Lelaki yang “kahwin” ular ni sebenarnya adalah pakar penjinak ular dalam Bomba!

(Click here to read the article in English!)

Korang dah dengar tak pasal lelaki Malaysia yang mengahwini ULAR belaan dia ni? Kecoh satu dunia termasuklah akhbar tabloid UK seperti The Daily Mirror dan The Daily Mail. Mana taknya, tengok je la gambar-gambar romantis abang bomba ni:

abu-zarin-kissing-snake
Muah ciked.
abu-zarin-snake-coke-coca-cola-can
Menangis bersama tertawa bersama.
abu-zarin-snake-watching-tv
“Ko tengok TV diam-diam, abang ada kerja.”
abu-zarin-snake-reading-magazine
Sambil dating, sambil menimba ilmu.

Alahai tiut-tiut tomey-tomey pasangan ni kan?

Tapi sebenarnya… cerita tu PALSU!

saya-tak-kahwin-ular
Screenshot dari artikel mStar.

OK sebelum JAKIM pecah masuk pintu abang bomba ni, tak, dia sebenarnya TAK KAHWIN pun dengan ular! Dia pun bengkek semacam bila orang ramai mula share citer palsu ni.

Ahli Bomba dari Kelantan, Abu Zarin Hussin, punyalah terkejut bila dapat tau akhbar tabloid UK mendakwa yang dia merupakan Warranan Sarasalin, seorang lelaki Thai yang kahwin dengan ular peliharaan dia yang kononnya ada iras muka girlfriend dia yang meninggal dunia, dan diilhamkan oleh kepercayaan Buddhism yang manusia boleh dilahirkan semula sebagai haiwan.

daily-mail-bomba-abu-zarin-snake
Amboi Daily Mail cakap main sedap bontot je. Screenshot of The Daily Mail’s article

Ko biar betik, Daily Mail. Dah la nama pun salah, warganegara dan agama dia pun tak betul. Konfem lah buat abang bomba kita berapi ಠ_ಠ

“Saya hanya ingin menyatakan kekecewaan saya terhadap sikap segelintir wartawan asing yang jelas bertindak melanggar etika kewartawanan dalam menyiarkan berita, terutamanya kerana gambar-gambar itu jelas diambil dari akaun Facebook saya,” – Abu Zarin, dipetik oleh mStar.

The Daily Mirror yang kononnya menemuduga ‘lelaki Buddha’ tersebut dah delete artikel mereka (tapi boleh tengok kat arkib), tapi kat Daily Mail masih ada lagi.

Walaupun dia tak berkahwin dengan seekor ular, tapi dia memang CINTAKAN ular!

abu-zarin-snake-guitar-flowers
Kau tahu betapa ku sayang padamuuu. Dari Facebook dia sendiri, Wira Penyelamat.

Tapi bukan cinta dari segi romantis la. Abu Zarin, 31, bekerja kat balai bomba di Temerloh Pahang, dan dia memang terkenal dengan kebolehannya menjinakkan ular.

“Saya sedang melatih anggota lain bagaimana untuk mengendalikan dan menguruskan ular supaya selepas ditangkap, kita dapat melepaskannya kembali ke habitat semula jadi,” – Abu Zarin.

Abu Zarin mengajar ahli bomba lain untuk mengenalpasti spesis ular yang berbeza, terutamanya jenis apa yang beracun, dan macam mana nak tangkap haiwan ni tanpa membunuh mereka. Tapi setiap ular ni tak disimpan lama, biasanya tak lebih setahun. Jadi ular yang korang tengok kat atas tadi mungkinlah ular-ular yang berlainan. Menurut mStar, sekarang ni dia ada empat ekor di bawah jagaannya. Bila ular baru masuk untuk kelas orientasi, yang lain tu graduate dan dilepaskan ke hutan.

Korang boleh tengok sendiri kerja-kerja abang bomba kita kat Facebook dia Wira Penyelamat.

abu-zarin-bomba-class-training-snakes
Abu Zarin dan rakan sekejar belajar tentang ular.

Sebenarnya sebelum join Bomba, Abu Zarin sendiri takut dengan ular. Tapi ayah dia memang seorang penjinak ular, jadi minat tu dah ada. Jadi dia join bomba dan mula berlatih pada tahun 2007 sampailah sekarang bakat tu dah terserlah.

