- 531Share sekarang!
- Email9
- Facebook522
- Share
(This article is translation. For original, visit our sister site, CILISOS)
Awal bulan ni, kami ada ceritakan kekeruhan hubungan Malaysia dan India oleh kerana ucapan Mahathir mengenai isu India-Pakistan-Kashmir di PBB. KempEn BoycottMalaysia atau #BoycottIndia menjadi hangat dalam beberapa minggu ni, sebahagian orang memandang isu ni secara serius.
Satu perkara lagi, khabar angin bertiup bahawa kerajaan India nak ‘hantar mesej yang kuat‘ sebagai respon kepada ucapan Mahathir tu, dan salah satu cara yang menjadi buat mulut ramai adalah dengan menyekat barangan import dari Malaysia seperti minyak sawit. Kalau korang fikirkan, korang mungkin perasan kempen Sayangi Sawitku yang masih diteruskan. Jadi, boikot ni akan jadi sesuatu yang besar untuk industri kita. Atau pun mungkin tak?
Waktu artikel ni ditulis, tiada lagi pengumuman rasmi sama ada boikot atapun sekatan perdagangan dari kerajaan India, tapi ia pasti menyeronokkan kalau kita semak berapa banyak kesan boikot ni terhadap ekonomi Malaysia.
India antara pembeli terbesar minyak sawit kita
Tak perlu terkejutlah, kalau tak buat apa India nak boikot kan? India sebenarnya adalah pengimport terbesar minyak yang boleh dimakan di dunia, dan dua pertiga dari minyak itu adalah minyak sawit yang mana datangnya dari Indonesia dan Malaysia. Jadi berapa banyak minyak sawit yang dihantar kepada mereka? Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) sentiasa membuat rekod terhadap seberapa banyak minyak sawit dieksport sejak 2014 serta ke mana ia pergi.
Untuk tahun ni, di bawah adalah negara sepuluh teratas yang kita eksport kepada mereka minyak sawit sehinggalah September:
Kalau tak berapa jelas sangat betapa signifikannya import minyak sawit ke India, sebenarnya kita eksport ke 154 negara dalam tahun ni sahaja, dan hanya lima negara yangi mport lebih 500,000 tan minyak sawit dari kita. Setakat tahun ni, sebanyak 14 juta tan minyak sawit dieksport, hampir 28% pergi ke India. Kira besar jugalah, dan ia meningkat dari tahun lepas: eksport meningkat dari 1.89 juta tan dari Jan-Sep 2018 kepada 3.91 juta tan untuk tempoh sama tahun ni.
Jadi, kembali kepada 2011, Malaysia dan India ada buat satu perjanjian yang dipanggil MICECA, dan dalam sebahagian dari perjanjian tu, pada awal tahun ni, India bagi diskaun untuk duti import bagi minyak sawit (sama ada mentah atau ditapis) dari Malaysia. Ia menjadikan minyak sawit Malaysia paling menguntungkan bagi pengimport tempatan mereka. Jadi import melonjak, tapi masalah akan timbul.
Oleh kerana ia paling murah untuk membeli minyak sawit yang ditapis dari Malaysia berbanding minyak mentah dan ditapis dari India, pengeluar minyak India mendapati perniagaan mereka ada masalah. Mereka merayu kepada kerajaan India untuk menaikkan duti bagi minyak sawit ditapis dari Malaysia, dan setakat ni ia macam tak berlaku…
“Saya tak rasa India akan melakukan ini dan saya merasa ragu bahawa duti import semasa bagi minyak sawit yang ditapis … akan meningkat kerana kita ada perjanjian dengan India dan saya tak boleh pergi lebih jauh dari perjanjian yang dibuat tanpa perbincangan. Anda boleh berbincang semula, tapi tak boleh ubah tanpa memaklumkan kepada pihak lain,” – Encik Chandra, pakar minyak sawit, petikan dari Malay Mail
…akhirnya kerajaan India menaikkan duti terhadap minyak sawit ditapis Malaysia dan minyak olein untuk 180 hari bermula September untuk menjaga industri domestik mereka. Di samping tu, berita-berita mengenai insiden ni dah menyebabkan saham perkongsian syarikat perladangan Malaysia menurun. Di bawah ni bantuan visual yang menggambarkan import minyak sawit India dari Malaysia tahun ni:
Dengan lebih banyak kebarangkalian bahawa sekatan minyak sawit Malaysia untuk masuk ke India pada masa akan datang, graf tu akan terus menurun. Mengambil kira betapa besarnya import minyak sawit India, kita tak perlukan Terasa Kok untuk suruh minum minyak sawit supaya kita tahu boikot ni akan bagi masalah besar. Tapi persoalannya…
Berapa besar masalah akan berlaku dengan boikot ni?
Sebelum kita ke sana…boleh korang kira berapa banyak sumbangan minyak sawit kepada ekonomi Malaysia dalam peratusan Keluaran Kasar Dalam Negara (GDP)?
