Rupanya ramai orang guna nama ‘anak-anak yatim’ sebab nak dapatkan duit secara percuma. Ini kisahnya.

(This article is a translation. For the original, visit our sister site, CILISOS)

Korang tahu tak pasal kes kerajaan negeri Kedah ada mintak satu rumah anak yatim ni ditutup? Kalau nak ikutkan cerita yang viral tu, pusat jagaan anak yatim yang dikenali sebagai Pusat Jagaan Kanak-Kanak Cahaya Amal Bistari tu dah gunakan kanak-kanak yang berlindung kat situ untuk mintak derma kat orang ramai. Dan pusat jagaan tu jugak dikendalikan secara tak sah tanpa kebenaran dari Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Dan apa yang peliknya sekarang ni, pusat jagaan tu dah buat tindakan undang-undang terhadap kerajaan negeri sebab buat dakwaan palsu ke atas diaorang ni. Hmm untuk apa lah tu? Sebelum kita sembang panjang, team kitaorang (CILISOS) dah berjaya hubungi dengan orang yang pernah laporkan kegiatan pusat jagaan tu kat pihak berkuasa sejak tahun 2017 lagi, dikenali sebagai Mira. Perkara yang Mira selalu perhatikan dengan anak-anak yatim ni adalah …

Budak-budak yang digunakan untuk mintak sedekah tu nampak macam dah terlatih

Mesti ramai yang akan rasa simpati bila tengok macam ni? Imej dari CILISOS

Budak-budak kat Pusat Jagaan Kanak-Kanak Cahaya Amal Bistari tu, nampak macam lebih terlatih daripada peminta sedekah dan pengemis biasa. Sebaliknya, diaorang ni dikatakan telah dilatih bukan saja untuk mintak derma, tapi diaorang jugak dilatih untuk jual barang dan dilatih jugak untuk jawab soalan-soalan yang mungkin akan diajukan daripada orang yang berpotensi untuk menderma. Ada exco Hal Ehwal Islam Kedah, Ismail Salleh bagitahu tentang pengemis kanak-kanak dari rumah anak yatim tu yang selalu berkeliaran kat sekitar Kedah:

“Bila saya bagitahu apa yang dia buat tu tak betul, dia bagitahu saya semula yang dia sebenarnya ‘usahawan’. Ni lah skrip yang sama saya dengar berulang-ulang kali.” – Ismail Salleh, Exco Hal Ehwal Islam Kedah, sumber dari FMT.

Ismail bagitahu lagi yang pengasas rumah anak yatim tu dah gunakan budak-budak kat situ untuk menagih dan mendapatkan simpati orang ramai untuk bagi derma ataupun beli produk mereka.

Nampaknya taktik yang diaorang gunakan ni memang berkesan kat semua orang. Sebabnya team kitaorang dulu pernah gunakan taktik yang sama waktu berlakon jadi pengemis kat sekitar KL dulu. (Hehe hebatkan?) Dia bagitahu yang kebanyakan orang akan bagi sedekah kat golongan wanita, terutamanya wanita yang mengemis dengan bawak anak-anak diaorang sekali.

Salah seorang pengemis yang bawak anak dia sekali waktu mintak sedekah. Imej dari CILISOS

Bukan Ismail sorang je yang dah terjumpa pengemis kanak-kanak daripada rumah anak yatim tu, banyak je pengasas sesebuah rumah anak yatim yang gunakan modus operandi yang sama. Mira jugak ada bagitahu yang modus operandi rumah anak yatim tu bukan hanya berlaku kat Sungai Petani tapi kat seluruh Malaysia!

“Budak-budak tu selalunya akan berada dan berkeliaran kat sekitar restoran, stesen minyak dan pusat beli-belah. Budak-budak ni akan bawak barang untuk dijual. Ada minyak panas, ada buah aprikot. Bila ditanya umur, semuanya lingkungan 9-17 tahun. Dan bila balik rumah saya kat Terengganu, diaorang ni pun ada jugak!” – Mira, sumber dari Twitter @mighvv. 

Selain didakwa dan dikatakan mengeksploitasi dan gunakan kanak-kanak untuk keuntungan diaorang dengan cara menderma, Pusat Jagaan Kanak-Kanak Cahaya Amal Bistari jugak dikatakan beroperasi secara haram! Tapi, bila kitaorang berhubung dengan pentadbir pusat jagaan tersebut yang dikenali sebagai Ustaz Siddiq, dia bagitahu kitaorang cerita yang berbeza…

Diaorang tak mengemis sebab diaorang dalam proses untuk jadikan rumah anak yatim yang sah

“Kat Malaysia, kira-kira ada 64,000 kanak-kanak yang tinggal dekat institusi penjagaan rumah anak yatim, sama ada yang berdaftar ataupun yang tidak berdaftar.

Ia sebenarnya sukar untuk menubuhkan rumah penjagaan anak-anak yatim yang mana tak sama macam banyaknya rumah anak-anak yatim yang tak berdaftar ditubuhkan.

