- 1.4KShare sekarang!
- Email42
- Facebook1.4K
- Share
Kalau korang ada member atau sedara-mara yang terjebak dengan masalah dadah, mungkin korang pernah tengok dengan mata kepala sendiri macam mana reaksi dorang. Contohnya tanda-tanda penyalahgunaan dadah jenis meth adalah paranoia, berpeluh, tak boleh duduk diam, tak boleh tidur dan macam-macam lagi.
Cuba bukak filem Trainspotting atau Requiem for a Dream dah boleh tengok rupa masing-masing yang kurus keding dan keletihan.
Walaupun Malaysia merupakan antara negara yang paling berat hukumannya pasal jenayah dadah, masalah ni terus jugak meningkat. Tahun lepas je, 41% daripada 4,388 pesakit yang dirawat telah kembali ke tabiat lama dorang.
Mungkin kita yang sihat walafiat ni tertanya-tanya, kenapa lah dorang ni susah sangat nak insaf. Dah tau hukumannya teruk, masih jugak relapse? So, untuk menyelami perkara ni, kami sendiri pergi turun padang dan sembang terus dengan pengguna dadah ni. Terima kasih kepada wakil Rumah PENGASIH, saudara Hafizi Harun dan Muhammad Kamal yang memberi peluang untuk berkongsi dan bercerita sedikit sebanyak.
Jadi kami pecahkan cerita-cerita dadah ni mengikut tahap penggunaan…
Tahap pertama: Mula dengan ‘cuba-cuba’, sebab bosan, sebab nak memberontak
Dalam arena dadah, tahap cuba-cuba atau eksperiMental ini sebenarnya adalah ‘gateway’ atau ‘pintu’ kepada ‘penyalahgunaan dadah’ yang lebih rencam.
Alah, kita kecil-kecil dulu bila dapat keluar berjalan mesti semua benda nak pegang, nak kacau kan? Macam tu juga dengan tahap pertama ni. Contohnya mungkin sebab mak marah tak belikan telur ikan tembakung, kita jadi sedih, pergi melepak rumah kawan dan terus main sambar ja dadah tak fikir banyak. Kononnya, nak hilangkan stress, nak lupakan masalah, atau sebab nak nampak cool.
Macam itu lah lebih kurang pengalaman Ridhwan (bukan nama sebenar), salah seorang client Rumah PENGASIH. Ditemani cekodok dan teh tarik, Ridhwan, 21 tahun, menceritakan pengalaman tahap pertamanya…
“Saya mula dengan hisap gam,” katanya sambil menghirup rokok, “sebab waktu tu saya blanked, tak tahu nak buat apa. Saya satu-satunya laki dalam rumah, bongsu pulak tu. Saya rasa dalam diri ni ada macam something yang tak kena. Tambah pula rumah saya tu kecil, flat padat, kawan ramai… So ‘barang’ senang lah dapat…”
Soscili: Selamber gitu jer ko isap?
“Nak memberontak bang… So, saya terus ambil tak fikir banyak. Tahu benda tu salah, tapi ya lah… Muda lagi, bodoh pulak tu… hah padan muka saya bang…” katanya dengan riak muka yang penuh penyesalan.
Soscili: Macam mana pula hubungan dengan keluarga?
“Arwah bapa dan emak saya mula-mula risau, tapi lama-lama diorang faham dan membantu saya… Cuma, waktu tu saya bodoh… selalu buat masalah dengan kakak saya… Pernah sampai satu tahap sedar-sedar ja saya dah baling helmet kena kepala dia.
“Lapan tahun kami tak cakap,” Ridhwan tambah. Dia seorang yang berbudi bila bercakap. Sopan santunnya yang sekarang tak sama langsung macam kehidupannya di zaman liarnya dahulu.
Soscili: Habis tu, time raya tak minta maaf? “Tak,” jawabnya mudah.
Kisah Ridhwan panjang. Lepas gam, dia beralih kepada methaphetamine dan pil-pil, selain alkohol. Namun, ketika ditanya apakah yang dia rasa ketika high dengan tahap cuba-cubanya, dia semacam mengambil masa lama untuk menjawab.
“Tak kesian pada orang lain, tak kesian pada diri sendiri… Entah. Bila fikir balik, waktu tu saya tak fikir saya ketagih. Saya masih fikir waktu tu yang saya masih ‘cuba-cuba’…” Ridhwan jawab secara tiba-tiba waktu kami semua bermenung dan tenggelam menonton aktiviti riadah petang client-client PENGASIH.
Untuk pengetahuan pembaca, ayahnya meninggal dunia waktu Ridhwan di dalam penjara, dihukum sebab kes samun menggunakan senjata (jenis parang panjang) di sebuah stesen minyak. Setahun dalam penjara, bila keluar Ridhwan ulang balik isap dadah sampailah dia surrender-kan diri ke rumah PENGASIH awal oktober 2016 buat kali kelima.
