Jalan Yahudi: Kisah penempatan orang Yahudi di Tanah Melayu suatu masa dulu

Bila kita bercakap pasal Yahudi mesti korang terbayangkan orang Yahudi di Eropah, Amerika Syarikat, ataupun di Timur Tengah. Konflik dengan orang Yahudi pula berpisah tiada, dan ini dah terbukti dalam sejarah. Sebelum kami cerita lebih lanjut, biar kami terangkan sikit pasal definisi ‘Yahudi’. Pertama sekali, Yahudi boleh merujuk kepada agama/keturunun atau kedua-duanya sekali, dan kedua pula berdasarkan undang-undang Israel, kalau mak dan ayahnya beragama Yahudi maka anak pun secara automatik adalah seorang Yahudi.

100-jews
Contoh Yahudi ortodoks. Gambar dari isnblog.ethz.ch

Tapi untuk artikel ni kami akan fokuskan kepada penganut agama Yahudi yang tinggal di Penang. Mesti benda ni jadi persoalan kat minda korang, dalam banyak-banyak tempat, kenapa Penang jadi pilihan?

Yahudi pergi ke Penang sebab peluang pekerjaan yang banyak di Tanah Melayu

Sedar tak kami guna perkataan Tanah Melayu kat situ? Haa.. sebabnya, orang Yahudi telah bertapak di sini sejak abad ke-9. Tapi waktu tu sekadar datang singgah dan berniaga je la, takde pula sebarang laporan yang mereka tinggal di sini, sehinggalah…

Pada tahun 1800-an, orang Yahudi didapati telah bertempat kat sini, berdasarkan kubur mereka yang dijumpai di Penang. Majoriti Yahudi kat situ adalah dari Iraq dan India, ini adalah kerana pada tahun 1817-1831 Datuk Bandar Baghdad, Daud Pasha, telah menghalau semua orang Yahudi dari negeri tu.

Antara kubur Yahudi yang tertua di Malaysia. Gambar dari gengkomplen.blogspot.my

Oleh sebab itulah mereka telah berlari ke India dan dan menetap di sana. Manakala yang selebihnya terus berjalan ke Asia Tenggara. Tapi kenapa kat sini? Kerana mereka percaya bahawa di negeri jajahan atau koloni ni senang nak cari kerja.

Pekerjaan yang mereka dapat kat Penang pun boleh tahan power. Ada yang jadi tukang jahit, penulis, tokey barang kemas, malah Ah-Long pun ada, sungguh! Mulanya jumlah mereka hanyalah dalam puluhan je tapi sewaktu akhir abad ke-19 bilangan mereka telah berkembang menjadi lebih 170 orang.

Walaupun jumlahnya sangat sikit, namun mereka berjaya mengadakan hubungan yang baik dengan bangsa lain kat sini dan sangat rapat antara satu sama lain. Pada tahun 1920 seorang aktivis Zionis terkenal, Israel Cohen, telah datang melawat dan berjumpa dengan orang Yahudi famous (kononnya dia orang Yahudi pertama kat Penang tapi sebenarnya tak) yang pernah tinggal kat Penang, iaitu Ezekiel Aaron.

Tapi ke mana pula mereka semua pergi? Macam mana tiba-tiba boleh hilang dari Tanah Melayu?

Perang Dunia Kedua punca Yahudi di Tanah Melayu merosot

Sepanjang abad ke-19 sampailah 1941, kehidupan orang Yahudi kat Tanah Melayu boleh dikatakan normal. Tapi semua tu berubah bila Jepun start serang Tanah Melayu dan memandangkan tentera British rasa Penang tu takde kelebihan strategik dalam perang, mereka telah mengambil keputusan untuk biarkan pulau tu bogel tanpa sebarang pertahanan.

Askar Jepun pun terperanjat asal senang nak dapat Penang.

Tapi apa yang ramai tak tahu, sebelum Jepun serang Penang, kerajaan British mengeluarkan arahan rahsia untuk bawa keluar secara senyap semua orang yang bukan tempatan. Ini termasuklah orang Eropah dan Yahudi di Penang. Kebetulan esoknya pula, Penang kena bom dan dalam masa dua minggu bandar tu dikosongkan dan menjadi kepunyaan Jepun.

