Akhirnya terbongkar, budaya ‘subkon bercabang’ dalam kerajaan

Bila cerita pasal tender kerajaan ni, macam-macam cerita yang akan keluar. Selalunya, bila kerajaan buka tender, ramailah yang akan berlumba-lumba untuk mendapatkannya. Akan tetapi, ada juga yang mendapat tender melalui rundingan terus tanpa menggunakan konsep ‘open tender‘. Contohnya, 101 projek bernilai RM6.61 bilion yang dibuat secara rundingan terus oleh Kerajaan PH sebelum ni (isu ni Menteri Kewangan kita, Tengku Zafrul yang bongkarkan).

Sebenarnya bila masuk bab open tender ni agak susah juga la kerana ramai syarikat yang akan bersaing demi mendapatkannya. Namun, ia makin susah apabila ada dua perkara ni berlaku, iaitu orang dalam dan rasuah.

Pada mulanya, ramai la yang akan bertungkus-lumus bersaing habis-habisan demi mendapatkan tender tu, tetapi bila dah dapat, mula la muncul satu perkara yang sering dilakukan oleh syarikat, iaitu…

Subkon — syarikat terakhir yang menanggung kesusahan

Isu subkon ni dah lama wujud sejak dulu lagi, kepada yang tak tahu apa itu subkon, satu kontrak antara pihak kepada kontrak asal dan pihak ketiga, selalunya pihak ketiga la yang akan lakukan segala atau sesuatu bahagian kerja atau bahan yang diperlukan dalam kontrak asal. ‘Subkon’ kalau nak faham, ia satu singkatan untuk ‘sub kontrak‘.

Bayangkan pada mulanya, syarikat yang inginkan ‘tender‘ kerajaan mengatakan akan melakukan segalanya ibarat ‘lautan api sanggup ku renangi’. Hal ini kerana ‘tender‘ dari kerajaan akan diberikan dana dengan jumlah yang banyak. Siapa je tak nak, kalau dah bagi duit yang banyak untuk jalankan sesuatu projek, kadang-kadang tu jumlah kos projek kurang daripada dana diberikan.

Namun, bila dah dapat tender ni, mula la kerja tidak jalan atau takpun mereka akan memberikan projek tu kepada orang lain dan ia berlanjutan sampai la ia diterima oleh syarikat yang boleh jalankan projek tu.

Semalam, satu ciapan telah dimuat naik di Twitter mengenai budaya ‘subkon’ kerajaan. Katanya dia pernah dapat kerja pasang PC di ofis kerajaan melalui kawan. Bila kerja dah siap, kerta kerja dihantar, baru dapat tahu yang dia merupakan ‘subkon’ peringkat lima atau kelima.

Lepas tu, seorang pengguna twitter bertanyakan apakah itu ‘subkon’, lalu ada orang lain yang menjawab pertanyaan itu melalui infografik.

Kalau ciapan ni ada yang tak nampak, takpe, kami bagi infografik tu di bawah:

Ada yang faham tak dengan infografik ni? Imej dari ariffudin_sahak (twitter).

Kami akan huraikan infografik di atas dengan menggambarkan situasi.

Syarikat A (main con) menerima satu tender dari kerajaan untuk membaiki peranti komputer ofis kerajaan dan dana mereka terima sebanyak RM100,000. Akan tetapi, syarikat A tidak menjalankan projek tu, sebaliknya mereka bagi projek itu kepada syarikat lain iaitu syarikat B (subkon 1). Dana tu syarikat A ambil hampir separuh daripadanya iaitu RM40,000 dan lagi RM60,000 mereka bagi kepada syarikat B.

Namun, perkara sama berlaku seperti situasi di atas, syarikat B tak jalankan langsung projek tu lepas tu bagi pula ke syarikat C (subkon 2) serta mengambil juga dana tu, iaitu sebanyak RM20,000 dan lagi RM40,000 mereka bagi kepada syarikat C.

Masih sama lagi situasinya, syarikat C pun tak buat juga projek tu, lepas tu mereka pun sama bagi projek tu kkepada syarikat lain, iaitu syarikat D (subkon 3) dan dana tu pun mereka ambil juga sebanyak RM10,000, lagi RM30,000 mereka bagi kepada syarikat D.

Berulang-ulang situasinya, di mana syarikat D pun hampeh tak buat juga projek tu, mereka pun bagi projek tu kepada syarikat lain, iaitu syarikat E (subkon 4). Dana pun mereka ambil sedikit, sebanyak RM10,000 dan selebihnya, RM20,000 diberikan kepada syarikat E.

Syarikat E pun sama dua kali lima, tak buat juga projek tu, bagi juga kepada syarikat lain iaitu syarikat F (subkon 5). Dana pun mereka ambil sebanyak RM10,000 lagi RM10,000 tu mereka bagi kepada syarikat F.

Akan tetapi, syarikat F ni tak bagi projek kepada orang lain, sebaliknya mereka jalankan juga projek itu dengan dana yang sedikit atas sebab terpaksa kerana tiada pekerjaan.

Bayangkan mereka buat ni pun dapat untung sedikit je, kerana kos penciptaan aplikasi tu memakan kos sebanyak RM9,800, jadi syarikat F hanya untung RM200 saja, itupun mereka dah habis potong jumlah kos beli barang baiki komputer dengan harga berpatutan demi mendapatkan keuntungan (yela, siapa tak nak dapat keuntungan, kalau tak dapat untung kiranya buat kerja percuma je la).

GIF dari giphy.

Isu ‘subkon’ yang pernah berlaku di Malaysia

Agak kontroversi juga bila kita masuk isu ‘subkon’ ni, tapi kami berikan sedikit beberapa mungkin atau ye ini adalah isu ‘subkon’ tetapi ciri-cirinya kita boleh nampak. Kita bagi satu isu ‘subkon’ di bawah:

Ada juga netizen membongkarkan satu majlis untuk perolehan tender, di mana sebuah syarikat memberikan ‘tender‘ kepada syarikat lain. Nampak tu, sampai buat majlis lagi semata-mata untuk bagi ‘tender‘ kepada syarikat lain. Boleh tengok ciapa di bawah ni:

Imej dari Brotherhood Kuantan.