Cerita 5-Minit: Betul Ke Hotel Di Malaysia Lambatkan Check-in Ke 4PM? Kami Periksa…

Netizen dah bersuara pasal isu hotel melambatkan masa daftar masuk dan mempercepatkan masa daftar keluar. Kepala tak sempat baring pon dah nak kena tendang keluar ni dah kenapa? Tapi betul ke isu ni semakin bertambah teruk?

Untuk kaji benda ni, kitorang senaraikan masa check-in/check-out untuk 100 hotel kat seluruh Malaysia menggunakan Booking.com & Agoda. Kitorang petik 5-9 hotel untuk setiap negeri pastu kira jumlah masa korang dapat duduk dalam bilik tu untuk penginapan satu malam.

Keputusan

3 negeri teratas dengan hotel yang membenarkan korang tidur paling lama adalah Terengganu (22jam 7minit), Sarawak (21jam 46minit) dan Selangor (21jam 37minit). 3 negeri paling kedekut pulak adalah Perak (20jam 45minit), Putrajaya (20jam 50minit), dan Pahang (20jam 56minit).

Kalau tengok waktu daftar masuk dan keluar, kebanyakan hotel tetapkan waktu masuk pada 2-3PM dan keluar pada 11AM-12PM. Walaubagaimanapun, ada jugak citer pasal hotel yang lambatkan waktu masuk diorang ke 4PM sambil mengekalkan masa 12PM untuk keluar. Camne boleh jadi?

Sebab paling biasa adalah kekurangan kakitangan. Hotel selalunya nak sediakan suasana bersih dan selesa untuk pelanggan, jadi pengemasan bilik kena dijaga. Namun, untuk hotel kecik, peningkatan bilangan tetamu pada musim cuti boleh menyebabkan masa daftar masuk dilewatkan.

Jadi dia bergantung kepada hotel yang korang pilih dan masa yang diorang dah tetapkan. Menurut kajian kitorang, 2 hotel memang hanya bagi masuk pada pukul 4PM. Tapi ada juga hotel yang bagi duduk 24 jam.

Tapi ni masih tak menjawab soalan utama: Kenapa hotel-hotel ni pendekkan tempoh masa penginapan korang tapi masih kekalkan harga yang korang kena bayar?

Apa tindak balas gomen?

Menurut kenyataan oleh Kementerian Pelancongan, diorang tengah memantau isu ni dan akan mintak penjelasan dari pihak hotel. Korang juga boleh hantar apa-apa aduan kepada emel diorang, [email protected].

Setakat ni, tiada tindakan yang telah diambil terhadap hotel-hotel ni sebab diorang dah memang paparkan masa diorang. Namun, ramai dah mendesak supaya waktu daftar masuk dan keluar diseragamkan supaya pelanggan dapat menikmati tempoh penginapan yang diorang dah bayar untuk.

Pape pon, cuba kongsi pendapat. Apa kerajaan patut buat untuk selaraskan waktu daftar masuk dan keluar kat semua hotel? Patutkah hotel yang melambatkan waktu daftar masuk bilik? 

Kalau nak tengok liputan kitaorang tentang cerita ni di media sosial, lawatilah Instagram, Facebook, Twitter, dan TikTok Soscili.

Kalau nak baca cerita-cerita lain macam ni, layarilah laman web kami.