Cakap rendang ayam tak garing, orang Malaysia mengamuk pada juri MasterChef UK

Menang atau kalah tu memang adat sesebuah pertandingan. Tapi baru-baru ni, netizen Malaysia kurang berpuas hati dengan penyingkiran seorang peserta Masterchef UK yang berasal dari Malaysia, iaitu Chef Zaleha Kadir Olpin. Sebabnya, komen Gregg A Wallace, pengacara TV dalam rancangan Masterchef UK tu nampaknya macam tak boleh pakai bila dia komen dan mengatakan masakan ayam rendang yang dimasak Chef Zaleha tak garing!

Datang Malaysia la, baru tahu garing tak garing rendang ayam. Imej dari Youtube.

Bukan setakat tak garing, sos (rendang) kat atas ayam tu juga menyebabkan dia tak boleh makan ayam tu. Chef John Torode pulak komen dan mengatakan yang ayam tu kurang rasa dan agak keras – tu kita tak boleh komen sebab kita tak rasa. LOL. Jadi, perkara ni la yang menyebabkan Masterchef UK terus-menerus dikritik netizen.

Imej dari twitter
Tak cukup dengan tu, Chef sekali lagi menambahkan rasa sakit hati orang Malaysia . Imej dari twitter

Tapi, tenang semua! Kita jangan sedih sebab rakyat Malaysia memang power dalam bab-bab masakan. Sebabnya ada je contestant lain yang berjaya naikkan nama Malaysia melalui masakan masing-masing, contohnya macam…

1. Diana Chan: Bergelar juara dengan masak ikan merah asam pedas!

Diana Chan dan trofinbya.Imej dari stuff.co

Anak kelahiran Johor Bahru ni berjaya memenangi Masterchef Australia 2017 dengan masakan ikan merah masak asam pedas, mengalahkan penentangnya, Ben Ungermann dengan hanya beza satu mata!

Malah, kemenangan tu dikatakan untuk kedua ibu bapanya yang dah mengembangkan minatnya dalam memasak sebab diorang selalu memasak bersama dan mencuba resepi baru.

Walaupun  Australia ada beberapa restoran makanan Malaysia, dia berpendapat yang ia bukanlah yang terbaik, dan bercadang untuk membuka restoran yang boleh menyajikan makanan yang lebih baik.

“Saya berharap dapat membantu orang memahami makanan Malaysia dan Singapura yang sangat baik, dan budaya dan etnik yang berbeza di sini,” – dipetik dari Straitstime.com

2. Emily Loo: Peserta Masterchef Australia 2014 yang memperkenalkan Laksa Sarawak

Emily Loo, Top 24 Masterchef Australia 2014. Imej dari sina.com

Emily Loo pula merupakan pelajar kejuruteraan biomedikal, tapi dia lebih tertarik dalam bidang kulinari. Jadi,dia pun memilih untuk menyertai Masterchef Australia pada tahun 2014, dan terpilih dalam Top 24.

Dalam salah satu episod rancangan realiti tu, Emily memilih untuk menyediakan Laksa Sarawak. Apa yang menarik, laksa tersebut dipuji oleh ketiga-tiga juri Masterchef Australia tersebut.

Korang yang rasa nak buat sendiri laksa yang best boleh belajar kat sini!

3. Adam Liaw: Pemenang Masterchef Australia 2010 serta punyai rancangan TV sendiri

Sebelum Diana Chan, Adam Liaw terlebih dulu mengukir nama di Australia pada tahun 2010.

Adam Liaw, pemenang MasterChef Australia 2010. Imejd dari junkee.com

Selepas 8 tahun menang, dia sekarang mempunyai buku masakan dan rancangan TV sendiriDestination Flavour. 

Salah sebuah buku masakan Adam. Imej dari hachette.com

“Saya cukup bernasib baik untuk terus melakukan pelbagai perkara yang luar biasa,” katanya. “Dan saya sangat berterima kasih atasnya.” – Adam Liaw, dipetik dari MasterChef Australia.

Rakyat Malaysia selalu bersatu bab-bab makanan

Kalau korang tengok komen dalam media sosial, korang boleh nampak yang orang Malaysia, tak kira Melayu, Cina India gigih betul bersatu mempertahankan rendang sebagai salah satu makanan tradisi Malaysia. Kat sini la kita nampak macam mana rakyat Malaysia boleh bersatu bila cakap pasal makanan dan masakan kita. Lebih-lebih lagi bila bersangkut paut dengan khazanah tradisi kita, dan merupakan salah satu daripada warisan tak ketara (intangible heritage), menurut Jabatan Warisan Negara. 

Rakyat Malaysia ni tak kira kaum, mesti muhibbah bab makanan. Imej dari instagram

Kitorang juga sokong kuat dengan pendirian tetap Chef Zaleha Kadir Olpin, yang tak tunduk dengan kritikan pihak Barat pasal masakan Asia, khususnya makanan Malaysia. Malah, dia juga post dalam instagram dengan mengatakan walaupun dia dapat kritikan tu, dia takkan ikut cara masakan Barat – dia akan kekal dengan cara masakan tradisional rendang Malaysia <3