Hampir semua orang Yahudi yang tinggal kat Penang lari ke Singapura dan Australia. Bila Singapura jatuh, Jepun mengagarahkan orang Yahudi untuk pakai lencana warna belang putih di lengan dan tak dibenarkan untuk berada 1km dari pantai. Ini kerana mereka ingin memastikan orang Yahudi tak jadi spy untuk tentera British.

Lepas perang berakhir, kebanyakan daripada orang Yahudi ini tak rasa Tanah Melayu ni tempat yang menarik untuk hidup.

Respon mereka bila ditanya nak duduk kat Malaysia ke tak. Imej dari Giphy.com

Hasil daripada itu, hampir semua mereka ambil keputusan untuk tinggal kat Australia, Singapura, Israel, dan juga Amerika Syarikat. Jadi dengan jumlah asal yang sikit, bilangan mereka pun menjadi lagi kurang dan pada tahun 1969 telah dilaporkan hanya tiga keluarga Yahudi je yang tinggal kat Penang. Tahun 2011 pula, satu-satunya orang Yahudi warganegara Malaysia telah meninggal dunia akibat faktor umur.

Okay tu cerita dulu lah, tapi korang ingat tak tadi kami cerita pasal kubur orang Yahudi kat Penang tu? Percaya atau tidak, kubur tu masih dijaga rapi tanpa semak samun sampailah sekarang…

Tinggalan sejarah masyarakat Yahudi yang masih ada di Penang

Kawasan yang menempatkan 107 kubur tu ditadbir oleh sebuah jawatankuasa yang ditubuhkan pada tahun 1885. Selain orang Yahudi tempatan, terdapat beberapa mayat kat situ merupakan orang British atau pendatang dari negara lain.

Jawatankuasa kubur tersebut bergantung dari sumbangan orang luar seperti dari gereja. Hasil sumbangan duit derma digunakan untuk maintenance. Tapi tu jela bukti fizikal yang kita boleh nampak harini tentang wujudnya sebuah masyarakat minoriti Yahudi di Penang.

Pintu pagar kubur Yahudi kat Penang. Gambar dari Poison Apple

Ada sebuah synagogue (tempat sembahyang orang Yahudi) telah ditutup pada tahun 1976. Sebuah buku tulisan Wong Chun Wai yang merupakan bekas editor The Star kata ianya ditutup kerana tak mampu untuk mengadakan satu sesi sembahyang yang melebihi 10 orang dewasa.

Walaupun kena tutup sebab tak cukup orang, synagogue tu telah disewakan dan akhirnya dibeli oleh seorang ahli peniagaan yang convert ia menjadi sebuah kedai printing. Owner kedai tersebut menghormati sejarah bangunan tu dan mengambil keputusan untuk biarkan ia dalam keadaan original.

Tapi tak semua sejarah Yahudi terima nasib yang sama. Jalan Yahudi yang terletak bertentangan dengan kubur Yahudi kini telah bertukar nama jadi Jalan Zainal Abidin. Kenapa ia bertukar kami taktau.

Keadaan mula menjadi teruk apabila semangat anti-yahudi terutamanya dalam ucapan politik mula popular terutamanya sewaktu zaman Tun Razak dan Tun Mahathir. Time tu Malaysia merupakan anti-yahudi dan inilah sebabnya kenapa orang Yahudi yang dulu pernah menetap kat sini tak nak berpindah ke Malaysia semula.

Gambar dari janetsnotebook.com

Tapi apa bezanya dulu dan sekarang sampai kita dah tak boleh terima dah orang Yahudi tinggal kat sini?

Sentimen anti-Israel yang disebabkan oleh kekejaman ke atas Palestin

Sentimen anti-Israel ni dah lama ada dikalangan rakyat Malaysia. Berdasarkan sebuah survey yang dilakukan, 60% rakyat Malaysia telah menunjukkan ketidakpuas hati terhadap kerajaan Zionis tersebut.

Hebat brader ni reti tulis perkataan dalam Hebrew. Gambar dari Malay Mail Online.

Kita memang tak mengiktiraf atau mengangkat Israel sebagai sebuah negara yang sah sebab kekasaran mereka terhadap Palestin. Beberapa ahli politik (kiri dan kanan) pula mengulang sentimen ini dalam perjuangan politik masing-masing.

