Buah kote mamak? 7 nama tumbuhan yang lawak kat Malaysia

(Click here to read this article in English)

Lebih kurang dua pertiga negara Malaysia diliputi dengan tumbuh-tumbuhan dan kita sudah mengenal pasti sebanyak 21,227 jenis dan ada kemungkinan kita akan jumpa banyak lagi. Jadi cuba korang bayangkan betapa jenuh ahli saintis nak kena namakan satu persatu tumbuhan ni. Kita yang ada anak empat pun pening nak namakan yang kelima, apetah lagi nama tumbuhan yang dah ada banyak gila.

Kami tak berapa pasti samada orang yang kasi nama kat tumbuhan ni memang sengaja main-main atau pun dah memang takde idea. Tapi yang penting setengah nama tumbuh-tumbuhan ni memang kelakar. Nasib baik juga tumbuhan ni tak pergi sekolah sebab kalau tak confirm kena buli.

So di hari Jumaat yang syahdu ni, jom kita layan 7 nama tumbuhan yang kelakar kami jumpa…

1. Pokok babi kurus

pokok-babi-kurus
Mana babi? Tak nampak pun.. Imej dari america.pink

Nama Saintifik: Crudia scortechinii

Kat dalam dunia ni ada dua benda yang kami tak pernah nampak babi buat, iaitu terbang dan menjadi kurus melainkan korang bercakap pasal Tikus Belanda yang takde bulu. Yang tu kurus la kot tapi ia tak dikira sebagai babi.

Pokok ni sebenarnya adalah tergolong dalam keluarga kacang iaitu Fabaceae dan sering dijumpai kat semenanjung Malaysia terutama sekali Perak, dan juga beberapa negara ASEAN. Pokok ni juga boleh ditemui kat kawasan hutan bukit dan kawasan tanah rendah.

Tapi yang sedih pasal tumbuhan ni adalah ia masuk dalam status ‘terdedah’ maksudnya pokok ni dua pangkat bawah dari status pupus. Salah satu sebab benda ni terjadi of course adalah hasil dari pembalakan yang sedang meluas kat Malaysia.

2. Bunga Tahi Ayam

pokok-bunga-tahi-ayam
Imej dari phillipoliver.blogspot.com

Nama Saintifik: Lantana Camara

Kalau korang mengharapkan sebiji bunga yang rupa dia macam tahi ayam, kami minta maaf sebab rupa bunga ni sebenarnya sangat cantik. Tapi mana datangnya nama tu? Kami rasa lah, mungkin sebab bunga ni mengeluarkan satu bau yang sangat tak wangi, so dari situ lah kot.

Tumbuhan yang berasa dari kehutanan Amerika ni sampai kat Malaysia apabila pedagang Sepanyol telah bawa datang pada abad ke-19 di mana ia telah menjadi terkenal sebagai satu tumbuhan semak samun, nak lagi best pokok bunga ni tajam dan beracun untuk menghalang ia dari kena kacau oleh serangga.

Walaupun pokok bunga ni macam ‘anti-sosial’ tapi ia masih cantik untuk dilihat, macam awek kat dalam office, tengok boleh tapi tak boleh tegur haha, Seriously, pokok bunga Tahi Ayam ni banyak faedah sebenarnya. Kalau korang hancurkan daun bunga ni ia boleh digunakan untuk sembuh luka, kudis, ekzema, demam, dan banyak lagi. Kalau nak tau boleh tekan kat sini untuk baca list penuh kelebihan bunga tahi ayam.

3. Pokok minyak beruk

pokok-minyak-beruk
Pokok ni boleh tumbuh setinggi 30 meter. Imej dari wikipedia.

Nama Saintifik: Xanthophyllum spp (spp tu untuk beberapa spesis)

Bila kami kata “untuk beberapa spesis” ini bermaksud semua pokok jenis Xanthophyllum dikenali sebagai minyak beruk. Dalam bahasa Iban pula ia dikenali sebagai nyalin. Tapi antara banyak-banyak nama asal ‘minyak beruk’ juga jadi pilihan?

minyak-beruk
Jangan risau, tiada beruk yang cedera untuk menghasilkan gambar ni, Imej dari pssskselepong.wordpress.com

Tu kami tak pasti, mungkin sebab pokok ni boleh hasilkan minyak yang bau macam beruk? Ntah lah tapi apa yang kami tau adalah keluarga pokok Xanthophyllum ni ada 94 jenis dan semuanya dinamakan minyak beruk dan ada setengah jenis tu kita boleh makan tau. Nak tau yang mana satu? Tekan kat sini!

4. Pokok Ubah

pokok-ubah
Gambar dari botany.szu.edu.cn

Nama Saintifik: Glochidion spp

Nama  macam parti politik dah, tapi Pak Jibby tak perlu risau sebab pertama sekali, Glochidion Insulare (iaitu salah satu jenis dalam keluarga Glochidion) sangatlah susah untuk ditemui. Malah ia hanya pernah dilaporkan sekali je terjumpa, iaitu kat Penang. Tapi jenis-jenis lain pula macam Glochidion symingtonii boleh cari kat dalam hutan kawasan Gunung Peninjau, Perak.

Secara total, ada lebihi kurang 300 jenis Glochidion ni, dan kalau berminat nak tengok pokok ni mungkin korang boleh join kumpulan pencinta alam ni dan hiking kat kawasan hutan simpan Gombak sebab kat situ korang boleh jumpa Glochidion carrickii.

