- 238Share sekarang!
- Email5
- Facebook233
- Share
(This article is translation. For original, visit our sister site, CILISOS)
Telefon, internet, dan semuanya yang berkaitan tanpa wayar pada dasarnya merupakan peranti yang magis dalam kehidupan seseorang yang tak biasa dengan teknologi. Dan untuk sesetengahnya, ia mungkin nampak mencurigakan.
Dan ia mungkin menjawab persoalan kenapa seramai 20 orang warga Pulau Pinang baru-baru ni mengadakan protes menentang menara telekomunikasi yang akan dibina berhampiran tangki simpanan air kat Pearl Hill awal bulan hari tu. Menurut Teoh Bibi yang merupakan jurucakap diaorang, menara telekomunikasi ni akan menyebabkan air dalam tangki tu akan terdedah kepada pengeboman elektromagnetik yang berlebihan (EMF).
“Dalam kajian yang diterbitkan ada menunjukkan bahawa radiasi berbahaya dari menara telko dapat mencapai sejauh 150m atau lebih… Kami tertanya-tanya mengapa PBA (Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang) menyerahkan tanahnya kepada menara telko untuk dibina di sebelah tangki mereka. Adakah ia selamat? Bolehkah anda membuktikan kepada kami sebarang laporan saintifik?” – Teoh Bibi, penduduk di Tanjung Bungah, sumber dari FMT.
Penduduk kat sekitar Tanjung Bungah bukanlah orang pertama yang tak berpuas hati dengan pembinaan menara telko tu. Pada tahun 2017, seorang timbalan menteri terpaksa meyakinkan satu kumpulan protes bahawa frekuensi radio (RF) yang dipancarkan oleh menara telko yang berkembang kat Sarawak taklah berbahaya.
Dan kat Perak pada 2014, protes yang dijalankan adalah untuk pastikan menara telko yang akan dibina tak bagi kesan yang bahaya. Kita mungkin boleh dapatkan banyak contoh sama, tapi walaupun pihak berkuasa berulang kali bagitahu orang ramai yang menara telko tak bagi kesan bahaya, tapi orang ramai tetap menegaskan yang sebaliknya.
Jadi dengan kitaran protes dan jaminan yang berterusan, mungkin ada yang tertanya-tanya adakah menara telko ni betul-betul tak berbahaya macam yang kerajaan selalu bagitahu? Jadi, kitaorang nak siasat pasal ni …
Apa yang bahaya sangat pasal radiasi dari menara telko tu?
Mungkin ada di antara korang yang akan cakap “Oi, tu radiasi! Mestilah ia bahaya!” tapi tak semuanya berbahaya. Menara telko menghantar dan menerima data melalui gelombang radio, yang merupakan radiasi elektromagnetik. Dan ini meletakkan gelombang radio dalam keluarga yang sama macam sinar gamma, X-ray dan sinaran UV, yang selama ni kitorang tak persoal pun tentang ancaman bahayanya.
Mungkin korang boleh faham bila tengok jadual mengenai jenis radiasi elektromagnetik.
… perbezaan antara gelombang radio dengan gelombang lain yang lebih bahaya adalah tenaga yang diaorang bawa. Gamma, X, dan sinaran UB sangat bahaya sebab diaorang mempunyai tenaga yang banyak. Sinar ini dikenali sebagai radiasi pengionan, sebab diaorang mempunyai tenaga yang mencukupi untuk mengionkan (menghilangkan elektron daripada) benda yang diaorang terima.
Ia sebenarnya sangat berbahaya pada kehidupan, sebab ia boleh menjejaskan DNA yang boleh menyebabkan mutasi dan kanser. Selebihnya, spektrum ini jugak membawa tenaga dengannya, tapi ia tak cukup untuk mengionkan molekul yang diaorang terima. Ini adalah radiasi yang tak mengion, contohnya macam cahaya yang boleh dilihat, ia bawak tenaga yang cukup untuk jejaskan molekul kat mata manusia yang membolehkan kita melihat. Dan jugak mempengaruhi molekul dalam tumbuhan yang membolehkannya melakukan fotosintesis.
Jenis gelombang radio yang kita selalu gunakan untuk komunikasi (dan telefon bimbit), merupakan tenaga yang paling lemah dan rendah daripada spektrum tu. Dan bila ia bersentuhan dengan logam, diaorang dapat membuatkan elektron tu bergerak. Ini mendorong arus pada permukaan, contohnya macam antena logam, yang boleh diuraikan ke dalam data. Inilah asas di sebalik komunikasi radio.