Semoga kali kelima masuk ke PENGASIH ini adalah kali terakhirnya dan tak ulang lagi perangai lama.
Tahap kedua: Guna untuk bersosial, bekerja dan dalam pelbagai situasi
Sementara Ridhwan dengan kisah zaman rebel dia, lain pula pengalaman Eksekutif Pemasaran PENGASIH Muhammad Kamal.
Kamal masuk ke rumah PENGASIH dengan sukarela. Tapi pengalamannya tak semudah tulisan ini. Membesar di era Woodstock di Malaysia dan melanjutkan pelajaran dalam bidang agriculture di Bangalore India pada 1970-an, dah tentu berbeza pengalaman Kamal dengan Ridhwan, atau… eh ada tak pengguna dadah baca artikel ni?
Soscili: You cakap you guna dadah? Untuk apa?
“Situations lah,” balas Kamal. “Cuba-cuba tu ya, but the interesting part is when I started to use it for different situations.
“Selepas ganja, which is true that its widening my mind and my sense, saya dikenalkan dengan Mx (nama panggilan untuk Mandrax, sejenis ubat tidur yang popular di India sekitar 70-an hingga 90-an). Its calmed me down.
“Start dari situ saya mula guna different drugs for different situations. For example, kalau nak keluar ke bandar saya tak ambil ganja sebab buat saya paranoid, saya ambil Mx. Lama-lama, saya dapat connection untuk cuba morphine dengan harga yang sangat murah (katanya, harga morphine cecair boleh dapat dalam 3 rupee).
“Six years in India and I lost parts of myself there,” kata Kamal.
Tambah Kamal yang secara bergurau menggelarkan diri sebagai Tree Doctor, selepas balik ke Malaysia dia rasa terasing. Tambah-tambah bila kerja di Sabah, jauh dari keluarga dan girlfriend.
“Di sana (Sabah) baru saya start minum alkohol. Mula-mula isi masa lapang waktu malam lepas kerja saja… Until one day I realized bila bangun pagi saja I minum… That’s the time I know I’m an alcoholic,” katanya.
“And it’s not situational anymore,” Tambah Kamal yang baru memeluk Islam sebab baginya itu adalah agama yang dapat menguntungkan dirinya.
Tahap ketiga: Dos bertambah untuk sentiasa ‘kick’
Ini adalah tahap bila terlalu kerap guna. Dan di sini, selalunya sudah muncul simptom-simptom yang menjejaskan fikiran dan tubuh. Perumpamaannya macam diet yang tak terkawal boleh menyebabkan pelbagai penyakit. Tambah lagi lah kalau diet itu dadah.
Ini kisah Abu (ofcourse lah bukan nama betul) yang saya kenal secara tak sengaja di suatu petang di sebuah café di KL.
Abu baru sahaja dibuang kerja atas sebab masalah disiplin kronik. Berterus terang dia akui masih menggunakan beberapa jenis dadah untuk ‘bermasyarakat’ dan kerja-kerja freelance.
Tapi dalam sesi ‘sembang’ kami, Abu akui dadah jenis methaphetamine sebagai paling ‘jahat’ baginya.
Soscili: Sebab apa penggunaan makin bertambah?
“Tekanan lah. Mental ker fizikal ker gua tak tau, sampai satu tahap, gua tak sedar gua dah topup problem dekat colleague. Akibat banyak sangat ambil (dadah), jadual tidur pun tak tetap. Tidor lewat bangun awal, badan letih… Pastu start ambil MC…” katanya yakin.
Soscili: Habis tu, macam mana komunikasi dengan rakan sekerja?
“Itulah mainan mental yang gua tak sedar time tu. Gua rasa diri gua saja yang betul… Kadang-kadang tak per… Kalau selalu sangat, hancusss… Ramai tak faham bahasa. Saya rasa hujah saya betul, contohnya waktu bentang idea dalam meeting, saya sedar saya cakap banyak dan yakin idea saya diterima. Tapi selepas meeting, ada kawan datang tegur cakap diorang tak faham apa saya cakap. Diorang keliru, tak faham. Waktu tu saya cakap, ‘biar kat koranglah, yang penting saya buat kerja,’” bersungguh Abu cerita petang itu.
Tahap keempat: Fizikal dan mental kronik, tak berfungsi secara ‘normal’
Menurut Addiction Counselor PENGASIH, Hafizi Harun, tahap keempat adalah tahap ‘dysfunctional’ – sama sekali tak dapat berfungsi untuk diri sendiri.
Bila seseorang itu tidak dapat berfungsi akal dan fizikalnya seperti manusia normal, mereka akan dianggap sebagai ‘alien’ dan sepatutnya dikurung atau dijauhkan dari masyarakat agar tak membawa musibah.
