Ada satu kaum asli di Taiwan ni…menyerupai etnik kaum di Sabah & Sarawak?

Bila cakap pasal negara Taiwan je, mesti korang terbayangkan warganegaranya yang bermata sepet, dan berbahasa dialek Cina. Memang tak salah pun sebab majoriti mereka berbahasa Mandarin, Hokkien dan Hakka. Malah, Taiwan juga adalah sebuah kepulauan milik Republik China walaupun mempunyai hubungan kompleks.

Standard muka orang Taiwan. Imej dari ft.com

Tapi, macam mana kalau kitorang  bagitahu yang penduduk asal Taiwan bukanlah yang macam kita tengok sekarang.

Tapi… macam ni:

Nampak macam… familiar sangat, kan? Mereka adalah…

Suku Formosa di Taiwan yang banyak menyerupai etnik di Sabah & Sarawak

Sekali imbas, cara pemakaian mereka memang nampak macam suku kaum di Sabah dan Sarawak. Malah, pakaian berwarna gelap yang dipakai oleh suku Formosa menyerupai pakaian tradisional masyarakat Kadazandusun, Murut dan Rungus Sabah.

Sama tapi serupa ke?

Suku Dayak ni bukan ada di Sarawak dan Sabah saja, tapi juga di Brunei dan Kalimantan, Indonesia. Disebabkan kekeliruan ni jugalah yang membuatkan media Indonesia dulunya pernah menuduh Malaysia ‘mencuri’ tarian suku Dayak di Kalimantan pada Pesta Buku Frankfurt (FBF) 2014.

Imej dari beritasatu.com

Manakala suku kaum di Taiwan ni pula adalah suku Formosa. Mereka adalah orang asal/asli Taiwan yang merupakan penduduk asal kepulauan ni sebelum kaum lain dibawa masuk.

Kisahnya bermula apabila Portugis pertama kali sampai ke kepulauan tu pada abad ke-16, atau sekitar tahun 1582. Disebabkan kecantikan semulajadi pulau ni, Portugis pun memberi nama tempat ni sebagai Ilha Formosa/Isla Formosa yang bermaksud ‘Pulau Cantik’. Dan dari situ jugalah Suku Formosa mendapat namanya.

Malah, nama Formosa terkenal sehingga sekurang-kurangnya pada awal abad ke-20, dan merupakan nama asal bagi Taiwan yang kebiasaannya digunakan dalam kesusasteraan Eropah. Ia turut dicatatkan dalam buku Tonio Andrade yang berjudul How Taiwan Became Chinese. 

Kiranya sebelum tahun 1600-an, Formosa adalah self-governing walaupun takde kuasa pemerintah pusat. Kemudiannya pada sekitar tahun 1624, Belanda datang dan menjajah Taiwan, dan kemudiannya menemui orang asli Taiwan ni. Sebelum penjajahan Belanda terhadap negara pulau bernama Formosa ni, orang-orang asli yang tinggal di Taiwan ni tak pernah diganggu.

Jadi bila Formosa dijajah, ia menjadi tanah jajahan Belanda selama kira-kira 40 tahun dan dinamakan Dutch Formosa.

Bermulanya kemasukan kaum Cina di Formosa, mengetepikan kaum asal

Semasa penjajahan Belanda di Dutch Formosa selama 40 tahun, pelbagai perkara diubah oleh mereka. Antara salah satu sebab adalah cara hidup kaum Formosa yang dianggap barbaric pada masa tersebut. Jadinya, Belanda memaksa kaum peribumi Formosa untuk tak berburu, dan mengamalkan pertanian. Bagaimanapun, idea tu ditolak oleh kaum asli ni sebab bercucuk tanam ni lebih kepada pekerjaan wanita pada masa tu, dan ia adalah sebuah pekerjaan yang susah.

