- 173Share sekarang!
- Email7
- Facebook166
- Share
(This article is translation. For the original, visit our sister site, CILISOS)
Baru-baru ni Dato’ Seri Anwar Ibrahim baru je lancarkan website tuisyen online secara percuma /e-tuisyen yang dinamakan PD Tuition (pdtuition.com) untuk pelajar sekolah rendah dan menengah. Tapi perkhidmatan tersebut hanyalah untuk pelajar-pelajar yang berada kat PD. Website tersebut dikatakan usaha bersama antara ibu bapa, guru dari sekolah-sekolah di Port Dickson dan NGO, dan ia mendapat sokongan daripada Kementerian Pendidikan. Ia merupakan program edisi yang kedua yang dipanggil sebagai program PD Tuition 2.0.
Tapi macam mana diaorang nak tahu yang pelajar-pelajar tu semua dari PD? Sebenarnya, pelajar-pelajar perlu log masuk website tu menggunakan nombor IC diorang untuk mendapatkan akses terus ke video tuisyen yang ada dalam tu, dan sebab tu lah kitorang tak dapat nak tengok video tu
“Jika saya mampu dan mempunyai dana yang mencukupi, saya akan kembangkan tuisyen percuma ni (program PDTuition.com) ke seluruh Negeri Sembilan dan seluruh negara ni juga.” – Dato’ Seri Anwar Ibrahim (DSAI), MP Port Dickson, sumber dari Malaysiakini.
Website tuisyen Perak sama macam PD Tuition.com!
Macam yang korang boleh perasan daripada gambar yang kitaorang dah screenshot kat atas tu, design website portal tu nampak macam lebih kurang sama atau (sama?). Dari cara susunan dan jugak ciri-ciri website tu dan jugak ejaan Gooroo (mungkin cara hipster untuk panggil guru) yang digunakan kat website tu adalah sebijik!
Dan satu-satunya perbezaan adalah ciri keselamatan dalam available courses iaitu SPM rescue (modul persediaan minit terakhir sebelum peperiksaan SPM) serta forum-forum lain. Tapi, kalau diperhatikan, laman web eTuition Perak ni nampaknya adalah versi PD Tuition yang lebih maju.
“Anwar melakukan satu lagi kesalahan apabila dia melancarkan portal tuisyen dalam talian percuma yang dikenali sebagai pdtuition.com, yang disambungkan ke ezlearn2u.com portal tuisyen negeri Perak.” – Yap Swee Seng, Pengarah Eksekutif Bersih 2.0, sumber dari NST.
Lepas warga net bagitahu ia kelihatan macam ada gangguan dan kecelaruan dekat website tersebut, PD Tuition dah dikemas kini dan takde lagi link yang bawak pengguna kat website Perak eTuition.
Tapi sebenarnya PD Tuition bukanlah satu-satunya website tuisyen yang terlibat dalam isu ni. Sebenarnya, ada satu lagi website tuisyen dalam talian untuk pelajar-pelajar Bentong, yang dilancarkan oleh bekas Menteri Pengangkutan Liow Tiong Lai, juga mengalami isu yang sama di mana ia akan mengarahkan pelajar ke ezlearn2u.my. Tapi sekarang ni, URL tuisyen dalam talian Bentong (bentongtuition.com) tu dah tak berfungsi lagi. Tapi…
Semua laman web tuisyen dalam talian ada kaitan dengan Sunny Yee. Siapa tu???
Walaupun PD Tuition sebahagian kecil daripada kempen Anwar waktu pilihan raya kecil Port Dickson, tapi sebenarnya orang kuat di sebalik PD Tuition ialah Sunny Yee. Ini berkemungkinan dia lah orang yang terlibat dalam mengasaskan rancangan tuisyen dalam talian.
Apa yang bertambah peliknya, Sunny Yee jugak merupakan pencipta kandungan Perak eTuition. Tapi siapa sebenarnya dia ni???
Kalau korang pernah dengar nama dia, mungkin sebab korang pernah terlibat dengan tuisyen di bawah kelolaan dia sebelum ni. Sunny merupakan anak kepada Yee Chee Leong, iaitu pemilik Yee’s Tuition Centre kat SS2, Petaling Jaya. Dia menjadi tutor waktu dia tengah tunggu keputusan SPM. Lepas dia tamatkan pengajian dari Universiti Malaya dengan Ijazah Sains, dia kemudiannya menyertai ayahnya dengan mengajar Fizik dan Matematik Tambahan.
Dan dengan kemunculan Internet waktu tu, Sunny dikatakan buat kelas tuisyen kepada para pelajar dengan memuat naik video pembelajaran dalam talian. Memandangkan kitaorang tak boleh akses kat dalam PD Tuition dengan Perak eTuition (sebab kitaorang bukannya pelajar atau bukanlah dari mana-mana negeri/daerah yang terlibat), tapi kitaorang berjaya cari contoh video pelajaran dari Sunny dekat YouTube:
Selain berkolaborasi dengan kerajaan negeri dan Anwar, Sunny jugak dah bekerjasama dengan The Star dalam menghasilkan program eTuition daripada The Star. Ia meliputi semua mata pelajaran daripada prasekolah sehinggalah ke sekolah menengah. Dan ia disediakan untuk semua orang, tanpa mengira kat mana diaorang berada, melalui platform dimsum (platform video-on-demand, bukannya makanan).
