Adakah NFDP gagal menghasilkan bakat untuk skuad Harimau Malaya?

Bila kita bercerita tentang bola sepak dekat Malaysia ni, boleh dikatakan peminat-peminat bola ni adalah yang paling ramai di Malaysia. Sambutan terhadap bola sepak pun sangat meriah tak kisah lah arena bola tempatan mahupun luar negara, tapi nampak gayanya lebih kepada luar negara lah.

Ini disebabkan trend bola sepak kita yang kebanyakan orang hanya menyokong ketika sesuatu pasukan itu memperoleh kejayaan, kalau kalah? Terus dimaki-hamun. Itu lah yang terjadi sejak dua menjak ni, lebih-lebih lagi apabila melibatkan pasukan Harimau Malaya. Bila menang je bukan main puji, tapi bila Malaysia kalah terus sampai menyerang (secara maya) pemain-pemain kita.

Itu lah perangai fans tempatan kita sejak sekian lama, at least benda macam tu boleh lah diterima lagi. Cuma sekarang yang agak susah diterima apabila mereka mempersoal program akar umbi bola sepak negara kita, sampai ada yang kata membazir duit. Ini juga melibatkan ‘nama besar’ dalam bola sepak itu sendiri. Panas kan? Jom kita sama-sama kupas isu ni…

Harimau Malaya hilang taring, salah program akar umbi?

Kecewa betul. Imej dari Wacana

Kita sebagai peminat pasti merindui aksi pasukan Harimau Malaya pada 2019time tu kita banyak gila menang kot. Lawan Thailand kita menang, lawan Indonesia kita menang (dua kali berturut-turut pula tu), even ada kalah dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pun, permainan pasukan Malaysia masih seronok ditonton ketika itu.

Namun, kejayaan itu terganggu selepas satu dunia berhadapan dengan pandemik COVID-19. Ia menyebabkan aktiviti bola sepak terpaksa dihentikan dalam masa yang agak lama, perkara itu merencatkan momentum Harimau Malaya dan sehingga sekarang kita masih lagi belum mencapai prestasi seperti tahun 2019.

Benda ni menjadi lebih serius apabila pemain-pemain dikritik hebat selepas kekalahan pasukan kebangsaan dengan Jordan dan juga Uzbekistan baru-baru ni. Sampaikan, ada yang mempersoal program akar umbi kita. Ada juga yang nak kata program itu gagal dan hanya menghabiskan duit kerajaan je.

Pengkritik lepas Harimau Malaya kalah. Imej dari imgflip

Untuk pengetahuan korang, kita ada satu program bola sepak seliaan kerajaan iaitu Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP). Ia dimulakan secara rasmi pada 2014 dengan mencari bakat-bakat muda di seluruh Malaysia dan meletak mereka dalam satu sistem pembangunan jangka masa panjang.

Dah nama pun projek jangka masa panjang, maksudnya hasil tu kita takkan nampak dalam masa yang singkat. Projek itu sendiri dijadualkan untuk berjalan sehingga 2030, tetapi ‘orang kita’ cepat sangat melatah dan menilai. Benda ni kita boleh tengok dari 2018 lagi selepas skuad kebangsaan bawah-16 kita gagal menunjukkan prestasi cemerlang dalam Kejohanan Remaja AFC U-16.

Masa tu kita jadi tuan rumah, kita juga kalah awal dan tak berjaya melepasi peringkat kumpulan. Ketika itu, memang ramai terus persoal NFDP ni tak berhasil dan dalam masa sama menghabiskan duit kerajaan je. Bayangkan, masa tu NFDP baru 4 tahun ditubuhkan namun orang dah mula hilang sabar. Lagi-lagi bekas Menteri Belia & Sukan kita, Syed Saddiq yang membidas jurulatih Malaysia ketika itu.

Serius betul dia masa sidang media ni. Imej dari Berita Harian

“Saya dimaklumkan bahawa pakej gaji beliau (Lim Teong Kim) setiap bulan mencecah RM170,000 yang dibiayai sepenuhnya oleh Majlis Sukan Negara (MSN). Kontrak beliau dan pengurusan tertinggi NFDP juga perlu dilihat semula,

Dia juga menambah…

“Kita tidak boleh menghentikan NFDP, ini adalah program yang bagus. Memang program akar umbi bola sepak yang tersusun tapi ia perlu penstrukturan semula,” Syed Saddiq, bekas Menteri Belia & Sukan, petikan dari Astro Awani

Yang pertama, dia mempertikai gaji seseorang yang sepatutnya private & confidential di hadapan media dan dalam masa yang sama dia kata penstrukturan semula perlu dilakukan selepas hanya 4 tahun NFDP beroperasi! Semua hanya disebabkan satu kegagalan, macam mana kita nak pergi jauh kalau semua jenis glory hunter je ni.

