- 360Share sekarang!
- Email4
- Facebook356
- Share
UPDATE 13/7/2018: Siasatan terhadap isu pengaliran aset yang melibatkan 1MDB sedang diteruskan lagi. Bekas PM Najib Razak sudah dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan rasuah kerana MDB ini. Najib mengaku tak bersalah dan dibebaskan dengan jaminan RM1 juta.
Namun, ada dakwaan dari Pendakwa Raya Switzerland mengatakan yang dana 1MDB dah digunakan sebagai skim ponzi oleh sekumpulan orang yang terlibat untuk merasuah pegawai asing dan memperkayakan diri sendiri. Maka, timbul persoalan apakah itu skim ponzi? Kali ni SOSCILI akan terangkan asal-usul skim ponzi dan adakah ia pernah berlaku di Malaysia.
Inspirasi dari Skim Ponzi tahun 1900-an?
Skim cepat kaya macam ni dipanggil sebagai Skim Ponzi sebab orang yang mengasaskan skim ni adalah Charles Ponzi. Manakala Pak Man Telo pulak adalah orang Malaysia pertama yang buat Skim Cepat Kaya yang kita kenali pada hari ni.
Skim Ponzi ni dah terlampau lama wujud, iaitu sejak tahun 1900-an lagi. Charles Ponzi pada mulanya dapat idea untuk dapatkan keuntungan dengan cara memanipulasi sistem kupon balas antarabangsa, yang pada waktu tu dia beli setem pos di satu negara, dan menjualnya untuk keuntungan yang lain. Bunyi macam tak salah, kan?
Tapi, Ponzi mula rasa tak cukup dengan apa yang dia ada. Tambahan lagi, ada pelabur yang menipu. Dia kemudiannya cari lagi pelabur untuk menjadikan keuntungan lebih tinggi. Dia menjanjikan pulangan kepada pelabur yang agak melampau banyaknya, iaitu 50 peratus dalam 45 hari, atau 100 peratus dalam 90 hari. Ponzi membayar para pelabur menggunakan wang daripada pelabur lain, benda ni la yang kita kenali sebagai money laundering.
‘Keuntungan’ yang pelabur dapat tu cumalah duit pelabur lain. Siapa yang join awal-awal dapat la duit, yang join hujung-hujung akhirnya tak dapat apa-apa. Jadi last-last bila dia rolling duit dan dapat kepercayaan orang, dia kemudiannya spoooof! Hilang dari radar!
Apa yang Ponzi buat dengan semua duit pelabur tu? Dia beli rumah besar macam istana kat Lexington, Massachusetts, simpan duit kat beberapa bank di New England, dan beli Locomobile, iaitu kereta yang paling hebat pada zaman tu.
Lepas tu, dia beli dua tiket kelas pertama ke Itali untuk honeymoon dengan isteri dia, iaitu Rose. Romantiknyaaaa! Tapi last-last dia batalkan percutian tu sebab nak bawa mak dia dari Itali ke Amerika dalam cruise, kelas pertama pulak tu! Dia ni betul-betul anak mak yang baik :’)
Tapi sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Skim Ponzi mula terbongkar pada bulan Ogos 1920, ketika The Boston Post mulakan penyiasatan. Bila helah Ponzi ni mula terkantoi, maka ramailah pelabur cuba dapatkan duit diorang balik daripada skim ni tapi tak berjaya.
Charles Ponzi ditangkap pada 12 Ogos 1920, dan didakwa dengan 86 pertuduhan penipuan. Salah satunya adalah dengan menipu pelabur kira-kira $20 juta (again, bayangkanlah 20 juta USD tu banyak mana nilainya dengan masa sekarang).
Dia mengaku bersalah di atas penipuannya, dan seterusnya menghabiskan 14 tahun di penjara. Sudah jatuh ditimpa tangga, Rose kemudiannya berpisah dengan Ponzi pada tahun 1937. Ponzi meninggal dunia di bandar Rio de Janeiro, Brazil, pada 18 Januari 1949 tanpa sesen pun.
Scam macam ni bukanlah perkara baru kat Malaysia, sebab kita juga pernah ada…
1. Pak Man Telo, orang Malaysia pertama memperkenalkan skim Ponzi di negara ni
Tak lama dulu SOSCILI pernah cerita pasal Pak Man Telo, atau nama sebenarnya Osman Hamzah. Dia ni sebenarnya wartawan, lepas tu dia terfikir idea nak buat skim cepat kaya ni. Jadi, dia pun tubuhkanlah syarikat sendiri, iaitu Skim Pestama Berhad pada akhir 1970-an. Orang kita pun apa lagi, terus jatuh terjerumus ke kancah penipuan ni.
