Bank Negara sarankan guna cashless? Ni dia platform terbaik!

Sejujurnya kan, masa Grab mula-mula memasuki pasaran pada tahun 2012, kitorang TAK sangka pun yang ia akan berkembang menjadi sebuah syarikat gergasi macam yang kita kenal sekarang. Sampai syarikat e-hailing gergasi lain pun ia mampu kalahkan! Malah baru je dalam setahun lebih aplikasi e-dompetnya, GrabPay, dilancarkan secara rasmi… tapi dalam masa yang singkat, perkhidmatan ni dah mengubah cara hidup kita.

(Ok la, mungkin setahun tu bukanlah jangka masa yang panjang untuk teknologi kewangan… tapi Soscili dah wujud selama 3 tahun lebih, tapi sesetengah mak bapak kitorang masih ingat kitorang ni syarikat jual sos semata. Waduhhh)

Sebelum ni kitorang cuma gunakannya untuk bayar tambang perjalanan atau beli boba je… tapi sekarang, kitorang dah boleh guna hampir setiap hari untuk semua benda, termasuk bayar duit lunch sebab pinjam kat kawan kitorang. Kitorang cakap ni bukan sebab Grab sponsor kitorang, tapi #truestory.

Benda biasa kat ofis kitorang

Dan tak lama lagi, Grab akan berada di mana-mana je!

Sebelum ni, perkhidmatan e-dompet hanya terdapat di lapan bandar je… tapi baru-baru ni, Grab nampaknya telah menambah sehingga BERIBU-RIBU touchpoints dengan partner mereka supaya seluruh rakyat Malaysia dari Perlis hingga Sarawak boleh join masuk budaya cashless dengan Grab.

Dan Grab turut mengembangkan rangkaian mereka, baik dalam talian mahupun di luar talian. Walaupun kita mula-mula diperkenalkan kepada GrabPay melalui francais popular macam Tealive, La Juceria, dan Teochew Famous Road Penang (senarai ni dah berkembang dengan ketara), dan pada hari ni kita dapat gunakannya untuk pelbagai kategori dan perkhidmatan harian seperti kedai serbaneka (99 Speedmart, Mr D.I.Y), pasar raya (Giant, TESCO, Mydin), farmasi (Watsons, Guardian), panggung wayang (MBO), restoran makanan segera (Domino’s, Burger King, Starbucks, dan banyak lagi), stesen minyak (Petron), perkhidmatan gaya hidup (Healthland, A-Saloon), penyedia perkhidmatan pelancongan (KLIA Ekspres), juga dalam talian (ZALORA) dan banyak lagi.

… dan di seluruh negara

Idea di mana kita tak payah dah bawa duit dan syiling dalam poket ni pergi ke mana-mana memang best – tak perlu risau orang curi duit, atau terlupa bawa dompet.

Sebenarnya, peralihan kepada budaya tanpa tunai ni bukan je bagi manfaat kepada kita – idea ni juga dah membantu usahawan termasuklah usahawan mikro untuk mengembangkan perniagaan mereka tanpa kos, beban dan kebimbangan keselamatan yang datang apabila menguruskan wang tunai. Dan dengan mengurangkan kos urusniaga berasaskan tunai, Bank Negara mengatakan yang e-pembayaran ni dapat menjimatkan sehingga 1% daripada KDNK negara (iaitu kira-kira RM3 bilion).

Dan kalau korang tak tahu, GrabPay adalah e-dompet PERTAMA yang menggunakan QR DuitNow dan akan menambahnya ke dalam aplikasi mereka pada separuh pertama tahun 2020. Ini bermakna, pelanggan dan peniaga akan dapat lebih banyak pembayaran yang lancar dengan kaedah selamat.

Jadi dengan kerjasama ni, nampaknya bolehlah kita tengok GrabPay ada di mana-mana tak lama lagi. Dan bagi mereka yang malas nak bawa beg duit keluar, ni adalah satu berita gembira:)

Dan banyak lagi berita gembira untuk pengguna macam awak dan saya

 

Korang juga boleh menikmati harga yang lebih rendah dengan GrabPay Price! Guna je GrabPay di kedai-kedai di bawah untuk dapatkan tawaran:

  1. Domino’s Pizza: pizza regular dari RM12.90 (harga biasa dari RM31.90), pizza large dari RM19.90 (harga biasa dari RM42.90). Korang boleh dapatkan tawaran dalam ‘MyRewards’ dalam aplikasi Grab korang. Berakhir pada 31 Jan 2020.
  2. Watsons: Rebat 20% dengan RM20 maksima untuk mana-mana pembelian; 3x Mata Ganjaran Watsons. Berakhir pada 30 Dis 2019.
  3. MBO: RM7 off untuk Share Combo/Movie Combo dengan pembelian tiket wayang sekurang-kurangnya RM16. Berakhir pada 31 Julai 2020.

Dan kalau korang tak yakin lagi, ni yang korang kena tahu. Korang takkan dicaj lebih, malah korang akan tawaran yang lebih baik. Jadi kalau korang memang dah plan nak berbelanja kat tempat-tempat ni, kenapa tak cuba je GrabPay kan?

Perkara ni membuatkan kitorang terfikir… patut tak Soscili laksanakan GrabPay juga untuk orang ramai beli sos kitorang…???