Institusi penjagaan anak-anak yatim ni dibiayai oleh badan amal, badan-badan agama, korporat dan ada sesetengah individu awam yang lain.” – sumber dari OrphanCare.org.my

Dari pusat Amal Bistari, diaorang mendakwa yang diaorang dah dihalau keluar dari premis pusat jagaan mereka sebanyak dua kali! Ustaz Siddiq jugak ada sebarkan dan siarkan video yang diaorang kena halau tu kat Facebook.

https://www.facebook.com/109789593223399/videos/855228714825973/

Pihak berkuasa Kedah jugak ada melaporkan yang pusat tu tidak didaftarkan sama ada di bawah Pusat Agama Islam Kedah (JAIK) ataupun Jabatan Kebajikan Masyarakat. Tapi, Ustaz Siddiq ada bagitahu yang pusat tu sekarang ni dalam proses mendaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

“Jabatan Kebajikan telah meminta kami tutup pusat ni sebab mereka dakwa yang pusat kami tidak didaftarkan. Tapi jabatan tu sendiri meminta kami untuk menaik taraf pusat jagaan kami sebelum kami mendapat surat daripada Jabatan Bomba, Jabatan Kesihatan dan Majlis Perbandaran Sungai Petani.

Kami telah terima surat tersebut dan dah diserahkan kepada Jabatan Kebajikan namun mereka masih mendakwa yang kami tidak berdaftar.”- Ustaz Siddiq, ketika dihubungi CILISOS.

Sebaliknya, ada jugak mesej viral yang tersebar melalui WhatsApp Group dan Facebook, dengan bagi peringatan untuk sentiasa berwaspada supaya tak mudah nak bagi derma atau sumbangan kat rumah anak yatim tersebut. Mesej tersebut ditulis oleh Kamaruddin Kassim, presiden sebuah organisasi yang dikenali sebagai Urusetia Menangani Gejala Sosial (UNGGAS).

Mesej yang viral tu. Imej dari CILISOS

Dia ada mendakwa dan bagitahu yang pusat tersebut ada menghadapi beberapa pencanggahan terhadap nama pusat yang didaftarkan sebab penyelia pusat tersebut mendaftarkan pusat tu di bawah nama-nama yang berbeza dengan jabatan-jabatan negeri yang berlainan. Contohnya, pusat penjagaan anak yatim tersebut dikatakan didaftarkan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebagai Pusat Jagaan Kanak-Kanak Cahaya Amal Bistari tetapi dia dikenali dan diiklankan sebagai Pusat Rawatan Amal dalam talian (online).

Walaupun UNGGAS ada mendakwa yang maklumat dalam mesej viral tu sebenarnya betul, tapi Ustaz Siddiq bagitahu kami jawapan yang berlainan dan berbeza dengan apa yang viral tu. Dia bagitahu yang kedua-dua pusat jagaan dan pusat rawatan adalah premis dan pusat yang berasingan yang di mana Pusat Jagaan Kanak-Kanak Cahaya Amal Bistari dibiayai oleh Pusat Rawatan Amal.

Pusat Rawatan Amal yang terletak kat atas rumah anak yatim tu. Screencapture dari Facebook Buletin TV3

“Pusat Rawatan Amal ditubuhkan untuk membiayai kos perbelanjaan bagi keperluan anak-anak yatim yang berlindung di bawah Pusat Jagaan Kanak-Kanak Cahaya Amal Bistari. Para guru di pusat kami juga ada menyediakan perkhidmatan rawatan Islam di Pusat Rawatan Amal. Kami juga mendapat dana melalui sumbangan daripada orang ramai. ” – Ustaz Siddiq, ketika dihubungi CILISOS.

Bila Pusat Jagaan Kanak-Kanak Cahaya Amal Bistari ditutup, dia ada sebarkan video di Facebook untuk bagitahu orang ramai supaya dapat tolong diaorang dengan mendermakan wang ke pusat di bawah naungan dia tu. Dan ni mungkin cara dan taktik diaorang untuk dapatkan dana dan wang dan juga untuk mendapatkan pengiktirafan undang-undang.

Tapi apa pun biarlah isu ni mahkamah yang tentukan dan putuskan status bagi pusat tersebut, tapi jom kita sembang pasal cerita lain yang mungkin berkait dengan isu yang hangat ni.

Ada ketua ajaran sesat buka satu pusat tahfiz???

Sama macam dengan isu rumah anak yatim tu, ni ada satu pusat tahfiz yang dikenali sebagai Pusat Tahfiz Amal (pusat tahfiz yang lain, tapi tak tahu lah kenapa diaorang ni suka sangat guna nama ‘amal’) yang diarahkan oleh Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) untuk menghentikan operasi pusat tahfiz tersebut pada tahun 2014.

