Bil elektrik korang mahal sangat tak? Jom bandingkan dengan bil kami

Tiap-tiap bulan, mesti hati korang terasa berat je nak tengok bil kan? Sesekali bila nampak je bil cecah RM200, korang mesti auto terfikir: “Normal ke bil aku ni? Aku bayar mahal sangat tak untuk bil elektrik?” Lepas tu tengok pulak bil air RM36, “Kira murah ke tak ni ek?”

Eh murah pun nak complain ke? GIF dari GIPHY

Memang susah nak tahu perbelanjaan kita ni munasabah ke tak kalau kita tak tahu berapa orang lain bayar. Untuk selesaikan persoalan ni, kitorang kumpul data bil utiliti daripada 50 rakyat Malaysia. Lebih kurang separuh tinggal di rumah high-rise (kondo/pangsa), manakala separuh lagi tinggal di rumah landed (teres, semi-D).

Sebelum kitorang teliti nombor-nombor ni, kami nak kongsi info menarik untuk dompet korang. Kalau korang tengah stres tengok bil, Pos Malaysia dan PayNet sekarang tengah buat kempen “Imbas dan Sentuh Untuk Menang Bil Percuma Setahun!” (Serius beb. Kitorang akan cerita lebih detail kat bawah nanti!)

BIL PERCUMA! Biar betul! Jom usha

Tapi sebelum tu, jom tengok data yang kitorang dapat:

  • Data dari: 50 rakyat Malaysia (Separuh duduk high-rise, separuh rumah landed).
  • Purata isi rumah: 2.68 orang (2.72 untuk high-rise; 2.63 untuk landed).

Jadi, macam mana bil korang kalau nak banding dengan responden kami? Jom kita tengok.

1. Purata bil elektrik daripada survey kami adalah RM271.42

Dari 50 isi rumah yang kitorang kaji, purata bil elektrik adalah sebanyak RM271.42. Tapi, kitorang terkejut bila teliti perbezaan bil elektrik ikut tempat tinggal.

Diorang yang duduk di bangunan high-rise bayar purata RM259.78 sebulan, manakala geng rumah landed bayar lebih 9% je, lebih kurang RM283.06.

Mula-mula, rasa macam pelik jugak. Kenapa beza sikit je? Yelah, unit kondo biasa mungkin dalam 700–1,500 kaki persegi, manakala rumah landed dua tingkat boleh jadi dua kali ganda lebih besar. Kalau ikut logik, mesti korang terfikir rumah besar akan guna lebih banyak elektrik kan?

Tapi data kitorang tunjuk yang saiz rumah bukanlah faktor utama. Sebaliknya, ada satu peralatan rumah yang tentukan bil elektrik korang, dan rupanya geng high-rise ni lagi kerap guna benda ni berbanding geng rumah landed.

2. Nak kurangkan bil elektrik? Rahsianya pada aircond

Macam yang dah dijangka, kat negara panas dan lembap macam Malaysia ni, perbezaan paling ketara dalam bil elektrik korang sebenarnya datang dari tabiat penggunaan aircond.

Ini macam mana penggunaan aircond boleh ubah bil elektrik bulanan korang secara drastik:

  • Geng pakai aircond 24/7: Diorang yang pasang aircond memanjang ni berbelanja sebanyak RM587.50 secara purata!
  • Geng on waktu malam je: Diorang yang bukak untuk beberapa jam sehari (biasanya masa nak tidur) berbelanja lebih kurang RM258.50.
  • Geng kipas setia: Golongan lain yang jarang-jarang sangat sentuh remote aircond cuma spend purata RM95.00 je.

Fuh, nak dekat RM600 sebulan semata-mata untuk bil elektrik memang keras weh. Tapi rileks, kalau bil bulanan korang dah mula menghampiri angka tu, jangan peluh. Kempen “Imbas dan Sentuh Untuk Menang Bil Percuma Setahun!” yang kitorang sebut tadi tu ada hadiah-hadiah utama yang cover bil utiliti bernilai sehingga RM1,750 sebulan selama setahun!