Disebabkan itu, Belanda kemudiannya mengimport buruh dari China. Mereka ini adalah  Bangsa Han yang merupakan kumpulan etnik Asia Timur dan bangsa asal China. Ia juga merupakan satu masa di mana Bangsa Han ni dibawa masuk secara besar-besaran ke Formosa.

Lukisan keluarga dari China ynag berpindah ke Formosa. Imej dari commons.wikimedia.org

Malah, mereka juga digalakkan untuk datang ke sana dengan pengangkutan percuma ke pulau tersebut menggunakan kapal Belanda, dan diberi peralatan, lembu dan benih untuk memulakan pertanian. Belanda kemudiannya mengambil satu persepuluh pengeluaran pertanian sebagai cukai.

Formosa hanya bebas selama dua dekad sebelum China pula yang menguasai kepulauan tu di akhir abad ke-17, dan memerintah Taiwan selama dua abad. Jepun pula memperoleh Taiwan pada tahun 1895 berikutan Perang Sino-Jepun pertama, dan menjadi tanah jajahan kembali. Suku kaum asli Formosa pula terkebelakang, dan lebih kepada hidup mereka sendiri.

Perang Sino-Jepun 1895. Imej dari sinojapanesewar.com

Taiwan kembali mengiktiraf penduduk asal negara tersebut selepas 400 tahun terpinggir

Sebelum kedatangan bangsa Han dari China pada abad ke 16, terdapat kira-kira 400,000 hingga 500,000 suku Formosa. Bagaimanapun jumlah mereka berkurangan, dekad demi dekad dengan kemasukan bangsa Han ke pulau tersebut. Dianggarkan, sebanyak 1.2 juta orang berpindah dari China ke Taiwan sehingga pada akhir 1940-an dan awal 1950-an.

Bagaimanapun pada Ogos 2016, Presiden Taiwan, Tsai Ing-wen meminta maaf secara langsung kepada suku Formosa di atas ketidak adilan yang dihadapi suku Formosa selama 400 tahun lamanya. Malah, kedudukan mereka juga tergugat sejak penghijrahan bangsa Han ke Taiwan yang sedikit sebanyak merubah bahasa asal dan budaya mereka.

Ia juga menjadi sebab di mana kemudiannya, kerajaan Taiwan juga bercadang untuk menubuhkan Taiwan Indigenous People Cultural Foundation, sebuah taman budaya seluas 82 hektar di Pingtung, Taiwan. Taman tersebut berfungsi untuk memberikan informasi tentang penduduk Formosa, dan melestarikan kebudayaannya.

Suku asli Formosa yang boleh dilawati di Formosan Aboriginal Culture Village, Taiwan. Imej dari antaranews

Dan hari ni, orang asli Taiwan membentuk 2% penduduk, atau lebih kurang 550 ribu orang penduduk asli Taiwan dari jumlah keseluruhan penduduk Taiwan. Dari belasan suku Formosa, terdapat 16 suku asli yang diakui kerajaan Taiwan termasuklah Bunun yang menyerupai Dusun di Sabah dan Sarawak. Kalau korang tengok, bahasa yang digunakan juga ada iras-iras bahasa Melayu dan Jawa.

Jadi bila difikirkan balik, kebanyakan penduduk Taiwan adalah dari China. Dari mana pula datangnya kaum asli Formosa yang mempunyai banyak persamaan dengan etnik dan suku kaum di Sabah dan Sarawak?

Pelbagai teori muncul tentang asal-usul suku Formosa yang kemungkinannya berasal dari Nusantara?

Dayak dalam pakaian perang mereka, karya F. Boyle, Illustrated London News, 1864

Kalau kita tengok, suku kaum di Sabah Sarawak sendiri ada iras-iras Cina dengan kulit putih dan mata sepet mereka. Sebelum kita pergi lebih lanjut pasal kaum Formosa, ni adalah antara teori yang dikaitkan dengan etnik dan suku kaum di Sabah dan Sarawak:

i – kaum ini dipercayai berasal dari rumpun Indo-Malayan dari Selatan China ke negara-negara di Asia Tenggara (T.R. Williams: 1965).