Walaupun banyak kajian yang dibuat, pengkaji saintifik masih tak pasti ia bahaya atau tak
Kitaorang taklah kata yang gelombang radio ni tak bahaya langsung, tapi kalau ianya betul, saintis dan penyelidik sekarang ni mengalami tempoh kesukaran untuk membuktikannya. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) baru-baru ni ada bagitahu yang saintis kat seluruh dunia dah menjalankan kira-kira 24,000 kajian dalam tempoh 30 tahun yang lepas mengenai perkara tu. Tapi masih belum ada yang membuktikan tahap bahaya yang disebabkan dari radiasi frekuensi radio daripada menara telko tu.
Sementara tu, Agensi Penyelidikan Kanser Antarabangsa (IARC, badan yang bersekutu dengan WHO) telah mengkategorikan EMF dari peranti telekomunikasi dan menara yang mungkin karsinogenik (menyebabkan kanser).
Ia sebenarnya diklasifikasikan sebagai karsinogen Kumpulan 2B, yang tak boleh dirungkaikan yang EMF boleh menyebabkan kanser, tapi diaorang jugak tak boleh betul-betul pastikan yang EMF adalah penyebabnya. Malah American Cancer Society ada mengatakan yang radiasi frekuensi radio tak mampu membawa tenaga yang mencukupi untuk merosakkan DNA secara langsung, jadi ia tak jelas bagaimana sebenarnya ia boleh menyebabkan kanser.
Tapi, kajian mengenai hal tu masih dijalankan, dan selain radiasi yang bertindak secara terus ke DNA, kesan radiasi RF lain adalah terhadap sistem biologi. Contohnya macam mana ia boleh mempengaruhi hormon tertentu dan sistem tubuh jugak sedang dipertimbangkan.
Satu-satunya kesan ketara terhadap gelombang radio setakat ni ia boleh menyebabkan tisu badan menjadi panas, tapi cuma kalau dalam jumlah gelombang yang banyak diserap oleh badan tu. Dan ini boleh menyebabkan kesan terbakar dan kerosakan tisu, tapi dalam banyak negara (termasuk Malaysia) menggunakan piawaian yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Antarabangsa mengenai Non-Ionizing Radiation Protection (ICNIRP). Manakala, penguatkuasaan kat Malaysia dijalankan oleh SKMM untuk pastikan radiasi RF dari menara telko berada pada tahap yang selamat.
“Mana-mana syarikat yang tidak patuh kepada piawaian mandatori daripada SKMM, denda akan dikenakan sehingga RM20,000 untuk pengendali tersebut. Oleh itu, ia menjadi keutamaan untuk pastikan keselamatan awam pada setiap masa,” – Dr Abdul Rahman Junaidi, Timbalan Menteri Sarawak, sumber dari The Star.
Walaupun saintis dan pengkaji tak dapat kenal pasti lagi mengenai hubungan antara sinaran RF dan kesihatan manusia lagi, tapi …
Orang bagitahu yang radiasi RF cederakan diaorang, tapi radiasi bukanlah punca sebenar
Pada 2014, profesor daripada UiTM, Dr Adlina Suleiman, ada buat beberapa siri kajian dan mendapati orang yang tinggal berhampiran menara telko mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk mengalami gejala seperi sakit kepala, pening, insomnia, hilang ingatan, cirit birit, lebam, lambat bertindak dan perubahan mood. Walaupun tak dinyatakan secara jelas dalam laporan tu, simptom-simptom tu mempunyai persamaan terhadap kesan dalam hipersensitiviti elektromagnetik (EHS), yang muncul kat seluruh dunia.
Macam apa yang Dr Adlina bagitahu, kesan terhadap EHS ni akan menyebabkan gejala serangan panik, ruam kulit, loya dan banyak lagi gejala lain bila seseorang tu berada berhampiran alat atau struktur (macam menara telko) yang pancarkan radiasi RF. Contohnya macam Lily Law yang menderita sebab kesan EHS ni yang menjadikan kulitnya kemerah-merahan, terbakar dan gatal waktu dia berada berhampiran peranti internet tanpa wayar ataupun talian telko, dan anak dia pulak jadi hiperaktif dan kerap sakit kepala.
Tapi, tak banyak negara yang mengatakan EHS mampu memberi kesan ‘nyata’ terhadap keadaan kesihatan. Gejala EHS ni sebenarnya gejala yang tak spesifik, yang bermaksud ia jugak boleh disebabkan oleh perkara yang lain, dan setiap orang mempunyai gejala yang berbeza. Dan kajian jugak dah dijalankan terhadap orang yang menderita dengan kesan EHS ni yang diaorang tak perlu terdedah pada radiasi RF untuk menyebabkan gejala tu merebak: diaorang hanya perlu percaya yang diorang sebenarnya memang didedahkan kat radiasi tu.