Entah kat mana logiknya. Imej dari imgflip

Benda ni menjadi lagi panas apabila ada lagi satu individu yang mempunyai nama dalam arena bola sepak tempatan seperti mempersoalkan program akar umbi kita. Ia adalah B. Sathianathan, dia telah mengeluarkan kenyataan yang agak kontroversi kerana dilihat seperti menyalahkan program akar umbi selepas kekalahan Harimau Malaya terhadap Uzbekistan.

Legenda Negeri Sembilan ni. Imej dari Football Tribe

“Jadi, latihan pemain kita di akademi dan sekolah-sekolah harus berubah. Corak (permainan) lama sudah tidak boleh diguna pakai kerana sekarang ini kita nampak kepantasan dan kemahiran dari aspek mengawal bola itu penting. Adakah apa yang NFDP buat itu cukup? atau kita kena ada perubahan,” B. Sathianathan, bekas jurulatih Malaysia, petikan dari Berita Harian

Mungkin kenyataan yang dikeluarkannya itu boleh dikira sebagai kritikan yang agak pedas, tetapi mungkin juga ia dapat membuat NFDP untuk sentiasa berada on their toes. Namun, kenyataannya itu membuatkan perbincangan mengenai pembangunan bola sepak di media sosial semakin bertambah panas, ada yang komen negatif dan ada juga yang positif. Namun…

Kita berbalik kepada soalan asal, adakah NFDP betul gagal menghasilkan bakat untuk skuad negara? Jom kita sama-sama teliti benda ni…

Batch pertama baru berusia 19 tahun, jangan cepat melatah

Semua muda lagi, Kedah pun kalah kot. Imej dari Twitter

Buat mereka yang tak tahu, batch pertama graduan Akademi Mokhtar Dahari (AMD) yang berada di bawah sistem NFDP baru sahaja berusia 19 tahun. Jadi agak tidak adil jika ingin salahkan mereka untuk aksi longlai skuad senior yang kebanyakan mereka umur nak capai 30 tahun, even ada yang lebih 30 tahun dah pun.

Kalau nak cakap NFDP gagal menyumbang bakat untuk skuad Harimau Malaya, perkara itu sangatlah tak betul. Ramai juga pemain yang berada di bawah sistem NFDP ini mula meningkat naik dengan jayanya, antara korang kenal atau tidak je. Ini antara pemain dari batch pertama yang sedang melakar nama dalam arena bola sepak tempatan dan antarabangsa.

1. Luqman Hakim Shamsudin – KV Kortrijk

Bakal penyerang utama negara ni! Imej dari Twitter

Nama yang selalu disebut-sebut di bibir peminat bola sepak tanah air, ia adalah Luqman Hakim. Dia pernah memenangi kasut emas di Kejohanan Remaja AFC U-16 dengan menjaringkan 5 gol dalam 2 perlawanan sahaja! Sekarang ni dia antara pemain muda yang berada dalam pelan jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe. Kita harap dia akan memberi kejayaan untuk Malaysia satu hari nanti.

2. Arif Aiman Hanapi – Johor Darul Takzim

Kecil-kecil cili padi. Imej dari Football Tribe

Sorang lagi pemain yang berada di bawah projek NFDP, cuma Arif Aiman ni lain sikit cerita dia. Dia berhijrah daripada AMD ke Akademi JDT pada 2018, dikatakan keputusan itu dibuat kerana terdapat sedikit ‘problem‘ yang dihadapinya. Keputusan itu tepat selepas dia adalah antara pemain penting dalam skuad JDT, sampaikan dapat main Liga Juara-juara Asia kot!

3. Sikh Izhan Nazrel – Selangor 2

Muda lagi tapi ada potensi yang sangat besar. Imej dari Kosmo

Salah seorang penjaga gol muda yang dikatakan mampu menjadi penjaga gol utama negara pada satu hari nanti, persembahannya yang memberangsangkan di Liga Premier Malaysia berjaya menarik perhatian kelab daripada Sepanyol. Apabila bakat pemain muda kita mula diintai kelab luar, itu merupakan satu petanda yang sangat baik!