Serius, boleh jadi diorang cover bil utiliti korang sampai RM21,000 setahun! Dan yang paling best, korang cuma perlu bayar menggunakan DuitNow QR atau MyDebit bila settlekan urusan harian macam bayar bil, beli insurans kenderaan secara online atau di kaunter, renew lesen, dan macam-macam lagi kat Pos Malaysia!

3. Boleh ke tarif “Time-of-Use” (ToU) jimatkan duit korang?

Ini satu lagi cara yang mungkin berguna untuk korang yang nak kurangkan kos bil elektrik: Time-of-Use (ToU).

you can see this in your electric bill
Kalau korang ada ikon ni dalam app TNB, maknanya korang layak untuk ToU

ToU ni adalah pilihan tarif elektrik daripada TNB, di mana harga elektrik akan dicaj secara berbeza ikut masa korang guna. Di bawah struktur sekarang:

  • Hari bekerja dari 2 petang hingga 10 malam adalah waktu puncak (peak hours).
  • Hari bekerja dari 10 malam hingga 2 petang, serta hujung minggu dan cuti umum terpilih, jatuh bawah tempoh luar puncak (off-peak).

Dalam data kitorang, orang yang aktifkan ToU laporkan purata bil elektrik sebanyak RM231.50, berbanding RM271.13 bagi diorang yang tak aktifkan. Ada la beza dekat-dekat RM40.

Tapi sebelum korang kalut nak pergi aktifkan ToU, ada satu amaran penting: berdasarkan data ni sahaja, kitorang tak boleh confirmkan yang ToU menyebabkan bil diorang jadi lebih murah.

Ia sangat bergantung pada gaya hidup korang.

ToU mungkin masuk akal untuk orang yang secara semula jadinya banyak guna elektrik luar waktu puncak. Contohnya pemilik EV yang caj kereta waktu malam, pekerja ofis yang takde kat rumah masa waktu puncak siang hari, atau pemilik panel solar yang sistem diorang banyak tolong tampung elektrik rumah waktu petang.

Tapi kalau korang work from home, pekerja syif malam, sentiasa ada kat rumah siang hari, atau selalu bukak aircond, ketuhar dan mesin basuh sebelum pukul 10 malam masa hari bekerja, ToU tu mungkin buat bil elektrik korang lagi mahal.

Kalau gaya hidup korang macam ni, mungkin tak sesuai pilih ToU. GIF dari GIPHY

Pendek kata, ToU ni bukanlah butang magik “buat bil murah”. Kalau ngam dengan gaya hidup korang, baru korang untung. Kalau tak, lagi naya pun boleh jadi.

3. Purata bil air RM53.12 (dan geng kondo paling terasa)

Berbeza dengan elektrik, kalau korang duduk rumah landed, bil air korang sebenarnya lagi rendah dari geng kondo.

Data kitorang tunjukkan penghuni rumah landed bayar purata RM41.34 sebulan untuk air, tapi geng high-rise bayar RM58.78. Maksudnya geng high-rise kena bayar 42% lebih mahal!

Kenapa beza banyak sangat?

Ada paip bocor ke apa ni? GIF dari GIPHY

Sebenarnya, bukanlah sebab geng kondo ni mandi lama sangat. Semuanya bergantung pada cara bil tu dikira.

Untuk rumah landed dengan meter individu, isi rumah tu selalunya dicaj terus oleh operator air negeri bawah struktur tarif domestik. Dekat Selangor contohnya, air domestik dicaj guna kadar berperingkat (tiered rate), dengan 20 meter padu pertama berharga RM0.65 per meter padu dan caj minimum bulanan RM6.50.

Tapi, ada sesetengah kondo yang guna meter pukal (bulk meter) untuk keseluruhan bangunan. Dalam kes ni, Joint Management Body (JMB) kondo mungkin dapat bil dari operator air, lepas tu penduduk pula dicaj berdasarkan sub-meter unit masing-masing. Ini bermakna penduduk tak semestinya dapat nikmati kadar domestik murah yang sama. Malah, tak pelik kalau JMB tetapkan caj minimum sekitar RM36 sebulan, walaupun korang tak bukak air setitik pun kat rumah.

Dan ada satu lagi komplikasi: sesetengah kondo mungkin berdaftar di bawah hak milik komersial (commercial title), jadi diorang tertakluk kepada tarif air komersial yang jauh lebih mahal dari kadar perumahan (residential).

