Muallaf berpuasa secara sorok-sorok, ini reaksi ibunya bila dapat tahu

Ramadan tahun ini telah menyaksikan pelbagai peristiwa. Di peringkat antarabangsa, kita telah kehilangan Muhammad Ali, seorang lagenda tinju dan juga tokoh yang memperjuangkan Islam di mata dunia. Apa yang menyentuh hati adalah beliau tetap disanjung oleh masyarakat daripada pelbagai bangsa dan agama, termasuklah pemimpin-pemimpin dunia.

Kat Malaysia sendiri pun tak kurangnya dengan cerita-cerita yang buat kita sejuk hati. Dulu pernah viral kisah pasal seorang aktivis, Kuan Chee, yang belanja bukak puasa kepada sorang ibu anak lapan. Menurut Kuan, dia menjemput keluarga tersebut apabila melihat mereka masih belum berbuka sebab takde apa yang boleh dimakan.

Kuan belanja makan

Jadi menjelang bulan Ramadan yang hampir sampai penutupnya kali ini, SOSCILI nak kongsikan lagi banyak cerita-cerita lain yang melibatkan toleransi manusia tak kiralah yang datang daripada agama, bangsa, mahupun kaum yang berbeza-beza. Jom!

1. Kisah muallaf berpuasa sorok-sorok, namun akhirnya mendapat sokongan keluarga

Lim Cia Cia dan keluarga. Imej dari NST

Korang jangan ingat Cia Cia ni ni pick-up line puasa pula, tak. Cia Cia merupakan seorang pelajar medic di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Menurut Cia Cia, dia start puasa sejak dua tahun sebelum 2016 tapi tahun 2016 adalah first time sebagai seorang Muslim.

“Sebelum ni saya berpuasa secara senyap-senyap tanpa pengetahuan ibu bapa sebab saya tak mahu melukakan perasaan mereka. Bila adik saya masuk Islam, saya mendapat keberanian untuk mengikut jejak langkahnya.” – Cia Cia, dipetik daripada NST.

Adik Cia Cia, Yin Yin, memeluk Islam setahun lebih awal. Kadang-kadang bila ada anak yang tukar agama, kita dengar cerita di mana keluarga akan menghalau anak tersebut. Tapi bagi Cia Cia dan adiknya Yin Yin, keluarga mereka berbeza. Meskipun ayah mereka tak berapa setuju, tapi ibu mereka sangat supportive, sampai kejutkan dua beradik ni untuk bangun sahur dan masak sekali! (Awwwwwww~)

Tambah Cia Cia lagi, oleh kerana sibuk jadi medical student, dia tak cukup masa nak buat terawih kat masjid. Tapi dia ada kawan-kawan yang akan bersembahyang sama-sama di rumah.

2. Bila motor akak ni kena curik, netizen kumpul duit untuk belikan motor baru

Awal bulan puasa beberapa tahun lalu, seorang ibu tunggal dengan 5 anak digemparkan bila motor C70 (juga dikenali dengan nama glemer, Honda Cub) dia kena curik dekat Balok, Kuantan. Dah la dalam motor tu ada kasut anak, ia juga merupakan satu-satunya kenderaan untuk dia sekeluarga. Mana tak serabut kepala.

Nasib malang kakak ni dikongsi oleh page FB terkenal termasuklah Siakap Keli. Dari situ, seorang pengguna FB bernama Rafi Superbike pun menghubungi kakak ni untuk menghulurkan bantuan. Kata Rafi, motor dia sendiri pun pernah kena curi dan perasaan tu masih menghantuinya dan mungkin sebab tulah dia nak sangat tolong kakak ni.

Pada mulanya Rafi nak hantar motor C70 lama dia ke rumah kakak tu kat Kuantan, tapi sebab risau tak tersampai motor tu nak ride jauh-jauh, dia bercadang nak pergi Kuantan dan beli motor second-hand kat sana terus.

Ditambah dengan hasil daripada sumbangan orang ramai, Rafi pun ride sejauh 300KM untuk berjumpa akak ni, dan menghadiahkan dia sebijik EX5 second hand dan wang tunai sebanyak RM 2,100. Rezeki Ramadan, mungkin :)

3. Drummer Kristian kejutkan jiran-jiran Muslim untuk bangun sahur

Ada sorang mamat Kristian ni dia akan kejutkan umat Islam bangun untuk sahur setiap bulan Ramadan. Yang menariknya adalah kawasan di mana perkara ni berlaku, korang boleh teka kat mana?

Acre merupakan sebuah bandar di utara Jerusalem yang termasuk di bawah penguasaan kerajaan Israel. Walaupun majoriti penduduk Israel adalah orang yang Yahudi, Acre merupakan antara dua tempat utama (selain Jerusalem) di mana masyarakat Kristian, Yahudi, dan Islam hidup bersama.

Michael Ayoub tinggal di Acre di mana dia telah mengamalkan aktiviti ni sejak 10 tahun yang lalu, dia siap ada peminat setia okay. Michael akan guna satu penukul dan gendang, dan menyanyi satu lagu khas sambil memakai baju tradisional Syria iaitu ‘Shami’.

Lelaki yang berumur 40 tahun ni akan bangun pada pukul 2 dan berjalan di kejiranan Abboud sambil mengejutkan orang Islam untuk bangun sahur. Apabila ditanya, dia hanya jawab dia buat benda ni bukan sebab agama dia suruh ataupun terpaksa, tapi lebih kepada pilihan moral. Dia juga berkata kita semua adalah insan yang sama dan sembah Tuhan yang sama juga.

