- 3.9KShare sekarang!
- Email0
- Facebook3.9K
- Share
Bulan Ramadan dah tinggal seminggu lebih je lagi, korang excited ke tak? Bagi rakyat Malaysia, pengalaman menempuhi bulan puasa ni memang unik dan menarik berbanding negara-negara lain. Kita terkenal dengan bazaar/pasar Ramadhan (ada yang pendekkan jadi ‘param’) di mana korang boleh beli makanan yang jarang boleh jumpa macam murtabak, pulut panggang, dan bubur lambuk. Pendek kata, semmmuuuua ada.
Waktu Ramadan juga biasanya membuka peluang untuk kita berkumpul, tak kiralah waktu sahur ke, waktu berbuka ke, waktu solat terawikh ke. Malah oleh kerana negara kita ni berbilang kaum dan agama, kita selalu dengar cerita kawan non-Muslim cuba belajar puasa sama-sama (bff kitorang kat CILISOS pun pernah try). Barulah muhibbah!
Pendek kata, Ramadan kat Malaysia ni memang special! Dan sebab itulah kami nak korang kongsi pengalaman puasa korang sebab…
Setiap keluarga/geng mesti ada ‘tradisi’ yang akan dibuat setiap kali bulan puasa!
Tradisi macam mana pulak tu? Contohnya bila sampai Maghrib, ada famili yang tak sah kalau tak buka puasa dengan air soya cincau. Takpun bila bersahur awal dengan member, mesti korang lepak kat mamak dari pukul 2 pagi sampailah ke Subuh.
Macam yang kami kata tadi, pengalaman Ramadan kat Malaysia sememangnya unik, terutamanya bila dapat berkumpul dengan keluarga dan kawan-kawan. Sebab tu lah SOSCILI dan partner kami di Sunway Resort Hotel & Spa nak tau tentang tradisi yang korang selalu buat. Mesti ada cerita yang menarik, yang kelakar. Benda ni lah yang menambah seri pada Ramadan, sebab ada cerita yang korang akan kenang sampai bila-bila.
Sebelum tu, kami nak cerita sikit pasal partner kami yang menyediakan pakej bufet istimewa Jemput Makan! Kat bufet ni korang boleh jumpa pelbagai pilihan berbeza daripada nasi, steamboat, gulai kawah dan macam-macam lagi. Pendek kata, semmmmmua ada.
So sesuai sangatlah bagi yang nak belanja keluarga berbuka kat luar sekali-sekala, takpun kalau korang nak buat reunion dengan budak sekolah lama.
Apa yang bagusnya pasal bufet ini adalah lebihan makanan yang tak diambil akan diberi kepada orang yang memerlukan, contohnya golongan homeless di Soup Kitchen. Barulah kita dapat kurangkan pembaziran di bulan yang mulia ni.
Ok tak payah cakap banyak, korang nak menang hadiah tak? Kalau nak, jom…
Kongsi dengan kami apa ‘tradisi’ korang bila datang Ramadan!
Nak join senang je. Cerita dengan kami pasal benda yang korang konfem akan buat bila datang Ramadan! Entri-entri yang terpilih akan memenangi baucer buffet daripada The Resort Cafe, contest berakhir pada 29 Mei 2017!
Terma dan syarat:
1. Lima (5) pemenang akan dipilih untuk menerima baucer
2. Baucer buffet Jemput Makan sah sehingga 24 Jun 2017.
3. Baucer hendaklah diambil dari hotel, dan tempahan haruslah dibuat sebelum datang ke buffet.
- 3.9KShare sekarang!
- Email0
- Facebook3.9K
- Share