Berita baiknya, tak semua kondo kena nasib macam ni. Kalau bangunan korang dah tukar ke meter individu, korang mungkin dapat bil terus dari operator air pada kadar domestik murah yang sama macam rumah landed.

Air Selangor sekarang dah tawarkan meter air individu untuk penduduk high-rise. Gambar dari Business Today

Dan kalau bil utiliti masih buat korang sakit… Pos Malaysia dan PayNet mungkin boleh tolong bayarkan

Tak kira la sama ada bil utiliti korang bawah RM100 atau mencecah RM600, bila nak bayar tu, tetap rasa sakit. Tapi macam mana kalau korang tak payah bayar langsung untuk 12 bulan akan datang?

Dari 27 Julai hingga 31 Oktober 2026, Pos Malaysia dan PayNet tengah jalankan kempen Imbas dan Sentuh Untuk Menang Bil PERCUMA Setahun! Diorang ada misi nak jadikan urusan harian korang lebih efisyen dan cukup berbaloi. Bila korang ubah cara sikit dan pilih pembayaran menggunakan DuitNow QR atau MyDebit, korang berpeluang untuk menang sebahagian daripada hadiah bernilai lebih RM200,000!

Ini apa yang korang boleh rembat:

  • Hadiah Utama: 6x pemenang bil utiliti percuma untuk satu tahun (had RM1,750 sebulan!)
  • Hadiah Bulanan: 150x pemenang baucar tunai RM350.
  • Hadiah Saguhati: 180x pemenang baucar tunai RM150.

Fulamak, ada lebih 300 hadiah untuk dimenangi! Macam mana nak join?

Berita baik: penyertaan adalah automatik kalau korang berurusan atas talian (online). Kalau berurusan kat kaunter, pastikan korang tinggalkan butiran peribadi, dan kalau guna Pos Automated Machine (PAM), jangan lupa imbas kod QR kempen untuk isi borang penyertaan.

Yang paling best, korang tak semestinya kena bayar bil je untuk join. Korang boleh buat hampir apa-apa je urusan harian kat Pos Malaysia menggunakan DuitNow QR atau MyDebit untuk turut serta, termasuklah:

  • Renew road tax, insurans motor atau lesen memandu
  • Bayar Insurans atau Takaful korang
  • Pos barang (dalam negara atau antarabangsa)
  • Buat deposit ASNB
  • Beli Kit Kifayah
  • Dan semestinya, bayar bil TNB, air, internet atau postpaid!

Apa yang korang kena buat untuk join hanyalah:

  1. Belanja minimum RM100 dalam satu resit kat mana-mana Cawangan Pos yang terlibat (termasuk Pejabat Pos; Outlet, Pusat Khidmat, dan Kiosk Pos Laju, Pos-On-Wheels, Pos Automated Machine (PAM), dan Pos Malaysia Online Platform untuk pembaharuan lesen motor dan kereta).
  2. Bayar guna DuitNow QR atau MyDebit.
    • kalau guna Pos Automated Machine, imbas kod QR kempen di mesin untuk isi borang penyertaan.
    • kalau berurusan di kaunter, berikan butiran yang perlu kat petugas kaunter.
    • kalau berurusan secara online, korang automatik akan sertai peraduan ni.
  3. Simpan resit tu!

Nak tingkatkan peluang menang korang? Korang boleh skor penyertaan tambahan dengan buat transaksi tertentu! Contohnya, beli insurans motor (minimum RM500) di kaunter Pos Malaysia atau secara online akan bagi korang 6 penyertaan bonus, manakala transaksi penghantaran antarabangsa (minimum RM150) akan bagi 2 penyertaan bonus.

Korang tahu tak korang boleh renew insurans motor dan road tax dekat Pos Malaysia? Serius laju, kitorang dah try.

Dengan DuitNow QR dan MyDebit, korang akan dapat pengalaman yang lebih cepat, selamat, dan jauh lebih berbaloi kat kaunter. Jadi nanti bila korang singgah Pos Malaysia untuk settle urusan harian, keluarkan je handphone atau kad bank siap-siap. Scan atau tap je, silap-silap korang boleh hidup tanpa perlu bayar bil selama setahun!