“Saya menunggu Ayoub setiap tahun. Ia sebahagian tradisi. Walau ada yang terus tidur dan tidak mengendahkanya.

Beliau terus dengan sukarela, tanpa rasa terbeban, melakukan tugas mulia ni . Sebab tu semua orang menghormati dia.” – Mohamed, dipetik oleh The Malay Mail.

4. Masyarakat Yahudi anjur buka puasa kat Sinagog

Kalau sembang pasal Yahudi mesti ada yang terbayangkan Holokus Perang Dunia Kedua, Zionis, konflik Israel-Palestin, ataupun Illuminati. Tapi macam kita juga Yahudi ni hanyalah manusia biasa dan dorang tak semestinya semua jahat. Kebanyakan Yahudi sekarang ni tinggal kat Israel, ranking tu diikuti dengan Amerika Syarikat dan juga Eropah.

Orang Yahudi kat Turki bukannya satu benda yang baru, malah dorang dah kat sana lebih kurang 2,400 tahun. Walaupun jumlah dorang telah berkurang sejak beberapa dekad yang lalu, bangsa Yahudi kat Turki ni masih ada komuniti dorang yang tersendiri.

Satu keluarga Yahudi yang tinggal kat Edirne ambil keputusan untuk anjur majlis buka puasa kat sebelah sinagog (kuil versi Yahudi) kerana ia adalah sebahagian daripada inisiatif dorang untuk promote persefahaman antara kaum. Event ni telah menarik perhatian ramai orang termasuk orang Yahudi dari bandar lain dan juga of course orang Islam Turki.

Event kat sinagog ni special sikit bukan je sebab dorang buka kat sinagog, tapi sinagog tu sendiri sebahagian dari sejarah Turki. Bangunan ni dibina oleh Sultan Abdulhamid II pada tahun 1905 (zaman empayar Uthmaniyah) lepas 13 sinagog yang kecil hancur akibat kebakaran yang melanda bandar tu.

“Berkongsi roti dalam majlis Iftar ini mungkin contoh terbaik bagaimana kita bersama-sama dapat hidup tenteram” – Rabbi Isak Haleva, dipetik dari The Malay Mail Online.

Majlis berbuka puasa yang berlangsung pada 7 Ramadan (13 Jun) ini merupakan salah satu bukti perpaduan antara kepercayaan yang telah lama ada kat situ, kata ketua rabbi Isak Haleva. Selain daripada orang awam, event buka puasa tu telah dihadiri oleh pemimpin agama dan juga ahli politik seperti paderi, mufti, ketua parti politik, dan juga Datuk Bandar.

5. Pemuda yang rajin susun selipar kat masjid, siap ada saf masing-masing

Biasanya bila nak keluar dari masjid, mesti korang terkial-kial nak cari selipar yang tercampak ke sana sini. Tapi kalau korang pergi ke Masjid Al-Shariff, untung la sebab ada sorang budak ni punyalah rajin sampai habis satu masjid dia susun balik. Kebiasaanya dia akan susun selipar tu time nak tunggu terawikh. So sambil dengar ceramah, sambil tu susun selipar.

Rahimi Ali Bakri yang berumur 16 tahun ni jadi famous bila salah sorang kariah dari Masjid Al-Shariff telah record video dia tengah susun kasut yang kemudiannya di upload oleh Mustapha Kamal dan mendapat lebih 97,000 views. Video yang di upload pada 12 Jun tu mendapat pujian ramai orang lagi-lagi daripada masyarakat melayu Islam.

Sewaktu Harian Metro interview setiausaha masjid Al-Shariff tu, dia kata Rahimi ni memang budak baik, jenis yang selalu sembahyang berjemaah dan selalu baca Quran. Ahli kariah yang record tu pula kata yang Rahimi  ni merupakan sorang regular kat masjid tu, yang membuatkan dia nak record Rahimi susun selipar adalah sebab cara dia susun selipar tu sangat rapi siap ada emergency lane sambungnya lagi.

Bila ditanya, Rahimi kata dia susunkan selipar orang adalah sebab untuk menggembirakan tetamu masjid tu dan menyahut nasihat ustaz dia iaitu tolong orang semampu mungkin.

“Selalu orang balik dari masjid ni dorang rasa marah, ni nak bagi dorang rasa senang sikit kat hati” – Rahimi, dipetik dari Harian Metro

Kadang-kadang benda yang simple tu lah yang paling bermakna

Kalau korang tengok balik list kat dalam artikel ni, tak semua pertolongan adalah benda yang besar ataupun menarik tetapi impak yang ia mendatangkan terhadap orang yang ditolong tu yang penting. Benda tu mungkin nampak kecik kat mata kita tapi bagi setengah orang, benda kecik tu lah paling bermakna. Seperti yang dikatakan oleh aktivis Syed Azmi:

“Masa saya pulang ke kereta, saya terfikir.. Apa yang kita buat lebih bermakna dari apa yang kita boleh janji. Dunia ni sekejap je, memang sekejap. Buat apa yang betul dengan apa yang kita ada dan apa yang kita mampu.”  – Syed Azmi, dipetik dari Facebook.

About Adly Kiddy 83 Articles
Layari Spotify atau Apple Music dan dengar lagu Selesta - Resistance