Dalam kajian mereka, saintis sosial dan ahli sejarah mengambil kira aspek fizikal, bahasa pertuturan, kumpulan darah dan bahan kesenian yang dicipta oleh masyarakat Kadazan-Dusun. 

Suku kaum Bunun di Taiwan dikatakan memiliki budaya, kepercayaan dan DNA yang hampir sama dengan suku kaum Kadazan Dusun di Sabah, antaranya adalah pemujaan terhadap semangat padi dan terdapatnya bomoh perempuan seperti Bobolian/ Bobohizan/ Tantagas di kalangan masyarakat Kadazan Dusun di Sabah.

Sabah atau Sarawak? Dua-dua bukan. Ni suku Bunun di Taiwan. Imej dari dmtip.gov

ii –  asal-usul etnik dan kaum di Timur Malaysia dikaitkan dengan penghijrahan orang Mongol, orang China atau orang Kanchin dan orang Annam dari Myanmar (Ivor H.N. Evans:1923 dan T.R. Williams: 1965)

iii – Kaum Kadazandusun adalah kacukan kaum China (Ivor H.N. Evans:1923 dan Owen Rutter:19220)

iv – Kaum Kadazandusun adalah keturunan orang purba Gua Madai di Kunak, Sabah.

v – Teori yang mengatakan kaum ini asalnya dari suku kaum Bunun dari Taiwan sendiri.

“Dari perspektif linguistik, nenek moyang masyarakat Dusun Sabah berpindah dari Taiwan ribuan tahun yang lalu,” kata Dr Yabit, pakar Bahasa dari Brunei dalam ucapannya tentang asal usul orang Dusun pada 2005, dipetik dari The Star

Taiwan yang dikatakan ‘rumah asal’ semua orang Austronesia.
Oleh itu, bangsa Austronesia akan berpindah dari Taiwan ke barat ke Madagascar dan ke timur ke Polynesia dan New Zealand.

vi. Malah, ada pula yang mengatakan merekalah keturunan dari Nunuk Ragang yang berhijrah dari Tanah Borneo dan menetap di tanah Taiwan sebelum bangsa Han datang dari tanah besar China.

Manakala bagi kaum Formosa pula, sampai ke harini asal-usul orang asli Taiwan ni masih diperdebatkan. Ada kajian yang mengatakan suku Formosa ni dari Borneo, dan ada yang mengatakan sebaliknya.

Kajian menunjukkan usia genetik suku kaum di Asia Tenggara yang lebih tua daripada China

Tapi yang pastinya, mereka ni tergolong dalam keluarga Austronesia yang berada di Asia Tenggara yang salah satunya adalah kepulauan Melayu tu sendiri. Lebih tepat lagi, kemungkinan besarnya mereka ni adalah dari Suku Dusun yang merupakan satu daripada 27 sub etnik Kadazandusun, di mana mereka dari kaum bumiputera asli terbesar di Sabah.

Boleh teka dah? Imej dari UMS

Dan nampaknya, bukti saintifik genetik terbaru menunjukkan suku-suku bangsa di Borneo lah yang membenihkan bangsa-bangsa di China. Malah, kajian menunjukkan usia genetik suku-suku bangsa di China hanya berusia 30-50 ribu tahun, sementara suku-suku di Asia Tenggara ada yang setua 63 ribu tahun. 

Malah, sebuah hasil penelitian genetik oleh S.G. Tan dari UPM, 1979 menunjukkan yang genetik Dusun mirip dengan suku kaum Iban, Dayak Darat (Bidayuh), Orang Asli Semenanjung (Semang, Jakun, Senoi, etc), Visaya, Paiwan, Ifugao, Tagalog, Atyal, dan lain-lain. Jadi, teori di mana suku Asia Tenggara membenihkan bangsa China adalah lebih boleh diguna pakai memandangkan kawasan Borneo memiliki diversiti yang lebih tinggi daripada di Taiwan.