Lelaki Filipina menyamar jadi awek cun, tapi kena troll balik kat Skype!

(Click here to read this article in English.)

Semakin canggih dunia teknologi, semakin canggih jugak la cara orang buat jenayah. Korang mungkin pernah dengar pasal group pedofil Malaysia kat Telegram yang share gambar budak-budak kecik untuk memuaskan nafsu mereka. Malah ada pedofil yang guna app macam WeChat untuk ‘online grooming’, iaitu mengumpan budak-budak bawah umur untuk melakukan seks!

featured-image-rage-expose-1024x576
Artikel kami mengenai ‘online grooming’. Klik untuk baca.

Tapi korang jangan ingat budak-budak kecik je yang boleh jadi mangsa jenayah kat Internet… malah orang tua-bangka pun sama. Sekarang ni ada fenomena scam yang dipanggil sebagai ‘catfishing’. Cara dia mudah je:

  1. Awek cun entah datang dari mana tiba-tiba chat dengan korang
  2. Dia cuba dapatkan gambar tak senonoh korang
  3. Dia ugut akan sebarkan gambar tersebut kalau korang tak bagi duit

Catfishing ni makin menjadi-jadi sekarang, dan jumlah kes yang dilaporkan telah meningkat setiap tahun semenjak 2014.

Jadi apa yang kami nak cerita ni adalah kisah benar…

Ada seorang bernama Bob bagitau kami tentang kawan dia yang kena scam. Kawan tu diugut sebanyak RM5000 kalau dia tak nak gambar bogel dia tersebar. Dia dah bayar, tapi scammer mintak lagi RM3000. Bila dah tak tahan, kawan dia post sendiri gambar-gambar tu kat Facebook, mengatakan yang dia sedang diperas ugut.

Gambar profile scammer tersebut kat Skype.

Bob pun jumpa scammer tersebut secara online, yang kita akan panggil sebagai Diane, dan bagi friend request kat Facebook.

“Bila saya dengar cerita ni, saya fikir ‘Biar aku troll minah ni’ jadi saya hantar friend request. Tak lama lepas tu dia approve, dan lepas beberapa hari dia bagi mesej ‘Terima kasih sebab approve’. Padahal saya yang add dulu kot.” – Bob, dalam interview dengan CILISOS.

Beberapa jam lepas tu, Bob dapat tau fakta-fakta yang sangat menarik dalam dunia Catfishing…

1. Amoi cun yang korang tengah tengok kat webcam tu… kemungkinan besar adalah seorang LELAKI

Diane kata dia asal dari Taiwan tapi sekarang bekerja kat New York. Gambar Facebook dan Instagram dia menunjukkan gambar seorang gadis yang “suka enjoy, suka tangkap selfie, suka pakai baju berjenama dan beg Chanel.”

“Yang kelakarnya, profail Instagram dia kata dia seorang ‘Gadis simple yang mencari lelaki simple berjiwa besar'” – Bob

Realitinya, Diane adalah seorang lelaki Filipino. Macam mana mereka tau? Sebab bila kawan Bob nak transfer duit, Diane kena bagi nama penuh dan alamat dia. Rupa-rupanya, Filipina adalah negara ketiga paling terkenal dengan jenayah ni selepas Afrika Barat dan Russia; dan selalunya mereka ada sindiket untuk scam orang serata dunia.

Sindiket catfishing yang ditangkap kat Filipina. Klik untuk tengok video.

Akaun palsu kat FB dengan Instagram ni selalunya menggunakan gambar yang dicuri. Malah kadang-kadang orang yang gambar dia kena curi ni pun jadi mangsa, contohnya ada seorang wanita yang hampir dibunuh oleh seorang lelaki yang menyangka mereka ada hubungan secara online sejak bertahun-tahun.

Benda ni lebih kurang macam mana cybertrooper kita buat kerja la, sampaikan gambar orang yang dah mati pun diam ambik untuk spam komen #respectmyPM.

Artikel kami mengenai cybertrooper, klik untuk baca.

Ok, berbalik kepada catfishing tadi. Gambar amoi cun tu tadi hanyalah umpan untuk menarik minat korang. Bila umpan dah mengena, barulah parah jadinya…

2. Dia memang pandai berkata-kata, boleh cair jadinya

 

Jangan ikut resmi lebah.

Bila Diane bagi mesej first, Bob agak terkejut sebab waktu tu awal pagi dan Bob agak sibuk.

