- 478Share sekarang!
- Email30
- Facebook448
- Share
Kami ada terbaca berita kat Harian Metro bertajuk “RM2,500 boleh kahwin“. Boleh percaya ke? Rupa-rupanya ia adalah sebahagian daripada program anjuran Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM) untuk menggalakkan majlis perkahwinan berteraskan syariah dan kesederhanaan.
Kos RM2,500 ni meliputi majlis persandingan kat dewan, pelamin dan makanan. Manakala kos hantaran, majlis merisik dan bertunang ditanggung sendiri oleh pengantin. Jadi bagi yang nak saving dengan pakej dekat IKRAM, boleh ke website mereka di sini.
Tapi bagi yang nak buat majlis sendiri macam biasa, berapa pulak kosnya? Nak merancang majlis bersanding ni bukan senang ye, mau sebak di dada nak tengok bajet. Sebab tu lah SOSCILI nak senangkan sikit kerja korang dengan meninjau harga yang terlibat.
Untuk artikel ni, harga adalah berdasarkan Lembang Klang dulu ye. Kalau ada orang negeri lain nak kongsi cerita, boleh masukkan dalam ruangan komen! Ok jom kita mula dengan…
1. Sewa tempat
Anggaran: Free (rumah sendiri), RM300-500 (dewan serbaguna), RM5,000++ (dewan banquet)
Kat sini korang ada tiga pilihan iaitu buat dekat rumah, sewa dewan serbaguna atau sewa dewan banquet. Semuanya bergantung pada bajet dan berapa banyak tetamu yang dijemput.
Kalau korang jenis yang nak buat kat dewan atau tempat yang ekslusif tu mahal lah sikit sewanya. Ada setengah dewan dan tempat ni dia akan caj per hour kalau guna lebih dari masa yang ditetapkan. Kena tengok betul-betul apa yang diberi tu, sebab kadang-kadang mereka tak masuk kan sekali projektor, skrin, sound system dan sewaktu dengannya lah (harga yang dibaryar hanyalah untuk sewa tempat je). Contoh Dewan Banquet:
1. Dewan Banquet Sivik Petaling Jaya bermula dari RM5,000 (start dari pukul 5:30 petang – 10:30 malam je) untuk dewan sahaja tak termasuk katering, sarung meja dan kerusi, dekorasi serta barang-barang lain. Dewan ni boleh memuatkan sehingga dua ribu tetamu. Jika ada penambahan akan dikenakan caj lain.
2. Dewan Banquet Majlis Bandaraya Shah Alam RM7,420 (siang) dan RM 7,950 (malam). Dewan ni hanya boleh memuatkan seramai 500 orang tetamu dalam satu majlis perkahwinan, dan pakej pelamin dan hiasan disediakan sekali.
Kalau nak jimat baik buat dekat rumah je sebab tak perlu nak bayar sewa. Tapi… macam mana kalau rumah takde ruang untuk buat majlis? Ok boleh je buat kat dewan tapi bukanlah dewan yang memahal. Korang boleh je sewa dewan serbaguna, anggaran dalam RM300-RM500 sehari dah dapat.
Ini antara senarai harga dewan di sekitar Lembah Klang:
Dewan Banquet
- Dewan Dr Siti Hasmah RM5,000 – 03-21421332.
- Dewan Prima LJT bermula dari RM5,000 ++ – 03-4149 4440 / 03-41055006.
- Dewan Sri Siantan Perbandanan Putrajaya bermula dari RM8,500 – 012-923 0237.
- Dewan Merak Kayangan RM35 – RM86 per pax.
- Dewan Gemala Sari Risda, Jalan Ampang – 03-4256 4022.
- Dewan Orkid PKPS RM53 – RM58 per pax
- Dewan Banquet Menara Felda RM42 per pax – 0193685632
Dewan Serbaguna
- Dewan Serbaguna Desa Bakti 03-61378741 / 01739981901 (Pn Norain, Penyelia).
