Apa jadi kalau PH buat undi tak percaya pada Tun Mahathir?!

Ia bukanlah masa-masa yang terlalu menyenangkan untuk Pakatan Harapan sejak diorang mengambil alih Putrajaya dalam PRU14 lepas. Dengan harapan yang setinggi Gunung Kinabalu, setakat ni diorang cuma berjaya tunaikan 23 daripada keseluruhan 555 janji yang diorang letakkan kat manifesto. Ramai je penganalisis politik dah gambarkan macam mana kekecewaan rakyat dengan prestasi mereka.

Siapa sebut nama saya? Imej dari Tenor

Dah tentu ramai daripada kita yang fikir Tun Mahathir akan habiskan penggal ni sebagai Perdana Menteri, memandangkan dialah merupakan faktor utama kemenangan PH. Tapi, nampaknya ada khabar angin yang bertiup yang mengatakan mungkin Tun Mahathir tak akan jadi Perdana Menteri sehingga PRU15. Dan ia telah dinyatakan oleh PAS

Ada orang dari PAS dan aktivis sosial bernama Mujahidin Zulkiffli dakwa yang akan ada undi tak percaya terhadap Perdana Menteri. Dan benda ni buat kitorang tertanya-tanya: Apa akan jadi kalau undi tak percaya dilakukan terhadap Tun Mahathir?

Ada satu cerita ni, masa zaman 1970-an, bila Tun Razak masih lagi Perdana Menteri, masa tu Timbalan Perdana Menteri meninggal dunia, so dia kena pilih Timbalan Perdana Menteri barulah jawabnya. Ramai yang fikir dia akan ambik Timbalan Perdana Menteri dari MCA, last-last dia ambik Hussein Onn. Beberapa tahun lepas tu, Abdul Razak meninggal dunia – terus Hussein Onn jadi Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Menteri Pertahanan! 

Tun Hussien Onn. Imej dari The Famous People

Oleh sebab dia fikir – dah lah awal-awal dia bukan calon Timbalan Perdana Menteri, tiba-tiba pulak jadi Perdana Menteri dan siap pegang dua kementerian kat Kabinet, mestilah ada orang yang akan panas hati. So, adalah orang yang buat undi percaya kat dia, yang dimulakan oleh senator dan diluluskan oleh speaker. Dia just nak beritahu orang – dia dapat sokongan penuh.

“Tidak mudah kerana kita mempunyai pelbagai pakatan, parti dan ahli Parlimen dari pelbagai kawasan, iaitu Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Setiap orang yang anda dekati untuk menyokong akan membuat tuntutan dan mendapatkan jaminan sebagai upah sokongan,”- Dr Muhammad Asri Mohd Ali, penganalisis politik Universiti Malaya, dipetik dari The Star

Tun Mahathir relaks je, dia nak tengok betulkan undi tak percaya ni akan dilakukan

Buat masa ni, Dr Mahathir chill je, dia masih nak tengok – betul ke ada undi tak percaya yang nak dilakukan terhadap dirinya. Apabila benda tu berlaku, dia nak tengok jugak – betulkan PAS akan sokong dia.

“Saya akan tunggu dan lihat jika ada undi tidak percaya. Saya akan lihat sama ada PAS akan menyokong saya atau tidak, “- Dr Mahathir, dipetik dari Straits Times

Kita relaks macam tengok wayang…

Macam biasalah, kita sebagai rakyat – tengok je apa akan jadi nanti. Kalau korang nak tahu, Parlimen akan bersidang 11 Mac ni. Meh lah kita tengok, adakah drama kat era Malaysia  Baru ni akan terjadi atau tak. Kalau betul undi tak percaya akan dilakukan kepada Tun Mahathir, korang rasa apa yang akan jadi?

About Man Hamka 74 Articles
Man Hamka