Kalau letak dalam GDP, ia agak kecil. Statistik kerajaan dari tahun 2017 menunjukkan pertanian hanya menyumbang 8.2% GDP untuk tahun tersebut dan kurang separuh darinya datang dari minyak sawit. Kertas kajian mengenai minyak sawit tahun 2018 mengatakan bahawa secara purata, industri minyak sawit biasanya menyumbang di antara 5% ke 7% kepada GDP kita.
Nampak sikit kan, tapi bila diterjemahkan ke dalam ringgit, ia menjadi secara puratanya RM64.24 billion setiap tahun dari eksport minyak sawit untuk lima tahun lepas. Ia 14 kali lebih banyak dari bajet yang diterima Sarawak dalam Belanjawan 2020.
Jadinya, berapa bayak yang kita akan hilang jika India memboikot? Kita tak tahu setepatnya, tapi secara kasarnya, berdasarkan data yang kami terima, kita mengeskport secara purata 18% jumlah eksport minyak sawit ke India setiap tahun. Maknanya dari RM64.24 billion jumlah tadi, maka 18 peratus dari nilai tu adalah lebih kurang RM11 billion.
Di sana juga ada kebarangkalian untuk pengurangan harga minyak sawit kerana perdagangan dengan India dah membantu Malaysia mengurangkan simpanan (stockpiles) sawit yang ada tahun ni. Dengan penarikan diri pembeli terbesar dan tiada tempat alternatifuntuk dijual, stok minyak sawit akan berlonggok kembali, menjatuhkan harga komoditi.
Keseluruhannya, sektor minyak sawit Malaysia sangat bergantung kepada eksport, sekalipun kita semua minum sesudu sehari, populasi kecil rakyat kita tak boleh minum semua yang dihasilkan. Lagi pun, dikatakan 90% minyak sawit yang dihasilkan setiap hari akan dieksport. Apa yang disebut awal tadi, walaupun dieksport kepada 154 negara tahun ni, kebanyakan mereka import sikit sangat (dengan negara Tuvalu hanya beli 2 tan pada Ogos), jadi kita bergantung kepada beberapa pasaran terpiih seperti India, EU, China, Pakistan dan Jepun.
Disebabkan kebergantungan ni, masalah yang timbul ke atas pasaran terbesar secara praktikalnya akan beri kesan kepada industri juga. Mungkin ni lah sebab kenapa kerajaan buat kempen Sayangi Sawitku apabila Kesatuan Eropah mengancam eksport kita. Jadi, apa yang boleh kita buat?
Kita perlu tunggu pengumuman sebenar sebelum buat sesuatu
Walaupun tiada kenyataan rasmi dari kerajaan India, sebahagian kesan dah boleh dilihat. Khabar angin perancangan India untuk menyekat minyak sawit import dari Malaysia akan beri kesan kepada masa depan minyak sawit. Disebabkan ketidakpastian tu yang akan berlaku, sebahagian pedagang dan syarikat penapisan India dah pun bertukar kepada Indonesia untuk minyak sawit sebagai langkah berjaga-jaga.
Sebuah badan perdagangan India juga menasihatkan ahli-ahlinya untuk tak membeli minyak sawit dari Malaysia hinggalah kenyataan rasmi dikeluarkan oleh kerajaan India, sebagai “kepentingan mereka dan tanda solidari” kepada negara mereka.
Khabar angin ni biasanya akan mendatangkan huru-hara. Ahli politik Malaysia dan beberapa agamawan pun tahu, tapi nampaknya Tun Mahathir tak merancang untuk menarik balik kenyataan tu.
“Kita bercakap secara terus-terang (speak our mind) dan tidak menarik balik atau mengubah (kenyataan)…
Ada kala kita terpaksa berdepan hubungan tegang tetapi kita mahu baik dengan (pihak lain). Malaysia negara dagang, kita perlukan pasaran, jadi kita bersikap baik dengan orang lain tetapi ada kala kita perlu bersuara. Apa yang kita kata disukai oleh sesetengah orang, tidak disukai oleh sesetengah yang lain,“- Tun Mahathir, petikan dari MalaysiaKini.
Tapi selain dari membincangkan kenyataan tu, nampaknya alternatif lain dah diambil kira untuk mengawal sebarang kemungkinan. Mengikuti berita mengenai sekatan perdagangan, Menteri Industri Utama, Teresa Kok mengatakan Malaysia sedang cuba untuk mengimport lebih banyak gula dan daging kerbau dari India bermula tahun hadapan, sebagai satu cara untuk mengukuhkan hubungan dua hala antara negara.
Dan Mahathir mengatakan jika boikot dilancarkan oleh kerajaan India, kerajaan Malaysia akan mengkaji kesannya dan bekerja secara diplomatik atau mencari cara untuk mengurangkan kesannya.
- 531Share sekarang!
- Email9
- Facebook522
- Share