- Dewan Cempaka PKNS Bangi RM300
- Dewan Serbaguna Kolej 11, UPM Serdang RM500
- Dewan Orang Ramai Kg Baru Balakong RM40 – RM50
- Dewan Orang Ramai Taman Desa Serdang RM40 – RM50
2. Wang hantaran dan mas kahwin
Anggaran mas kahwin: RM12 hingga RM300 (mengikut status dan juga negeri)
Anggaran hantaran: RM10K-12K (ikut kemampuan)
Sebelum cerita lebih lanjut, jom kita tengok perbezaan antara wang hantaran dan mas kahwin sebab kami yakin pasti ada yang masih keliru antara dua ni.
Mas kahwin atau juga dikenali sebagai mahar ialah merupakan suatu pemberian yang wajib diberikan oleh suami kepada isteri. Ia mengikut negeri pihak perempuan tersebut, tapi kalau pengantin lelaki nak bagi lebih pun boleh dari yang ditetapkan oleh Pejabat Agama Negeri masing-masing (negeri pihak perempuan tersebut).
Berdasarkan senarai mas kahwin yang paling latest kami jumpa adalah di KahwinMall seperti diatas, namun menurut Bernama, mas kahwin bagi Melaka telah dinaikkan dari RM40 kepada RM100. Namun untuk keterangan dan maklumat lebih lanjut, korang boleh hubungi terus Jabatan Agama Negeri masing-masing.
Manakala wang hantaran pula macam lebih membudayakan kepada adat resam dan ia adalah dianggap sebagai hadiah berupa wang tunai yang dipersetujui oleh kedua belah pihak keluarga bagi membantu meringankan beban mengeluarkan modal belanja kenduri untuk majlis perkahwinan tersebut.
Tapi biasanya yang jadi isu ialah wang hantaran yang ditetapkan terlalu tinggi nilainya sehingga membebankan pihak lelaki. Dan apa yang jadi lebih bermasalah ialah apabila terdapat keluarga pihak perempuan yang tak nak mengalah dan ingin menunjuk-nunjuk kepada orang kampung hantaran anaknya itu yang paling mahal.
Jadi kami cadangkan bagi korang yang sedang berjimat nak langsungkan perkahwinan tu, janganlah terlalu terikut-ikut dengan trend hantaran memahal ni. Kami ada bertanya kepada rakan-rakanlah anggaran hantaran sekarang ni, dan majoriti jawab antara RM 10,000 hingga RM 15,000. Tapi apa-apa pun ia perlu mengikut kemampuan bakal pengantin lelaki tersebut.
3. Gubahan dan barang hantaran
Anggaran barangan hantaran: Ikut betapa demand pasangan korang.
Anggaran gubahan: RM10-RM60 untuk satu dulang gubahan hantaran.
Hantaran sudah menjadi satu kemestian dalam sesebuah majlis pertunangan dan perkahwinan bagi orang melayu. Malah ia jugak perlu digubah dan dihias indah sebagai pemberian buat pasangan. Dan apa kata korang beli barang-barang hantaran tu time tengah ada SALE. Jimat berganda-ganda!
Macam biasalah, nak gubah-gubah ni pun perlukan kos dan modal jugak. Walaupun ianya nampak remeh namun kosnya agak tinggi juga (lebih kurang RM28 hingga RM60 untuk 1 dulang sahaja) kalau ada 7 dulang dan katakan korang punya tempahan 1 dulang tu harga RM60 (RM60x7 = RM420). Kalau nak buat sendiri pun, tapak hantaran tu still kena beli jugak.
Jadi apa kata kalau korang gubah je hantaran pakai pinggan makan. Kalau ada pinggan putih yang kosong tu dekat rumah lagi bagus, dah tak payah beli. Kalau takde, beli je yang baru, pastu bila dah abis majlis boleh pakai tiap-tiap hari makan pakai pinggan tu. Kan tak membazir!