Kalau korang nak tahu, mangsa dia ni tak ada lah ramai mana pun. Ada lah lebih daripada 50 ribu rakyat Malaysia. Jumlah kerugian yang dianggarkan pulak adalah sebanyak RM99 juta.
Macam tu juga la dengan JJPTR, atau Skim JJ Poor to Rich ni jadi tersangatlah popular tahun lepas. Malah, kes ni dah jadi salah satu trending kedua paling popular dalam pencarian melalui Google yang dianalisa oleh kawan kitorang kat CILISOS.
JJPTR adalah syarikat pelaburan berprofil tinggi dengan ROI (return of investment) bulanan yang sangat tinggi, iaitu sebanyak 20%! ASB pun tak sebanyak tu tau! Diorang ni dikatakan beroperasi bukan sahaja kat Malaysia, tapi juga di Singapura, Australia, Brunei dan beberapa negara lain dengan lebih 120,000 ahli dan $95 juta USD di bawah pengurusan diorang. Haaa bunyinya meyakinkan, tak?
Tapi nampaknya lepas sekian lama beroperasi, pelabur dalam JJPTR ni mula rasa kurang yakin dengan syarikat ni bila diorang bukan saja tak boleh login masuk akaun dalam website JJTR ni. Bila pergi office pun, office diorang tutup!
Beberapa hari lepas tu, pengasas skim pelaburan kontroversi JJPTR, Johnson Lee pun buat video untuk explain masalah syarikat yang diorang hadapi, iaitu ada orang hack akaun company diorang dan gunakannya untuk perdagangan forex.
Mulanya, ramailah yang bersangka baik, mungkin orang dalam syarikat tu perlukan masa. Siap ada beberapa testimoni yang kata diorang percayakan anak muda ni. Lepas tu yang tak boleh blah-nya bila dia dapat kepercayaan orang balik, dia kata yang dia akan refund semua duit pelaburnya dalam masa… *drumrolls* LIMA TAHUNNN!
Perkara ni lah kemudiannya menyebabkan pelaburnya buat laporan polis dan akhirnya menyebabkan Johnson Lee dan beberapa yang lain ditahan untuk siasatan. Pada September tahun lepas, Johnson Lee bersama dua kawan dia yang terlibat mengaku tak bersalah atas kesalahan menipu di Mahkamah Majistret.
2. Ustaz Kasanova, memperdayakan 13 wanita
Disebabkan muka dan perwatakannya yang nampak alim, ramai yang berjaya diperdayakan lelaki ni. Mohd Razis Ismail atau lebih dikenali ‘Ustaz Kasanova’ dipercayai menipu lebih 13 wanita menerusi pernikahan sindiket dan berpoligami tanpa kebenaran mahkamah.
Mangsa Ustaz Kasanova ni biasanya terdiri daripada pelajar institusi pengajian tinggi yang mempunyai ciri-ciri wanita solehah dan wanita berstatus janda yang mempunyai pendapatan tinggi. Macam ni, senang sikit la nak guna duit bini, ye tak?
Macam mana dia tipu mangsa-mangsanya? Dengan raut wajah ala Pak Lebai, dia ambil kesempatan ni dengan mendakwa yang dia masih bujang. Nak lebih yakin lagi, dia juga menggunakan gelaran Ustaz Arrozi Abdul Rahman dan Ibnu Ar Razi, dan siap pernah bagi beberapa ceramah agama lagi!
Tipu helah Ustaz Kasanova akhirnya terkantoi apabila salah seorang isterinya yang digantung tak bertali bertahun-tahun sedaya upaya cuba untuk memberitahu ramai pihak melalui media sosial dan juga melaporkan perkara ni kepada pihak polis.
Kes terawal yang direkodkan adalah pada 2007 bila dia mengaku sebagai imam untuk elakkan diri ditangkap JAIS, kahwin 11 orang pada tahun 2009, tapi cuma viral pada tahun 2012 lepas Harian Metro buat pendedahan. Selain tu juga, dia juga pernah menipu kumpulan nasyid, pecah amanah duit sekolah tahfiz dan masjid, kesemuanya untuk dapatkan duit untuk kahwin.
Ustaz Kasanova akhirnya berjaya ditahan pihak berkuasa pada 2016. dan akhirnya dijatuhkan hukuman penjara 17 bulan, 6 sebatan rotan, dan denda RM4,000 atas kesalahan perkahwinan dan poligami tanpa kebenaran.
