4 jenis penyakit yang mungkin melayakkan rakyat Malaysia untuk g a n j a perubatan

This article is a translation. For the original article, visit our sister site, CILISOS.

Macam tak percaya je yang tak lama lagi, ganja (atau marijuana, weed, cannabis, dll) akan di’halal’kan penggunaannya di Malaysia. Ini berikutan pengumuman Khairy Jamaluddin minggu lepas di mana produk yang mengandungi ganja dibenarkan sekiranya ia digunakan untuk “tujuan perubatan” dan boleh diimport dan digunakan di sini SEKIRANYA produk tu mematuhi undang-undang Malaysia.

“Timah, ubat aku habis”. “Kejap Senah, aku petik untuk kau”

Masalahnya, walaupun ada je sumber dadah tersebut dari Dr. Ganja untuk tujuan suka-suka mahupun terapeutik, tak ramai antara kita (termasuklah geng SOSCILI) yang betul-betul faham tentang kesannya ke atas pelbagai jenis keadaan perubatan.

Jadi, kitorang pun ambik peluang ni untuk ketahui lebih lanjut kenapa ganja menjadi salah sebuah pilihan rawatan perubatan. Jadi bila kitorang baca satu persatu kertas penyelidikan pasal subjek ni, apa yang kitorang boleh bagitau adalah…

Disclaimer: Kitorang TAK GALAKKAN korang untuk ambik ganja secara suka-suka. Tapi kalau nak ambik juga… pandai pandai la ye.

1. Ganja mungkin berfungsi untuk mengurangkan kesakitan

Berapa gram ganja diperlukan untuk mengurangkan kesakitan pesakit ini? Bincangkan. (5 markah). Imej dari KirbyJonas.com

Kesakitan adalah salah satu sebab paling utama kenapa ganja perubatan ni digunakan meluas di Amerika Syarikat, menurut sebuah kajian yang diterbitkan di blog Universiti Harvard. Peter Grinspoon, doktor yang tulis artikel tu mendakwa yang walaupun ganja tak dapat mengurangkan kesakitan macam patah tulang, tapi ia berkesan untuk sakit kronik lain (kesakitan yang berlarutan lebih dari 3 hingga 6 bulan), terutamanya macam multiple sclerosis dan penyakit saraf.

TAPI…

Bukan semua sumber mengatakan ia berkesan. Contohnya macam sebuah meta-analisis lain yang menyimpulkan bahawa ganja ni cumalah placebo effect untuk mengurangkan kesakitan kronik. Sebuah lagi analisis dari beberapa kajian dari tahun ini (2021, pada masa penulisan) menunjukkan hanya sebilangan saja yang menyokong penggunaan ganja sebagai sebuah alternatif lain untuk melegakan kesakitan bagi mereka yang menderita sakit berpanjangan.

Selain tu juga, Presiden Persatuan Kajian Kesakitan Malaysia (MASP), Dr. Mary Suma Cardosa juga memberi amaran bahawa terdapat kekurangan bukti yang menyokong penggunaan ganja untuk merawat kesakitan.

2. Ganja mungkin berkesan untuk tekanan, kebimbangan dan kemurungan

“Tapi kenapa aku tak happy lagi ni”

Penggunaan ganja sebagai dadah rekreasi ni agak biasa kita dengar di negara-negara luar yang membenarkannya contohnya macam Amsterdam dan sesetengah negeri di Amerika Syarikat. Kat Malaysia pun ada juga guna tapi secara rahsia la.

Sebuah kajian juga dilakukan saintis tempatan yang menemu bual sekumpulan pengguna ganja di mana diorang biasanya akan hisap ganja lepas kerja untuk relaks.

“Bila dah seharian bekerja, mestilah balik nak relaks. Jadi kalau ada yang bawa joint (ganja), kita semua akan relaks dan kurangkan stress bersama… Aku ni jenis mudah cemas semacam, jadi bila aku ambik joint ni aku relaks jadi sikit. Takde la rasa cemas lepas hisap ganja.” – Cutie

Terdapat sebuah kajian pada 2015 dari University of Buffalo pula menunjukkan yang komponen ganja tertentu boleh mengurangkan kemurungan akibat tekanan kronik. Ini apa penyelidik kanan yang kaji tu kata:

“Tekanan kronik adalah salah satu punca utama kemurungan… menggunakan sebatian yang berasal daripada kanabis — ganja — untuk memulihkan fungsi endokannabinoid yang normal berpotensi membantu menstabilkan mood dan meredakan kemurungan. – Dr. Samir Haj-Dahmane, saintis kanan di Institut Penyelidikan Ketagihan, University of Buffalo

Bagusla kiranya tu kan?
TAPI…

Dr. Samir juga membuat kenyataan susulan dengan amaran yang mana kajian ini dilakukan ke atas haiwan, dan diorang tak pasti lagi sama ada ia berkesan terhadap manusia atau tak. Yang lebih teruk lagi, penulis kajian yang diterbitkan pada tahun 2020 tu juga berpendapat yang ganja juga berkemungkinan menjadikan gejala kemurungan lebih TERUK. Wah, plot twist ni!

