Diari seorang Cina bukan Islam berpuasa di bulan Ramadhan [Bahagian 2]

(This article is a translation. For the original, please visit our sister site, CILISOS)

Selamat kembali! Klik sini kalau tak sempat baca bahagian 1

Jumaat, 10 Julai: Hari yang sangat special kat Masjid Jamek

4:30am: Aku rasa aku dah banyak sangat minum kopi sebab nak translate version artikel Najib’s lawyer’s letter to the Wall Street Journal. Tak boleh tidur. Aku pun buat keputusan untuk sahur awal sikit, jadi tak payahlah bangun lagi nanti.

10:30am: Menyesal pulak sahur awal. Bangun-bangun je terus rasa haus, tapi yang bagusnya aku tak payah tergesa-gesa nak pergi kerja hari ni, sebab aku dah ambik half day. Aku pakai Baju Melayu hari ni sebab nak buka puasa kat Masjid Jamek.

12:00pm: Aku ikut ayah pergi minum dengan kawan-kawan dia kat kopitiam. Tapi aku tak minum lah. Puasa…

2:12pm: Khalil (salah seorang intern kitorang) call aku, Khalil kata dia dah aturkan interview aku dengan ketua imam kat Masjid Jamek.

Bubur lambuk Kg Baru. Imej dari mStar.

6:00pm: Tinggalkan pejabat dan pergi ke LRT Kelana Jaya

6:17pm: Aku berdiri kat corner tepi pintu LRT. Tempat tu sebenarnya memang favorite aku masa muda-muda dulu. Jadinya, bolehlah aku tengok luar cermin tu.

6:57pm: Lepas habiskan masa tengok phone 40 minit, akhirnya aku sampai kat Masjid Jamek. Lepas tu aku pun jumpa dengan Khalil.

7:00pm: Kitorang pun berjalan menuju ke Masjid Jamek.

7:20pm: Khalil dan aku jumpa dengan Imam Faisal dan ayahnya. Eh sekejap, diorang ni orang Cina?

7:20pm: Ye, diorang memang orang Cina.

Buka puasa dengan Imam Faisal

Imej dari Cilisos.

Imam Faisal dan ayahnya memang betul-betul peramah. Diorang jugak tunjukkan jalan kat kitorang untuk masuk ke dewan, ayahnya kemudian duduk dan berborak dengan orang-orang yang dah duduk kat situ. Masa tengah berborak, Imam Faisal ada kata yang aku patut tanya ayah dia pasal tips untuk orang yang pertama kali puasa.

Sebabnya, dia memang dah dilahirkan sebagai Islam, tapi ayahnya dulu belajar banyak benda masa nak kembali (revert) kepada Islam. Lepas tu aku perasan yang ayahnya tu tengah sibuk agihkan makanan, sambil pastikan makanan-makanan tu cukup. Walaupun sibuk, dia masih bagi peluang kat kitorang untuk selfie ?

Imam Faisal kata, walaupun setiap orang ada pandangan diorang sendiri pasal puasa, tapi konsep utama puasa adalah untuk ‘buatkan orang Islam kembali ke akarnya’. Maknanya, untuk ingatkan yang diorang ni semua hamba tuhan yang Maha Berkuasa.

“(Ramadan adalah) masa di mana kita dapat sedarkan diri, untuk tahu kita ni orang yang macam mana dan sejauh mana dekatnya kita dengan yang Maha Berkuasa.”

Keadaan kat Masjid Jamek. Imej dari Harian Metro.

Bila aku tanya dia pasal sahur dan buka puasa, Imam Faisal kata tak ada cara yang betul-betul pasti macam mana kita nak lakukannya, memandangkan banyak amalan yang bersifat kebudayaan.

Contohnya, ramai dari kita yang makan nasi, tapi kat Arab Saudi diorang tak banyak makan nasi, tapi lebih kepada roti, daging dan buah-buahan. Dia juga kata yang Nabi Muhammad SAW ambil kurma dan air atau susu untuk sahur sebab ia ringan dan senang nak dihadam.

Nampaknya dah sampai masa untuk kitorang berenti berborak. Dah masuk waktu maghrib. Sebelum aku tanya dia patut ke aku stay kat dewan, dia kata – “Nak ikut sekali solat?” dan aku pun jawab:

Huhu~~~

Jadinya, Khalil tunjukkan kat aku cara-caranya, aku pergi ambil wuduk, dan lepas tu masuk dewan solat dan itulah pengalaman pertama aku tunaikan solat. Aku harap, aku boleh kata yang ini satu pencerahan atau pengalaman yang mengubah hidup aku. Tapi sejujurnya aku lebih fokus proses solat tu dan juga cara nak hadapi kejutan ni. “AKU TAK PERNAH TERFIKIR PUN YANG AKU BOLEH DAPAT PELUANG BUAT MACAM NI”. 