“Bila saya dapat mesej tu, saya terkejut sebab saya tak ready lagi kot! Jadi saya pun mula buat cerita la. Saya kata saya ni seorang Cina Malaysia, 42 tahun, dan kerja jual senjata api.” – Bob.

Bob bagi kami screenshot perbualan mereka, tapi part Diane dah hilang sebab akaun FB dia dah kena delete. Jadi kami tambahkan nota kami sendiri berdasarkan apa yang Bob Ingat. Perbualan ni bermula bila Bob kata yang dia pun duduk kat New York (sama macam Diane).

“Dia ambil masa sebelum kata dia duduk kat Buffalo, so saya rasa dia Google dulu untuk lokasi yang cukup jauh supaya mustahil kalau nak berjumpa. Tapi bila dia kata hari dah malam untuk tangkap gambar, tu memang genius la, sebab dia tak lupa jam kat sana pukul berapa.” – Bob

Walaupun alasan dia memang first-class, Bob kata bila bersembang dia boleh perasan cerita Diane agak tak konsisten. Contohnya bila Diane ucap terima kasih pada Bob, reply tu nampak macam copy-and-paste.

“Saya fikir mungkin sebab dia sedang bercakap dengan beberapa orang pada satu masa, so of course dia terlepas benda-benda kecik ni.” – Bob.

Bob kata yang Diane ni memang direct yang dia nak bersuka-suka je. Jadi Bob cuba bersembang acah-acah deep sikit dengan Diane, tapi gagal.

Tapi kemudiannya, Bob terpaksa berbual melalui webcam…

3. Kalau dia mintak guna program chat yang lain, berhati-hatilah…

Webcam ni memang senang je boleh kena hack sebenarnya. Klik di sini untuk baca artikel kami mengenai hacking.

Walaupun kat FB boleh guna webcam, Diane mati-mati jugak nak guna Skype. Bob kata ini mungkin disebabkan dekat Skype, Diane boleh guna program yang ‘menipu’ Skype dengan memaparkan video. Jadi korang mungkin fikir yang korang tengah chat dengan awek kat webcam tu, padahal video tu dah dirakam terlebih dahulu.

So sekarang Bob ada problem. Dia tak nak tunjuk muka dia yang sebenar sebab scammer ni boleh senang-senang je edit muka dia ke gambar bogel, dan dia takut kalau scammer ni punyalah advanced sampai boleh hack ke smartphone atau komputer dia melalui program tersebut.

Manalah tau kat Skype ada kelemahan yang membolehkan scammer ni hack ke dalam komputer. Benda macam ni dipanggil Zero-Day Vulnerability yang memerlukan seorang hacker yang hebat. Saya tak fikir scammer RM5 ribu ni boleh buat, tapi kena berjaga-jaga jugak la.” – Bob.

Kat Internet memang banyak sofware yang boleh ‘tipu’ webcam dengan memainkan video.

Jadi dia pun guna helah yang sama. Dia pura-pura jadi noob supaya dia sempat beli telefon baru dan buat video palsu dia sendiri. Diane siap tolong dia lagi macam mana nak install Skype.

“Nampaknya dia ni bukan je pandai dalam bidang fesyen… tapi pakar dalam Skype. Hahaha.” – Bob.

Bila dia dah setup webcam video chat semua, Bob nampak muka Diane buat kali pertamanya.

“Sah orang yang lain daripada gambar-gambar sebelum ni, dalam t-shirt biru tanpa make-up. Tapi tak jauh sangat beza la. Mula-mula dia tak gerak pun, saya rasa sebab dia lupa nak tekan play kot.”

“Dia tanya kenapa webcam saya tak dipasang, saya cakap sebab ex-girlfriend saya tengah tidur jadi saya tak nak kejutkan dia. Terus dia mintak saya pergi bilik air, sebab dia nak tengok kote saya.” – Bob.

Bila Bob nak dengar suara dia, Diane kata mic dia rosak dan mak dia tengah tidur kat bilik sebelah (ofkos lah, kalau mic dia elok kang sat lagi dengar suara garau Filipino pulak). Diane pun makin tak sabar mintak nak tengok muka Bob, dan waktu ni Bob perasan yang…

4. Dia ada taste yang sangat spesifik… iaitu Asian dan banyak kawan kat Facebook

Dah lama Bob bertangguh-tangguh, akhirnya kena tunjuk jugak muka dia kat Diane. Ingat tak kami kata yang Bob nak buat video palsu dia sendiri? Ini dia:

Video palsu yang Bob paparkan.