3. Ganja mungkin berkesan untuk penyakit Alzheimer

“Ayah, kenapa Tok tak kenal Adib tapi bila ‘merokok’ baru ingat?” Imej dari jelikitokelantandarulnaim

In case korang tak pernah dengar atau tak ingat (hahah) apa penyakit Alzheimer tu, ia adalah sejenis penyakit yang sering melanda warga emas, dan simptom paling jelas adalah hilang ingatan. Jadi kalau korang ada ahli keluarga yang ada penyakit ni, korang mesti faham betapa frustnya orang sekeliling nak cakap dengan pesakit yang kadang tak ingat pun orang sekelilingnya.

Tapi, ada berita buruk dan berita baik. Berita baiknya adalah terdapat beberapa bukti bahawa cannabidiol (CBD), komponen yang terdapat dalam ganja, berguna untuk merawat dan mencegah Alzheimer. Sebuah analisis terhadap 86 kajian di seluruh dunia diterbitkan pada 2019 oleh beberapa saintis Korea Selatan, dan bukti menunjukkan bahawa CBD, apabila digunakan bersama-sama dengan bahan kimia lain yang berlaku secara semula jadi yang terdapat dalam ganja, THC, boleh membantu memperlahankan perkembangan Alzheimer.

TAPI…

Berita buruknya pulak adalah ada sebuah kajian yang diterbitkan pada 2017 mendedahkan bahawa ganja sebenarnya menyebabkan kurang darah mengalir ke semua bahagian otak, terutamanya pada hippocampus yang dikaitkan dengan ingatan dan pembelajaran. Ia juga merupakan bahagian pertama yang terjejas oleh Alzheimer. Jadi, ajak nenek korang smoke up tak menjanjikan yang dia akan ingat resipi rahsia asam pedas turun temurun yang korang nak sangat tu.

4. Ganja mungkin boleh membantu mendapatkan tidur yang lebih lena

Yang ni pula lena tak ingat dunia. Imej dari boredpanda.com

Tidur adalah salah satu benda yang paling penting dalam kehidupan kita. Tapi, bukan semua orang bertuah dapat tidur selama 8 jam setiap malam. Dan sebab tu juga la ada penghidap insomnia yang lebih cenderung untuk menggunakan ganja sebagai alternatif yang lebih dan semula jadi berbanding pil tidur.

Malah, ada pakar yang menyokong perkara ni juga – Dr. Ryan Vandrey, profesor psikiatri dan sains tingkah laku di Universiti John Hopkins mengatakan bahawa terdapat data untuk mengatakan yang THC boleh membantu kita untuk cepat mengantuk.

TAPI…

Lebih senang nak tidur tak bermakna kualiti tidur tu bertambah baik. Sebuah kajian yang dilakukan oleh University of Michigan menyimpulkan yang apabila seseorang tu kerap dan bergantung dengan penggunaan ganja, lama kelamaan boleh membuatkan keberkesanannya menurun atau paling teruk, mungkin akan ada penurunan dalam kualiti tidur mereka. Menurut kajian, sebanyak 40% pengguna harian mengalami insomnia manakala hanya 10% pengguna bukan harian mengalami kesukaran tidur.

Penyelidikan mengenai ganja untuk tujuan perubatan masih lagi dijalankan

Sebenarnya ada banyak lagi penyakit atau keadaan yang mungkin boleh membantu melalui ganja perubatan. Tapi, kitorang sempat listkan 4 je. Antara keadaan lain adalah penyakit sawan, multiple sclerosis spasticity, glaucoma dan juga penyakit Parkinson.

Jadi sebenarnya herba ajaib ni mungkin boleh membantu, dan mungkin juga tak, bergantung dengan penggunaannya. Dan apa yang kita boleh cakap pasal kajian yang kitorang buat kali ni adalah setiap saintis cakap benda yang sama:

Imej tak diedit dari knowyourmeme

Bagi korang yang cari jawapan – maaflah, kitorang sendiri pun takde jawapan yang tepat sebab kita kena tunggu pakar untuk jalankan kajian. Tapi bagi korang yang dah baca sejauh ni, hanya disebabkan ganja mungkin ‘dihalalkan’ di sini, lebih baik korang bincang dulu dengan doktor korang sebelum menggunakan ganja untuk perubatan. Kalau tak, takut korang je la ambik banyak sampai bad trip nanti.