Dia mahu mengajar orang yang selalu tersalah anggap terhadap ular

U untuk Ular.

Tapi maaf eh, kelas ni bukannya untuk orang awam. Abu Zarin mengajar abang-abang bomba yang lain sebab nak handle ular ni memang sebahagian kerja mereka (bomba ni bukan sekadar padamkan api dan masuk kalendar je ok). Mereka juga bertanggungjawab menyelamatkan mangsa banjir dan bencana alam yang lain, sampailah mengeluarkan mayat! “Kalau bola tersangkut atas pokok pun orang panggil bomba,”, kata Hernazila Ali kepada AsiaOne.

Selain itu, Bomba juga menyelamatkan kucing, anjing, ular, dan haiwan yang lain. Ada sekali tu Hernazila dapat panggilan pasal ular, tapi sebenarnya tali kasut. Si pemanggil tak nampak sebab dia tak bukak lampu, adeh laaa. Ada jugak sorang mamat ni bagitau polis yang ular patuk kereta dia sampai kemek, sebenarnya kuda yang buat, tapi mamat tersilap sebut. Benarlah seperti kata pepatah, kuda punya kerja, ular dapat nama. Pasal ular pulak…

“Ular sebenarnya tidak sukar untuk dikendalikan. Terdapat banyak dakwaan palsu di luar sana tentang ular, kononnya haiwan ini ganas atau menyerang manusia.” – Abu Zarin

abu-zarin-snake-brush-teeth
Bangun pagi, gosok gigi :D

Ehh, tapi ini kerja pakar je tau! Korang jangan memandai pulak nak salam ular ni jemput masuk makan apa semua. Malah Abu Zarin sendiri pernah kena patuk dengan ular, korang boleh tengok gambar kat FB dia (amaran: gambar ngeri~~).

Dah tu nak buat apa kalau nampak ular!

Bertenang, dan jangan acah-acah dia! Kalau korang tak sure ular tu beracun ke tak, anggap je lah ianya merbahaya, kata Mohd Azhar Mujab, Leftenan Kolonel di JPAM.

“Ular berbisa seperti ular tedung, ular tedung ‘King Cobra’ dan katam tebu boleh membunuh dalam sekelip mata jadi kita perlu berwaspada dengan persekitaran,” – Mohamad Sani Harul, Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, dipetik oleh mStar.

types-of-venemous-snakes-bomba
Kalau korang nampak ular ni semua, JAUHKAN!

Hanif Omar dari JPA Kuala Krai nasihatkan korang jangan cuba nak handle sendiri, tapi dapatkan pertolongan.

Panggil Bomba di 999 atau 1800 888 994 (babas tol, 24 jam), dan JPAM:

snake-emergency-call-civil-defence
Sembilan sembilan empat~~ katak mati terlompat-lompat~~~

Nak lagi waktu musim panas, ular akan cuba cari tempat sejuk contohnya di bawak almari dan kerusi, serta dapur dan bilik air. Waktu musim El Nino hari tu, jumlah ular yang ditangkap telah meningkat secara mendadak: JPAM merekodkan 3,708 kes pada Febuari dan 3,780 kes pada Mac oleh JPAM; manakala Bomba merekodkan  889 pada Febuari dan 973 pada Mac.

“Sekiranya dipatuk ular, adalah penting untuk memastikan beberapa perkara terutamanya jenis ular itu, untuk menentukan sama ada ia berbisa atau tidak.

Sekeping gambar, walaupun yang diambil dengan telefon bimbit adalah sangat membantu,“– Prof Dr Indraneil Das, Universiti Malaysia Sarawak, dipetik oleh mStar.

Selain itu, kita boleh cuba kurangkan risiko berjumpa ular dengan membersihkan mana-mana kayu yang jatuh, pondok yang ditinggalkan, garaj, rumput yang terlebih panjang. Kena hati-hati, nak lagi kalau anak-anak suka main kat luar.

Memang la Abu Zarin boleh layan ular ni macam adik-adik dia je, tapi kita ni bukan pakar! Tinggalkan tanggungjawab ini kepada abang bomba. Korang semua jaga diri ok!