- 1.4KShare sekarang!
- Email2
- Facebook1.4K
- Share
(You can the original article in English by clicking here)
BFF kami kat CILISOS ada tulis satu artikel pasal sorang rakyat Malaysia ni yang tiba-tiba diberitahu bahawa kelayakan dia sebagai pengundi telah dibantah. Ross dapat tau pasal benda ni pun bila dia check status dia kat website Surahanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR).
Jadi kami pun ikut Ross ke pejabat SPR kat Shah Alam untuk mengetahui apa maksud sebenar SPR dengan ‘pemilih dibantah‘. Dan apa yang kami dapat tau adalah:
- Ada orang bantah status dia seorang pengundi.
- Ross kena datang ke pejabat SPR untuk membuat rayuan pada tarikh yang ditetapkan.
- Kalau Ross tak pergi pada tarikh yang ditetapkan, status dia sebagai pengundi akan dibatalkan.
Secara ringkasnya sistem ni membenarkan orang awam untuk check senarai pengundi baru. Kalau mereka rasa ada pengundi baru ni mencurigakan, mereka dibenarkan untuk komplen kepada SPR dan pengundi tersebut pulak buktikan kesahihan diri masing-masing kat satu ‘mahkamah’ khas SPR.
Berbaoik kepada cerita Ross, kami pun ikutlah dia ke sesi mahkamah khas dan ini yang telah terjadi…
Kami tak sangka ramai betul orang lain yang kena!
Last time kami datang ke pejabat SPR ni ada dua orang je kat sana (tak termasuk staff), tapi kali ni nampaknya ada lebih 100 kes yang dilaporkan setiap hari. Beberapa warga dari BERSIH pun dapat tau pasal kisah Ross ni dan join sekali untuk memerhatikan proses bantahan ni. Ini beberapa butiran dalam surat SPR kepada Ross:
- Ross di minta untuk pergi ke pejabat SPR pada 6 Mac jam 9 pagi-1 tengahari
- Alasan untuk bantahan kepada Ross adalah “Pemilih diragui”
- Ross diminta untuk bawa bahan bukti seperti salinan bill rumah atau surat beranak
Berdasarkan info kat atas ni, kemungkinan besar kenapa pejabat SPR sesak sangat adalah sebab orang lain pun dipanggil datang pada masa yang sama. Ross sendiri sampai tepat-tepat pukul 9 sebab takut terlepas giliran.
Jumlah yang ramai ini juga mungkin disebabkan kerana ramai telah dibantah sewaktu “Pameran Rang Daftar Pemilih” (time ni lah nama pengundi baru ditayangkan untuk seketika kepada umum) yang lepas.
Tapi bukan tu je, sambil-sambil kami menunggu kat pejabat SPR, kami perasan satu benda…
Semua pengundi kat sana dibantah oleh beberapa orang yang sama
Dalam ‘mahkamah’ SPR ni, pengundi kena datang untuk membuktikan kesahihan maklumat masing-masing kepada seorang hakim DAN JUGA orang yang membuat bantahan. Apa yang membuatkan mata kami terbeliak adalah bila nampak sekumpulan orang yang sama yang berulang-alik masuk ke dalam bilik interview.
So kami tanya orang sekeliling dan dapat tahu yang kumpulan tersebut adalah orang yang memfailkan pembantahan terhadap ramai pengundi. Siapa dorang ni sebenarnya?
Selain Ross, Swan pun dapat nasib yang sama dan kami tanya pasal situasi dia. Swan bagitau yang dia sebenarnya terlupa bawak salinan bill air/elektrik, surat beranak, atau dokumen yang berkaitan. Swan cuma ada beberapa keping gambar yang mak dia hantar je, TAPI nampak gayanya dia tak perlukan pun benda-benda tu semua.
“Nampanya mereka tak minta apa-apa pun, cuma bertanya ‘Oh tinggal dengan mak bapak ke?’ dan saya pun jawab ‘Ye'” – Swan, interview dengan CILISOS
Swan hanya perlu menjawab beberapa soalan mudah, angkat sumpah yang dia memang duduk kat alamat yang dia tulis, dan macam tu je kes pun tutup…. Sewaktu proses tersebut, pembantah dia senyap je tak kata apa-apa. Swan berasa pelik dan telah bertanya kepada ‘pembantah’ tersebut selepas sesi mahkamah, kenapa status Swan di bantah?
