengkalai di tempat sendiri

Literally. Imej dari says.com

Terkenal dengan tagline “tall, dark and handsome”, belia mana yang tak kenal KJ yang popular dengan penampilannya yang bersahaja dan cool?

Tapi beberapa minggu yang lepas, KJ nampaknya tak mampu kawal kemarahan bila dia diajukan soalan oleh netizen pasal Hospital Rembau yang belum siap. Hospital yang berada dari daerahnya sendiri tu dikatakan dah tertunda lebih setahun dari tempoh yang ditetapkan.

Bila KJ lose his coolness over hospital. Imej dari twitter.com

Dalam isu ni nampaknya, hospital tu dah jadi ‘Rembau Most Wanted’ berbanding KJ sendiri.

6. Najib dapat ayam RM 1 pada tahun 2014, dan RM10 empat tahun selepasnya

Rakyat Malaysia beberapa kebelakangan tahun ni asyik bersungut pasal harga barangan yang semakin meningkat, terutamanya yang jadi keperluan harian macam barangan mentah.

Empat tahun lepas, PM Najib Razak berjaya buat magic apabila dia berjaya beli ayam dengan harga RM 1.00 je di NSK Trade City, Kuala Lumpur.

Najib, ayam seringgitnya dan Hasan Malek. Imej dari malaysiakini

Disebabkan perkara tu, Datuk Seri Najib Razak pun menasihatkan orang ramai untuk membeli belah secara bijak sebelum mengadu pasal kenaikan harga barangan.

“Saya sudah beli satu, ada 999 ekor lagi,” sambut Najib Razak sambil tersenyum.

Netizen pun apa lagi, bengang la sebab harga tu hanya terpakai terhadap 1,000 ekor ayam yang dijual di NSK Trade City, Kuala Lumpur pada hari tu je pun, bukan hari-hari.

Dulu singgit dapat dua, sekarang Mael sendiri terkesan dengan inflasi. Imej dari carigold.com

Dua hari lepas berita tu keluar, Penasihat PKR masa tu, Datuk Seri Anwar Ibrahim kata dia pun pergi ke pasar nak beli ayam RM1 seekor yang diumumkan Najib.

“Penjual kata mana ada ayam RM1 seekor. Kaki ayam adalah,” – Anwar Ibrahim dalam ceramahnya.

Awal tahun ni pulak, Najib yang sempat ke Program Jimat Belanja Dapur (JBD) anjuran FAMA berjaya mendapatkan ayam dengan harga RM10, sedangkan harga biasa RM8 hingga RM9 sekilogram.

Kalau korang kira, ayam yang paling murah dibeli pada tahun 2014 dan tahun 2018 tu pun ada peningkatan sebanyak RM9 seekor. Banyak betul peningkatan harga untuk empat tahun!

7. Azmin bagi laptop lepas serahkan kereta dan naik Grab

Lepas je parlimen dibubarkan pada 7 April yang lepas, dua hari lepas tu, MB Selangor, Azmin Ali nampaknya menarik perhatian netizen, terutama sekali rakyat Selangor apabila dia dan Exco kerajaan negeri serahkakn kenderaan rasmi kepada Datuk Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, dan balik guna Grab.

Tapi baru je empat hari lepas, Azmin dikatakan mengagihkan bantuan duit dan Ipad di kawasan DUN Bukit Antarabangsa dan Parlimen Gombak yang diwakilinya.

Azmin kemudiannya keluarkan kenyataannya melalui portal Selangorkini, menegur media yang melaporkan berita yang dikatakan merupakan fakta dan andaian kurang tepat. 

“Tiada tunai diberi dalam program itu tetapi hanya cek diserahkan dan ia sesuai untuk program rasmi yang diuruskan menerusi saluran yang betul.

“Selain itu, kenyataan bahawa Mohamed Azmin mengagihkan iPad kepada penerima yang layak sama sekali tidak benar tetapi ia adalah gajet tablet Samsung mampu milik,” kata Pengarah Komunikasi Strategik Pejabat Menteri Besar Selangor, Yin Shao Loong.