Melalui tu, bukan je Sunny tapi sebenarnya PD Tuition dan Perak eTuition diuruskan oleh syarikat yang sama dikenali MyET Education Sdn Bhd. Dan ni mungkin salah satu sebab kenapa website tu nampak macam lebih kurang sama.
Selain daripada PD Tuition, Perak eTuition dan Bentong Tuition, kitaorang jumpa yang negeri lain jugak ada website tuisyen dalam talian diaorang sendiri (yang TAK nampak serupa pun):
-
- Selangor ada laman web eTuition sendiri yang ditaja oleh Yayasan Selangor: Smart Selangor Free Tuition
- Terengganu berkerjasama dengan NST untuk menubuhkan program tuisyen dalam talian: New Terengganu Transformation (TTB) Online Tuition
- Ahli Parlimen Tanjung Piai Datuk Seri Wee Jeck Seng memulakan dan membiayai program tuisyen dalam talian dekat kawasannya pada tahun 2017: tanjungpiaituition.com
- Kedah melancarkan laman web eTuition tapi sekarang ni ia tak berfungsi: Kedah eTutor
Jadi, sekiranya banyak negeri kat Malaysia boleh mencari sumber untuk membuat kursus percuma dalam talian untuk pelajar diaorang, dan sebahagian daripadanya adalah serupa … tapi
Kenapa takde kursus dalam talian secara percuma untuk seluruh Malaysia?
Memandangkan kadar penembusan dan akses internet kat Malaysia sekarang ni adalah 80%, dengan penglibatan penggunaan media sosial tertinggi kat dunia, kita sepatutnya dah ada beberapa aplikasi dan kemudahan berbentuk pendidikan internet. Seperti biasa, negara jiran kita dah mendahului kita lagi dengan pelancaran Singapore Student Leaning Space (SLS) tahun lepas.
Pelajar-pelajar Singapura akan dapat belajar melalui talian dengan menonton video dan ambil bahagian dalam kuiz, dan lain-lain lagi. Malah Kemboja pun dah lancarkan program e-learning ni untuk kurangkan kadar penurunan dalam aspek pembelajaran pada awal tahun hari tu.
Sebenarnya, kerajaan Malaysia dah pernah laksanakan program yang lebih kurang serupa yang dikenali sebagai 1BestariNet. Yang merupakan kerjasama dengan YTL Communications pada tahun 2014. 1BestariNet adalah sebuah platform yang menghubungkan 10,000 sekolah kat Malaysia untuk pembelajaran secara maya.
Ia jugak boleh berfungsi bagi pelajar untuk serahkan dan hantar kerja rumah diaorang yang telah diberikan oleh cikgu sekolah diaorang secara dalam talian. Mak ayah jugak boleh akses website tu untuk periksa kemajuan anak-anak diaorang dalam laman web tersebut.
Projek tu sepatutnya siap pada tahun 2025, tapi sekarang ni ia jadi tanda tanya oleh Ketua Audit Negara, ditambah lagi dengan aduan dan keluhan mengenai kelewatan memasang perkhidmatan internet. Selain tu, kekurangan jawatankuasa projek, akses jalur lebar yang lemah dan kegagalan pihak kementerian untuk menyelidik keperluan sekolah dengan betul jugak menjadi persoalan umum.
Guru-guru sekolah jugak ada yang merungut mengenai kurangnya platform pembelajaran dalam talian. Di samping tu, peralatan dan kemudahan yang tak mencukupi serta uzur yang digunakan kat sekolah diorang jugak menjadi rungutan guru-guru kat sekolah. Seorang guru kat SMK USJ 12, Shirley Tan ada bagitahu yang kemudahan internet dan platform pembelajaran dalam talian di sekolahnya agak lambat dan tak mesra pengguna.
“Di sekolah saya, saya agak terkejut bila dapat tahu komputer-komputer yang disediakan sekurang-kurangnya berusia 15 tahun. Komputer tersebut berfungsi sangat perlahan. Dan menggunakan komputer tersebut sangat mengecewakan pelajar.” – Shirley Tan, guru di SMK USJ 12, sumber dari The Star.
Dan kenyataan Shirley tu mungkin betul sebabnya kalau dilihat balik, program tersebut tak dapat capai objektifnya dalam menyediakan kemudahan jalur lebar internet berkelajuan 4GB kat setiap sekolah di seluruh negara. Ini berdasarkan Laporan Ketua Audit mengenai program tersebut. Hal ni disebabkan ramai pelajar yang tak dapat apa-apa manfaat daripada program yang disediakan tu. Oleh sebab itu, ia mungkin nampak masuk akal kalau program RM4 bilion tu dihentikan.
Sebelum ni, kitorang pernah tulis tentang program tuisyen dalam talian percuma yang dinamakan edunation.my yang dibiayai sepenuhnya oleh BAC Education Group. Apa yang lebih menarik, program tersebut sebenarnya munggunakan khidmat guru-guru sekolah kerajaan. Tapi ia dibuat untuk menjadikan pendidikan dan pembelajaran lebih menarik dan interaktif.
Tapi, dengan adanya laman web yang serupa macam Perak eTuition dengan PD Tuition, sebenarnya KENAPA diaorang tak sediakan je kemudahan tersebut untuk semua pelajar kat seluruh Malaysia?!
- 173Share sekarang!
- Email7
- Facebook166
- Share