5. Buah kote mamak

kote-mamak
Buah totey mamak. Imej dari wangolds.com

Tu serious nama betul, kami tak main main! Buah kote mamak ni secara kebetulan pula boleh dimakan dan ia datang dari keluarga sama macam kacang dan merupakan ahli keluarga pokok Fabaceae Saudara mara pokok babi kurus lah ni.

Ia dikatakan mampu mengubati sakit seperti darah tinggi dan juga diabetis. Tapi buah ni ada lagi satu kegunaan yang menjadi permintaan orang yang dah berkahwin, iaitu ia boleh diproses menjadi bahan prestasi alat kelamin lelaki.

Emm okay…. tumbuhan seterusnya…

6. Rumpai Miang Mexico

rumpai
Imej dari The Rakyat Post

Nama Saintifik: Parthenium hysterophorus

Tahun lepas percaya atau tidak, tumbuhan ni jadi famous bila ia telah dilaporkan mampu buat badan korang gatal gila sampaikan boleh bunuh orang. Malah kami ada cover pasal kejadian tu, kalau nak baca boleh tekan kat sini. Mungkin ada yang tertanya, asal nama dia Miang Mexico? orang sana suka kacau anak dara ke? Kebetulan Mexico telah dinobatkan sebagai top 10 negara yang gatal.

Okay kita dah lari topik ni haha, sebenarnya pihak kerajaan telah mengeluarkan amaran kepada orang ramai supaya tak sentuh rumpai ni sebab ia boleh kasi seseorang tu alahan yang teruk Benda jadi teruk sangat sampaikan Jabatan Pertaninan telah buat satu pasukan khas untuk musnahkan tumbuhan ni tapi ia bukan lah satu benda yang mudah sebab rumpai ni tumbuh dengan meliar dan boleh hidup kat kawasan yang gusar.

Dan korang tau tak, kalau sesiapa yang kantoi menjual atau bela rumpai ni boleh dikenakan hukuman penjara tau! Malah negara macam Australia siap belanja jutaan dollar semata-mata untuk mengawal tumbuhan ni.

7. Daun Sekentut

daun-sekentut
Bunga bukan main cantik tapi bila dia keluarkan bau…. Imej dari wikipedia

Nama Saintifik: Paederia Foetida

Daun sekentut atau daun kentut-kentut (ye itu nama ia kalau ada banyak) ni dapat nama dari bau yang dikeluarkan kalau korang potong batang atau daun ia. Sejenis kimia sulfur dari tumbuhan adalah punca bau yang busuk tu, dalam bahasa English pula ia dipanggil Skunkvine atau Stinkvine.

Yang kelakarnya tumbuhan ni boleh digunakan untuk menyembuh sakit perut dan angin dalam badan. Korang just kena petik 5 daun (nak lebih pun boleh) dan rebus, tunggu ia sejuk dan kemudian minum. Pastu korang get ready lah kentut yang macam machine gun nanti haha. Ia juga dikatakan boleh sembuh kudis bayi dan sengal sendi.

Tapi sedihnya tumbuhan ni macam tak dipandang oleh orang, sebab kerajaan tak masukkan tumbuhan ni dalam list Entry Point Projects (EPP) yang merupakan inisiatif kerajaan untuk mempertingkatkan herba Malaysia di peringkat dunia.

Tapi seriouslah kenapa kelakar sangat nama tumbuhan kat negara kita?

laporan-rumpai-miang-mexico
Makan masa jugalah nak hadam apa yang berita ni cakap kalau nama pelik-pelik macam ni keluar kan? Imej dari sebuah video kat youtube dari Astro Awani

Sebenarnya nama tumbuhan ni diberi dari bau, bentuk, atau ciri-ciri yang terdapat kat tumbuhan tersebut. Malah kami telah terjumpa satu blog ni di mana penulis ni ada 35 tahun pengalaman dalam industri pertanian. Dia ada post pasal daun kentut ni yang telah memberi kami sedikit pencerahan macam mana nama tu telah dipilih:

“Nama sekentut diberikan sebab daun dan batangnya akan mengeluarkan bau seakan-akan sulfur.” – M Anem, Senior Agronomist dari anihosman.blogspot.my

Dan bukan kita je tau yang buat, malah kat Eropah sebuah tumbuhan bernama Sneezewort Yarrow telah dapat nama sebab ia digunakan untuk buat ubat resdung yang bernama Sneeze Powder. Sneeze dalam bahasa Melayu pula bermaksud bersin, nampak connection dia kat situ?

Lagi satu contoh yang baik adalah pokok Hens and Chicks (Mak ayam dan anak ayam) sebab rupa dia macam sebuah keluarga ayam tengah lepak sekali. Sungguh!

hen-an-chicks

Untuk nama saintifik pula, sama juga. Cuma bezanya adalah mereka menggunakan bahasa Greek dan Latin. Setiap kehidupan ada dua nama saintifik, yang pertama adalah untuk kenal pasti jenis dan yang kedua pula adalah untuk spesis. Contohnya macam manusia, Homo (jenis) Sapiens (spesis) = Homo Sapiens.

Tapi berdasarkan Whit Gibbons yang merupakan sorang pakar dari University of Georgia, nama juga digunakan untuk mewakili sejenis kehidupan yang tertentu. Contohnya macam ular Sonoran Mountain Kingsnake yang telah mendapat nama sebab design kulit dia yang macam kuda belang. Nama saintifik dia pula adalah Lampropeltis (perisai cantik) pyromelana (api hitam). Amboi nama ular ni eksotik betul haha.

So kalau korang ada jumpa spesis baru mungkin korang boleh try sumbatkan nama SOSCILI sekali? hahaha…

About Adly Kiddy 83 Articles
Layari Spotify atau Apple Music dan dengar lagu Selesta - Resistance