Kembali ke Imam Faisal, dia ada kata yang sahur ni pun ada tricknya. Kalau kita sahur awal, mungkin kita akan rasa cepat lapar atau mungkin tidur balik dalam keadaan perut penuh. Jadinya, masa terbaik untuk sahur adalah waktu imsak – 10 minit sebelum waktu subuh. Masa ni bagi kita ruang untuk makan makanan yang ringan, ubat dan lepas tu terus mulakan hari kita.

Sabtu, 10 Julai: MAKAN ASAM PEDASSSSS

12:00pm: Aku bangun dari tidur. Tapi bukan latihan selama 5 jam masa pukul 2pm nanti yang aku tunggu-tunggu.

5 jam dengan diorang.

7:00pm: Latihan dah habis. Aku terus pergi ke rumah keluarga Siti untuk buka puasa.

Sebenarnya, dah lama dah Siti bagitau aku pasal asam pedas style Muar awesome yang keluarga dia buat. Aku pun excited pasal ni, sebab asam pedas ni antara masakan yang aku cari masa aku pergi Muar untuk kerja dulu. Tak payah cakap banyak, memang sedap!!! Lepas tu aku diperkenalkan pulak buat kali pertamanya dengan pengat durian, yang ayah Siti kata paling sedap dimakan dengan roti Hainan dan kopi-O. Best gile!

Kat rumah keluarga Siti.

Cukup dengan makanan, aku kemudiannya duduk dengan ayah Siti yang tengah sedap hisap cerut. Dia cakap, selalunya dia bangun pukul 4:30 pagi dan mula sahur pukul 4:45pagi. Sahur tu pulak ada air, jus dan buah-buahan (macam betik dan nenas) – tapi segelas oren jus segar mesti kena ada. Dia kemudiannya hisap cerut kejap, Solat Subuh dan tidur balik. Dia jugak bagitau yang dia tukar jadual ubat dia dari pagi ke petang (dengan nasihat doktor).

Dia selalu buka puasa kat rumah, kecuali satu hari dengan staf syarikatnya kat kantin ofis. Tapi kalau kat rumah, tak kira apa pun “asam pedas mesti kena ada”. Dia juga bagitau yang hari paling dia suka dalam bulan puasa ni adalah hari terakhir puasa, yang mana dia akan ada kat kampung halaman (Muar) dengan saudara mara. Dia juga kata semua orang masa tu nak makan seafood segar, masak bersama dan buka puasa sama-sama. Sebagai keluarga.

Ahad, 11 Julai: Keputusan yang sangat sukar

10:00am: Aku bangun tidur dengan satu benda yang sangat sukar nak dibuat. Aku kena batalkan puasa hari ni. Aku ada persembahan preview Sisa-Sisa pukul 1pm yang aku kena bagi komitmen 100%. Aku buat keputusan untuk batalkan puasa hari ni, dan akan ganti pada hari lain (mungkin lepas Raya).

11:34pm: Aku jumpa dengan Aiman yang juga ambil keputusan untuk batalkan puasa.

2:40pm: Preview berjalan baik, semuanya okay.

6:45pm: Disebabkan aku tak plan pada awalnya nak batalkan puasa, aku pun teruskan plan buka puasa dengan keluarga aku.

Buka puasa dengan keluarga

Buka puasa dengan keluarga.

Ringkasan yang datang dengan banyak lagi persoalan

Aku rasa puasa kali ni lebih baik dari apa yang aku buat tahun lepas. Aku tak tahu kalau aku lebih bersedia kali ni atau sebab aku dalam ofis yang ada aircond. Dalam masa sama, puasa ni juga buatkan aku kurang selesa, kejelasan fikiran aku pun nampak terjejas – yang mana tak berapa baik untuk orang yang kena tulis artikel dan research banyak maklumat.

Ada beza tak?

Itu dah buatkan aku bertanya: Ada ke cara nak kekalkan minda supaya lebih fokus masa kita tengah berpuasa, atau ia akan jadi perkara biasa bila kita dah terbiasa dengan puasa ni?

Soalan kedua aku pulak datang dari perbualan aku dengan Aiman lepas preview persembahan hari tu: Kalau aku kena cium seseorang atau menyumpah masa dalam persembahan teater, adakah puasa aku batal? Ataupun tak batal sebab itu perkara yang kita kena buat dalam pekerjaan?

Secara keseluruhannya, percubaan kedua ni lebih memuaskan, bukan je aku boleh buat lebih baik dari tahun lepas, tapi ditambah lagi dengan sesi buka puasa dan interview. Dan kalau aku tak buat artikel ni, aku tak akan pernah dapat peluang untuk solat dekat Masjid Jamek.

Walaupun macam tu, ada juga benda yang aku tak dapat buat tahun ni, macam edarkan makanan kepada orang yang memerlukan. Tapi untuk tahun depan dah mesti aku akan buat benda tu jugak. Ada artikel ke nanti? Masih lagi tak pasti. Oh ya, aku sebenarnya nak sangat berbuka puasa dengan Kipidap – bila tengok video Resipi Ketam Kipidap dia.

https://www.youtube.com/watch?v=BeWbmuoNBTk

About Azar Ishak 276 Articles
Hari-hari Teh O ais, besok kopi plak lah.