Contoh macam kat blog ni pinggan 1 keping RM 8 (korang ada 7 dulang hantaran). So kos untuk pinggan (alas dulang hantaran) RM 8 x 7 = RM56. Untuk gubahannya pulak, janganlah pakai fresh flower sebab mahal. Apa kata pakai artificial flower je. Harganya pun jauh lebih murah.
4. Cameraman dan videographer
Anggaran: RM600-RM6,000++
Waktu universiti dulu ada tak kawan-kawan yang ambil jurusan fotografi atau video? Atau member yang sealu selfie dan letak filter Instagram? Haa kalau ada apa kata pergi upah je mereka. Takpun cari mana-mana student universiti yang caj lebih murah daripada photographer atau videographer professional. Kalau tak jumpa jugak, tempah pakej video waktu promosi.
Atas pengalaman penulis SOSCILI sendiri, nak saving punya pasal, hire je kawan-kawan photographer dan videographer masa majlis tunang dan kahwin. Baru la kurang sikit sakit jantung bila tengok caj servis. Ini anggarannya:
Tunang: Amik photographer kawan-kawan. Upah dalam RM 600 je! (tapi tu tak de album dan gambar pun tak cuci. Cuma snap picture dan edit sahaja) Tapi cuci gambar tu lepas-lepas majlis pun boleh.
Perkahwinan: Videographer amik kawan universiti yang mahir dalam bidang video. Lebih kurang dalam RM 1,000 macam tu je untuk 2 video yang simple dah siap edit.
Senarai photographer dan videographer sekitar Klang Valley :
- Atanahmad photography, servis bermula dari RM600.
- Amirayusof Fotografi, servis bermula dari RM650.
- Republic of Golden Energy pakej promo RM999.
- WeddingsbyNAS pakej photo,video dan mekap pengantin RM4,200.
- Ministry Of Moment RM1,888.
- CST Production bermula dari RM6,000 (video dan photo)
- Ary Aliash Photography RM1,350
5. Katering atau rewang
Anggaran katering: RM6.20-RM11.90++ per pax
Apa tu rewang? Rewang tu berasal daripada bahasa Jawa yang membawa maksud bergotong-royong. Biasanya mereka terdiri daripada jiran-jiran, sedara-mara atau kawan-kawan. Mereka semua akan bersama-sama memasak lauk-pauk untuk majlis kahwin. So daripada sini, boleh saving sebab korang cuma keluarkan modal untuk beli bahan-bahan masakan je. Kadang-kadang tu mereka ni siap ada yang menghulurkan bantuan dengan memberikan bahan mentah secara percuma dekat tuan rumah. Wahhh bagusnya! Selain tu ia juga dapat mengeratkan ikatan silaturahim antara satu sama lain.
Tapi tak dinafikan zaman sekarang ni nak kahwin memang ramai yang ambil katering sebab ia tak penatkan tuan rumah nak kena masak-masak, nak hidangkan tempat makan lagi. Tapi kalau dikira dari segi bajet pulak, katering ni boleh katakan mahal juga lah. Ini baru untuk majlis resepsi je, tak masuk makanan untuk majlis nikah.
Ni antara senarai katering yang terdapat di Area Klang Valley:
- Katering Perkahwinan Murah.com bermula RM6.20 per pax.
- Anjung Catering bermula RM6.90 per pax.
- Siti Catering bermula RM24,000 untuk 800pax (termasuk khemah)
- Nazlieza Catering RM6.90 per pax.
- Anjung Serai Catering RM9.90 per pax.
- Al Ayubi Event Catering Sdn Bhd promo RM10.90 per pax.
- Malcitra RM11.90 per pax.
Pastikan korang tengok pakej yang disediakan, sebab ada pakej yang sediakan sekali khemah, pelayan dan sebagainya; dan ada pakej yang memerlukan caj berasingan.