8. Muhyiddin bagi duit ketika berkempen

Beberapa minggu lepas pula, video Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas Timbalan Perdana Menteri yang sekarang ni merupakan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bagi duit tunai dimuat naik oleh penulis blog, Raja Petra Kamarudin.

Dalam video tu menunjukkan yang beberapa ahli PPBM berborak dengan mak cik yang sedang mengadu nasib, dan selang beberapa minit lepas tu, Muhyiddin Yassin pun menghulurkan sesuatu kepada mak cik tersebut.

FMT kemudiannya menghubungi PPBM, dan Ketua Penerangan PPBM, Datuk Kamaruddin Md Noor kata video itu diambil semasa Muhyiddin mengadakan lawatan banjir di Pulau Pinang pada September tahun lepas, dan bukan baru-baru ni.

“Mak cik ni salah seorang mangsa (banjir) yang merayu hal kepada Muhyiddin,” jawab Datuk Kamaruddin Md Noor  kepada FMT.

9. MB Perak pandu lori dan kutip sampah

Yang kiri sekali tu. Dah lama buat kerja macam ni? Imej dari the MMO

Kalau mak panggil suruh buang sampah je, mesti korang buat-buat tak dengar, sampailah adik-beradik korang lain yang kena buang, kan?

Lain pula dengan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir yang sanggup pandu lori sampah dan buat kerja-kerja pembersihan dengan barisan exco Perak, pada Februari tahun lepas. Malah, dia siap pakai t-shirt pekerja am Majlis Daerah Kampar lagi masa dia buat kerja tu dengan 120 pihak berkuasa tempatan kat Pekan Malim Nawar. Sebelum sempat orang lain tegur, dia terlebih dulu menafikan yang ia bukanlah gimik untuk meraih undi rakyat.

“Ini (kutip sampah) bukan soal publisiti murahan politik, jadi saya nak tegur pembangkang, cukup-cukuplahlah …” katanya, dipetik dari The Malay Mail Online.

“Sebenarnya rakyat sendiri boleh memikirkan mana perkara buruk dan baik.”

Ingat main-main ke? Imej dari malaysiakini

Perkara ni bukanlah benda pertama yang menteri pernah buat, sebab Azmin Ali pun pernah naik lori sampah dan masuk longkang lepas dia dilantik jadi MB Selangor pada 2014.

Bukan turun padang je, siap turun longkang ni. Imej dari khairulryezal.blogspot.my

Malah, dia siap bagi nombor telefon peribadinya kat orang ramai supaya diorang boleh mengadu terus kepadanya kalau sampah tak dipungut oleh pihak yang sepatutnya.

Turun padang ni sepatutnya bukan waktu mengundi je

Nak cepat dapat perhatian? Gimiklah cara yang paling mudah! Perkara macam ni juga pernah berlaku di India, di mana Perdana Menterinya memperkenalkan kempen #CleanIndia, dengan menyapu dan membersihkan sebuah kawasan di New Delhi. Tapi benda tu sekadar gimik je sebab media sempat ambik gambar di mana daun dibuang di tempat pejalan kaki di sebelum dibersihkan oleh ahli-ahli politik tersebut.

Perkara tu menimbulkan kemarahan rakyat India yang rasa diri diorang tertipu dengan wakil rakyat diorang, sekaliigus mencipta #CheatingCleanIndia di media.

Imej dari quora

Sepatutnya, ahli politik yang dilantik sebagai wakil rakyat sendiri menunjukkan yang diorang bekerja untuk rakyat, dan rakyat adalah majikan. Diorang adalah orang yang mesti menjalankan tugas untuk kebahagiaan rakyat. Jadi, tak perlu la nak tunggu nak dekat-dekat mengundi baru nak turun padang. Perkara ni dijelaskan sendiri oleh , Prof. Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim,

“Ini kerana dalam sistem demokrasi ia membawa maksud ‘kerajaan rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat’.” – Prof Khoo Kay Kim, dipetik dari Utusan Malaysia.