Contohnya macam penduduk kampung kat Afrika Selatan dikatakan menderita disebabkan oleh menara radio yang tak aktif; dan berdasarkan satu dokumentari ni ada mengatakan orang yang mengatakan talian WiFi membawa kesan buruk lebih cenderung untuk sakit. Ia disebabkan oleh kepercayaan yang radiasi RF tak elok untuk kesihatan adalah punca sebenar pada gejala EHS dan bukanlah daripada radiasi RF tu sendiri.
WHO pun ada bagitahu yang gejala yang dialami oleh orang terlibat dengan EHS ni berkemungkinan datang daripada faktor alam sekitar yang takde kaitan dengan EMF langsung. Contohnya macam lampu berkedip, kualiti udara yang buruk, silau mata, atau … terlalu stress fikir pasal kesan EMF ni.
“Terdapat juga tanda-tanda bahawa gelaja-gejala ini mungkin disebabkan oleh keadaan psikiatrik yang sedia ada serta tindak balas tekanan akibat kebimbangan mengenai kesihatan EMF, dan bukan pendedahan daripada EMF itu sendiri.” – WHO.
Tak kiralah sama ada radiasi RF ni betul-betul beRbahaya ataupun tak, tapi cadangan meletakkan menara telko kat sebelah tangki air takkan menjadikan Pulau Pinang sebagai tanah lapang radioaktif.
Mungkin cara ni boleh tolong korang terlindung daripada radiasi
Walaupun ramai yang menegaskan yang ia takde kaitan antara radiasi RF dan kesihatan manusia, korang tak boleh rasa terlalu selamat dengan kenyataan tu. Dr Adlina ada bagitahu yang, ia mengambil masa selama 40 tahun untuk saintis mencari bukti yang rokok tembakau boleh menyebabkan kanser, dan bila masanya saintis membuktikan yang radiasi RF boleh menyebabkan kanser, ia mungkin dah terlambat.
Jadi apa yang korang boleh buat? Jadi untuk langkah selamat, korang boleh ambik kepingan timah (aluminum foil) kat dapur korang dan jadikannya dalam bentuk topi timah.
Ia mungkin nampak macam … ironik (macam Faraday cage), tapi topi timah ni boleh menghalang semua jenis radiasi elektromagnet yang lemah. Kitaorang pun ada tulis pasal macam mana pencuri dah menggunakan lapisan timah ni untuk mencuri barangan melalui pintu yang boleh kesan kecurian kat pasaraya. Dengan memakai topi timah ni ia boleh melindungi otak korang daripada gelombang RF yang mengalir daripada atmosfera.
Macam gejala yang berpunca dari EHS … yang nampaknya orang mendapat gejala EHS dengan mempercayai yang radiasi RF tu berbahaya, tapi dengan mempercayai sama ada ia baik ataupun merbahaya mungkin memberikan kesan pada kesejahteraan hidup seseorang. Tapi untuk langkah serius, korang boleh pergi jumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan dan perubatan daripada gejala yang dihidapi tu.
Malaysia akan bina lebih banyak menara telko untuk kemudahan ramai
Kalau dengan cara meyakinkan pihak berkuasa untuk tak membina menara telekomunikasi dekat dengan korang tak berjaya, mungkin korang boleh ikut contoh pesakit EHS Sweden ni yang berpindah ke padang gurun, yang takde langsung menara telko ataupun talian berkuasa tinggi. Kat Malaysia, ia mungkin agak sukar sebab dianggarkan kita mempunyai lebih daripada 22,682 menara selular kat Malaysia pada 2018. Peta kat bawah ni ada tunjukkan lokasi menara telko mungkin boleh bantu korang untuk merancang sesuatu.
Dengan rancangan mengenai talian 5G yang kerajaan akan laksanakan, mungkin akan ada lebih banyak menara telko pada masa akan datang. Dan mungkin akan ada lebih banyak protes? MUNGKIN. Mungkinkah diorang akan menghentikan pembinaan menara telko? Mungkin tidak, walaupun pembinaan mungkin akan dikurangkan sedikit. Tapi sekurang-kurangnya kita akan mendapat talian dan rangkaian internet yang lebih laju untuk dapatkan maklumat mengenai penyelidikan sinaran radiasi yang mungkin merbahaya tu.
- 238Share sekarang!
- Email5
- Facebook233
- Share