Kerana sayangkan Najib, ada pihak menuduh Hakim Nazlan Ghazali ialah cucu Mahathir

Malaysia kini dikejutkan dengan isu tentang bekas Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib berhubung dengan kes SRC International Sdn Bhd. Beliau didapati terlibat dengan tujuh pertuduhan iaitu kes salah guna kuasa, tiga pertuduhan kes pecah amanah dan tiga pertuduhan kes penggubahan wang haram.

Oleh itu, Makhamah Tinggi telah menjatuhkan hukuman 72 tahun penjara dan denda RM 210 juta tetapi tempoh tahun penjara itu telah dikurangkan, iaitu selama 12 tahun sahaja.

Namun, selepas beliau dijatuhkan hukuman, terdapat golongan yang cuba untuk memburukkan Hakim Makhamah Tinggi iaitu YA Tuan Mohd Nazlan bin Mohd Ghazali yang menjatuhkan hukuman tersebut kepada DS Najib. Antaranya dikatakan Mohd Nazlan Ghazali dikatakan mempunyai hubungan pertalian darah dengan Tun M. Jadi, mari kami bongkarkan biodata tentang beliau dan kes-kes yang telah diuruskan oleh beliau.

Sebelum itu, korang boleh layan dulu video tangisan penyokong DS Najib atau “Bossku”:

Mohd Nazlan Ghazali bukan cucu saudara Tun M?

Ciapan yang mengatakan Hakim Nazlan Ghazali ialah cucu Tun M

Seperti yang sebutkan di atas, Mohd Nazlan Ghazali dikatakan mempunyai pertalian darah dengan Tun M. Berdasarkan ciapan di atas, Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin Malaysia Ramesh Rao, yang merupakan penyokong DS Najib telah menuduh Mohd Nazlan Ghazali berat sebelah dalam perbicaraan kes SRC International Sdn Bhd kerana beliau dikatakan cucu saudara Tun M.

Namun, menurut anak sulung Tun M, Datin Paduka Marina Mahathir, menyatakan bahawa pertuduhan tersebut adalah tidak benar.

“Kami rasa bangga kerana mereka berpendapat hakim berpengalaman seperti itu mempunyai kaitan keluarga dengan kami, tapi ini tidak benar.”- Marina Mahathir, Anak Tun M, dipetik dari Malaysiakini.

Berdasarkan carta organisasi keluarga Tun M, cucu sulung Tun M kini berusia 33 tahun. Jadi, ciapan yang dikeluarkan oleh Ramesh Rao dianggap menghina makhamah.

Kalau korang nak tahu, Mohd Nazlan Ghazali sebenarnya tiada pertalian darah dengan Tun M atau isterinya Tun Siti Hasmah. Hal ini kerana beliau merupakan anak kepada Pengarah Peperiksaan dan bekas guru di MCKK dan Sekolah SAS iaitu Allahyarham Dato Haji Mohd Ghazali Mohd Hanafiah.

Pernah menghakimi kes terbesar seperti kes Isa Samad dan LTTE ADUN DAP Gadek

Dua kes terbesar yang dihakimi oleh beliau. Imej dari Berita Harian.

Selain daripada isu DS Najib ini, Mohd Nazlan Ghazali juga pernah menguruskan dua kes yang terbesar di Malaysia iaitu kes LTTE ADUN DAP Gadek dan Isa Samad. Berikutan dengan kes LTTE ADUN DAP Gadek, Mohd Nazlan Ghazali merupakan Hakim yang memberikan kebenaran kepada ADUN DAP Gadek, G Saminathan, dalam membuat permohonan ikat jamin untuk dibebaskan. (korang boleh baca isu penuh LTTE di sini)

Menurut beliau, kuasa kehakiman dalam mempertimbangkan permohonan jaminan tidak boleh dihadkan, lebih-lebih lagi dihalang sepenuhnya oleh peruntukan statutori Seksyen 13 SOSMA kerana perkara ini mengambil kuasa mahkamah, sekali gus bertentangan dengan prinsip pengasingan kuasa.

“Keputusan ini tidak bermakna pemohon mesti dibenarkan diikat jamin. Keputusan ini hanya mengesahkan kuasa memberi jaminan tidak boleh dihadkan atau dihalang kerana bertentangan Artikel 121(1) Perlembagaan.”- Mohd Nazlan Ghazali, Hakim Makhamah Tinggi, dipetik dari Berita Harian.

Beliau juga pernah menghakimi kes yang juga terbesar di Malaysia iaitu kes Isa Samad. Dalam kes ini, bekas Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, menerima satu pertuduhan pecah amanah dan sembilan pertuduhan kes rasuah berjumlah lebih RM3 juta berhubung pembelian Hotel Merdeka Palace, Kuching.

Tabik spring kepada Mohd Nazlan Ghazali. Imej dari Coremission.

Namun, Mahkamah Tinggi melepaskan Isa Samad daripada pertuduhan pecah amanah berhubung pembelian sebuah hotel itu. Namun, beliau perlu membela diri atas sembilan pertuduhan menerima rasuah berhubung proses pembelian itu. Mohd Nazlan Ghazali telah menetapkan tarikh pembelaan diri itu pada 17, 18 dan 19 Ogos.

“Pasukan pembelaan perlu menyangkal semua pertuduhan rasuah yang dikenakan ke atas anak guam dan mahkamah sudah menetapkan Ogos depan sebagai tarikh membela diri.”- Mohd Nazlan Ghazali, Hakim Makhamah Tinggi, dipetik dari Berita Harian.

Sebenarnya terdapat banyak lagi kes yang diuruskan oleh beliau, antaranya :

  1. Kes Tengku Adnan (pertuduhan menerima rasuah sebanyak RM1 juta).
  2. Kes Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (pertuduhan tujuh kes rasuah).
  3. Kes Permohonan Dato’ Seri Najib (Isu perampasan aset 1MDB).

Adakah wajar kita memepertikaikan keputusan Hakim?

Imej dari Malaysiakini.

Sebenarnya kita tidak boleh mempertikaikan keputusan makhamah kerana mereka telah menjalankan tanggungjawab dengan penuh teliti dan teratur. Jika ada kaitan dengan hubungan keluarga sekali pun, hakim juga tidak boleh menjatuhkan hukuman secara berat sebelah kerana mereka menjalankan tugas mengikut kod etika Hakim.

Berdasarkan ciapan di atas (sudah dipadam), terdapat pengguna Twitter lain yang cuba menjatuhkan maruah Mohd Nazlan Ghazali dengan menyatakan bahawa beliau adalah salah seorang hakim yang membebaskan dan melepaskan ADUN Seremban Jaya, P. Gunasekaran atas dua tuduhan menyokong kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Menurut peguam New Sin Yew, pertuduhan-pertuduhan yang dilemparkan kepada Mohd Nazlan Ghazali berikutan dengan ada pertalian darah dengan Tun M merupakan satu perbuatan yang menghina makhamah.

*Artikel ini pernah diterbitkan pada 29 Julai 2020*