4. Harith Haikal – Selangor 2

Keras ni boss! Imej dari Semuanya Bola

Pertahanan kental muda Selangor ni adalah salah seorang daripada pemain yang membarisi skuad remaja Malaysia yang berjaya mengalahkan Australia pada Piala AFF Bawah-18. Dia juga sangat cemerlang dengan Selangor 2 walaupun terpaksa berhadapan dengan pemain senior dalam Liga Premier Malaysia. Ni kalau betul-betul gilap, rasanya boleh jadi ‘dinding’ Harimau Malaya!

Ni baru empat, ada beratus lagi pemain di bawah NFDP yang bagus-bagus. Modal just turun padang dan tengok sendiri je bakat dorang ni.

Program akar umbi memakan masa, Jepun pun sasar Piala Dunia 2050

Haih, korang ni pun. Imej dari mstar

Salah satu sebab mengapa bola sepak Malaysia mungkin tak pergi jauh, adalah kerana mentaliti peminat bola sepak tempatan yang hanya dahagakan result dan tidak boleh bersabar dengan sesuatu proses. Sampaikan mereka menekan NFDP itu sendiri dengan kata ia hanya pembaziran duit kerajaan, mungkin sebenarnya mereka tidak tahu dengan lebih mendalam tentang proses pembangunan.

Disebabkan itu, kami hubungi sendiri Pendidik Jurulatih dan Pencari Bakat NFDP, Dato Richard Scully untuk memberi penerangan sedikit tentang NFDP tu sendiri.

Muka ada hensem. Imej dari Stadium Astro

“AMD ini mempunyai struktur yang kuat, ia juga telah diiktiraf FIFA dan AFC sebagai antara akademi terbaik di dunia. Namun, kita tidak boleh menyalahkan netizen sebab mereka mahukan kejayaan,

Namun…

“Program pembangunan ini merupakan jangka masa panjang, kita tidak boleh lah hentam pemain jika mereka kalah pertandingan lebih-lebih lagi pertandingan antarabangsa. Ini kerana pertandingan remaja adalah untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada mereka,” kata Dato Richard Scully ketika dihubungi SOSCILI

Dato Richard juga menambah yang gergasi Asia seperti Jepun berani untuk mengatakan yang mereka akan memenangi Piala Dunia pada 2050. Ini disebabkan mereka sudah mempunyai pelan dan kerangka yang bagus untuk mereka ikut, kita juga mampu untuk jadi seperti mereka jika kita betul-betul ikut pelan yang ada.

“Sokongan peminat juga sangatlah penting, lebih-lebih lagi kepada mereka yang berada dalam NFDP ni. Perlu diingat juga, development is not about result dan ia memakan masa. Walau bagaimanapun, kami terima segala kritikan membina daripada semua orang sebab kita nak sama-sama menaikkan bola sepak negara kita,” tambah Dato Richard lagi.

Jadilah seperti Ultras Malaya, sentiasa ada tak kira kalah atau menang. Imej dari Semuanya Bola

Benda ni bukan satu pihak je yang kena berusaha, semua orang perlu memainkan peranan masing-masing untuk kita tingkatkan kualiti bola sepak negara. Tak kira daripada pihak management, peminat, kejurulatihan, semuanya lah senang cerita. Ini supaya satu hari nanti kita boleh lihat budaya bola sepak yang sihat dalam negara kita ni.

Jika tidak boleh sokong ketika kalah, jangan sokong ketika menang

Jangan hanya sokong ketika menang je. Imej dari Harian Metro

Benda ni sangat penting ye, walau apa pun yang jadi, pemain bola sepak adalah manusia juga. Memang lah lumrah dalam industri sukan untuk adanya kritikan, tetapi ia haruslah kritikan yang membina. Bukannya kalau kalah je terus maki pemain, ada yang sampai maki keluarga pemain.

Bak kata orang, benda-benda macam tu tak sedap lah. Kita kena ada mentaliti baharu, bukan setakat dalam bola sepak je, even sukan lain pun kita kena menerapkan budaya menyokong yang matang. Kita lebih baik daripada ini, jika kita semua berterusan menjadi penyokong yang matang, tidak mengejutkan jika pasukan negara pun akan improve pada masa akan datang. Menang bersama!