“Dia tak boleh kasi jawapan yang terang.” – Swan
Tak puas hati, Swan tanya banyak kali dan akhirnya mamat tersebut berkata bahawa sebenarnya bukan dia yang bantah, tapi orang lain. Malah terdapat beberapa orang telah dibantah bawah nama mamat ni. Bila Swan tanya siapa yang sebenarnya bantah, mamat tersebut telah mengelak dan langsung tidak menjawab soalan tersebut.
Dalam artikel sebelum ni, kami ada tulis seorang pembantah kena bayar RM10 kalau nak failkan bantahan dan apabila Swan tanya, mamat tersebut pun kata dia tak tahu apa-apa mengenai pembayaran tu.
Untuk kes Ross pula, pembantah dia langsung tak datang. Malah dia telah diberi contact number untuk call pembantah dia dan minta RM100 sebagai ganti rugi (boleh baca lebih lanjut kat artikel sebelum ni). Okay lah, at least dapat duit kan? Tak jugak… Sebab Swan kata adik dia pun pernah kena bantah sebelum ni dan Swan berkata selepas beberapa tahun, masih lagi tak dapat pembayaran apa-apa.
Jadi datang pula satu persoalan…
Adakah pembantah ni semua sah?
Agak tak adil kalau kami hanya bercerita dari pihak yang dibantah je tapi mengendahkan pasal si pembantah. Jadi sewaktu di pejabat SPR kami ada cuba untuk bersembang dengan pembantah tapi telah ditolak. Lepas beberapa kali tanya akhirnya mereka bercakap tapi tu pun dengan berkata “Ini adalah hak kami” dan “kalau kau nampak nama Cina kat kawasan Melayu, kau pun akan buat benda sama“.
Malah mereka kata kebanyakan mereka hanyalah wakil dari kawasan-kawasan berlainan kat Selangor (yang kelakarnya sebab dorang nampak kenal betul sesama sendiri). Selain dari tu, mereka tak nak kasi penjelasan lebih lanjut dan tak membenarkan kami untuk ambil gambar mereka.
Tapi apa yang diceritakan oleh para pembantah tadi seolah-olah tak kena dengan cerita golongan yang di bantah. Chee How, seorang lagi mangsa yang dibantah bagitau bahawa orang yang membantah status dia adalah jiran sendiri! Jiran tu siap kena marah dengan hakim sebab bawak Chee Chow ke sana.
Apa yang buat kami bertambah pelik adalah bila BERSIH check nama pembantah ni kat internet, 2 dari 3 nama tersebut keluar kat blog UMNO. Hmmm…..
Sistem bantahan ni perlukan banyak lagi pembaikpulihan
Ross dan Swan bukanlah kes terasing, malah ramai orang telah komplen benda sama contohnya di sini dan sini. Malah BERSIH pernah buat satu persidangan media mengenainya.
So kalau korang kena bantah lepas dan tak dapat nak menghadiri sesi mahkamah khas tu macam mana? Tu la apa yang terjadi kepada seorang wanita yang pernah menghubungi kami sebelum ni . Walaupun wanita tersebut minta tarikh ditunda, permintaan dia telah ditolak dan kalau tak hadir, status dia sebagai pengundi akan terbatal.
Untuk jadi pengundi semula, wanita tersebut kena daftar balik dan sejak dari tu kami sedar beberapa masalah dengan sistem bantahan ni:
- Pembantah macam tak perlu bayar RM10 pun untuk membuat bantahan.
- Pembayaran ganti rugi RM100 tak dikuatkuasaka.n
- Orang yang kena bantah kena hadir pada tarikh yang ditetapkan, kalau tak automatik batal.
Jadi pembantah boleh sesuka hati bantah orang lain, manakala orang yang kena bantah pula yang rugi dari segi wang, masa, tenaga, dan paling penting sekali status pengundi tu sendiri.
Kami tak boleh nak kata ini merupakan satu tipu helah atau konspirasi parti politik sebab takde bukti yang kukuh. Apa yang jelas, sistem pembantahan ni memang kena diperbaiki lagi. Memandangkan NGO seperti BERSIH telah bertahun-tahun memperjuangkan sistem pengundian yang bersih dan SPR pun nak membersihkan imej mereka, maka salah satu isu yang mereka mungkin boleh mula adalah dengan sistem bantahan ni.
Sementara nak tunggu sistem diperbaiki mungkin korang boleh check status korang kat sini, tak kisahlah pengundi baru mahu pun lama. BERSIH juga ada bagitau kalau korang jadi mangsa bantahan, bolehlah contact dorang kat sini dan mereka akan bantu semampu mungkin.
- 1.4KShare sekarang!
- Email2
- Facebook1.4K
- Share