So korang rasa mana yang lebih menjimatkan antara katering dengan rewang? Tapi rewang ni tak semua tempat ada buat, biasanya dekat bandar-bandar susah nak jumpa jiran-jiran yang sepakat. Tapi korang boleh je selesaikan masalah ni dengan mengupah tukang masak (cuma perlu bayar untuk masak je).
6. Bridal
Anggaran: RM1600-2500 (depends ada setengah tu tak masuk baju pengantin dan mekap)
Bab bridal ni memang kena banyak survey, kadang harga nampak murah tapi sebenarnya pakej dia tak masuk mekaplah, tak masuk hiasan meja beradablah. So korang kena tengok betul-betul pakej yang diberi tu dan lagi bagus, grab je waktu tengah promosi.
Kami adalah bertanya dengan pemilik bridal ni macam mana nak jimat, ambil pakej atau satu-satu. Dan ini jawapan beliau:
“Kalau amik pakej lagi save sebab kalau amik satu-satu kena kira harga sewa semua barang. Kalau ambil pakej, semua dah ada dalam tu… Kalau customer tolak, rugi lah sebab harga tak kurang dan harga tu pun dah murah.” – Sha, pemilik butik Chinta Arjuna Bridal.
Harga jika kita amik satu-satu tak ikut pakej. Ni tak termasuk baju tau:
Ini pulak kalau harga bagi pakej (bermula daripada RM1,350) :
Masa penulis punya wedding dulu, penulis ambil pakej dekat Chinta Arjuna Bridal ni sebab setelah kena survey dekat sini tiada caj penambahan untuk pelamin yang kita request nak macam mana. Sebab ada setengah tempat, jika nak design pelamin lain (lagi-lagi kalau design baru) , mereka akan kenakan caj.
Yang paling penting sekali dalam memilih bridal ni korang kena pilih yang sesuai dengan bajet dan apa yang ditawarkan kepada dengan harga tersebut. Jadi pastikan tengok detail bridal tu terlebih dahulu.
Senarai bridal di sekitar Klang Valley :
- Mimey Bakri Bridal
- Boutique Chantek bermula RM2,499
- ZSD Bridal Boutique promo bermula RM1,890
- Nuriezam Bridal bermula RM1,650
- ZamrimatTouch Inspired
- Vistana Impian bermula RM990
Ukur baju pengantin di badan sendiri
Waktu editor kami (yang tak kahwin lagi) edit artikel ni, bercucuran air mata dia bila tau realiti kahwin kat Malaysia. Belum kira hantaran lagi, bajet kahwin dah mencecah RM30K! Jadi dia pergi tanya kakak dia masih adakah lagi sinar harapan untuk kahwin murah:
Waa… RM13K! Tapi kahwin kat atas ni adalah kahwin jenis kampung kat Pahang, buat pun kat rumah sendiri, so memang rezeki la dapat buat murah.
Tapi bagi kebanyakan kita yang duduk kat bandar ni, mungkin ada impian nak buat majlis perkahwinan yang gemilang. Kalau boleh, nak se-gah majlis kahwin selebriti popular. Tapi apa-apa pun korang kenalah ukur baju di badan sendiri dan pandai-pandai lah berjimat dalam perbelanjaan perkahwinan.
Jangan sampai tak cukup bajet tapi korang nak jugak buat majlis yang grand-grand sehingga terpaksa berhutang melalui pinjaman peribadi dan lain-lain. Akhirnya pasangan mempelai terpaksa menanggung hutang sehingga bertahun-tahun.
Perkara yang selalu pasangan mempelai lupa ialah, menyimpan simpanan untuk berkahwin tetapi tidak membuat simpanan selepas perkahwinan. Ini adalah sangat penting untuk tidak mahu mengikat perut disebabkan oleh perbelanjaan yang tak terancang selepas tamat majlis.
- 478Share sekarang!
- Email30
- Facebook448
- Share