Ironinya, walaupun negara takde hubungan diplomatik dengan Israel, kita dikatakan masih menjalankan hubungan ekonomi dengan mereka. Beberapa laporan daripada media Israel telah menunjukkan yang kita ada buat perdagangan dengan Israel sehingga mencecah berbillion ringgit. Dalam bajet negara kita pula, perdagangan tersebut hanya ditunjukkan sebagai ‘other countries’ atau ‘negara-negara lain’.

Tapi semangat berniaga dengan kerajaan Zionis ni tak dikongsi dengan rakyat lain, malah pada tahun 2014 sewaktu Gaza diserang oleh Israel, beberapa protes jalanan telah berlaku sebagai tanda tak puas hati atas kekejaman tersebut. Ada laporan yang mengatakan boikot ini telah berkesan dan menyebabkan kerugian sebanyak 80%.

Salah satu protes menentang kerajaan Zionis. Gambar dari prweek.com

Jadi kita dah tau kenapa ramai rakyat Malaysia tak puas hati dengan kerajaan Zionis, tapi macam mana pula dengan Singapura? Mereka pernah menjadi sebahagian dari Malaysia dan pernah menjadi tempat pelarian untuk orang Yahudi sewaktu Perang Dunia Kedua. So kenapa cara layanan kita dengan Singapura sangat berbeza sedangkan kita pernah berkongsi sejarah dan budaya?

Ideologi politik yang berbeza antara Singapura dan Malaysia

Sejak pemisahan Singapura dari Malaysia pada tahun 1965, mereka telah mengadakan hubungan rapat bukan je dengan Israel malah juga Amerika. Hubungan mereka terjalin apabila Israel menghulurkan bantuan dari segi ekonomi dan pertahanan, apabila takde negara lain nak tolong Singapura yang baru lahir ketika itu.

Gambar dari Jpost.com

Tapi sejarah Singapura dengan orang Yahudi tak bermula dari situ. Sebelum kemerdekaan Singapura, mereka telah pun mempunyai seorang peguam yang agak terkenal di kalangan rakyat Singapura dan juga Malaysia. David Marshall yang lahir pada tahun 1908 di Singapura ni telah menjadi Ketua Menteri pertama Singapura sewaktu jajahan British dulu.

Antara sumbangan David Marshall kepada Malaysia dulu adalah dia pernah teman Tunku Abdul Rahman pergi jumpa Chin Peng sewaktu Rundingan Damai Baling pada tahun 1955. Apa yang menarik pasal David adalah, dia bukannya putih macam mat salleh tau tapi merupakan seorang berketurunan India, cuma bezanya dia beragama Yahudi je. Hipster betul si David ni.

Penempatan Yahudi di Penang adalah sebahagian daripada sejarah Malaysia

Memang betul kerajaan Zionis pada zaman ini sangatlah kejam pastu campur pulak dengan ahli politik negara kita yang menggunakan sentimen anti-yahudi bagi tujuan masing-masing.

Namun kita perlu ingat ada beza antara zionis dan Yahudi. Tak semua masyarakat Yahudi adalah Zionis, malah ada rakyat Israel sendiri yang menentang akan kekejaman yang kerajaan mereka lakukan ke atas penduduk di Palestin.

Dari segi sejarah pula, kita tak boleh nafikan kewujudan mereka di negara ini. Peninggalan sejarah orang Yahudi di Penang menunjukkan yang kita sebenarnya mempunyai masyarakat yang bertoleransi. Walaupun jumlah mereka hanya kecil dan tak membawa impak yang besar dalam negara kita, namun terdapat jugak masyarakat Penang yang masih mengambil berat terhadap sejarah negeri mereka.

___

*Artikel ini pada asalnya diterbitkan pada 20 November 2016. 

UPADATE 29/09/2020: Tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang menukar nama Jalan Raja Laut 1 kepada Jalan Palestin nampaknya menarik banyak perhatian. Walaupun ada yang menyokong, masih ada juga yang mempersoalkan tindakan itu. Malah, Menteri Wilayah Persekutuan, Annuar Musa turut menuntut penjelasan daripada DBKL tentang perkara itu.

About Adly Kiddy 83 Articles
Layari Spotify atau Apple Music dan dengar lagu Selesta - Resistance