Pusat tahfiz tu dikatakan dah gunakan pelajar-pelajar kat situ untuk menjual produk dan dapatkan sumbangan, dan apa yang lebih mengejutkan pusat tahfiz tu beroperasi secara haram selama … TUJUH tahun! Dan kalau ikut apa yang dilaporkan, JAIK sebenarnya dah keluarkan notis untuk penutupan pusat tahfiz tu sejak tahun 2007 lagi.

Syarikat dia yang dikenali sebagai Al Mansur Holdings Sdn Bhd ada jual produk herba dan ada jugak menyediakan perkhidmatan refleksologi. Walaupun syarikat tu nampak macam syarikat biasa yang lain, JAKIM ada bagitahu yang Azhar Wahab tu sebenarnya pemimpin ajaran sesat dan syarikat dia sebenarnya dikatakan salah satu organisasi dalam kumpulan ajaran sesat yang lain, iaitu Al Arqam dan dikenali sebagai … Al Mansur. Hmm adakah ini kebetulan???

Azhar dah gunakan duit kutipan derma tu dengan benda-benda ‘lagha’. Imej dari Says

Dan apa yang peliknya sekarang ni, dalam mesej viral tu, UNGGAS ada bagitahu yang rumah anak yatim tu sebelum ni dikenali sebagai Pusat Tahfiz Amal Bistari, dan pengasasnya ialah Azhar Wahab!

Tapi, Ustaz Siddiq masih lagi menafikan isu yang berkaitan pusat penjagaan anak yatim tu dimiliki oleh Azhar atau ada kaitan dengan pusat tahfiz tu.

“Pusat jagaan anak yatim kami tak ada kaitan dengan SM Amin (Azhar Wahab). Pengasas dan pemilik pusat kami ialah Tuan Haji Zainal Abidin bin Haji Abu Samah.”- Ustaz Siddiq, ketika dihubungi CILISOS.

Kitaorang cuba fahamkan apa yang dia nak sampaikan. Imej dari CILISOS

Selain daripada kes dan isu-isu yang macam ni, ada lagi isu lain yang anak yatim dipaksa untuk terjebak dalam sindiket mintak sedekah. Contohnya, ada satu rumah anak yatim kat Pulau Pinang yang dikatakan dah gunakan anak-anak yatim tu untuk sindiket mintak sedekah kat sekitar KL.

Diaorang dipaksa mengemis kat sekitar Lembah Klang selama dua tahun sebelum diaorang diselamatkan oleh pihak berkuasa. Pihak berkuasa jugak ada syak yang rumah anak yatim yang terlibat dengan kes macam ni adalah rumah anak yatim yang takde pengiktirafan dan tak berdaftar.

Dengan kes yang macam ni, makin banyaklah benda yang sama terjadi…

Jadi…kita semua tak payahlah bagi derma kat anak-anak yatim?

Hmm bukan macam tu.

Sekarang ni, pengasas dan pemilik rumah anak yatim tu, Zainal Abidin Abu Samah, dah dilaporkan tengah menghadapi dua pertuduhan yang melibatkan pentadbiran pusat dan rumah anak yatim yang haram di dua tempat yang lain. Jika dia didapati bersalah, dia akan didenda sehingga RM10,000 ataupun penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Dan jugak ada 11 orang anak yatim yang dilaporkan berada di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat, dan selebihnya yang lain akan dikembalikan kepada mak ayah diaorang semula. Walaupun kes ni nampak macam akan berakhir, tapi sebenarnya banyak lagi kes-kes rumah anak yatim yang tak berdaftar tak dilaporkan.

Zainal Abidin Abu Samah (Kiri). Imej dari Berita Harian

Dan ni mungkin jugak sebab kenapa jabatan kebajikan telah tubuhkan satu pertubuhan untuk mengawal dan memerhatikan rumah anak-anak yatim yang tak sah ni. Rumah Penyayang Ulin Nuha (RPUN) ada bagitahu yang kerajaan sepatutnya tubuhkan satu pertubuhan untuk menghalang anak-anak yatim daripada didera dan dipaksa menjadi sindiket untuk mintak sedekah.

Tapi sebenarnya, kita dah ada dah pertubuhan yang macam tu. Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat sebenarnya bertanggungjawab untuk mengawasi pusat dan rumah kebajikan selain daripada untuk menyiasat latar belakang pusat yang macam tu. Diaorang jugak akan memantau pusat-pusat ini bagi memastikan kes-kes penyalahgunaan macam yang selalu terjadi tu tak berlaku lagi.

Kitaorang takdelah nak halang korang buat benda baik, tapi apa-apa yang jadi korang mungkin kena semak dulu kat sumber mana yang korang derma tu. Dan korang boleh siasat benda tu kat sini untuk tahu lebih lanjut sama ada rumah anak yatim ataupun rumah kebajikan tu didaftarkan ke tak dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Kalau yang ni datang mintak sedekah korang bagi tak? Imej dari Giphy

About Nadiya Othman 84 Articles
Hai! Saya suka baca buku tapi saya lagi suka kalau awak baca artikel ni sampai habis :)