Pun begitu, di luar dari tahap tahap yang disebut di atas, menurut pemerhatian saya dan hasil dari perbincangan dengan rakan-rakan, setiap pengguna dadah boleh sahaja berubah tahap-tahap ini mengikut kesesuaian.
Contohnya, kalau pengguna dadah itu di tahap keempat (kronik). Untuk masa yang lain bila dia dah relaks, boleh sahaja dia patah balik ke tahap pertama atau ketiga atau pun kedua. Seperti mana dinamiknya kehidupan manusia – ada time kita di atas ada time kita di bawah, begitu juga dalam dunia penyalahgunaan dadah.
Untuk tahap ini, tanpa diminta, Abu sendiri ceritakan pengalaman mentalnya.
“Kemudian tak lama, gua start fikir bukan-bukan. Mula tak datang kerja… Member ajak lepak gua tolak… Duduk sorang-sorang dalam bilik… Layan kepala, layan jiwa… Tengok tv, baca komik, buku… layan kepala sendiri lah senang cakap…”
“Campur aduk lah antara imaginasi dengan realiti… Duduk sorang-sorang melayan benda ni, sambung-sambung susun cerita dalam kepala sampai gua confident yang semua yang mixed up dalam kepala ni sebenarnya realiti gua… Tapi sebenarnya bukan pun…,” cerita Abu panjang lebar.
Secara mudahnya, dia mungkin fikir dalam kepala dia ada basikal. Realitinya dia pernah pinjam basikal kawan. Jadi, dia dalam celaru antara imaginasi, dia yakinkan dirinya yang dia ada basikal. Padahal basikal pinjam saja pun… Faham?
“Saya sendiri yang buat teruk. Tapi tu lah, hati sendiri ni siapa yang tahu…”
Tambahnya lagi dia pernah sampai rasa nak terjun bangunan bunuh diri. Mujur dia masih ingat dengan pembesarannya yang sudah disemai dengan ajaran agama.
“Kalau tak bro… Hmm… Kita tak melepak dua kat sini lah,” katanya berseloroh.
Kami sama sama gelak. Bila ditanya tahap ketagihannya, Abu jawab yakin yang dia dalam tahap ketiga…
“Gua boleh tukar ketagih. Lompat-lompat, tukar-tukar dadah,” kata Abu sebelum sambung, “tapi yang gua cerita tu sebenarnya tahap keempat juga tu… Totally dysfunctional human.
“Rezeki ada di mana-mana bro,” katanya sebelum kami berpisah. “Asalkan tak masuk tahap no empat sudah… Itu ketagih bodoh namanya tu. Not fit for society. Tapi taklah sampai berkebun atas katil. Hahaha!”
Dorang sendiri pun nak berhenti dan keluar daripada kitaran
Masalah penyalahgunaan dadah kat negara kita semakin lama semakin membimbangkan. Dalam sidang Dewan Rakyat tahun lepas, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed kata 80% daripada 127,696 pengguna tegar dadah adalah daripada kaum Melayu sepanjang 2013-2015. Apa yang lebih menakutkan yang kes ni bukan berlaku di kalangan orang dewaasa je, malah seramai 1,728 orang pelajar di Malaysia telah ditangkap ‘mencuba’ dadah haram ni pada tahun lepas.
Tapi jangan kerana dorang terlibat dengan dadah je kita terus pulaukan. Seperti yang diceritakan di atas, dinamika penyalahgunaan dadah ini adalah sangat kompleks. Ada yang terjebak kerana kemiskinan, sebab membesar di kalangan orang yang memang dah menghisap dadah, dan kitaran yang tak baik ini akan berterusan.
Sebab tu lah peranan kita yang ‘sihat’ ni penting. Bukan dengan memaksa, tapi dengan memberi perhatian, mendengar, dan memahami jiwa dan fizikal mereka-mereka yang terperangkap dalam penyalahgunaan dadah ini. Jadi kalau korang kenal mana-mana ahli keluarga, kawan, atau orang yang tersayang, cubalah sedaya upaya untuk membimbing dorang. Kebanyakan client kat rumah PENGASIH ni pun datang dengan sukarela jugak.
Andai tak ada orang boleh harapkan atau kita sendiri tak tahu nak handle, dapatkanlah bantuan profesional atau NGO-NGO seperti berikut:
- MASAC (Malaysia Substance Abuse Council) – 03-6201 3179
- PENGASIH – 03-6201 0287
- Malaysian Mental Health Organisation – 03-7782 5499
- Befrienders (berkaitan tekanan mental) – 03-7956 8144
- 1.4KShare sekarang!
- Email42
- Facebook1.4K
- Share