Terinspirasi dari kaki perempuan, Giovanni Giacomo Casanova
Kalau korang kenal lelaki yang suka mempermainkan perasaan perempuan, diorang ni akan digelar sebagai playboy atau Kasanova macam ‘ustaz’ tadi. Tapi, korang tahu tak yang kasanova tu datangnya daripada seorang lelaki dari Eropah yang bernama Giovanni Giacomo Casanova?
Casanova terkenal disebabkan sifatnya yang kaki perempuan. Bukan tu je, sebab dia juga seorang kaki putar alam. Dia pandai memanipulasi bukan saja perempuan, tapi orang yang boleh bagi benefit kat dia. Dia adalah seorang pengintip, alchemist dan dalam masa yang sama, seorang mubaligh gereja di Kardinal Rom Katolik di Rom! Tapi, dia kemudiannya dipecat disebabkan perangainya – iaitu berskandal bukan sahaja dengan perempuan, tetapi juga pelajar lelaki.
Tak pastilah berapa ramai orang ditidurinya sepanjang hidup sebab dia nampaknya banyak melebih-lebih dalam novel penulisannya, menurut penyelidik buku penulisan Casanova.
Masalah kaki perempuan Casanova ni bukanlah berpunca daripada sesiapa pun, tapi diri sendiri sejak berumur belasan tahun lagi. Mangsa paling awal direkodkan adalah apabila dia berjaya menggoda gadis yang hampir seusianya, dan dalam masa yang sama, adiknya yang berumur 14 tahun.
Tak cukup teruk lagi? Casanova kemudiannya menggoda pula anak kepada salah seorang daripada perempuan tersebut, yang merupakan anak kandung dia sendiri hasil daripada hubungan tersebut.
3. Dr Ridzuan, doktor di Hospital Bahyah
Tinggi cita-citanya, nak jadi doktor. Tapi, sayangnya, “Dr Ridzuan”, atau kadang-kadang mahu dikenali sebagai “Datuk Dr Ridzuan” ni akhirnya tertangkap juga lepas setahun bermaharajalela kat Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah. Kes ni disahkan sendiri oleh Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Datuk Dr Norhizan Ismail pada tahun lepas.
“Bersama dia didapati kot berwarna putih, stetoskop dan dua tag nama iaitu Dr Ridzuan dan Datuk Dr Ridzuan,” – Datuk Dr Norhizan Ismail, dipetik dari Mstar.
Penyamaran “Dr Ridzuan” akhirnya berakhir bila dia marah seorang janitor/ cleaner sebab “tak buat kerja elok-elok”. Perkara tu disaksikan oleh beberapa orang pekerja hospital tu, dan salah seorangnya adalah seorang doktor senior. Rasa pelik sebab tak pernah tengok dan kenal betul-betul doktor tu, menyebabkan pihak hospital yang lebih senior terdetik untuk cari data dengan nama ‘Dr. Ridzuan’.
Nampaknya instinct dia betul sebab tiada rekod ditemui atas nama doktor tersebut. Penipu berumur 22 tahun tu kemudiannya ditahan di kawasan menunggu Klinik Pakar di hospital tersebut, tempat dia selalu mundar-mandir acah-acah busy.
Setakat yang kitorang tahu, beberapa hari lepas penangkapan tu, polis tunggu surat daripada Hospital Sultanah Bahiyah untuk hantar lelaki tu bagi penilaian psikiatri Hospital Bahagia di Tanjung Rambutan. Kitorang tak dapat pastikan pulak sama ada dia sakit mental, ataupun seorang con-man.
Kes ni bunyinya sangat familiar, kecuali part kena hantar psikiatri tu. Kalau korang pernah tengok filem “Catch Me If You Can”, korang mungkin akan rasa benda yang sama macam cerita ni, iaitu kisah seorang con-man paling popular, iaitu…
Inspirasi dari Frank Abgnale Jr, con-man yang terpilih untuk kerja dengan FBI
Frank Abgnale Jr lahir dalam keluarga yang bahagia. Tapi, kebahagiannya tak lama lepas kedua ibu bapanya bercerai semasa dia berumur 16 tahun, menyebabkan dia terpaksa memilih untuk tinggal dengan salah seorang je daripada penjaganya. Perkara ni membuatkan dia rasa tertekan, dan dia pun melarikan diri.
