Bengang dengan tarikh PRU-14, netizen Malaysia lancarkan #CarpoolGE14 untuk #PulangMengundi

Nak tengok rakyat Malaysia bersatu untuk sesuatu perkara agak susah, sebab kita banyak berbeza pendapat dalam banyak benda. Tapi baru je minggu lepas, kita boleh nampak seluruh rakyat Malaysia tak kira bangsa bersatu untuk mempertahankan masakan rendang warisan Malaysia. Bukan orang Malaysia je, tapi rakyat Indonesia, Singapura, Brunei dan Thailand pun support sama.

Semalam, kita sekali lagi terima kejutan pasal pengumuman Pilihan Raya ke-14 pada 9 Mei 2018 ni. Tapi, kali ni lain sikit. Kita bukan nak cakap pasal korang sokong apa, atau persoalkan tarikh Pilihan Raya yang tak sampai sebulan lagi, atau mana-mana ahli politik. Kali ni, kitorang sendiri boleh rasa betapa patriotiknya rakyat Malaysia bersatu untuk balik mengundi pada Pilihan Raya kali ni disebabkan beberapa kempen yang digerakkan, on the spot!

Semua orang berdebar, dan tak kurang juga yang marah sebab line asyik breaking je masa livestreaming. Imej dari FMT

Mesti ramai yang expect Pilihan Raya akan diadakan pada hari minggu, kan? Tapi alih-alih semua orang terkejut bila SPR umumkan Pilihan Raya tahun ni akan berlangsung pada hari Rabu! Tengah-tengah minggu kot! Susah nak ambik cuti.

Tiket flight naik harga, tapi sesetengah syarikat penerbangan dah bagi pengecualian

Jadi disebabkan perkara ni, ada yang berhasrat untuk ambik flight je sebab nak cepat sampai. Lepas SPR umumkan tarikh tu je, kitorang yang mengundi kat tempat yang jauh macam Kedah dan Kelantan pun terus cari tiket. Tak payah cerita la berapa kali kena refresh sebab website asyik crash, mungkin sebab ramai yang rasa berdebar dan nak cari tiket cepat sebelum tiket naik harga.

Yang tak bestnya, masa kitorang cari tiket flight untuk balik, berapa kali dah cuba asyik fail, sampaikan tiket flight naik mendadak daripada RM69, RM99, sampailah RM149! Dan tu harga semalam. Hari ni bila kitorang check lagi, tiket paling murah dah jadi RM219.  Tu baru one way, tau!

Bukan kitorang je, netizen yang lain pun rasa benda yang sama.

Disebabkan permasalahan yang berlaku ni, syarikat penerbangan Malaysia Airlines, AirAsia dan Cathay Pacific dah bagi pengecualian tiket untuk GE14 Malaysia ni. Korang boleh baca syarat-syaratnya kat link yang kitorang dah bagi.

Netizen mulakan idea #PulangMengundi dan #CarpoolGE14

Ni part yang paling best sekali kitorang nak cerita pasal rakyat Malaysia yang sangat prihatin. Kat Twitter, diorang dah start buat #PulangMengundi dengan #CarpoolGE14 untuk korang cari netizen lain untuk korang tumpang atau menumpang dengan diorang yang satu hala dengan tempat undian.

Inisiatif ni bukanlah dari mana-mana parti politik, tapi idea netizen Twitter sendiri, iaitu @AnnieVeeee, dan @NizamBakeri yang mula viral dalam Twitter semalam. Korang boleh cari kat sini:

Kalau takde transport atau nak offer transport balik sama, korang boleh isi kat sini, ok?
Haha, adab menumpang perlu dijaga ye! Imej dari twitter
Antara netizen yang offer balik sekali. Korang boleh join. Imej dari twitter
Rata-rata netizen yang sama ada nak bagi pertolongan, dan minta pertolongan melalui hashtag ni. Imej dari twitter

Kalau korang tak yakin selamat nak balik dengan strangers, korang boleh juga download aplikasi Droupr dengan download aplikasi ni:

  1. Pengguna iOS: 
  2. Pengguna Android: 

Untuk korang yang ada duit lebih dan nak menyumbang kepada mereka yang tak cukup duit untuk balik mengundi pulak, korang boleh tolong kat sini. 

Klik pada gambar untuk tolong orang balik mengundi. Imej dari docs.google

Tak dilupakan untuk orang Sabah Sarawak yang nak balik mengundi, ada #TabungAnakBorneo untuk mereka yang nak menyumbang dan minta tolong sponsor tiket.

Mana orang Sabah Sarawak ni? Ndak mau balik ka. Imej dari sabahtravel.com

Ada juga orang yang tak layak mengundi, tapi tawarkan bantuan kewangan (dan mereka bukan ahli politik)

Layak ke korang dapat cuti untuk balik mengundi? Persoalan ni juga terjadi bila ada akta yang kata majikan patut bagi cuti, dan dalam masa yang sama, Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) pula kata yang majikan tak wajib bagi cuti.

Ada yang suggest buat macam ni. Kita bagi A untuk kreativiti! Imej dari twitter

Salah sebuah syarikat yang dapat perhatian ramai adalah syarikat Marble Emporium, yang bukan saja bagi cuti kat pekerja, tapi juga sponsor tiket penerbangan pekerja yang berasal dari Sabah dan Sarawak untuk balik mengundi.

Imej dari FB Marble Emporium

Kalau syarikat tolong support tiket penerbangan pekerja mereka tu kira cukup hebat, kita tengok pula netizen kat Twitter! Bukan setakat cadangkan start buat carpooling, ada juga yang tawarkan bantuan dari segi kewangan untuk orang lain yang layak mengundi supaya pergi mengundi.

Yang paling menarik, orang yang tak boleh mengundi lagi pun sanggup keluar duit untuk bagi orang lain kesempatan untuk mengundi! Imej dari twitter #BalikMengundi

Jangan ambik kesempatan pulak ye! Yang penting, confirmkan baik-baik dulu, dan bagitahu ahli keluarga korang demi keselamatan bersama.

Korang yang tentukan kerajaan kali ni!

Meremang bulu roma bila tengok rakyat Malaysia bersatu nak balik mengundi. Malah, kat sini kita dah nampak yang kita semua dah matang dan ada inisiatif sendiri untuk memulakan kempen balik mengundi demi negara, demi 5 tahun akan datang.

Tak kisahlah siapa pun yang korang nak undi, asalkan korang baliklah mengundi untuk tentukan masa depan negara. Takkanlah korang tak mengundi, lepas tu nak bising bila orang yang korang tak sokong tu menang, kan? Korang yang saja-saja tak nak balik mengundi tu, kitorang harap korang balik mengundi juga sebab setiap undi tu berharga dan ni la peluang korang untuk tentukan kerajaan kali ni!