Diane punyalah marah, bukan sebab video ni palsu, tapi sebab ianya video orang putih.

“Dia punyalah marah, dia kata “I ingat you kata you Chinese!” Dan saya reply kata saya sebenarnya Cina kacukan. Dia padamkan video tapi kami masih online. Mungkin dia nak check perbualan Facebook kami, tapi saya dah block, dan lepas tu dia marah “Kenapa you block?”

Tapi dia memang tak pecah karakter la. Dia mula maki-hamun saya, kata “Sebab lelaki macam you yang buat I benci semua lelaki, penipu!” Agaknya dia masih lagi nakkan saya tunjuk gambar saya. Tapi apa pun memang hebat la.” – Bob.

Bob rasa scam macam ni mempergunakan rasa malu pada mangsa, dan orang Asia memang target nombor satu sebab kita biasanya lebih konservatif dan selalu nak jaga muka (dan bahagian badan yang lain). Berdasarkan pemerhatian, Bob kata ini mungkin kriteria-kriteria mangsa yang ideal:

  1. Banyak kawan kat Facebook. Lagi banyak kawan, lagi banyak orang dapat tengok gambar tak senonoh korang.
  2. Selalu post dan dapat like kat FB. Kalau korang buat friend list tu private pun, scammer dapat cari kawan yang mana satu like dan komen kat status korang.
  3. Ada banyak subscribers. Lagi popular, lagi bagus.
  4. Yang tak single. Yang single pun kena, tapi agaknya kalau ada girlfriend lagi malu kot.

Hubungan Bob dan Diane akhirnya berakhir dengan pasrah…

“Kata-kata akhir dia adalah “Ini adalah penghujung perbualan kita. I tak nak cakap dengan you lagi. Goodbye.” Sekurang-kurangnya ada budi bicara nak kata goodbye.” – Bob

So apa nilai murni dan pengajaran yang kita boleh ambil daripada drama telenovela ni?

Kalau ada awek hot tiba-tiba mesej korang, muhasabah diri tu dulu

Mangsa kes scam macam ni bukan lelaki gersang je, malah perempuan dan  gay pun turut sama. Mungkin la kita fikir mangsa scam ni semua fikir tak guna kepala otak, tapi guna kepala lain.

Tapi walaupun dah banyak kes-kes macam ni keluar kat berita, kenapa ada lagi yang kena? Sebenarnya, kebanyakan orang kena tipi bukan je sebab masing-masing kesunyian, tapi sebab Internet membolehkan kita menjalin hubungan emosi tanpa perlu komitmen dan/atau risiko kena jumpa.

“Yang peliknya. Saya tau scammer ni seorang lelaki, tapi saya masih rujuk dia sebagai seorang perempuan… macamlah karakter palsu dia tu adalah benar. Benda ni memang boleh kacau kepala otak.” – Bob.

“So here’s the funny thing. I knew the scammer was a man from the beginning, but I still refer to him as “her”… as if she’s a real person. That’s how much it can screw with your mind.” – Bob

Sama macam ramai orang yang kena scam, kawan Bob tak buat laporan polis pasal Diane tadi meskipun dah ada nama betul dan alamat dia. Bukan je sebab takut gambar tu disebarkan, tapi malu sebab kena tipu. Jadi biasanya mangsa ni semua nak lupakan benda yang lalu dan move on dengan hidup.

Macam mana nak selamat di Internet

Kat Internet memang dah banyak panduan macam mana nak elakkan benda-benda macam ni, jadi kami cuma akan ringkaskan benda-benda paling penting:

  • Search balik gambar profile tu kat Google. Kebanyakan gambar ni dicuri daripada website entah mana.
  • Kalau dia beria-ia sangat nak ‘bersuka-ria’, ada la yang tak kena tu.
  • JANGAN kata atau hantar apa-apa yang korang tak nak dedahkan dalam dunia sebenar.
  • Kalau awek ni terlalu cun, terlalu kaya, terlalu berjaya, dan tak mungkin tertarik pada korang dalam dunia nyata, besar kemungkinan mereka takkan tertaik pada korang secara online. Kebenaran itu menyakitkan.
  • Kalau korang merupakan mangsa atau inginkan sebarang bantuan, hubungi Cybersecurity Malaysia kat 1-300-88-299 atau bagi mesej ke 019-266 5850.

Akhir kata, bunga bukan seekor, kumbang bukan sekuntum. Tapi bunga kat Internet dan Skype hanyalah sekadar emoji.