Dalam usia yang muda, dia terpaksa jadi licik untuk hidup seorang-seorang kat luar sana, dengan menipu sana-sini. Disebabkan dia punya tahap keyakinan punyalah tinggi, dia berjaya menyamar sebagai seorang co-pilot untuk Pan Am, dan terbang ke negara-negara lain. Dia dapatkan pakaian seragam dengan cara menipu syarikat penerbangan tu, kononnya dia kehilangan pakaian seragam.
Tak cukup dengan tu, dia kemudiannya menyamar sebagai seorang doktor (mungkin Dr. Ridzuan tadi terinspirasi daripada cerita ni?) di sebuah hospital di Georgia, tapi berhenti lepas dia hampir-hampir membahayakan nyawa seorang bayi bila dia tak faham jururawat guna term ‘blue baby’. Dia bertukar-tukar profesion dari semasa ke semasa. Dalam tempoh pelarian dia, dia berjaya cipta lapan identiti bukan saja juruterbang penerbangan, doktor, dan peguam, tapi juga ejen Biro Penjara A.S.
Segala pembohongan Frank akhirnya terbongkar pada tahun 1969, iaitu ketika berumur 21 tahun. Dia ditangkap oleh polis sewaktu berada di Montpellier, Perancis setelah dilaporkan oleh bekas kekasihnya, seorang pramugari.
Frank dibicarakan dan menjalani hukuman di beberapa buah negara atas kesalahan yang dilakukannya. Dia pernah cuba untuk melarikan diri, tapi gagal. Pada tahun 1974, hukuman penjara Frank dikurangkan dengan syarat, dia kena tolong kerajaan dalam membanteras jenayah pemalsuan cek, tanpa sebarang gaji.
Disebabkan kepakarannya juga, Frank kemudiannya menawarkan khidmat nasihat kepada pelbagai badan organisasi termasuk FBI mengenai masalah penipuan dan cara mencegahnya. Bukan setahun dua, tapi selama 40 tahun! Sejak itu, bermulalah kerjaya Frank sebagai perunding keselamatan kewangan sebelum menubuhkan syarikat perunding keselamatannya sendiri, Abagnale & Associates.
Boleh ke nak elak scammer?
Sebenarnya, ramai je lagi scammer dan con-men yang ada kat seluruh dunia ni, cuma kitorang tak larat je nak senaraikan semua orang sekaligus. Itu pun yang kita tahu, padahal ramai je lagi yang kita tak tahu. Senyap-senyap, tahu-tahu je larikan duit orang, atau pergunakan orang untuk kepentingan peribadi.
Kat negara kita pun, kes macam ni nampaknya semakin banyak terjadi, sampaikan banyak je page didedikasikan untuk penipu-penipu ni, contohnya macam Scammer Alert (Malaysia), Senarai Penipu Online Malaysia Detail [scammer], Malaysia Anti-Scam Partnership, Ponzi Scheme Alert in Malaysia, dan macam -macam lagi! Page macam ni bukan saja untuk tolong orang yang kena tipu tu dapatkan justice, tapi dalam masa yang sama juga supaya orang lain tak tertipu dengan scammers yang wujud kat negara ni.
In case korang rasa ada benda tak kena dengan orang yang korang deal, korang bolehlah:
- Lapor ke polis: Biasanya kes macam ni akan disiasat di bawak Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 1993. Pastikan korang sediakan nama pihak yang menipu korang tadi dan lagi cun kalau korang dapat sertakan no. telefon, alamat, kad pengenalan dia.
- Lapor ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK): Samada di pejabat ataupun kat page FB..
- Tribunal Tuntutan Pengguna: Samada di pejabat ataupun secara online.
- Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA): Dorang boleh bagi legal service dan ajar korang macam mana nak selesaikan krisis penipuan yang korang hadapi. Korang boleh hantar aduan secara online di sini.
- Bank Negara Malaysia (BNM): Kalau MLM tu melibatkan deposit tanpa lesen macam kes Pak Man Telo tadi, boleh laporkan ke BNM. Pastikan korang ada bukti yang kukuh!
- Biro Pengaduan Awam (Jabatan Perdana Menteri): Buat aduan secara online kat sini.
Jadi, ambiklah iktibar sebab terlampau banyak dan terlampau mudah orang kita tertipu dengan scammer sama skim cepat kaya, travel terlampau murah, dan apa-apa saja yang too good to be true. Sebab tu la kita kena rajin juga ambik tahu pasal hal yang berlaku dalam dan luar negara. Korang juga boleh double-check dulu dengan orang yang korang deal tu dalam website SCAM.MY ni melalui nama, telefon, butiran bank dan banyak lagi!
- 360Share sekarang!
- Email4
- Facebook356
- Share